Monday 10 October 2022

2022 TEMERLOH BHG. 04 (Deerland)

Ogos 2022

PAHANG, MALAYSIA
Temerloh

Bahagian 5: Lanchang 2
DEERLAND PARK

Part 12: Deerland Park

Rancangan kami pada mulanya adalah nak melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Sewaktu membuat research tentang jalan bagaimana nak ke Kuala Gandah, terjumpa pula tentang sebuah santuari rusa yang bernama Deerland. Maka kami membuat keputusan nak turut melawat ke sana sambil-sambil melawat ke Kuala Gandah.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deerland terletak berhampiran antara satu sama lain.
Laluan menuju ke Kuala Gandah
Simpang ke Deerland
Deerland adalah sebuah pusat santuari rusa milik swasta. Oleh itu ada tiket yang dikenakan untuk masuk melawat ke dalamnya. Lupa pulak berapa harga tiket yang dikenakan, tapi tidaklah mahal sangat.

Deerland
Laluan keluar dari Deerland
Pejabat Tiket
Selepas membeli tiket, semua pengunjung akan diberi sticker yang perlu dilekat kepada baju dan juga kupon untuk makanan rusa.

Sticker dan kupon makanan rusa yang diberi kepada pengunjung selepas membeli tiket.
Lekatkan sticker kepada baju
Laluan masuk ke dalam
Jom masuk ke dalam...
Ada laluan sehala yang disediakan untuk pengunjung di Deerland. Ikut saja laluan yang disediakan di sana...

Suasana di Deerland dibina bagai suasana di hutan sekeliling. Sejuk dan mendamaikan.

Suasana hutan di Deerland
Sangkar burung
Tak tahu nama burung ini
Seperti namanya, tarikan utama di Deerland adalah rusa. Jadi bila mengikut laluan sehala yang disediakan, kita akan terlebih dulu bertemu dengan rusa.

Pintu masuk ke kandang rusa
Di pintu masuk ke kandang rusa, kita perlu menyerahkan kupon makanan rusa kepada petugas yang akan memberikan mangkuk makanan rusa ini kepada kita. Untuk menjaga kebajikan rusa supaya tidak terlebih makan, setiap kumpulan pengunjung akan diberi makanan ini mengikut kuantiti yang tertentu. Tak ada option untuk membeli makanan lebih untuk diberi kepada rusa.

Kupon makanan rusa yang perlu diserahkan kepada petugas di pintu masuk
Kami berdua cuma diberi semangkuk sahaja makanan rusa
Ubi untuk makanan rusa
Kami tiba di Deerland pada waktu tengah hari. Memang dah waktu makan untuk rusa-rusa agaknya. Kerana itulah rusa-rusa ini berkerumun nak aim kami untuk mendapat makanan.

Rusa yang beramai-ramai aim kami untuk mendapat makanan
Memberi rusa makan
Berebut-rebut nak minta makanan
Bergambar dengan rusa
Pengunjung-pengunjung lain ke Deerland
Berebut nak minta makanan
Kagum melihat tanduk rusa ini
Rusa di Deerland
Membelai-belai rusa
Pengalaman yang menyeronokkan memberi rusa makan
Ada tempat mencuci tangan yang disediakan dekat pintu keluar dari kandang rusa
Pintu keluar dari kandang rusa
Selain rusa, ada juga beberapa haiwan kecil lain yang dibela di Deerland. Macam mini zoo lah pemandangannya kat sini. Dari apa yang kami perhatikan, semua haiwan di sini memang dijaga dengan baik.

Kandang-kandang haiwan di depan sana
Mari kita lihat apa yang ada di sini...
Ayam
Kandang kucing
Ada beberapa ekor kucing dibela di dalam kandang ini
Kucing Bengal
Kucing Belang
Kita jalan lagi ke depan...
Burung Merak
Merak kayangan
Burung Merak dari belakang
Mengambil gambar Burung Merak
Sebahagian besar haiwan yang dibela adalah Ayam, Burung dan seumpamanya.

Burung Kuang
Ayam
Silver Pheasant yang juga mampu berenang seperti angsa
Silky Chicken
Pemandangan lebih dekat Silky Chicken
Burung Puyuh (Quail)
Pemandangan Burung Puyuh dengan lebih dekat
Kita juga boleh melihat beberapa tumbuhan hutan yang ditanam di dalam pasu di taman ini.

Ada juga beberapa haiwan exotic seperti Landak dan Ular Sawa yang dibela.

Rumah Landak
Sepasang Landak
Ular
Ular Sawa Batik
Takut juga tengok muka dia dekat-dekat macam ini...
Ular Sawa yang camouflage dengan batang kayu. Memang bahaya kalau berjumpa mereka dalam hutan begini.
Rumah Hamster
Hamster
Tempat rehat dengan landskap yang menarik
Ayam lagi
Angsa
Sebuah lagi tempat rehat yang disediakan
Berdekatan dengan tempat rehat ini kita dapat melihat kandang Prairie Dog. Ada amaran supaya tidak memegang haiwan ini kerana ia akan menggigit.

Kandang Prairie Dog
Ada seekor Prairie Dog di sana...
Close-up sikit
Ada seekor lagi sedang makan kayu di sana
Amaran supaya tidak menyentuh Prairie Dog kerana haiwan ini gemar menggigit
Suasana hutan di Deerland
Jom ke sana pulak...
Itik
Lagi suasana di Deerland
Musang
Sedang tidur di tepi pagar
Seekor Musang lagi sedang tidur di atas atap
Haiwan ini bernama Binturong. Ini pun sejenis musang juga rasanya.
Panjang betul badan dia...
Sebelum meninggalkan Deerland, kita tengok pula sebuah dua sangkar berhampiran yang penuh dengan burung-burung yang berwarna-warni.

Arah menuju ke pintu keluar
Sangkar burung yang berwarna-warni
Di belakang sangkar burung ini ada pulak kandang arnab rupanya. Dah alang-alang sampai ke sini, marilah kita masuk melawat.

Pintu masuk ke Kandang Arnab
Landskap di Kandang Arnab
Rumah Arnab
Arnab yang boleh dipegang
Landskap cantik di Kandang Arnab
Di sebelah Kandang Arab, betul-betul bersebelahan dengan pintu keluar, ada pulak sebuah Rumah Reptilia. Kita tengok reptilia yang dibela di sana.

Rumah Reptilia
Golden Stripe Bearded Dragon
Corn Snake
Rupa paras lebih dekat Corn Snake
Salfin Dragon
Zero Bearded Dragon
Mana pulak penghuninya?
Ohh, ada kat bawah situ!
Ular
Ornate Pacman Frog
Permainan komputer Pacman yang sangat popular sewaktu personal computer mula diperkenalkan di seluruh dunia pada tahun 1990-an dulu mungkin diilhamkan dari rupa katak ini.
Jenuh nak mencari Dumpy Tree Frog ini
Tengah bersembunyi kat sana...
Selain reptilia, ada juga beberapa spesies hamster turut dipamerkan di sini.

Greater Egyptian Jerroa
Rupa lebih dekat Greater Egyptian Jerroa
Syrian Hamster
Satu lagi spesies Syrian Hamster
Mongolian Gerbil
Macam rupa tikus rumah yang selalu kita lihat
Pengunjung-pengunjung di Reptilia House
Secara keseluruhannya lawatan ke Deerland ini sangat menarik. Pengalaman yang paling menyeronokkan dah pasti memberi makan kepada rusa. Myself cadangkan supaya anda turut singgah ke sini sekiranya merancang nak melawat ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah.
 
Pintu keluar dari Deerland
Kedai cenderamata
Antara cenderamata yang dijual
Pokok Kaktus & Geng turut dijual sebagai cenderamata


Bersambung ke Bahagian 5...


No comments: