Friday, 24 July 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 27 (Table Mountain 2)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Sun City, Cape Town, Cape Peninsula & Cape Winelands)

Bahagian 27: South Africa
CAPE TOWN [Table Mountain 2]

HARI KELAPAN (2)

Part 61: Table Mountain (2)

Cable car yang digunakan untuk naik ke puncak Table Mountain adalah Rotating Cable Car (Rotair), sama seperti yang digunakan di Mount Titlis di Switzerland. Cuma bezanya perjalanan dengan Rotair untuk naik ke Mount Titlis memakan masa kira-kira 15 minit manakala masa yang diperlukan untuk naik ke puncak Table Mountain cuma sekitar 3 minit.
 
Pemandangan kemuncak Table Mountain dari tempat menunggu Cable Car
Berjalan masuk ke dalam cable car
Rotating Cable Car yang membawa kita naik ke puncak Table Mountain
Rotating Cable Car di Table Mountain boleh membawa 75 penumpang pada satu-satu masa. Seperti namanya, memang lantainya berputar sepanjang perjalanan untuk membolehkan kita melihat pemandangan sekeliling. Ada bahagian di cable car ini yang tingkapnya sentiasa terbuka untuk membolehkan kita mengambil gambar pemandangan yang jelas dan cantik dari situ. Tak perlu nak berebut-berebut mengambil gambar dari dalam cable car, tunggu sahaja lantai yang di bawah kita berputar sehingga ke tingkap yang terbuka itu.

Suasana di dalam cable car
Bahagian tingkap yang sentiasa terbuka
Pemandangan puncak Table Mountain dari dalam cable car
Pergunungan di belakang Table Mountain
Table Mountain telah dipilih sebagai salah sebuah New 7 Wonders of Nature pada tahun 2011. Ia telah dipilih bersama Amazon Rainforest di South America, Ha Long Bay di Vietnam, Iguazu Falls di Argentina & Brazil, Jeju Island di South Korea, Komodo Island di Indonesia dan Puerto Princesa Underground River di Philippines.
 
Excited sebab kita dah semakin menghampiri puncak Table Mountain
Walaupun perjalanan naik ke atas cuma sekitar 3 minit, kita tetap lalu di atas awan. Pemandangan dari atas awan ini sangat surreal, macam pemandangan sewaktu kita naik ke Mount Titlis di Switzerland dulu.
 
Lalu di atas awan
Pemandangan dari dalam cable car
Tak nampak apa-apa pemandangan di bawah sana
Cable car berpusing ke sebelah sini pulak
Pemandangan sewaktu berselisih dengan cable car lain yang sedang dalam perjalanan turun ke bawah
Pemandangan cenuram Table Mountain
Lagi pemandangan cenuram Table Mountain
Pemandangan Lion's Head yang diperhati dari cable car
Dah hampir tiba ke puncak gunung
Dah tiba sekarang...
Keluar dari cable car
Pintu keluar dari Upper Station
Upper Station di puncak Table Mountain
Pemandangan sewaktu berjalan keluar dari Upper Station
Plak keterangan mengenai Table Mountain
Berkumpul mendengar penerangan dari Jeremy. Kami diberi masa 1 jam 30 minit di sini.
Sejak berkurun lamanya, Table Mountain menjadi mercu tanda kepada pelayar di lautan. Dengan ketinggian yang mencapai sehingga 1,086 meter dari aras paras laut, ia boleh dilihat dari sejarak 60 km di tengah lautan.

Selain menggunakan Aerial Cableway yang dibina pada tahun 1929, ada 300 laluan pendakian menuju ke puncak Table Mountain. Pendakian pertama ke Table Mountain yang direkodkan telah dilaksanakan oleh seorang Laksamana Portugis bernama Antonio de Sadanha bersama pengikutnya. Semenjak itu, Table Mountain dikenali sebagai Tafel van de Kaap (Table of the Cape) atau nama ringkasnya Table.

Pemandangan pertama di puncak Table Mountain
Model Table Mountain
Berjalan di sekitar Table Mountain
Mula-mula kami berjalan dulu ke sebelah pusat bandar Cape Town untuk melihat pemandangan dari situ. Malangnya kabus cukup tebal sehingga tak nampak apa-apa pemandangan di bawah sana.

Berjalan ke arah pemandangan pusat bandar Cape Town
Kabus tebal di sebelah yang menghadap pusat bandar
Kabus tebal yang meliputi puncak Table Mountain ini adalah kepulan awan yang dinamakan sebagai Tablecloth. Ia juga dinamakan Wig oleh orang Perancis. Tablecloth dibawa oleh tiupan angin Southeaster yang turut membawa lembapan di dalamnya. Tiupan Southeaster inilah yang menyebabkan suasana di Table Mountain sentiasa lembap, termasuk di musim panas yang kering.
 
Turun ke sana dengan harapan nak melihat bandaraya Cape Town
Bayangkan sajalah yang Husband tengah berposing dengan pemandangan bandaraya Cape Town di bawah sana 😂
Ada legenda yang mengatakan Tablecloth ini berpunca dari pertarungan panjang menghisap cerut di antara seorang lanun bernama Jan van Hunks yang tinggal di cerun gunung Devil's Peak dengan Syaitan (Devil). Pertandingan ini dimenangi oleh Jan van Hunks. Awan yang berpanjangan ini dikatakan muncul selepas pertandingan selesai untuk mengingatkan Syaitan tentang kekalahannya. 

Kaki gunung Table Mountain turut dikatakan menjadi kediaman Antje Somers yang separuh lelaki dan separuh wanita. Antje dikatakan gemar mencari dan memukul kanak-kanak yang degil dan tidak mendengar kata.
 
Posing dengan awan Tablecloth
Kita pun nak posing juga
Pasti mereka juga kecewa seperti kami tak dapat nak melihat bandaraya Cape Town
Syukurlah kerana bahagian yang opposite di puncak Table Mountain tidak diliputi kabus ketika itu. Kita pun pergilah ke sana. Dari situ kita dapat melihat pemandangan indah Camps Bay yang merupakan salah sebuah kawasan kediaman mewah di Cape Town. Camps Bay ini terletak di pinggir pantai Laut Atlantik yang menghala ke Cape of Good Hope.

Pemandangan Camps Bay dari Table Mountain
Camps Bay
Pantai yang kelihatan di bawah sana adalah Camps Bay Beach
Walaupun terdapat pantai yang luas di Camps Bay, tiada orang bermandi-manda di sana. Ini adalah kerana air di sini sangat sejuk. Seperti yang kita tahu, South Africa dikelilingi oleh 2 buah lautan yang sangat luas: Atlantik dan Hindi. Cape Town berada di sebelah pantai Lautan Atlantik. Kalau di pantai sebelah Lautan Atlantik seperti di Cape Town ini, memang tiada orang bermandi-manda kerana lautnya terlalu sejuk disebabkan kehadiran Benguela Current yang datang dari Antartika. 

Hanya pantai di bandar-bandar yang menghadap ke Lautan Hindi seperti di Durban dan Port Elizabeth sahaja yang popular untuk bermandi-manda kerana airnya panas dengan kehadiran Agulhas Current. Kedua-dua arus sejuk Benguela Current dan arus panas Agulhas Current ini bertemu di Cape Point yang akan kita lawati esok.

Bergambar dengan pemandangan Lautan Atlantik
Bergambar dengan pemandangan Camps Bay
Close-up pemandangan Camps Bay
Cantik sungguh pemandangan Camps Bay di bawah sana
Disebabkan keunikan flora yang dimiliki, Table Mountain juga telah diisytiharkan sebagai Cape Floristic Region. Di sinilah satu-satunya tempat di mana kita boleh melihat tumbuhan semak-samun yang dinamakan sebagai Cape Fynbos. Fynbos berasal dari perkataan dalam Bahasa Afrikaans yang bermaksud delicate bush.

Tumbuhan eksotik Cape Fynbos
Semak-samun Cape Fynbos
Model Table Mountain
Pemandangan menghala ke Laut Atlantik
Seluruh tumbuhan di dunia ini sebenarnya terbahagi kepada 6 kawasan (floral kingdom) utama yang terdiri dari Holartic, Neotropical, Palaeotropical, Australian, Cape dan Antarctic. Lihat peta ini..

Floral Kingdoms of the World
Cape Floral Kingdom adalah floral kingdom yang terkecil dan satu-satunya yang terletak secara keseluruhan di dalam sebuah negara sahaja (South Africa). Walaupun ia adalah floral kingdom yang terkecil, ia mengandungi 9,000 spesies yang merupakan 3% dari keseluruhan spesies tumbuhan di dunia. Lebih unik lagi, ada 2 spesies tumbuhan di Cape Floral Kingdom termasuk Fynbos yang cuma ditemui di sini dan tidak di tempat lain di dunia. Atas faktor inilah, Cape Floral Kingdom yang turut termasuk Table Mountain di dalamnya telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 2004.

Keunikan flora yang dimiliki oleh Cape Fynbos membolehkan Table Mountain diisytiharkan sebagai Cape Floristic Region
Bunga-bunga Fynbos
Laluan ke Maclear Beacon
Masih menuju ke Maclear Beacon
Singgah-singgah tengok Fynbos
Husband posing di Table Mountain
Cantik sungguh pemandangan di sini
Ketika bertemu dengan banyak Fynbos ini, kami sebenarnya sedang berjalan menuju ke arah Maclear Beacon yang merupakan puncak tertinggi di Table Mountain. Semasa di tengah jalan, ternampak pulak sebuah tempat yang ramai orang posing-posing di situ. Rupa-rupanya ada pemandangan Devil's Peak di situ.

Ramai orang posing-posing kat sana. Jom kita tengok apa yang ada di situ...
Pemandangan Devil's Peak rupanya
Husband posing dengan Devil's Peak
Ramai orang berposing-posing di sana
Devil's Peak
Tebing-tebing tinggi di Table Mountain
Kita posing atas batu
Maclear Becon ni macam jauh lagi. Jadi kami membuat keputusan untuk berpatah balik saja. Lagipun masa yang diberi untuk kami di Table Mountain dah tak banyak lagi yang tinggal. Walau tak sampai ke Maclear Beacon, kita tunjuk kat sini pemandangan yang terdapat di sana....

Inilah rupa Maclear Beacon, kemuncak tertinggi di Table Mountain (1,086 m dari aras laut). [Gambar dari internet]
Maclear Beacon ini dinamakan sempena seorang astronomer berbangsa Irish yang bernama Sir Thomas Maclear. Batu-batu yang tersusun di sini pada asalnya dibina pada tahun 1865 sebagai triangulation station untuk mengira ukurlilit bumi.

Pemandangan Laut Atlantik
Jom kita berpatah balik
Kita pilih laluan yang ini untuk kembali ke Upper Station
Walaupun tadi cuaca cerah, kabus dah mula meliputi pemandangan Camps Bay di bawah sana
Tiba kembali ke Upper Station
Kabel yang menarik Aerial Cableway naik dan turun dari Table Mountain
Disebabkan masih ada masa lagi, Myself dan Husband membuat keputusan untuk mencuba sekali lagi melihat pemandangan bandar Cape Town dari viewpoint yang terletak berdekatan Upper Station.
 
Laluan menuju ke arah pemandangan Cape Town
Jom cuba lagi nak tengok view kota Cape Town dari sana...
Malangnya pemandangan di sebelah sini masih berkabus tebal...
  
Pemandangan di sebelah sini masih berkabus tebal
Posing saja dengan mentari dan awan Table Cloth
Mentari menyinar di celah kabus
Masih tak nampak apa-apa view kat bawah sana
Bangunan batu di hujung sana adalah sebuah cafe
Kekecewaan tak dapat melihat bandar Cape Town sedikit terubat bila kami terserempak dengan haiwan kecil seperti tupai yang dinamakan Rock Hyrax. Walaupun nampak macam tupai, ia sebenarnya berasal dari keluarga yang sama dengan African Elephant. Rock Hyrax juga turut dikenali sebagai Rock Dassies.

Rock Hyrax di celah batu
Rock Hyrax
Seperti tupai, Rock Hyrax ini sangat aktif berlari ke sana-sini. Mereka juga cukup lincah memanjat batu-batu yang tinggi. Rock Hyrax adalah haiwan herbivore yang hidup dengan memakan tumbuh-tumbuhan.

Rock Hyrax di atas batu
Hello!!
One for the album...
Kabus dah meliputi Upper Station sekali lagi
Kemudian kita pergi sekali lagi melihat pemandangan di sebelah Camps Bay. Kabus di sini dah mula berkurangan dan tidak seperti tadi, kita dapat melihat pemandangan Cape of Good Hope dari kejauhan.

Pemandangan menghala Cape of Good Hope
Zoom ketat-ketat nak mengambil gambar Cape of Good Hope di hujung sana
Pemandangan Camps Bay dan Cape of Good Hope
Sambil menunggu ahli-ahli Group yang lain tiba, Myself dan Husband sempat berkenalan lebih dekat dengan Tour Guide kami yang bernama Jeremy. Sebelum menjadi Tour Guide, Jeremy adalah seorang guru sekolah yang mengajar subjek sejarah. Myself ingatkan Jeremy orang Afrikaaner, rupa-rupanya dia berketurunan British. Jeremy lahir dan membesar di South Africa. Katanya bapa dan datuknya juga lahir di South Africa. Mesti leluhur Jeremy adalah tentera British yang pertama sekali datang ke South Africa pada zaman dulu dan langsung dah tak balik-balik ke Britain selepas itu. 😄 

Bergambar dengan Jeremy
Pemandangan ombak Laut Atlantik yang menghempas pantai
Pemandangan menghala ke sebelah sana pulak
Husband berbual dengan Jeremy
Pengunjung-pengunjung yang baru tiba di Table Mountain
Ahli-ahli Group dah mula berkumpul
Berjalan menuju ke Upper Station


 Bersambung ke Bahagian 28...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):

No comments: