Thursday 20 February 2020

2020 SUMATERA BARAT (3rd VISIT) BHG. 15 (Padang City)

Januari 2020

SUMATERA BARAT, INDONESIA (3rd VISIT)
Padang, Sawahlunto, Lembah Harau & Bukittinggi

Bahagian 15: Padang
PERJALANAN KE PADANG & PADANG CITY TOUR

HARI KETIGA (5)

Part 40: Kembali Ke Kota Padang

Padang terletak 90 km dari Bukittinggi. Perjalanan dari Bukittinggi dengan berkereta ke Padang dijangka memakan masa kira-kira 3-4 jam.

Traffic Jam dalam perjalanan dari Bukittinggi ke Padang
Sulaman Putri Minang
Kota Padang Panjang
Balai Kota Padang Panjang rasanya
Arah ke Padang
Lori yang membawa kobis
Cuaca sebenarnya tidak begitu bersahabat dengan kami semasa percutian ke Sumatera Barat ini. Hujan turun renyai-renyai setiap hari. Namun syukurlah kerana hujan selalunya turun sewaktu kami berada dalam perjalanan dan berhenti bila kami sampai di destinasi. Tidaklah terganggu program lawatan kami dalam percutian ini.

Satu lagi suasana di kota Padang Panjang
Padang Panjang terkenal dengan gelaran sebagai Kota Serambi Mekah
Pintu Gerbang di sempadan kota Padang Panjang
Jambatan Keretapi Lama dekat Padang Panjang
Tidak begitu jauh selepas kami meninggalkan kota Padang Panjang, kami melintasi Air Terjun Lembah Anai. Air Terjun ini adalah persinggahan wajib bagi pengunjung yang datang ke Bukittinggi terus dari Padang. Ada juga niat sebenarnya nak berhenti di sini, tapi disebabkan ketika itu hujan lebat, kita teruskan sajalah perjalanan menuju ke Padang. 

Jambatan Keretapi dekat Lembah Anai
Air Terjun Lembah Anai di sebalik landasan keretapi
Satu lagi pemandangan Air Terjun Lembah Anai
Hujan berhenti selepas kami meninggalkan Lembah Anai. Kami membuat persinggahan di sebuah tempat yang bernama Kayu Tanam untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar.

Kayu Tanam
Singgah sebentar untuk menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar
Masjid Al-Muttaqin di Kayu Tanam
Panti Asuhan di tepi masjid
Pemandangan di dalam Masjid Al-Muttaqin
Meneruskan perjalanan
Perjalanan kami diteruskan lagi menerusi beberapa buah pekan kecil di dalam perjalanan.

Gerai Durian
Tapak cadangan pembinaan lebuhraya baru kalau tak silap
Landasan keretapi yang tak lagi digunakan
Arah ke kota Padang
Padang masih sejauh 53 km dari sini
Sawah padi dan landasan keretapi
Zon Selamat Sekolah
Pekan Lubuk Alung
Selamat Datang ke Asam Jawa, Nagari Lubuk Alung
Inilah kot pekan yang bernama Asam Jawa itu
Jualan Jagung Manis
Dalam perjalanan ke Padang juga kita dapat melihat landasan keretapi yang dibina untuk membawa arang batu dari Sawahlunto ke Teluk Bayur. Selepas dah melawat ke Sawahlunto, ia memang kelihatan lebih bermakna kepada kita. Landasan keretapi ini kini walau bagaimanapun tidak lagi digunakan kerana kos operasinya tidak lagi memberikan pulangan ekonomi yang diharapkan kepada Kerajaan.


Part 41: Kota Padang

Akhirnya kami tiba di kota Padang pada pukul 5 petang. Pak Ino terus membawa kami membuat City Tour sebaik tiba di sini.

Tiba di Padang
Poster filem Kuntilanak Mangkujiwo
Setibanya di Padang, kami memang tertarik melihat perhiasan pasu-pasu bunga yang diletakkan di sepanjang jalan utama di kota ini.

Padang adalah kota yang terbesar dan ibu kota bagi provinsi Sumatera Barat. Ia adalah gerbang barat Indonesia dari Lautan Hindi. Padang juga merupakan pusat perdagangan emas, teh, kopi dan rempah-ratus yang penting di zaman Belanda. Di kurun ke-20 pula, Padang menjadi pusat eksport simen dan arang batu melalui Pelabuhan Teluk Bayur. Universiti Andalas di Padang adalah pusat pengajian tinggi yang pertama dibina di luar Pulau Jawa di Indonesia. Padang juga terkenal dengan lagenda Malin Kundang (yang macam lagenda Si Tanggang di Malaysia) dan location setting bagi novel klasik Sitti Nurbaya yang terkenal di Indonesia.

Basko Grand Mall adalah shopping centre yang terbesar di Padang
Banyak juga pemandangan-pemandangan menarik yang kami lihat sewaktu dibawa berkeliling di Kota Padang.

Perhentian bas awam di Padang memang dibina tinggi begini untuk kemudahan penumpang turun dan naik ke dalam bas
Pintu masuk ke Universitas Negeri Padang
Sebahagian kampus Universitas Negeri Padang
Kem Tentera
Pengangkutan Awam di Padang
Perhentian Bas dipanggil Halte di Padang

Part 42: Masjid Raya Sumatera Barat

Satu-satunya persinggahan yang kami buat di tempat menarik di kota Padang adalah ke Masjid Raya Sumatera Barat. Binaan masjid ini unik kerana senibinanya lebih menyerupai sebuah rumah adat Minangkabau berbanding sebuah masjid yang biasa kita lihat.

Masjid Raya Sumatera Barat
Taman kecil di hadapan Masjid Raya Sumatera Barat
Corak pada bumbung masjid ini juga mengambil ilham dari corak yang biasa dilihat pada tenunan kain Minangkabau
Pemandangan lebih dekat hiasan pada bumbung masjid
Masjid Raya Sumatera Barat adalah masjid yang terbesar di Sumatera Barat. Ia mampu menampung sehingga 20 ribu orang jemaah untuk beribadah di dalamnya.

Pintu masuk ke Ruang Solat Utama
Hiasan dalaman masjid juga unik kerana ia menggunakan rekabentuk moden. Mihrab Masjidnya dibina dengan mengambil ilham tempat letaknya Batu Hajarul Aswad di Kaabah.

Pemandangan di Ruang Solat Utama Masjid Raya Sumatera Barat
Mihrab yang diilhamkan dari Batu Hajarul Aswad di Makkah
Kaligrafi nama-nama Allah yang menghiasi dinding di bahagian depan masjid
Batu Hajarul Aswad tidak hanya menjadi ilham binaan Mihrab di dalam masjid. Layout masjid ini juga sebenarnya turut dibina dengan berilhamkan sebuah kisah sejarah batu suci ini. 

Pada satu ketika terjadi banjir besar di Kaabah sehingga menyebabkan Hajarul Aswad teralih dari tempat asalnya. Kabilah-kabilah di Makkah bergaduh besar tentang siapa yang sebenarnya berhak meletakkan kembali batu tersebut kepada kedudukan asalnya. Perselisihan ini diselesaikan oleh Nabi Muhammad SAW yang menggunakan serban baginda dan meletakkan Hajarul Aswad di tengahnya untuk dibawa oleh wakil-wakil kabilah bersama-sama kembali ke lokasi asal. Bentangan kain serban Nabi yang melengkung di tengahnya tempat di mana Hajarul Aswad diletakkan inilah yang menjadi ilham lengkungan pada atap Masjid Raya Sumatera Barat.

Bentuk atap masjid yang juga mengambil ilham dari kisah sejarah Hajarul Aswad (Gambar dari Internet)
Sekarang kita melawat pula ke dalam masjid menerusi pintu yang dikhaskan untuk wanita. Seperti juga di masjid-masjid yang lain, pintu untuk wanita terletak di bahagian belakang masjid.

Tempat Wuduk
Telekung Wakaf untuk kegunaan Jemaah
Pemandangan Ruang Solat Utama dari kawasan wanita
Selain dari berfungsi sebagai sebuah rumah ibadah, rekabentuk Masjid Raya Sumatera Barat juga turut membolehkan ia menjadi tempat perlindungan dari gempa bumi. Struktur masjid ini direkabentuk dan dibina supaya dapat menahan goncangan gempa bumi sehingga 10 Skala Richter. Disebabkan kedudukannya yang tidak jauh dari Pantai Padang, Aras 2 dan Aras 3 masjid juga boleh dijadikan perlindungan evakuasi tsunami jika diperlukan.

Koridoor di luar Ruang Solat Utama
Pintu masuk ke Ruang Solat Utama dari bahagian tepi
Pemandangan dari korridoor di luar masjid
Masjid ini juga boleh dimasuki secara terus dari ramp di luar masjid tanpa menggunakan tangga.
Ukiran kayu hiasan pada bangunan Masjid
Selamat Datang ke Masjid Raya Sumatera Barat

Part 43: Dinner Di Pantai Padang

City Tour sekitar Kota Padang diteruskan selepas melawat ke Masjid Raya Sumatera Barat. Pelbagai landmark menarik di kota ini ditunjukkan kepada kami.

Meneruskan Padang City Tour
Bank Indonesia
Bank Indonesia ini berfungsi seperti Bank Negara di Malaysia
Pejabat Parti Politik Golkar (Golongan Karya). Kalau di negara lain Golkar mungkin dipanggil Parti Buruh.
Hotel Padang adalah hotel yang tertua di kota Padang
Hotel Padang kini telah diisytihar sebagai sebuah monumen bersejarah dan tidak lagi digunakan sebagai hotel penginapan
Grand Zuri Hotel
Kami kemudian dibawa melalui Chinatown. Walaupun hari ini adalah Tahun Baru Cina, suasana di sini sunyi sekali. Tak terasa langsung sebarang kemeriahan suasana perayaan. Malah tulisan Cina pun tak ada di Chinatown ini. Kami diberitahu pemakaian tulisan selain dari Bahasa Indonesia adalah tidak dibenarkan pada mana-mana tempat umum seperti pada nama kedai sekalipun di Indonesia.

Pemandangan Chinatown di Padang
Adalah sikit-sikit je perhiasan sempena Tahun Baru Cina macam ini yang diperhatikan
Bank Nagari Cabang Pembantu Niaga
Pak Ino bercadang nak membawa kami melawat ke Muara dan Bukit Sitti Nurabaya yang terkenal di Padang. Malangnya jalan ke sana yang melintasi sebuah Kampung India ditutup pulak sempena Perayaan Sebar Gula.

Traffic Jam sempena Perayaan Sebar Gula
https://statik.tempo.co/data/2015/03/21/id_382097/382097_620.jpg
Perayaan Sebar Gula (Sumber: Internet)
Perayaan Sebar Gula ini diadakan setiap tahun sebagai cara bersedekah oleh penduduk yang berketurunan India Muslim di Padang. Bungkusan-bungkusan kecil yang berisi gula akan dibaling dari atas bumbung Masjid Muhammadan dan disambut beratus-ratus orang yang menunggu di sebelah bawah.

Sepanjang perjalanan kami di Sumatera Barat ini juga, kami bertemu dengan berbagai cara Orang Indonesia membuat kutipan derma untuk kebajikan dan pembinaan masjid yang boleh dikatakan tak pernah ditemui di Malaysia.

Rayuan kutipan derma untuk kebajikan
Menunggu di tengah jalan untuk membuat kutipan derma
Pemandangan lewat petang di kota Padang
Makan Malam kami yang terakhir di Sumatera Barat adalah Ikan Bakar di sebuah restoran di tepi Pantai Padang. Nama restoran ini adalah Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman. Restoran ini ada banyak cawangan di Padang sebenarnya.

Pantai Padang
Satu lagi pemandangan di Pantai Padang
Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman di Pantai Padang
Pemandangan restoran dari depan
Pintu masuk ke restoran
Kotak-kotak makanan laut segar
Membakar Makanan Laut Segar di luar restoran
Pemandangan di dalam restoran
Ruang makan di Tingkat Bawah
Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman terdiri dari dua tingkat. Makanan kami disediakan di Tingkat Atas. Restoran ini jelas popular kerana ada ramai pengunjung yang datang ke sini termasuklah rombongan-rombongan besar pelancong dari Malaysia.

Ruang Makan di Tingkat Atas
Pemandangan pasar di sebelah restoran
Ikan segar dari Lautan Hindi untuk jualan
Sambil menunggu makan malam kita disiapkan, kita nikmati dulu pemandangan indah Pantai Padang dan Lautan Hindi dari Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman.

Pemandangan matahari terbenam di Lautan Hindi yang dilihat dari sini sangat indah.

Makanan Ikan Bakar yang disediakan juga sangat enak. Jenuh pulak nak menghabiskannya kerana setiap orang mendapat seekor ikan bakarnya sendiri.

Matahari dah semakin terbenam sewaktu kami meninggalkan Pondok Ikan Bakar Khatib Sulaiman. Pemandangan matahari terbenam juga kini dah semakin indah...


Part 44: Pangeran City Hotel

Selepas makan malam, kami dibawa ke hotel penginapan kami di Padang yang bernama Pangeran City Hotel.


Kesibukan malam di Padang
Suasana malam di Padang
Kawasan berhampiran Pasar Padang
Kedai menjual peralatan kamera
Pangeran City Hotel terletak di tengah bandar Padang, berdekatan dengan Pasar Padang. Tapi disebabkan kami tiba lewat malam dan dah kepenatan dengan perjalanan yang panjang hari ini, priority untuk malam ini cuma nak masuk ke bilik untuk tidur.



Bersambung ke Bahagian 16...


CATATAN PERJALANAN SUMATERA BARAT (3rd VISIT) (2020):