Sunday 30 August 2020

2020 ALOR SETAR BHG. 12 (Balai Nobat)

Ogos 2020

KEDAH, MALAYSIA
Alor Setar

Bahagian 12: Alor Setar 8
BALAI NOBAT & SUASANA MALAM DI ALOR SETAR

HARI KETIGA (7)

Part 26: Balai Nobat

Dah puas berjalan-jalan di Medan Bandar, kami berjalan menuju ke Balai Nobat pulak. Balai Nobat ini juga terletak bersebelahan dengan Medan Bandar tadi.

Balai Nobat yang terletak di seberang sana Medan Bandar
Tiga bangunan menarik di Alor Setar: (dari depan ke belakang) Pintu Gerbang, Balai Nobat dan Menara Alor Setar
Pemandangan dari arah yang lain pulak
Sebelum itu, kita bergambar dulu dalam Frame of Alor Setar. Mengabadikan kenangan di Kota Setar, begitu!

Masjid Zahir di seberang sana
Dah puas bergambar baru kita berjalan lagi menuju ke Balai Nobat. Untuk sampai ke sana, kita perlu melalui sebuah pintu gerbang batu berwarna putih yang cantik.

Pintu Gerbang
Pintu Gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, bandar Alor Setar. Istana ini pernah dilawati oleh King Chulalongkorn dari Thailand pada tahun 1890. Bila bangunan Wisma Negeri dibina di tapak istana tersebut, pintu gerbang ini telah dimusnahkan. Namun ia telah dibina semula di sini pada tahun 2008 mengikut senibina dan rekabentuk asalnya.

Bergambar di depan Pintu Gerbang
Pintu Gerbang ini telah dibina semula mengikut senibina dan rekabentuk asal termasuk ukiran-ukiran yang terdapat padanya
Maklumat tentang Pintu Gerbang yang dah susah nak dibaca
Bangunan Balai Nobat di belakang Pintu Gerbang pula adalah tempat simpanan alat muzik Nobat yang dianggap tertua dan paling bersejarah di Malaysia. Nobat dimainkan semasa upacara-upacara penting seperti pertabalan, kemangkatan dan juga semasa upacara-upacara rasmi yang lain. Pada asalnya bangunan ini dibina dari kayu, namun kemudian dibina semula menggunakan batu.

Balai Nobat
Satu lagi pemandangan Balai Nobat dari arah yang lain
Keterangan tentang Balai Nobat
Bangunan Jam Besar di seberang jalan yang sekali imbas seiras dengan Balai Nobat
Di belakang Balai Nobat pula terletak Galeri Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Galeri Diraja ini pada asalnya dikenali sebagai 'Mahkamah Besar'. Ia dibina pada tahun 1922 dengan rekabentuk bangunan berciri Roman.

Galeri Diraja
Pemandangan menghala ke Medan Bandar dari Balai Nobat
Pemandangan menghala ke Menara Alor Setar

Part 27: Menunggu Senja Di Medan Bandar

Tujuan kami berkunjung ke Medan Bandar pada lewat petang begini adalah sebenarnya nak melihat lampu-lampu cantik seperti yang kami lihat dari atas Menara Alor Setar dua hari yang lepas. Sementara menunggu lampu-lampu dinyalakan kita buat people watching dulu kat sini.


Cuaca hari itu macam nak hujan. Ketika itu juga ada letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera, Indonesia yang abunya juga sampai ke Alor Setar. Itu yang mendung semacam suasananya. Terkesima kita bila tiba-tiba lampu dinyalakan...

Sewaktu di sini juga kami bertemu dengan seorang Abang Photographer yang mengajar Husband teknik mengambil gambar menggunakan lopak air yang bertakung. Beriya Husband belajar dari Abang Photographer itu.

Abang Photographer mengajar Husband cara mengambil gambar menggunakan lopak air yang bertakung
Mempraktikkan ilmu yang dipelajari
Terima kasih kepada Abang Photographer yang tak lokek berkongsi ilmu dengan kami. Inilah hasilnya...

Lampu pada perkataan 'Alor Setar' yang bertukar-tukar warna juga mengasyikkan pandangan...

Begitu juga pemandangan sewaktu Blue Hour...



Part 28: Dinner di Aman Central

Bila hujan rintik-rintik mula turun, bergegas kami melangkah menuju ke Aman Central. Kami bercadang nak dinner di sana sebelum pulang ke hotel.

Bergegas melangkah bila hujan mula turun.
Menuju ke Aman Central
Tiba di Aman Central
Pintu masuk ke Aman Central
Pemeriksaan suhu
Suasana malam di Aman Central mengingatkan kami kepada SM Mall yang pernah kami kunjungi di Cebu City, Philippines. Itulah bahana bila dah tak boleh berjalan pergi oversea macam ini. Asyik teringat kat tempat-tempat di oversea yang pernah kita pergi.

Bon Apetit
Suasana malam di Aman Central yang mengingatkan kami kepada SM Mall di Cebu City
Pada mulanya kami merancang nak dinner di Food Court saja seperti waktu lunch tadi. Malangnya kedai-kedai di Food Court semua dah nak tutup walaupun jam ketika itu menunjukkan hanya pukul 7 malam.

Next Food Emporium di Aman Central
Malangnya, kedai-kedainya banyak yang ditutup awal.
Akhirnya kami membuat keputusan untuk dinner di McDonalds saja. 

McDonalds
Sesuatu yang bagus, Mcdonalds di sini sangat menekankan SOP Covid. Disebabkan Mcdonalds ini kecil, hanya seorang pelanggan saja yang dibenarkan beratur untuk membuat order. Makanan dipesan akan dihantar oleh petugas terus ke meja. Selepas makan, pelanggan diminta mengemaskan meja masing-masing, macam makan kat Restoran McD di oversea sana.

Meja di Mcdonalds diatur jarak-jarak. Hanya dua orang pelanggan sahaja dibenarkan duduk di sebuah meja.
Dinner
Kemas sendiri meja selepas makan
Laluan sehala disediakan untuk pelanggan keluar-masuk ke restoran
Hujan turun semakin lebat sewaktu kami tengah dinner. Syukurlah kami sempat sampai ke Aman Central sebelum hujan lebat turun. Disebabkan hujan juga, kami memutuskan untuk menggunakan Grab balik ke hotel.

Hujan lebat sewaktu kami tengah dinner di Macdonalds
Grab Pick-up di Aman Central
Naik Grab balik ke hotel
Tiba di Royale Signature Hotel


 Bersambung ke Bahagian 13...


CATATAN PERJALANAN ALOR SETAR (2020):