Saturday 29 October 2022

2022 PENANG (2nd VISIT) BHG. 06 (Dark Mansion)

September 2022

PENANG, MALAYSIA (2nd VISIT 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town

Bahagian 6: Penang 5
DARK MANSION

Part 22: Dark Mansion

Kawasan di sekitar UNESCO World Heritage di Pulau Pinang ada berbagai muzium kecil dengan tema-tema yang menarik. Di sebelah Meowseum misalnya ada Muzium Hantu yang mempamerkan berbagai-bagai jenis hantu mengikut kepercayaan rakyat Malaysia. Ada ramai orang melawat ke Muzium Hantu ini ketika itu tetapi kami tidaklah masuk ke dalam.

Muzium Hantu di sebelah Meowseum
Patung Hantu Cina yang suka melompat-lompat seperti yang kita tengok dalam TV menyambut tetamu di pintu masuk ke Muzium Hantu.
Dari Meowseum, kami berjalan menuju ke muzium Glow In The Dark. Dalam perjalanan kita akan melalui bangunan-bangunan rumah kedai klasik yang dibina di zaman sebelum Perang Dunia Kedua. 

Akhirnya kita sampai ke Dark Mansion. Dark Mansion adalah sebuah muzium yang mempamerkan lampu-lampu neon yang terang pada perhiasan di dalamnya.

Pemandangan Dark Mansion dari luar
Dark Mansion Penang
Kaunter Tiket
Keterangan tentang Black Light di pintu masuk ke Dark Mansion
Jom kita masuk ke dalam...
Dark Mansion tak besar. Hanya terdiri dari beberapa segmen. Segmen pertama adalah hutan belantara.

Kemudian kita akan bertemu pula dengan segmen yang bagaikan pemandangan di Grand Canyon di Amerika sana.

Selepas itu ada pula segmen yang menggambarkan suasana di dasar laut.

Dari dasar laut, kita terbang pula menuju ke angkasa lepas.

Kemudian kita kembali semula ke bumi.

Secara keseluruhannya, Dark Mansion cuma tempat untuk berposing-posing dan bersuka-ria. Kami pun tak spend masa yang lama melawat ke sini.

Seperti juga banyak tourist attraction yang lain walau di mana juga di muka bumi, pintu keluarnya adalah menerusi sebuah kedai cenderamata. Hot Item di kedai ini dah pasti T-Shirt Glow In The Dark.

Dark Mansion
Pintu keluar dari Dark Mansion
Bergambar di depan pintu keluar
Kedai Cenderamata
T-Shirt Glow In The Dark
Hari dah lewat petang sewaktu kami meninggalkan Dark Mansion. Kami menaiki Grab kembali menuju ke hotel.

Naik Grab kembali ke hotel
Dhammikarama Burmese Temple
Bangunan-bangunan kolonial
Rumah Melayu Lama
Malam itu disebabkan kami dah malas nak keluar, kami cuma dinner di Hotel Flamingo. Tak seperti makanan di hotel-hotel lain di Penang yang pernah kami duduki sebelum ini, makanannya biasa-biasa saja. Tak ada rasa wow sangat. Namun Alhamdulillah kerana itulah rezeki yang dapat kami nikmati malam itu.

Dinner di Flamingo Hotel
Memilih makanan yang hendak dimakan
Dinner


Bersambung ke Bahagian 7...


No comments: