Saturday 24 February 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 02 (KL - Jeddah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 2: Kuala Lumpur - Jeddah
DARI KUALA LUMPUR MENUJU KE JEDDAH

Part 4: Menunggu Flight Ke Jeddah

Selepas pemeriksaan passport, kami terus menuju ke Bangunan Satelit KLIA untuk ke pintu perlepasan. Disebabkan Aerotrain masih dalam pembaikan, kita terpaksa naik bas khas ke sana.

Maklumat penerbangan
Flight kami Saudia SV 841 dijadual berlepas pada pukul 2.15 pagi melalui Pintu C1.
Arah ke Pintu Perlepasan C
Turun ke bawah
Menuju ke Lobi Bas Khas
Bas dah sedia menunggu
Pemandangan di dalam bas
Sebaik tiba di Bangunan Satelit, kami terus menuju ke surau kerana Husband nak menumpang menukar pakaian ihram di sana.

Pemandangan di Bangunan Satelit KLIA
Posing selepas menukar pakaian ihram
One for the memory
Tangkap gambar sekali lagi sebab tadi Husband lupa pakai spec
Bangunan Satelit KLIA memang sepi di awal pagi begini kerana banyak kedai telah ditutup. Satu-satunya restoran yang kami jumpa beroperasi 24 jam di sini adalah bakeri The Loaf. Kat luar sana pun bakeri The Loaf memang mahal, apatah lagi kalau kat dalam airport begini. Tapi disebabkan tak ada pilihan, duduk sajalah minum-minum di sini sambil menunggu waktu penerbangan.

The Loaf
Kita lepak menunggu kat sini sampai waktu penerbangan
Suasana di dalam The Loaf
Antara pastri yang dijual
Suasana di dalam cafe The Loaf
Makan pastri di The Loaf
Muka mengantuk sambil makan pastri
Dekat-dekat pukul 1 pagi, kami bergerak pergi menuju ke pintu perlepasan kami Gate C1. Mujurlah Gate C1 ini tak jauh dari bakeri The Loaf tadi.

Husband suspen sungguh bila membaca notis kat luar pintu perlepasan di mana penumpang perlu membuka tali pinggang sewaktu melalui sekuriti kat pintu perlepasan. Mahu terburai kain ihram yang dipakai kalau nak kena buka talipinggang kat sini. Namun syukurlah sebab ada pengecualian diberi kepada mereka yang memakai pakaian ihram. Kalau tidak, mesti ada banyak free show pulak kat sini. Dahlah kita nak pergi Umrah ni, hahaha!!

Mencari pintu perlepasan
Pintu C1
Pemandangan di Pintu C1. Kami adalah antara penumpang yang paling awal masuk ke pintu perlepasan.
Pesawat Saudia dah menunggu di sana
Posing lagi kat pintu perlepasan

Part 5: Penerbangan Ke Jeddah

Pada pukul 1.15 pagi, semua penumpang Saudia SV 841 dipanggil masuk ke dalam pesawat. 

Berjalan masuk ke dalam pesawat
Pintu masuk pesawat
Pemandangan di dalam pesawat
Seperti yang dijadualkan Penerbangan Saudia SV 841 berlepas meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Jeddah di Arab Saudi pada pukul 2.15 pagi. Perjalanan dijangka memakan masa 8 jam 40 minit.

Lampu pesawat dimalapkan untuk perlepasan malam
Peta perjalanan keseluruhan dari Kuala Lumpur ke Jeddah
Tiba di Sumatera
Terbang di Lautan Hindi
Penerbangan pada peringkat awal tenang dan lancar. Sajian penerbangan lewat malam Chicken Rendang Pocket Pie dihidangkan kepada penumpang selepas pesawat terbang meninggalkan Sumatera. 

Sajian penerbangan sedang dihidangkan
Sajian penerbangan
Chicken Rendang Pocket Pie
Walaupun Rendang, tidaklah sesedap Rendang yang dihidang dengan nasi
Pesawat kami berdepan dengan turbulence ketika melintasi Sri Lanka. Gegarannya pulak cukup kuat sehingga mencemaskan jantung, lebih-lebih lagi sebab kita mendapat tempat duduk kat ekor pesawat. Gegaran kuat ini berpanjangan sehingga pesawat terbang melepasi India masuk ke Laut Arab. Insyaallah selamat, sebab semua orang dalam flight ini nak pergi buat Umrah, begitulah kita memujuk hati sendiri yang ketakutan.

Pesawat mula bergegar ketika menghampiri Sri Lanka sehingga melepasi India
Memang risau ketika pesawat bergegar kuat melalui kawasan pergunungan di Sri Lanka
Alhamdulillah pesawat kembali tenang setelah tiba di Laut Arab
Menghampiri Semenanjung Arab
Peta perjalanan sehingga kini
Sajian penerbangan kedua dihidangkan kepada penumpang setelah kami tiba di ruang udara Oman. Ada pilihan Potato & Omelette dan Fried Rice & Beef. Husband memilih Potato & Omelette manakala Myself pula memilih Fried Rice & Beef.

Sajian penerbangan kedua
Ketika ini kami sedang terbang melintasi Oman
Potato & Omelette pilihan Husband
Fried Rice & Beef pilihan Myself
Salah satu syarat Wajib Umrah adalah berniat di Miqat. Setengah jam sebelum mendarat di Jeddah, pengumuman dibuat dalam pesawat yang kami sedang terbang melintasi Miqat Qarnul Manazil. Wajib bagi mereka yang akan masuk terus ke Makkah seperti kami untuk memasang niat di sini. Kalau dulu, cuma wanita yang digalakkan untuk membuat Niat Bersyarat ketika berumrah kerana bimbang terkena halangan syarie seperti kedatangan haid. Sekarang, lelaki juga digalakkan untuk membuat Niat Bersyarat kerana kita juga boleh berdepan dengan halangan syarie lain seperti penyakit Covid, ancaman perang dan sebagainya yang boleh menyebabkan kita tidak dapat melengkapkan ibadah Umrah.
 
Terbang menuju ke Jeddah
Terbang menghampiri Miqat Qarnul Manazil
Peta kedudukan Miqat Qarnul Manazil berbanding kota Makkah
Kami juga dah siap-siap mengambil wuduk menggunakan botol spray kerana waktu Subuh masuk ketika pesawat sedang membuat penerbangan turun menghampiri Jeddah. Penerbangan Saudia memang mempunyai ruang solat di dalam pesawat tetapi disebabkan kita dah tak boleh meninggalkan tempat duduk ketika ini, kita solat sajalah di kerusi masing-masing. Kalau berhajat nak solat di Airport Jeddah pula memang tak sempat kerana waktu Subuh akan tamat ketika kita landing.
 
Kelengkapan Wuduk Spray yang kami bawa bersama dalam pesawat. Tapi airnya kenalah diisi dalam toilet pesawat sendiri sebab kita tak dibenarkan membawa cecair sewaktu melintasi sekuriti semasa di airport.
Peta dua projek pembangunan baru di Arab Saudi yang ditunjukkan di dalam pesawat: Neom (atas) dan Red Sea Project (bawah)
Neom
Red Sea Project
Lampu pesawat dimalapkan untuk pendaratan
Dah kelihatan kota Jeddah di luar sana
Kami tiba di King Abdulaziz International Airport di Jeddah pada pukul 6 pagi waktu tempatan. Selepas keluar dari pesawat, kami menaiki tren menuju ke tempat pemeriksaan passport.

Tiba di Jeddah
Selamat mendarat di King Abdulaziz International Airport di Jeddah
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Berjalan keluar dari pesawat
Arah ke tempat bagasi
Naik tren menuju ke tempat pemeriksaan passport dan mengambil bagasi
Menunggu giliran naik tren
Masuk ke dalam tren
Pemandangan di dalam tren
Mengintai ke dalam gerabak sebelah
Keluar dari tren
Walaupun ada ramai pengunjung dan jemaah umrah yang lain dari seluruh dunia tiba serentak dengan kami di Airport Jeddah, pemeriksaan passportnya cepat dan lancar. Berdasarkan pengalaman-pengalaman yang lalu, Myself dapat merasakan dah banyak improvement dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi. 

Ingat tak cap jari yang kita daftar sewaktu memohon Visa Umrah dulu? Di sinilah cap jari kita yang didaftar itu diperiksa secara rawak. Dalam kes Myself, kita diminta periksa cap jari hantu. Nasib baik mudah dibaca dan tak ada masalah. Husband pulak diminta periksa jari telunjuk. Pegawai Imigresen Arab yang bertugas siap boleh bercakap Bahasa Indonesia dengan Husband: "Mundur," katanya memberi arahan kepada Husband kat mana nak letak posisi jari untuk diperiksa.

Tempat mengambil bagasi
Carousel bagasi
Menunggu beg tiba
One more for the album
Berjalan membawa bagasi ke tempat bas menunggu
Kedai Arabian Oud
Dekat tempat menunggu bas ada sebuah akuarium besar. Sambil menunggu Mutawif memastikan lokasi bas kami, kita ambil kesempatan posing-posing dengan ikan di dalam akuarium.

Akuarium besar di King Abdulaziz Airport di Jeddah
Tempat menunggu di tepi akuarium
Close-up akuarium gergasi di Jeddah Airport
Selepas lokasi bas dikenalpasti, kami beramai-ramai menarik bagasi masing-masing menuju ke tempat bas.

Perhentian bas di Jeddah Airport
Menarik bagasi ke tempat bas menunggu
Bas kami menanti di sini
Mengisi bagasi ke perut bas
Sedia berlepas untuk ke Makkah


Bersambung ke Bahagian 3...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: