Monday 26 February 2024

2024 UMRAH KE-6 BHG. 03 (Jeddah - Makkah)

Februari 2024

ARAB SAUDI (UMRAH KE-6)
Makkah & Madinah

Bahagian 3: Jeddah - Makkah
DARI JEDDAH MENUJU KE MAKKAH

Part 6: Jeddah

Dari King Abdulaziz International Airport di Jeddah, kami menaiki sebuah bas yang moden dan selesa menuju ke kota Makkah.

Mutawif memberi penerangan tentang perjalanan menuju ke Makkah
Camera view dengan high resolution yang dipasang di bahagian hadapan bas membolehkan kita melihat pemandangan depan sepanjang perjalanan
Senibina moden bangunan Terminal King Abdulaziz International Airport di Jeddah
Satu pemandangan yang mengkagumkan kita di King Abdulaziz International Airport di Jeddah ini adalah betapa luasnya tempat letak kenderaan yang disediakan. Ini bukanlah menghairankan kerana airport ini adalah pintu masuk utama Jemaah Haji dari seluruh dunia setiap tahun. Jika anda pernah berkunjung ke airport ini di Musim Haji seperti kami dulu, anda pasti tahu walau seluas alam parking yang disediakan, ia tetap sangat sesak di Musim Haji.

Tempat parking bas 
Tempat parking kereta di King Abdulaziz International Airport
Kagum juga kita melihat kamera high resolution kat depan bas ini
Sambil kami melintasi sebahagian kota Jeddah menuju ke Makkah, Ustaz Azli bercerita tentang sejarah kota Jeddah. Kota ini bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kira-kira 2,500 tahun yang lalu. Asas pembangunan kota yang dilihat sekarang telah dibina oleh Khalifah Usman bin Affan pada tahun 647 Masehi untuk dijadikan pelabuhan perjalanan Jemaah Haji yang tiba melalui laut ketika itu.
 
Lebuhraya
Pemandangan sewaktu meninggalkan King Abdulaziz International Airport
Seperti di zaman pemerintahan Khalifah Usman bin Affan, Jeddah masih berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Arab Saudi sehingga sekarang. Terletak di tepi Laut Merah dan sebagaimana kota-kota lainnya di Arab Saudi, Jeddah memiliki iklim gurun.

Dengan penduduk seramai 3.75 juta pada tahun 2022, Jeddah adalah bandaraya terbesar di Wilayah Makkah, kota terbesar di Hijaz dan bandaraya kedua terbesar di Arab Saudi selepas ibu negaranya Riyadh. Jeddah juga adalah bandaraya yang ke-9 terbesar di Timur Tengah dan merupakan pusat pentadbiran Organization of Islamic Cooperation (OIC). Namun demikian, tak ada bangunan-bangunan pencakar langit yang hebat dilihat di sini.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa perkataan "Jeddah" berasal dari perkataan dalam Bahasa Arab "Jaddah" yang bermaksud "nenek" kerana isteri Nabi Adam AS, Siti Hawa yang merupakan moyang umat manusia dipercayai dimakamkan di kota ini.
 
Excited bila kami dapat melihat keretapi laju Haramain High Speed Rail (HHSR) sewaktu dalam perjalanan ke Makkah. Keretapi laju ini yang memberi perkhidmatan di antara Makkah dan Madinah turut menjadikan Jeddah sebagai sebuah persinggahan. Myself dan Husband telah berkesempatan menaiki perkhidmatan keretapi ini dan pengalaman ini akan Myself ceritakan dalam satu entry nanti.

Haramain Highspeed Rail (HHR)
Stesen HHR Jeddah
Satu lagi pemandangan Stesen HHR Jeddah
Kami tidak melalui pantai Laut Merah dalam perjalanan menuju ke Makkah. Namun Pelabuhan Jeddah adalah pelabuhan yang ke-36 terbesar di dunia dan kedua terbesar di Timur Tengah selepas Pelabuhan Jebel Ali di Dubai.

Perjalanan dari King Abdulaziz International Airport di Jeddah menuju ke Makkah memakan masa kira-kira sejam. Kita terus nikmati gambar-gambar dalam perjalanan yang kami perhatikan dari dalam bas...
 
Theme Park

Part 7: Perhentian R&R Dalam Perjalanan Ke Makkah

Dalam perjalanan ke Makkah dari Jeddah, bas kami membuat satu persinggahan di sebuah R&R di kawasan yang bernama Al Marwah. Ada bekalan nasi yang disediakan oleh pihak Azzuha di sini.

Perhentian R&R di Al Marwah
Bekalan makanan sedang diedarkan kepada para jemaah
Makanan Bungkus
Makanan yang disediakan adalah masakan Melayu
Sepatutnya kami berhenti makan di R&R ini dan seterusnya berhenti untuk Solat Jumaat di Masjid Aisyah di Tana'im. Namun atas persetujuan semua jemaah, kami meneruskan saja perjalanan menuju ke Makkah kerana ingin sampai sebelum jalan di kota tersebut ditutup sempena waktu Solat Jumaat. Makanan yang dibekalkan dimakan saja dalam perjalanan di dalam bas.

Meneruskan perjalanan ke kota Makkah
Menikmati makanan yang dibekalkan di dalam bas
Sambil makan, kita nikmati juga pemandangan yang dilihat dari dalam bas sepanjang perjalanan...

Pemandangan dalam perjalanan menuju ke Makkah
Gunung batu dan pasir
Kota Makkah hanya boleh dimasuki oleh pengunjung Muslim
Amaran Checkpoint di hadapan

Part 8: Tiba Di Makkah

Selepas sejam perjalanan dari Jeddah, kami tiba di Makkah pada pukul 10 pagi. Selepas 7 tahun kunjungan terakhir pada tahun 2017 dulu, banyak perubahan yang dilihat sebaik masuk ke kota ini.

Checkpoint masuk ke kota Makkah
Bangunan Pengawal Keselamatan di Checkpoint masuk ke Makkah
Pemandangan setelah melepasi Checkpoint
Hati memang terharu bila kami selamat tiba di Makkah. Syukur Alhamdulillah, Ya Allah kerana menjemput dan mengizinkan kami kembali ke kota suci ini setelah 7 tahun berlalu.

Ù„َبَّÙŠْÙƒَ اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ù„َبَّÙŠْÙƒَ لاَ Ø´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ Ù„َبَّÙŠْÙƒَ، Ø¥ِÙ†َّ الْØ­َÙ…ْدَ ÙˆَالنِّعْÙ…َØ©َ Ù„َÙƒَ ÙˆَالْÙ…ُÙ„ْÙƒَ لاَØ´َرِÙŠْÙƒَ Ù„َÙƒَ
Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah. Aku penuhi panggilan-Mu Ya Allah dan tiada sekutu apapun bagi-Mu. Sesungguhnya puji, nikmat, dan kekuasaan hanya bagi-Mu tanpa sekutu apapun bagi-Mu

Kehijauan artificial landscape di kota Makkah
Selamat Datang Ke Kota Makkah
Pemandangan sebaik memasuki kota Makkah
Kehijauan sebenar di kota Makkah
Menara Jam Makkah dah mula kelihatan di kejauhan
Alhamdulillah kerana kami sempat masuk ke kota Makkah sebelum jalan ditutup sempena waktu Solat Jumaat. Namun begitu, jalan di Makkah dah mula sesak ketika itu kerana ramai penduduk tempatan dan dari kawasan berhampiran juga ingin bersolat di Masjidil Haram.

Mula masuk ke pusat kota Makkah
Jalan dah mula sesak kerana ramai yang ingin berkunjung ke Masjidil Haram untuk Solat Jumaat
Kesesakan jalan ketika masuk ke kota Makkah kali ini mengimbau kenangan Myself dan Husband tentang perjalanan kami sewaktu menunaikan Haji pada tahun 2006 dulu. Kami juga tiba di kota Makkah ketika hampir waktu Solat Jumaat ketika itu. Namun kesesakan jalan yang kami alami ketika itu jauh lebih hebat dari apa yang kami alami pada hari ini. Bukan saja jalan sesak dengan kenderaan ketika itu, jalanraya juga dipenuhi lautan manusia yang berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram.

Jalan juga sesak begini sewaktu kami tiba untuk menunaikan Haji pada tahun 2006 dulu. Cuma bezanya ketika itu, ruang di celah-celah kenderaan ini dipenuhi dengan lautan manusia yang berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Bangunan-bangunan tinggi di kota Makkah
Menuju ke Bangunan Safwah Tower di Makkah
Terowong di bawah Masjidil Haram
Tiba di Safwah Tower


Bersambung ke Bahagian 4...


CATITAN PERJALANAN UMRAH KE-6 (2024):

No comments: