Tuesday 25 October 2022

2022 PENANG (2nd Visit) BHG. 02 (Feri)

September 2022

PENANG, MALAYSIA (2nd Visit 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town

Bahagian 2: Penang 1
ESPLANADE PARK & TANJUNG BUNGAH

HARI PERTAMA (2)

Part 3: Esplanade Park

Feri laju dari Butterworth berlabuh di Swettenham Pier di George Town. Perjalanannya sangat singkat, tak sempat nak duduk panas punggung pun, kata orang.

Tiba di George Town
Feri yang membawa kami dari Butterworth
Selamat Datang Ke Pulau Pinang
Pemandangan jeti feri yang lama dari Swettenham Pier
Penumpang feri yang nak pergi ke Butterworth
Swettenham Pier
Balai Polis Pelabuhan di Swettenham Pier
Kalau anda pernah pergi ke George Town, mesti pernah melihat Menara Jam yang dibina untuk memperingati ulang tahun pemerintahan Ratu British, Queen Victoria di sini. Swettenham Pier terletak berdekatan dengan menara jam ini.

Menara Jam yang dibina untuk memperingati ulang tahun pemerintahan Queen Victoria
Dedikasi untuk Queen Victoria yang diabadikan pada menara jam
Disebabkan kami merasa lapar, kami bercadang nak makan-makan dulu sebelum pergi ke hotel penginapan kami di Tanjung Bungah. Tempat makan yang paling hampir dengan Swettenham Pier adalah Esplanade Park yang terletak di sebelah Fort Cornwallis. Maka ke sanalah arah tujuan kami.

Berjalan menuju ke Esplanade Park
Melintasi Fort Cornwallis
Kerja-kerja pembaikan di Fort Cornwallis masih dalam pelaksanaan
Esplanade Park
Esplanade Park memang menjadi tempat makan favourite kami di Pulau Pinang. Setiap kali berkunjung ke Penang, Esplanade Park pasti akan disinggahi.

Suasana di Esplanade Park
Busker di Esplanade Park
Mee Sotong Hameed Pata yang popular di Pulau Pinang
Selepas dah kenyang makan Mee Sotong Hameed Pata di Esplanade Park, barulah kami menaiki Grab menuju ke hotel penginapan.

Naik Grab ke hotel
Perjalanan menuju ke Tanjung Bungah

Part 4: Hotel Flamingo By The Beach

Untuk kelainan dalam kunjungan ke Pulau Pinang kali ini, kami memilih menginap di tepi pantai. Pantai yang paling popular di Pulau Pinang adalah Batu Feringghi dan kami memang bercadang nak menginap di situ pada mulanya. Tetapi setelah diriki-riki, sewa penginapan hotel di sana terlalu mahal, maka terpaksalah kita memilih menginap di Tanjung Bungah. Hotel pilihan kami adalah Flamingo By The Beach Hotel yang ditempah menggunakan Agoda.

Reception Counter di Flamingo Hotel
Check-in
Lobi
Convenience Store
Bilik penginapan kami adalah Bilik Seaview yang terletak di Tingkat 12.

Lobi di Tingkat 12
Bilik penginapan kami
Lagi suasana di dalam bilik penginapan
Pemandangan dari dalam bilik kami
Kita tengok lagi pemandangan dari balkoni bilik kami di Flamingo By The Beach Hotel.

Masjid Daerah Timur Laut
Disebabkan kami tak mempunyai itinerari lain pada petang itu, kami hanya keluar bersiar-siar di tepi pantai.

Bar berdekatan lobi hotel
Pemandangan Swimming Pool dari tingkat atas
Landskap
Ada ramai keluarga dengan anak-anak di swimming pool petang itu
Laluan menuju ke pantai

Part 5: Jalan-Jalan Di Tanjung Bungah

Walaupun terletak di tepi pantai, Tanjung Bungah bukanlah tempat yang happening macam di Batu Feringghi. Pantainya tenang dan rasanya hanya dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung yang menginap di hotel-hotel di sekitar.

Bangunan-bangunan kondominium mewah yang tinggi di sekitar memberikan pemandangan seakan-akan kita sedang berada di Hong Kong. Mujurlah ada Masjid Timur Laut di sini. Kalau tak ada masjid ini memang terasa macam kita betul-betul berada di Hong Kong.

Pemandangan Hotel Flamingo By The Beach dari pantai
Pantai yang terletak betul-betul di depan Hotel Flamingo
Bermain air di tepi pantai
Pemandangan yang bagaikan berada di Hong Kong
Masjid Timur Laut
Menjala ikan di tepi pantai
Menebar jala
Sungai Kelian yang mengalir masuk ke laut di Tanjung Bungah
Bila senja menjelang, kami bergerak menuju ke sebuah food court yang terletak kira-kira 800 meter dari Hotel Flamingo. Ada beberapa buah gerai di sini dan kami memilih untuk dinner di Lan's Corner Ikan Bakar. Menu yang disediakan adalah masakan seafood. Tapi goreng-goreng tak ada, cuma ada Nasi Putih untuk dimakan bersama seafood.

Lan's Corner Ikan Bakar
Jom kita masuk ke dalam...
Lembu perhiasan di depan Lan's Corner
Suasana di Lan's Corner
Pemandangan menghala ke luar dari Lan's Corner
Dinner
Suasana malam di Lan's Corner
Meninggalkan Lan's Corner untuk pulang ke hotel
Berjalan pulang ke hotel
Family Mart di sebelah Hotel Flamingo
Berjalan pelan-pelan nak balik ke hotel
Hotel Flamingo
Flamingo By The Beach Hotel
Drop-off area di depan lobi
Good night, Penang !


Bersambung ke Bahagian 3...



No comments: