Monday 13 May 2019

2019 SYDNEY BHG. 13 (Elysian Point)

Mac 2019

NEW SOUTH WALES, AUSTRALIA
Sydney & Blue Mountains

Bahagian 13: Blue Mountains 4
ELYSIAN POINT

HARI KEENAM (4)

Part 44: Elysian Point

Selepas makan, kami kembali ke van. Yang tinggal dalam group kami sekarang hanyalah kami bertiga beserta couple dari Republic Czech. Kata Steve, couple dari England dah balik ke Sydney dengan keretapi sebab yang lelaki tu sakit perut dan tak dapat nak meneruskan perjalanan. "Dia sakit perut sebab telan cable car tadi," kata seorang rakan. Hahaha! Kan Mamat English tu dok posing telan Skyway yang tengah lalu masa di Duke & Duchess of York Lookout tadi!

Menuju ke Elysian Point
Van parking dekat Elysian Point
Persinggahan kami yang seterusnya adalah sebuah lagi lookout yang bernama Elysian Point. Macam biasa, kenalah hiking sikit nak mendapatkannya. Syukurlah hujan dah reda walaupun masih renyai-renyai.

Hiking menuju ke Elysian Point
Sewaktu hiking ke Elysian Point ini juga, Steve menunjukkan kepada kami Tea Tree yang mengeluarkan minyak seperti parafin. Kata Steve, Orang Aborigines sering membakar batang pokok ini sebagai sumber cahaya sewaktu melakukan perjalanan yang jauh di tengah malam gelap. Minyak dari Tea Tree ini juga sering digunakan dalam pengubatan tradisional oleh Orang Aborigines.

 Pokok Tea Tree yang digunakan oleh orang Aborigines sebagai sumber cahaya sewaktu melakukan perjalanan di waktu malam.
Steve menunjukkan batang pokok Tea Tree kepada kami. Batang pokok ini pun berbau macam parafin.
Walking Trail ke Elysian Point
Tak macam di New Zealand, seram sikit bila lalu kat semak-semak begini di Australia kerana ada ular dan binatang berbisa di negara ini.
Elysian Point dinamakan sempena Elysian Fields atau Elysium, yang merupakan syurga di mana wira-wira berkumpul dalam Greek Mythology. Pemandangan indah di sini dikatakan sebagai pemandangan indah yang disaksikan oleh wira-wira di Elysian Fields itu.

Elysian Point
Tangga naik ke Lookout Point
Ada dua Lookout berkembar di Elysian Point. Disebabkan Lookout yang pertama sesak sikit, kami terus saja menuju ke Lookout yang kedua.

Lookout kedua di Elysian Point
Jambatan menuju ke Lookout kedua di Elysian Point
Pemandangan dari jambatan menuju ke Lookout Point kedua
Pemandangan Lookout Point pertama dari Lookout Point kedua.
Pemandangan Jamison Valley sangat jelas kelihatan dari Elysian Point. Kawasan ini pada asalnya adalah tempat kediaman Orang Aborigines dari suku Gundungurra. Ia kemudiannya dinamakan sebagai Jamison Valley sempena Sir John Jamison, seorang doktor yang datang melawat ke sini bersama Gabenor British Lachlan Macquarie pada tahun 1815.

Pemandangan Jamison Valley dari Lookout Point kedua
Kerusi untuk berehat dan menikmati pemandangan
Hutan sekeliling yang kelihatan segar selepas hujan turun
Pemandangan yang indah dan menyegarkan
Satu pemandangan menarik di Elysian Point ialah kita dapat melihat Three Sisters dari belakang. Kalau tak ditunjukkan oleh Steve, mungkin kami miss pemandangan ini kerana tak seperti pemandangannya dari depan di Echo Point tadi, Three Sisters ini dipenuhi dengan pokok-pokok di sebelah belakang.

Three Sisters
Susah sikit nak cam Three Sisters ni dari belakang sebab ia dipenuhi dengan banyak pokok dari belah sini.
Tak seperti New Zealand yang terdedah kepada ancaman gunung berapi dan gempa bumi, Australia terlindung dari kedua-dua bencana ini. Namun bencana yang kerap melanda Australia adalah kebakaran hutan ataupun Bush Fire. Hutan di Australia dipenuhi dengan pokok-pokok Gum atau nama lainnya, Eucalyptus. Daun pokok-pokok ini mengeluarkan gas yang mudah terbakar. Kerana itulah kebakaran hutan berpunca dari sepuntung rokok yang tidak dimatikan atau pancaran kilat di hari yang kering kerap terjadi. Dengan hutan seperti yang seluas kami perhatikan di Blue Mountains, kebakaran memang berpotensi menjadi bencana yang besar di Australia. Walau berusaha bersungguh-sungguh, kebakaran hutan ini selalunya hanya dapat dipadamkan bila arah angin yang bertiup beralih ke sebelah yang berlawanan.

Hutan yang luas di Jamison Valley
Gunung-gunung batu
Kesan hutan yang pernah terbakar pada satu ketika dulu
Kabus
Seperti di lookout point yang lain di Blue Mountain, pemandangan di Elysian Point memang mengasyikkan, ditambah pula dengan suhu nyaman sekitar 20'C ketika itu. Mari kita lihat puas-puas pemandangan di sini sebelum melangkah pergi...


Part 45: Perjalanan Ke Featherdale

Lawatan kami ke Blue Mountains berakhir selepas kami meninggalkan Elysian Point. Dari sini, kami akan dibawa pula melihat haiwan-haiwan liar Australia di Featherdale WIldlife Park. Perjalanan ke sana memakan masa satu setengah jam. Hujan lebat turun semula dalam perjalanan kami ke sana. Kita tengok sajalah gambar-gambar yang diambil dalam perjalanan ke sana...


 Bersambung ke Bahagian 14... 


CATATAN PERJALANAN SYDNEY (2019):