Mei 2026
SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(BOTSWANA : Kasane)
Bahagian 15: Botswana
ZIMBABWE [Kasambabezi Lodge] & BOTSWANA [Kasane]
HARI KELIMA (1)
Part 34: Suasana Pagi Di Kasambabezi Lodge
Seperti biasa, Myself dan Husband memang bangun awal sewaktu berada di bumi Afrika kerana waktu Solat Subuh masuk sekitar pukul 5.20 pagi dan Syuruk pada pukul 6.30 pagi. Selepas Solat Subuh kami keluar ke restoran kerana breakfast bermula pada pukul 6 pagi di Kasambabezi Lodge.
![]() |
| Pemandangan awal pagi menghala ke luar dari depan pintu bilik kami di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Posing dulu kat depan bilik sebelum keluar breakfast |
![]() |
| Swimming Pool di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Tiba di restoran |
![]() |
| Dah ada Pengyou yang breakfast lebih awal dari kami. |
![]() |
| Pilihan breakfast kami |
![]() |
| Menikmati sarapan pagi |
Program kami pada pagi ini adalah melawat ke Chobe National Park yang terletak di sebuah lagi negara yang berjiran dengan Zimbabwe ~ Botswana. Perjalanan dijangka bermula pada pukul 7.30 pagi. Memandangkan masih ada masa yang terluang, kami mengambil kesempatan bersiar-siar di perkarangan Kasambabezi Lodge.
![]() |
| Suasana pagi yang damai di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Buaya kat depan bilik!! 😁 |
![]() |
| Ruang rehat di tengah taman |
![]() |
| Posing di tengah taman |
![]() |
| Souvenir Shop |
Dekat-dekat pukul 7.30 pagi barulah kami bergerak menuju ke tempat berkumpul di depan pintu masuk.
![]() |
| Swimming Pool |
![]() |
| Satu lagi pemandangan di Swimming Pool |
![]() |
| Kaunter reception di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Kenangan di Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Bangunan utama Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Pemandangan menghala ke bangunan utama dari pintu masuk ke Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Pintu masuk ke Kasambabezi Lodge |
Kami menerima berita yang tidak menggembirakan sewaktu menunggu di depan pintu masuk ini ~ bas special semalam yang sepatutnya membawa kami ke Botswana pagi ini mengalami kerosakan. Oleh yang demikian, perjalanan kami mengalami sedikit kelewatan kerana agensi pelancongan di Zimbabwe perlu menguruskan kenderaan gantian untuk kami.
![]() |
| Pemandangan jalan raya di depan Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Suasana pagi di depan Kasambabezi Lodge |
![]() |
| Menunggu kenderaan gantian tiba dengan sabar |
![]() |
| Precious dan Eddy sedang berbincang |
Tidak lama kemudian, kenderaan gantian kami tiba dalam bentuk sebuah coaster dan sebuah MPV. Myself dan Husband memilih untuk naik coaster dengan ditemani Precious. Eddy pula menemani beberapa Pengyou lain yang memilih naik MPV.
![]() |
| Coaster gantian yang akan membawa kami ke Botswana |
Part 35: Botswana Sepintas Lalu
Perjalanan dari Kasambabezi Lodge menuju ke sempadan Botswana memakan masa kira-kira 1 jam. Dalam perjalanan menuju ke sana, Precious memberi latar belakang tentang negara Botswana yang akan kami lawati.
![]() |
| Peta lokasi Botswana di benua Afrika |
Botswana adalah sebuah negara di selatan benua Afrika yang bersempadan dengan 4 negara: Namibia, Zambia, Zimbabwe dan South Africa. Seperti Zambia dan Zimbabwe, ia adalah juga sebuah landlocked country yang tidak memiliki laut.
Penduduk Botswana berjumlah 2.6 juta dan ibu negaranya bernama Gaborone. Ia adalah juga bandar terbesar di negara ini.
![]() |
| Precious memberi penerangan tentang Botswana |
Iklim di Botswana adalah separa kering kerana 80% negara ini terdiri dari Gurun Kalahari yang merupakan salah sebuah kawasan paling kering di selatan benua Afrika. Namun demikian, hujan kerap turun di bahagian utara negara ini.
1/3 dari seluruh negara Botswana telah diisytiharkan sebagai taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar. Central Kalahari Game Reserve di Botswana adalah kawasan perlindungan haiwan liar yang kedua terbesar di dunia dengan keluasan sebesar negara Denmark!
Sewaktu di bawah pemerintahan British, Botswana dikenali sebagai Bechuanaland. Ia mendapat kemerdekaan dari Britain pada tahun 1966. Bahasa rasmi di Botswana adalah English tetapi sebahagian besar rakyatnya menggunakan bahasa Setswana sebagai bahasa pertuturan seharian.
Botswana juga dianggap sebagai sebuah negara yang kaya. Pendapatan utama negara ini terdiri dari perlombongan berlian, pelancongan dan penternakan. Industri penternakan di Botswana boleh dikatakan setara dengan industri penternakan lembu di Australia dan New Zealand. Kebanyakan daging lembu dari Botswana dieksport ke Eropah.
Part 36: Menuju Ke Botswana
Perjalanan kami dari Victoria Falls di Zimbabwe menuju ke Botswana adalah melalui Hwange National Park yang membentuk sebahagian dari Kavango-Zambezi Transfontier Conservation Area yang dikongsi bersama 5 negara: Namibia, Angola, Zambia, Botswana dan Zimbabwe.
![]() |
| Keadaan jalan di Zimbabwe tidak memuaskan kerana banyak yang berlubang-lubang. Turapan tar pada jalannya pun nipis. |
Satu masa dahulu ada pagar yang dipasang di kawasan sempadan semua negara Namibia, Angola, Zambia, Botswana dan Zimbabwe. Tindakan ini memberi kesan kepada kehidupan beberapa haiwan seperti gajah dan singa yang memerlukan kawasan yang besar untuk kelangsungan hidup. Disebabkan kawasan habitat mereka terbatas, haiwan-haiwan ini mula membuat gangguan kepada kehidupan manusia. Sehubungan dengan itu, kesemua 5 negara yang terlibat bersetuju untuk membuka pagar sempadan di kawasan masing-masing dan menubuhkan Kavango-Zambezi Transfontier Conservation Area.
![]() |
| Kawasan Hwange National Park di Zimbabwe |
![]() |
| Zirafah yang mengintai di sebalik pokok-pokok yang tinggi |
Precious juga bercerita kepada kami tentang haiwan dalam kepercayaan tradisi orang Afrika. Setiap orang di Afrika dikatakan terdiri dari suku kaum yang berkait dengan haiwan. Precious sendiri misalnya berasal dari suku kaum Porcupine (Landak). Dia berharap setelah mati dan dilahirkan semula, dia dapat dilahirkan dalam suku kaum Zirafah pula kerana di kalangan haiwan, Zirafah dianggap lebih gracious dan lebih dihormati.
![]() |
| Mentari pagi yang menyinari bumi Zimbabwe |
Sungai Chobe mula muncul dalam pandangan sewaktu kami menghampiri sempadan Botswana. Dari kejauhan juga, kami dapat melihat Kazungula Bridge yang menghubungkan Botswana dengan Zambia yang dibina di pertemuan Sungai Chobe dengan Sungai Zimbabwe.
![]() |
| Zambezi River |
![]() |
| Pemandangan Kazungula Bridge yang menghubungkan Botswana dengan Zambia |
![]() |
| Tiba di sempadan Zimbabwe-Botswana |
Kami turun dari kenderaan untuk mengecop passport di pos sempadan Zimbabwe. Tidak seperti di sempadan Zimbabwe dan Zambia semalam yang dipisahkan oleh Sungai Zambezi, sempadan Zimbabwe dengan Botswana cuma dipisahkan dengan pagar.
![]() |
| Tiba di pos sempadan Zimbabwe. Di sebalik pagar ini adalah negara Botswana. |
![]() |
| Beratur di pos sempadan Zimbabwe untuk mengecop passport |
![]() |
| Coaster kami bergerak masuk ke sempadan Botswana sambil kami beratur untuk mengecop passport |
![]() |
| Ramai juga orang yang beratur nak masuk ke Botswana hari ini dari Zimbabwe |
![]() |
| Suasana selepas selesai mengecop passport |
![]() |
| Bendera Zimbabwe |
Selepas mengecop passport di Zimbabwe, kita berjalan kaki melangkah masuk ke Botswana. Walaupun dah masuk ke wilayah Botswana, tempat mengecop passport di Botswana agak jauh juga kalau nak berjalan dari situ. Makanya, kami dibawa ke sana dengan menaiki coaster.
![]() |
| Berjalan masuk ke Botswana di seberang pagar |
![]() |
| Welcome To Botswana |
![]() |
| Coaster menunggu kami di sebalik pagar di Botswana |
![]() |
| Naik coaster ke tempat pemeriksaan passport di Botswana |
Kami semua diminta turun dari coaster sebaik tiba di pintu masuk rasmi ke Botswana yang dinamakan Kazungula Road Border Post. Setiap kami juga diminta untuk mencelup tapak kasut di dalam tempat khas yang disediakan. Ingatkan sebab apalah kena buat begitu? Rupa-rupanya ini adalah prosedur perlindungan dari penyakit Tangan, Kaki & Mulut (Hand, Foot & Mouth Disease atau HFM). Maklum sajalah kerana daging penternakan adalah salah sebuah eksport yang penting bagi Botswana. Oleh itu, sangat penting bagi mereka untuk mencegah sebarang kemungkinan penyakit HFM kepada ternakan. Teringat pulak kepada kempen Love Taiwan Pigs sewaktu melawat ke Taiwan dulu. 😂
![]() |
| Semua pelawat diminta keluar dari kenderaan masing-masing bila tiba di pintu masuk rasmi ke negara Botswana ini |
![]() |
| Setiap pelawat diwajibkan untuk mencelup tapak kasut mereka di dalam cecair ini |
![]() |
| Prosedur bagi mencegah wabak penyakit HFM |
![]() |
| Barangan yang dilarang untuk dibawa masuk ke Botswana ~ sama seperti di Australia dan New Zealand |
![]() |
| Monyet yang menyambut kedatangan kami ke Botswana |
Dari pintu masuk rasmi tadi, kami berjalan kaki sahaja menuju ke tempat pemeriksaan passport. Ada health screening yang perlu dilalui sebelum passport boleh dicop masuk ke Botswana.
![]() |
| Welcome To Botswana |
![]() |
| Berjalan kaki ke tempat pemeriksaan passport |
![]() |
| Bangunan tempat pemeriksaan passport di Kazungula Road Border Post di Botswana |
![]() |
| Menunggu giliran untuk pemeriksaan passport |
Botswana adalah negara yang kaya jika dibanding dengan dua jirannya: Zambia dan Zimbabwe. Oleh itu bangunan tempat pemeriksaan passportnya lebih cantik dan selesa. Pegawai-pegawai imigresen di Botswana juga kelihatan sangat profesional jika dibanding dengan Zimbabwe dan Zambia.
![]() |
| Pemandangan di Kazungula Road Border Post |
Kazungula Road Border Post ini juga adalah salah sebuah pintu masuk ke Chobe National Park yang terkenal di Botswana. Ada banyak perkhidmatan kenderaan Animal Safari yang boleh disewa di sini. Kami tidak menaiki kenderaan ini kerana tujuan kedatangan kami ke Botswana adalah untuk membuat River Safari di Chobe National Park.
![]() |
| Kenderaan-kenderaan yang boleh disewa untuk membuat Animal Safari di Kazungula Border Post |
![]() |
| Kenderaan-kenderaan ini kelihatan sangat selesa untuk dinaiki |
![]() |
| Pelancong yang hendak menuju ke Chobe National Park |
Part 37: Kasane
Perjalanan kami diteruskan menuju ke Chobe National Park dengan melalui sebuah bandar bernama Kasane di sempadan.
![]() |
| Meneruskan perjalanan ke Chobe National Park |
![]() |
| Precious memberi penerangan tentang program River Safari di Chobe National Park |
![]() |
| Pemandangan di Botswana yang tak banyak berbeza dengan Zimbabwe |
![]() |
| Iklim di Botswana juga sama seperti di Malaysia |
![]() |
| Jalan di Botswana lebih lebar dan lebih baik berbanding di Zimbabwe... |
![]() |
| ... Tetapi masih berlubang-lubang juga. Namun begitu, lubangnya tidaklah seteruk lubang jalan di Zimbabwe |
![]() |
| Kedai Hardware |
Kami juga melalui sedikit kawasan pertanian sewaktu menuju ke Chobe National Park. Antara tanaman yang ditanam termasuk Pisang dan Sekoi (Sorghum).
![]() |
| Ladang Pisang |
![]() |
| Masih pemandangan Ladang Pisang yang sama |
![]() |
| Ladang Sorghum (Sekoi) |
![]() |
| Selain jagung, Sekoi juga sering dijadikan makanan ruji di Afrika |
![]() |
| Ladang Jagung |
![]() |
| Sungai Chobe yang membiru dah mula kelihatan |
Kami juga dapat melihat Pokok Baobab dalam perjalanan ke Chobe. Pokok ini adalah pokok yang banyak tumbuh di kawasan kering di Afrika. Seperti Pokok Kelapa di Asia Tenggara, Baobab juga digelar Tree of Life kerana setiap bahagian pokok ini ada kegunaan kepada manusia.
Rupa Pokok Baobab pelik kerana batangnya sangat besar dan ranting-rantingnya kecil. Kerana itu jugalah Pokok Baobab kadang-kala digelar The Cursed Tree sebab ia kelihatan macam pokok yang tercabut dari tanah dengan akar (ranting-ranting pokok) yang terbalik ke atas. Batang Pokok Baobab gemuk sebab ia menyimpan air. Di kawasan-kawan kering yang kurang air, suku kaum asli di Afrika akan menoreh batang Baobab untuk mendapatkan air minum.
![]() |
| Pokok Baobab |
![]() |
| Pokok Baobab dianggap Tree of Life sebab setiap bahagian pokok ini mempunyai kegunaan kepada manusia |
![]() |
| Menghampiri bandar Kasane |
Kasane hanyalah sebuah bandar kecil di Botswana dengan 10,000 penduduk. Namun begitu ia terkenal kerana kedudukannya yang terletak di Four Corners of Africa yang merupakan tempat pertemuan 4 negara: Botswana, Zimbabwe, Zambia dan Namibia. Walaupun tidak semaju dan sehebat negara-negara Barat, negara-negara Afrika di sebelah sini sering mendapat perhatian dari bintang-bintang Hollywood untuk urusan peribadi mereka. Kasane di Botswana ini misalnya adalah lokasi perkahwinan 2 bintang terkemuka Hollywood Elizabeth Taylor dan Richard Burton yang popular di tahun 1950-an. Namibia pula menjadi pilihan actress Angelina Jolie untuk melahirkan anak perempuannya yang bernama Shiloh.
![]() |
| Kasane |
![]() |
| Kasane |
Coaster kami membelok di belakang kedai-kedai di bandar Kasane kerana di situlah letaknya jeti untuk kami memulakan River Safari.
![]() |
| Membelok di belakang kedai-kedai di Kasane |
![]() |
| Welcome To Chobe District |
![]() |
| Berjalan menuju ke jeti bot untuk membuat River Safari |
Bersambung ke Bahagian 16...
CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
- Bhg. 01 (Hari 01) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
- Bhg. 02 (Hari 02) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
- Bhg. 03 (Hari 02) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
- Bhg. 04 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
- Bhg. 05 (Hari 02) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
- Bhg. 06 (Hari 03) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
- Bhg. 07 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
- Bhg. 08 (Hari 03) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
- Bhg. 09 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
- Bhg. 10 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 1)
- Bhg. 11 (Hari 03) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village 2)
- Bhg. 12 (Hari 04) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls Airport)
- Bhg. 13 (Hari 04) - Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
- Bhg. 14 (Hari 04) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
- Bhg. 15 (Hari 05) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
- Bhg. 16 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 1)
- Bhg. 17 (Hari 05) - Botswana (Chobe National Park 2)
- Bhg. 18 (Hari 05) - Zimbabwe (Flight of Angels)
- Bhg. 19 (Hari 05) - Zimbabwe (Zambezi Sunset Cruise)
- Bhg. 20 (Hari 06) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
- Bhg. 21 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
- Bhg. 22 (Hari 06) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg - Sun City)
- Bhg. 23 (Hari 07) - South Africa (Sun City: Palace of the Lost City)
- Bhg. 24 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lion Park)
- Bhg. 25 (Hari 07) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
- Bhg. 26 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 1)
- Bhg. 27 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Table Mountain 2)
- Bhg. 28 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap)
- Bhg. 29 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Cape Town City)
- Bhg. 30 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Kirstenbosch National Botanical Gardens)
- Bhg. 31 (Hari 08) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
- Bhg. 32 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Hout Bay)
- Bhg. 33 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Fish Hoek)
- Bhg. 34 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
- Bhg. 35 (Hari 09) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
- Bhg. 36 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
- Bhg. 37 (Hari 10) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
- Bhg. 38 (Hari 10) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa) -->> Mauritius
- Bhg. 39 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Holiday Inn Mon Tresor & Dormant Volcano)
- Bhg. 40 (Hari 11) - Mauritius (Curepipe : Shiva Statue & Grand Bassin Lake)
- Bhg. 41 (Hari 11) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
- Bhg. 42 (Hari 11) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)

















































































No comments:
New comments are not allowed.