Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(BOTSWANA : Chobe National Park)
Bahagian 16: Botswana
BOTSWANA [Chobe National Park 1]
HARI KELIMA (2)
Part 38: River Safari @ Chobe National Park (1)
Kalau di South Africa dulu kami berkesempatan membuat Game Drive di darat, di Botswana pula kami berkesempatan membuat River Safari di Chobe National Park. Perjalanan River Safari ini bermula dari bandar Kasane di Botswana.
![]() |
| Jeti permulaan River Safari di Kasane |
![]() |
| Welcome To the Chobe River |
![]() |
| Naik ke bot safari kami |
Bot untuk membuat River Safari ini ditempah khas untuk Group kami. Bot ini 2 tingkat. Ada meja untuk hidangan minuman ringan disediakan di tingkat bawah. Cuma ada kerusi dengan ruang rehat sahaja di tingkat atas. Myself dan Husband cuma duduk di tingkat bawah sahaja di sepanjang River Safari ini.
![]() |
| Biskut dan minuman ringan yang disediakan di dalam River Safari |
![]() |
| Pemandangan sewaktu bot meninggalkan jeti |
![]() |
| River Safari di Chobe River |
![]() |
| Tangga naik ke tingkat atas |
![]() |
| Pemandangan di tingkat atas bot |
Perjalanan kami membuat River Safari di Chobe National Park adalah sebenarnya perjalanan menyusuri Sungai Chobe. Sungai Chobe yang sepanjang 731 km ini bermula di Angola dan berakhir di pertemuan dengan Sungai Zambezi. Chobe National Park terletak di stretch 60 km yang terakhir sungai ini sebelum bertemu Sungai Zambezi.
![]() |
| Chobe River |
![]() |
| Memulakan River Safari |
![]() |
| Kapten bot memberi taklimat keselamatan |
![]() |
| Precious berbincang dengan kapten bot |
Bahagian Chobe River yang kami lalui sekarang memisahkan Botswana dengan negara Namibia. Tebing sungai di sebelah kiri adalah Botswana manakala tebing di sebelah kanan pula adalah Namibia.
![]() |
| Chobe River |
![]() |
| Chobe River |
![]() |
| Tebing sungai di sebelah kiri adalah negara Botswana manakala yang di sebelah kanan adalah negara Namibia |
![]() |
| Tebing sungai di sebelah Botswana |
![]() |
| A glimpse of Namibia |
![]() |
| Walau tak dapat nak menjejak Namibia, kita tengok dari jauh pun jadilah.. 😄 |
![]() |
| Tumbuhan Papyrus di tebing sungai. Inilah juga tumbuhan yang digunakan oleh orang Mesir Purba untuk membuat kertas. |
Disebabkan bot safari kami didaftarkan di Botswana, perjalanan safari kami adalah lebih dekat kepada tebing sungai di sebelah Botswana berbanding Namibia.
![]() |
| Kita berlayar lebih dekat ke tebing di sebelah Botswana |
![]() |
| Burung Helang |
![]() |
| Besar sungguh saiz Burung Helang ini |
![]() |
| Bot safari lain yang seperti bot kami |
![]() |
| Kenangan di dalam bot safari |
![]() |
| Air di Sungai Chobe yang sangat membiru hari ini |
Sebelum meneruskan pelayaran lebih jauh, bot kami merapat dulu ke tepi di sebuah tempat. Banyak juga bot-bot lain yang berhenti sama di sini. Kata Precious, kapten bot kami perlu turun sebentar di sini untuk membuat laporan perjalanan kepada petugas di pos kawalan.
![]() |
| Banyak bot berhenti di sana |
![]() |
| Kata Precious, semua kapten bot perlu berhenti untuk melaporkan perjalanan mereka di sini |
![]() |
| Kapten mengikat bot kami ke tepi |
![]() |
| Petugas di pos kawalan |
![]() |
| Bot lain yang berhenti bersama bot kami |
![]() |
| Meninggalkan pos kawalan selepas membuat laporan |
![]() |
| Meneruskan perlayaran |
![]() |
| Husband berbual dengan Precious |
![]() |
| Banyak Burung Helang dilihat di Chobe National Park ini |
![]() |
| Kenderaan yang membuat Land Safari di Chobe National Park |
Ada banyak tumbuhan air yang tumbuh di tengah-tengah sungai di Chobe River. Mereka terdiri dari Water Reed dan Water Lilies. Banyak bunga Water Lily sedang berkembang mekar menjadikan pemandangan di sini sangat indah.
![]() |
| Pemandangan tumbuhan air yang cantik di tengah Chobe River |
![]() |
| Tumbuhan air ini kelihatan bagai pulau yang terapung |
![]() |
| Water Lilies |
![]() |
| Bunga Water Lily yang banyak sedang berkembang |
![]() |
| Water Lily |
![]() |
| Memang tak sangka yang benua Afrika indah sebegini |
![]() |
| Keindahan alam ciptaan Allah SWT. |
Sedang kami menikmati keindahan bunga Water Lily, excited bila tiba-tiba boat captain menunjukkan sekumpulan Badak Air (Hippotamus) yang sedang berendam.
![]() |
| Badak Air (Hippotamus) |
![]() |
| Ada sepasang Badak berendam di situ |
![]() |
| Bila Badak Air berendam, mereka bernafas di bawah air dan mengeluarkan riak air seperti ini |
![]() |
| Besar sungguh Badak ni! |
![]() |
| Pemandangan Badak dari belakang |
![]() |
| Close-up |
Tengah seronok menengok pasangan Badak, bot kami berpusing ke arah lain. Rupa-rupanya captain dah nampak ada sekumpulan lagi Badak Air yang lebih banyak di situ.
![]() |
| Bot berpusing nak menengok sekumpulan Badak Air yang lain |
![]() |
| Kumpulan Badak Air yang kedua |
Badak Air adalah haiwan darat yang paling merbahaya di Afrika. Selain berbadan besar, Badak Air juga bersifat agresif dan boleh bergerak dengan mudah di darat dan di air. Rahang yang besar dan taring yang panjang dan tajam turut menjadikan ia haiwan yang merbahaya bila menyerang musuh. Terdapat laporan yang menyatakan kira-kira 500 orang mati terbunuh diserang Badak Air di Afrika setiap tahun.
![]() |
| The original Badak Berendam. 😂 |
![]() |
| Berposing dengan Badak Air |
![]() |
| Close-up sikit |
![]() |
| Mencari nak melihat haiwan yang lain pulak |
![]() |
| Minuman jus buah-buahan yang disediakan di dalam bot |
Haiwan seterusnya yang kami lihat adalah African Fish Eagle. Burung ini terkenal dengan kemahirannya menangkap ikan. Seperti juga banyak spesies Burung Helang yang lain, mereka memiliki mata yang tajam sehingga dapat melihat ikan yang berenang di dalam air walau sedang terbang jauh tinggi di udara.
![]() |
| African Fish Eagle |
![]() |
| Pandangan African Fish Eagle dengan lebih dekat |
Seperti di Asia Tenggara, buaya juga banyak menghuni sungai-sungai di Afrika. Haiwan ini juga dapat kami lihat sewaktu membuat River Cruise di Chobe National Park. Ada beberapa ekor yang kami temui sedang berjemur di tepi sungai.
Buaya sering berjemur di bawah matahari untuk mengawal suhu badan mereka. Disebabkan mereka berdarah sejuk, mereka bergantung kepada sinaran matahari untuk memanaskan tubuh, meningkatkan tenaga untuk memburu serta membantu penghadaman. Ada kalanya mereka juga akan berenang mencari air yang lebih panas ataupun lebih sejuk di dalam sungai mengikut keperluan.
Buaya juga sering menganga sewaktu berjemur di darat. Walaupun nampak menakutkan, ia perlu berbuat begitu untuk bernafas dan juga mengeluarkan haba dari tubuh badan.
![]() |
| Kita datang dekat-dekat... |
![]() |
| Posing dengan buaya |
![]() |
| Dah berenang balik masuk ke dalam air |
![]() |
| Selamba di berenang dekat-dekat dengan bot kita. |
Chobe National Park di Botswana terkenal kerana memiliki populasi gajah yang terbesar di dunia. Adalah dianggarkan di antara 50,000 - 120,000 gajah menjadikan Chobe National Park sebagai tempat tinggal mereka. Haiwan bertubuh besar ini boleh dilihat sepanjang tahun, dengan musim puncak di antara Mei-Oktober seperti sewaktu kami berada di sana.
![]() |
| Ahh!!! Ada gajah pulak di sana! |
![]() |
| Jom kita pergi ke sana... |
Gajah sentiasa bergerak mencari makanan dan minuman. Mereka cuma memakan tumbuh-tumbuhan, termasuk rumput. Gajah akan duduk berehat pada waktu panas dan tidur hanya selama beberapa jam di waktu malam.
![]() |
| Merapat ke tepi nak melihat Gajah dengan lebih dekat |
![]() |
| Close-up |
![]() |
| Bot lain yang juga datang nak melihat Gajah |
![]() |
| Sang Gajah berlalu pergi |
Tidak jauh dari tempat Gajah tadi ada pulak seekor Biawak. Biawak menghabiskan sebahagian besar hidup mereka dengan mencari makanan. Diet utama mereka adalah serangga tetapi ada juga spesies Biawak yang mengorek tanah untuk memakan benih dan tumbuh-tumbuhan. Biawak selalunya menunggu mangsa mereka dengan menyamar seperti patung. Bila mangsa lalai dan leka, barulah mereka menyerang dan menyambar.
Biawak jarang nak berdepan dengan musuh. Mereka selalunya akan melarikan diri bila berdepan dengan musuh. Walau bagaimanapun, ada masanya konfrontasi tidak dapat dielakkan. Pada ketika ini, Biawak akan mengembangkan diri dengan menyedut udara di sekeliling dan berdiri tegak. Ini menyebabkan mereka akan kelihatan besar dan kuat.
Bersambung ke Bahagian 17...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa) -->> Mauritius
- Bhg. 39 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Holiday Inn Mon Tresor & Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Shiva Statue & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)







































































No comments:
New comments are not allowed.