Monday 11 March 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 10 (Muzium Abubekr Alamoudi 1)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 10: Makkah
ZIARAH MAKKAH 2 (Muzium Abubekr Alamoudi 1)

Part 28: Muzium Abubekr Alamoudi

Program Ziarah Makkah kami yang kedua adalah melawat ke Muzium Abubekr Alamoudi dan Masjid Hudaibiyah. Seperti Masjid Jaaranah yang kami lawati sebelum ini, Masjid Hudaibiyah juga adalah Miqat Umrah bagi penduduk Makkah. Myself dan Husband walau bagaimanapun tidak membuat Umrah selepas melawat ke Masjid Hudaibiyah. Kami sekadar berziarah saja sewaktu bas berhenti di Masjid Hudaibiyah.

Pemandangan di Lobi Hotel Safwah Royale Orchid sebelum memulakan program Ziarah Makkah yang kedua.
Seperti semalam, bas kami menunggu di atas puncak bukit berhampiran Safwah Tower.

Bas kami menanti di atas jambatan sana
Terowong Ajyad berhampiran tempat bas kami menunggu
Terowong Ajyad
Pemandangan di dalam bas
Pemandangan menghala ke Safwah Tower dan Masjidil Haram dari dalam bas.
Projek-projek pembangunan hotel baru yang dilalui sewaktu meninggalkan Makkah
Stesen Bas
Laluan ke Hudaibiyah tidak sama dengan laluan menuju ke Arafah semalam. Dalam perjalanan juga kami memerhatikan pemandangan di bandar Makkah kini telah semakin hijau jika dibandingkan dengan kedatangan kami yang sebelum ini.

Kota Makkah kini dah semakin hijau
Kehijauan di kota Makkah
Salah sebuah laluan masuk ke Kota Makkah
Perkataan Arab yang tertera bermaksud: Pemimpin Yang Melakar Sejarah
Panda Hypermarket
Bangunan Social Development Bank
Pemandangan padang pasir mula muncul sebaik kami meninggalkan kota Makkah. Di sanalah terletaknya destinasi pertama kami hari ini ~ Muzium Abubekr Alamoudi.

Padang pasir yang muncul dalam pandangan
Hardscape
Mentari terik di padang pasir tetapi di musim dingin begini, bahangnya tidak terasa.
Tiba di Muzium Abubekr Alamoudi
Bas kami yang parking di luar 
Berjalan masuk ke dalam muzium
Dari luar, Muzium Abubekr Alamoudi dibina seperti kubu Arab lama. Dari penerangan yang diberi, dinding muzium ini dibina dengan cara tradisional iaitu menggunakan campuran tanah liat, jerami pelepah kurma dan susu seperti kelaziman rumah tradisional Arab di masa lalu.

Group Photo di Muzium Abubekr Alamoudi
Muzium Abubekr Alamoudi merupakan muzium yang memaparkan kebudayaan dan cara hidup Orang Arab. Sebaik masuk ke perkarangan muzium, terdapat pelbagai bentuk replika kedai-kedai mini seperti warung, kedai runcit dan kedai buku yang selalu ada di desa-desa Arab Saudi. Terdapat juga peralatan tradisional seperti telaga dan scarecrow. 

Replika mata air tradisional di tengah muzium
Scarecrow dan mata air
Pam yang digunakan untuk menyedut keluar air dari mata air
Pemandangan pam dari sudut lain
Scarecrow yang digunakan untuk menghalau burung dari merosakkan tanaman
Posing dengan scarecrow Arab. Sopan saja rupanya... taklah macam scarecrow kat Malaysia yang macam Orang Lidi
Kita akan diberi penerangan tentang semua benda yang dilihat di muzium ini oleh petugas-petugas yang berbangsa Arab. Namun begitu, ada sebahagian mereka yang boleh bercakap dalam Bahasa Melayu walaupun tidak begitu fasih dan pelat sebutannya.

Replika kedai-kedai tradisional Arab
Petugas-petugas muzium yang akan memberi penerangan tentang kedai-kedai tradisional Arab
Tekun mendengar penerangan dari petugas muzium
Kedai pinggan mangkuk dan periuk belanga
Bekas yang seperti jar besar ini adalah tempat menyimpan minyak wangi yang dinamakan Oud
Colourful
Cerek air tradisional
Mengintai ke dalam sebuah kedai lain
Kedai ini menjual barang-barang runcit
Pemandangan yang seakan-akan kedai runcit tradisional di Malaysia juga
Penimbang tradisional
Bekas minyak tanah
Pemandangan dari luar kedai periuk belanga
Pada dinding replika kedai-kedai ini, kita ditunjukkan pula peralatan pertukangan dan pembinaan tradisional.

Peralatan pertukangan tradisional
Batu-bata rumah tradisional yang diperbuat dari campuran tanah liat, jerami dan susu.
Kami turut ditunjukkan sebuah replika stor simpanan makanan. Stor seperti ini juga pernah kami lihat di Harran, Turkiye dulu. Maklumlah budaya Arab dan Turki memang ada persamaan kerana mereka berasal dari rumpun yang sama.

Stor simpanan makanan
Stor ini dibina dua tingkat. Ini pintu ke tingkat bawah.
Ini pula tangga untuk naik ke tingkat atas
Menjenguk ke dalam stor
Replika makanan yang disimpan di dalam stor
Berdekatan dengan replika kedai-kedai ini, ada pula dibina sebuah telaga. Uniknya, timba yang digunakan untuk mengambil air dari dalam telaga ini dibuat dari kulit kambing.

Telaga
Mendengar penerangan tentang penggunaan telaga
Demonstrasi pengambilan air dari dalam telaga
Timba yang diperbuat dari kulit kambing
Pemandangan dasar telaga. Oleh kerana ini cuma telaga demo, tak ada air disimpan di dalamnya.
Meninggalkan telaga
Tak ingat nama pokok ini
Dua lagi kegunaan kulit kambing ~ sebagai bekas simpanan makanan dan buaian bayi
Bekas simpanan makanan. Sewaktu di Turkiye dulu, kami pernah diberitahu yang bekas simpanan makanan yang diperbuat dari kulit seperti ini selamat dari ditebuk tikus.
Buaian bayi
Baby yang tidur di dalam buaian
Selepas melihat outdoor exhibition, kami masuk ke dalam sebuah bangunan untuk melihat indoor exhibition pula.

Bangunan yang menempatkan Indoor Exhibition
Jom kita masuk ke dalam...
Di dalam indoor exhibition ini ada pameran tentang Kaabah. Yang paling menarik, ada gambar 3D Hajaral Aswad. Boleh posing macam konon-konon sedang mencium Hajaral Aswad pada gambar ini. Bila crop gambar yang diambil, memang kelihatan macam betul-betul kita tengah mencium Hajaral Aswad.

Sudut pameran tentang Kaabah
Satu lagi suasana sudut pameran tentang Kaabah
Model Kaabah
Model Hajaral Aswad. Yang di sebelah kiri adalah Gambar 3D Hajaral Aswad
Posing konon-kononnya tengah mencium Hajaral Aswad
Bila crop gambar yang diambil, nampak macam real.
Gambar Jamrah di Mina
Sudut pameran lain
Mendengar penerangan tentang pameran Kaabah
Contoh-contoh kain yang pernah digunakan sebagai penutup Kaabah
Contoh benang yang digunakan untuk menenun kelambu Kaabah
Replika kunci Kaabah. Kunci sebenar Kaabah dipegang oleh keluarga Bani Syaibah sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi
Contoh kerusi yang pernah digunakan pada masa dahulu untuk membawa orang yang tidak berkemampuan berjalan sendiri untuk bertawaf di keliling Kaabah
Beginilah cara penggunaannya
Replika perhiasan pada Kaabah
Selepas melihat pameran Kaabah, kita lihat pula pameran senjata dan pedang-pedang tradisional Arab.

Pameran senjata dan pedang-pedang tradisional Arab
Pelbagai jenis pedang tradisional
Petugas yang memberi penerangan tentang senjata Arab di zaman dulu-dulu
Meriam
Srikandi Islam yang gagah perkasa
Pedang bercabang ini adalah sebenarnya replika pedang perang milik Saidina Ali bin Abi Talib
Memeriksa perisai perang
Perhiasan yang dipasang pada pedang
Kemudian kita beralih pula melihat pameran cara hidup dan hobi Orang Arab.

Orang Arab dahulu kala gemar berburu binatang. Binatang buruan yang dibunuh akan diawet untuk dijadikan perhiasan di rumah.
Contoh binatang yang diawet
Berposing dengan perhiasan haiwan yang diawet
Projector filem lama
Pelbagai peralatan hobi yang antik
Pak Arab minum kopi seorang-seorang di sana...
Jom kita temankan dia...
Husband bergambar dengan petugas muzium
Replika mumia
Ada juga opportunity untuk kita bergambar dengan memakai pakaian tradisional Arab. Senang saja nak memakai baju Arab ini ~ sarung saja dari depan dan velcro kat belakang. One size fits all! Hahaha!!
 
Tempat mencuba pakaian Arab
Tok Sheikh Arab dan Isteri
Aksi sweet yang penuh bergula. Hahaha!!
Jajan yang diletakkan di sini adalah untuk jualan
Selepas melawat ke bahagian dalam muzium, kita melawat pula ke bahagian belakang muzium. Ada beberapa lagi pameran menarik di sana.

Kita melawat ke bahagian belakang muzium pulak...
Pemandangan di bahagian belakang muzium
Bersantai di belakang muzium
Ruang pameran di belakang muzium
Pameran kesenian tenunan
Tak tahu kedai apa sebenarnya ni...
Pelana yang dipasang pada unta tunggangan
Koleksi pintu dan tingkap antik
Bengkel pembuatan peralatan masakan
Peralatan untuk mengisar tepung
Tempat rehat di belakang muzium
 

Bersambung ke Bahagian 11...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: