Thursday 27 October 2022

2022 PENANG (2nd VISIT) BHG. 04 (Entopia 2)

September 2022

PENANG, MALAYSIA (2nd VISIT 2022)
Tanjung Bungah, Entopia & George Town

Bahagian 4: Penang 3
ENTOPIA (2)

HARI KEDUA (2)

Part 14: Pandora Forest @ Cocoon Entopia

Dah puas melihat serangga dan rama-rama dalam suasana semula jadi, kita masuk pula ke muzium serangga dan rama-rama. Muzium ini dinamakan sebagai Cocoon.

Pintu masuk ke Cocoon
Escalator masuk ke Cocoon
Potret-potret serangga yang menghiasi dinding sepanjang escalator.
Ruang pertama di dalam Cocoon yang kita lawati adalah Pandora Forest yang dihias dengan lampu-lampu fuorescent biru yang terang. Di sini ada dihimpun kisah-kisah dongeng dari seluruh dunia yang berkait dengan rama-rama.

Pandora Forest
Pemandangan di dalam Pandora Forest
Lampu-lampu biru yang menerangi Pandora Forest
Kisah dongeng rama-rama dari negara Jepun
Kisah dongeng dari Jepun ini menceritakan tentang cinta sepasang kekasih yang terhalang.
Perhiasan di Pandora Forest
Skrin yang dipasang pada dinding menceritakan berbagai kisah dongeng tentang serangga dan rama-rama.
Pengunjung-pengunjung ke Pandora Forest
Lagi suasana di Pandora Forest
Time Tunnel
Berjalan di dalam Time Tunnel yang bertkar-tukar warna

Part 15: Metamorphosis @ Cocoon Entopia

Ruang Metamorphosis di Cocoon menempatkan pameran interaktif yang memberi keterangan tentang perubahan ulat beluncas menjadi rama-rama. 

Metamorphosis
Ruang pameran di Metamorphosis
Ada banyak skrin interaktif di sini
Sentuh saja touch screen yang disediakan, macam-macam maklumat akan keluar.
Telur rama-rama
Pameran tentang telur rama-rama
Rama-rama betina mengeluarkan 100-1000 butir telur sepanjang hayatnya. Namun yang pasti, tak banyak di antaranya yang akan bertukar menjadi rama-rama.
Para pengunjung ke Metamorphosis
Evolusi rama-rama dari telur sehingga menjadi rama-rama dewasa
Pameran tentang rama-rama
Model Ulat Beluncas
Lagi pameran interaktif
Lagi pameran interaktif
Pupa
Keterangan yang diberi di Metamorphosis ringkas dan ringan. Mungkin kerana ia menyasarkan kepada pengunjung kanak-kanak. Orang tua macam kita pun enjoy juga membaca keterangan yang diberi.

Pameran tentang rama-rama
Keterangan tentang rama-rama yang terbesar di dunia ~ Queen Alexandra's Birdwing
Tornado rama-rama
Tahu tak yang rama-rama bukan cuma suka hinggap kat bunga? Ada juga beberapa benda lain yang suka dihinggapi oleh rama-rama. Perkara ini juga boleh kita pelajari di Metamorphosis ini.

Pameran Butterfly Behaviour
Benda-benda yang gemar dihinggapi oleh rama-rama
Madu bunga
Rama-rama sukakan garam dan mineral. Kerana itulah ia pernah dilihat hinggap menghisap air mata buaya yang sedang berjemur di Costa Rica
Buah-buahan yang mereput menghasilkan alkohol yang menjadi sumber karbohidrat dan mineral untuk rama-rama
Rama-rama jantan gemar hinggap pada tahi dan kencing untuk mendapatkan garam dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan dan reproduktif.
Peluh manusia juga adalah sumber mineral bagi rama-rama
Rama-rama yang sedang menghisap getah pokok
Bangkai haiwan
Di Metamorphosis juga ada bilik tayangan video tentang rama-rama yang dinamakan Cinerama. Kami walau bagaimanapun tak duduk menyaksikan tayangan video ini.

Cinerama
Penerangan tentang rama-rama dari petugas di Entopia

Part 16: Breeding Ground @ Cocoon Entopia

Pameran di Breeding Ground dikhususkan kepada peringkat awal kehidupan rama-rama yang meliputi ulat beluncas dan kepompong (pupa). Di sini ada model ulat beluncas yang bersaiz gergasi.

Breeding Ground
Kiosk makanan ringan di Breeding Ground. Bau popcorn yang dijual cukup semerbak.
Melihat model ulat beluncas gergasi
Skrin TV interaktif pada badan model ulat beluncas ini menunjukkan aktiviti kehidupan ulat beluncas
Di belakang model ulat beluncas ini ada pameran pupa dan rama-rama yang disimpan dalam bekas kaca. 

Rama-rama Attacus Atlas
Tak tahu apa nama spesis rama-rama ini
Mengambil gambar rama-rama
Pelbagai spesis rama-rama
Taburan spesis rama-rama di seluruh dunia
Allah Maha Adil kepada semua makhluk-Nya termasuk serangga. Dia menetapkan supaya serangga keluar bergilliran sepanjang hari untuk berkongsi rezeki.
Kumbang
Penyamaran Sang Serangga
Rupa sebenar kumbang. Nasib baiklah kumbang ni kecik. Bayangkan kalau dia sebesar manusia dengan muka macam ini... Mesti kita menyangka yang dia adalah Alien  dari planet lain.
Spesis rama-rama yang sangat unik
Sejenis spesis kumbang

Part 17: Downtown @ Cocoon Entopia

Serangga terkenal dengan sifatnya yang rajin berusaha. Oleh yang demikian, Downtown Entopia memberi gambaran bagaimana sekiranya serangga berusaha seperti manusia di muka bumi. Untuk ke sana kita lalu dulu menerusi Cave of Evoution.

Cave of Evolution
Suasana di dalam Cave of Evolution
Kisah evolusi serangga
Lagi kisah evolusi serangga
Di dalam Downtown Entopia, ada pelbagai kedai yang kononnya diusahakan oleh pelbagai jenis serangga.

Downtown Entopia
Lebah rajin membina sarang. Oleh yang demikian Lebah digambarkan sebagai Penjual Hartanah di Downtown Entopia
Permaisuri Lebah yang digambarkan sebagai seorang ibu
Lebah Pekerja yang menjaga kedai hartanah
Property yang dijual oleh Lebah
Unit terakhir Apartment Anai-anai yang hendak dijual
Kedai Mainan
Suasana di dalam Kedai Mainan
Permainan Komputer berasaskan Serangga yang kononnya sedang dijual
Hopper's Library
Suasana di dalam Hopper's Library
Salah sebuah buku yang kononnya dijual di sini adalah What Katy Did.  Buku ini adalah sebuah karya klasik tulisan Susan Coolidge (1892) mengenai ketabahan seorang kanak-kanak bernama Katy yang terlantar di atas katil akibat kecederaan saraf dalam satu kemalangan. Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat sejenis mentadak yang juga dinamakan Katydid?
Inilah mentadak Katydid itu
Pakaian pengantin yang kononnya akan dipakai oleh serangga mengikut musim. Ia dibuat berasaskan barang-barang yang sangat digemari oleh serangga mengikut musim.
Lagi suasana di Downtown Entopia
Ootique yang kononnya menjual barangan antik
Pemandangan di dalam Ootique
Minuman keras Jack Daniels yang dinamakan sebagai Bug Daniels di Downtown Entopia
Lipas digambarkan sebagai penjual barang antik kerana di dalam dunia manusia barang-barang lama yang disimpan pasti akan mengundang kehadiran lipas.
Kisah lagenda Orang Kadazan mengenai nyamuk
Nana's Vege House di Downtown Entopia yang dijaga oleh Mentadak
Silk Boutique
Suasana di dalam Silk Boutique
Alat Tenunan Sutera

Part 18: Understory Tales @ Cocoon Entopia

Seksyen yang berikutnya dinamakan Understory Tales ~ mengenai serangga-serangga creepy crawlies yang hidup di dalam tanah.

Pameran tentang serangga-serangga yang hidup di bawah tanah
Dah tak ingat apa nama serangga ini.
Ruang kaca di sebelah kiri menempatkan lipas kalau tak silap
Keterangan tentang semut
Kebanyakan serangga yang dipamerkan di sini tinggal di bawah tanah. Ruang pameran ini dibina untuk memberi gambaran suasana di bawah tanah tempat tinggal mereka.
Larva
Gambaran akar-akar pokok di bawah tanah
Model cacing yang tinggal di bawah tanah
Gambaran sarang serangga di bawah tanah
Dah puas melihat pameran tentang serangga di bawah tanah, kita tengok pula pameran serangga-serangga unik yang tinggal di atas tanah.

Serangga yang tinggal di dalam air di dalam hutan
Suasana hutan hujan di Malaysia
Bunga Orkid Hutan
Pelawat-pelawat di Understory Tales
Model-model cendawan
Malayan Giant Weevil
Tengok apa yang ada di depan sana...
Apple Snail
Pameran tentang pelbagai serangga yang menghuni dalam hutan
Tak ingat apa yang ada di dalam kolam ini...
Tempat rehat
Akhirnya kita sampai ke penghujung Entopia. Biasalah kalau tempat-tempat tumpuan pelacong begini, penghujung jalan mesti merupakan kedai cenderamata.

Pintu keluar dari Entopia
Kedai cenderamata
Pelbagai cenderamata yang dijual


Bersambung ke Bahagian 5...


No comments: