Oktober 2019
KUALA LUMPUR, MALAYSIA
KL Hop-On Hop Off
Bahagian 2: Garden Route 2
LITTLE INDIA, KL SENTRAL, MUZIUM NEGARA & ISTANA NEGARA
Part 6: Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur
Selepas Central Market, KL HOHO membawa kita menuju ke perhentian seterusnya ~ Little India. Dalam perjalanan menuju ke sana, kita dapat melihat sebuah bangunan yang dianggap antara yang tercantik di Kuala Lumpur ~ Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur.
|
Bangunan Dayabumi |
Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur dibina pada tahun 1910 sebagai hub bagi perkhidmatan Keretapi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States
Railway) dan kemudiannya, Keretapi Tanah Melayu.
|
Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur |
|
Reka bentuk stesen ini sebanding dengan gaya
seni bina bangunan lain yang seangkatan dengannya di Kuala Lumpur seperti Masjid Jamek. |
Bangunan dengan campuran rekaan Barat dan Timur ini direka oleh seorang pembantu arkitek berbangsa British bernama Arthur Benison Hubback untuk menggantikan sebuah stesen keretapi lama yang pernah dibina di tapak yang sama. Satu fakta menarik mengenai bangunan ini ialah rekabentuk bumbungnya yang mampu menampung berat salji setebal 1 meter seperti yang ditetapkan oleh British Railway Specifications walaupun salji memang tak pernah turun di Malaysia.
|
Bumbung bangunan Stesen Keretapi Lama ini direkabentuk untuk mampu menampung berat salji setebal 1 meter.
|
Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur ini kini tidak lagi menjadi hub utama perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu yang telah dipindahkan ke KL Sentral yang mempunyai rekabentuk dan fasiliti yang lebih moden. Namun demikian ia masih digunakan untuk perkhidmatan keretapi kargo dan KTM Komuter.
|
Bangunan Ibupejabat Keretapi Tanah Melayu (kiri) dan Bangunan Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur (kanan). |
Part 7: Little India
Sewaktu di zaman kolonial dahulu, British telah membawa ramai buruh dari India untuk membina landasan keretapi di Malaysia. Oleh yang demikian, tidak hairanlah terdapat sebuah penempatan kaum India yang besar di Kuala Lumpur berhampiran Stesen Keretapi Lama Kuala Lumpur. Kawasan ini kini terkenal sebagai Little India.
|
Little India |
|
Mercu Tanda di Little India |
|
Ukiran gajah pada mercu tanda |
|
Pancutan air berhampiran mercu tanda di Little India |
Nama sebenar kawasan Little India adalah Brickfields. Pada tahun 1881, Kuala Lumpur telah dilanda dua buah musibah besar: kebakaran dan banjir besar yang memusnahkan banyak bangunan yang dibina dari kayu dan atap rumbia.
Bagi mengelak kemusnahan besar sekiranya musibah ini melanda lagi pada masa hadapan, Residen British ketika itu yang bernama Frank Swettenham telah mengarahkan supaya bangunan-bangunan baru dibina menggunakan bahan binaan yang lebih kuat seperti bata dan atap genting. Berpunca dari arahan tersebut, industri bata muncul dan berkembang di Kuala Lumpur. Perusahaan industri bata tersebut berpusat di sini dan dari situlah Brickfields mendapat namanya.
|
Nama sebenar kawasan Little India ini adalah Brickfields yang berasal dari industri bata yang berpusat di sini pada masa dahulu. |
|
Jalan
utama di Brickfields kini dinamakan sebagai Jalan Tun Sambanthan
sempena nama seorang tokoh komuniti India yang terkenal di Malaysia. |
|
Banyak perniagaan di Little India masih diusahakan oleh komuniti berketurunan India di sini. |
Part 8: KL Sentral
KL Sentral adalah sebuah kompleks bangunan gergasi dan pencakar langit di Kuala Lumpur. Ia dibina sebagai hub pengangkutan rel yang baru bagi Kuala Lumpur untuk menggantikan Stesen Keretapi Lama. Selain menempatkan stesen keretapi, KL Sentral turut mempunyai pelbagai fasiliti seperti bangunan pejabat, hotel dan kondominium mewah, pusat perubatan dan kompleks membeli-belah di dalamnya.
|
Kompleks KL Sentral yang dibina sebagai hub pengangkutan rel baru untuk Kuala Lumpur. |
|
Kompleks KL Sentral turut mengandungi bangunan pejabat, hotel dan kondominium mewah, pusat perubatan dan pusat membeli-belah. |
|
Macam pemandangan di Central Hong Kong bila kita mendongak ke atas. |
KL Sentral adalah juga sebuah perhentian utama KL HOHO. Di samping itu, kita juga dibawa mengelilingi kompleks KL Sentral yang sangat besar ini. Myself dan Husband sebenarnya selalu datang ke sini atas pelbagai urusan. Tapi setiap kali kami datang, kami hanya akan terus masuk ke dalam bangunan. Bila dibawa berkeliling begini, barulah kita sedar betapa besar sebenarnya kompleks KL Sentral ini.
|
Pemandangan sewaktu mengelilingi KL Sentral |
|
Banyak rel keretapi di sini kerana KL Sentral adalah hub bagi pengangkutan keretapi. |
|
KL City Air Terminal di KL Sentral |
|
Pencakar-pencakar langit |
|
Lagi bangunan pencakar langit |
|
Pintu masuk ke Stesen Keretapi Antara Bandar KTM di KL Sentral |
|
Pemandangan dari atas bas KL HOHO |
|
Perhentian KL HOHO (Stop No.16) di KL Sentral |
Part 9: Muzium Negara
Muzium Negara didirikan di atas tapak Muzium Selangor yang musnah dalam Perang Dunia Ke-2. Idea pembinaannya telah dirancang pada tahun 1957 selepas
kemerdekaan dan pembinaannya menjadi realiti pada tahun 1961.
|
Muzium Negara |
|
Mural pada bangunan Muzium Negara menggambarkan kekayaan budaya Malaysia. |
|
Stesen MRT Muzium Negara di hadapan bangunan muzium |
|
Muzium Kita Tamadun Kita |
Muzium Negara juga adalah sebuah lagi perhentian utama KL HOHO. Tak perlu nak berjalan jauh untuk masuk ke pintu muzium jika menggunakan KL HOHO kerana bas akan masuk dan berhenti betul-betul di dalam perkarangan muzium.
|
Pemandangan di perkarangan muzium |
|
Bas KL HOHO masuk ke perkarangan muzium |
|
Lokomotif lama Keretapi Tanah Melayu (KTM) di perkarangan muzium |
|
Pemandangan lokomotif dari depan |
|
Pemandangan sewaktu KL HOHO membuat perhentian di perkarangan Muzium Negara |
Memang dah lama sangat sebenarnya Myself tak masuk ke dalam muzium ini. Kali terakhir mungkin lebih 10 tahun dulu. Walaupun teringin nak melawat ke dalamnya, hasrat ini tak dapat dilaksanakan hari ini.
|
Kepala keretapi wap berhampiran jambatan pejalan kaki yang dibina di belakang muzium. Di penghujung jambatan ini di sebelah sana adalah Planetarium Negara. |
|
Kereta Bomba lama |
|
Pintu masuk ke bangunan muzium |
|
Pintu masuk utama ke muzium |
|
Jabatan Muzium Malaysia |
Part 10: Bangunan Parlimen
Selepas meninggalkan Muzium Negara, KL HOHO membawa kita menuju ke Istana Negara. Dalam perjalanan ke sana kita akan melintas bangunan Parlimen Malaysia.
|
Bangunan Parlimen |
Bangunan Parlimen Malaysia dibuka secara rasminya pada bulan November 1963. Ia direkabentuk oleh seorang arkitek British yang bernama Ivor Shipley di atas tapak yang dulunya dikenali sebagai West Folly Hill.
|
Bangunan Parlimen yang menjadi lambang demokrasi Malaysia |
Kompleks bangunan Parlimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
sebuah bangunan utama 3 tingkat yang menempatkan dewan-dewan persidangan dan sebuah menara setinggi 17 tingkat yang menempatkan pejabat.
Memandangkan usia Bangunan Parlimen ini sudah mencecah 50 tahun,
kerja-kerja baikpulih dan menaiktaraf bangunan sedang dilaksanakan pada masa sekarang.
Part 11: Istana Negara
Akhirnya kita sampai ke Istana Negara baru yang terletak di Jalan Duta. Istana Negara ini mula digunakan pada 15 November 2011 sebagai kediaman rasmi Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia bagi menggantikan istana lama yang terletak di tengah-tengah bandaraya KL.
|
Laluan masuk ke Istana Negara di Jalan Duta |
Macam juga istana kediaman lain di dunia, Istana Negara tak boleh dimasuki. Kita hanya boleh melihat dari luar pagar istana sahaja.
|
Istana Negara |
Bas KL HOHO membuat persinggahan sebentar sahaja di sini. Penumpang diberitahu yang sekiranya mereka ingin pergi dekat pintu pagar istana, mereka boleh pulang menggunakan bas seterusnya yang dijangka tiba setiap setengah jam.
|
Pintu Pagar Istana Negara |
|
Ramai juga pengunjung ada di sana ketika itu |
Sedang bas KL HOHO kami singgah di situ, tiba-tiba ternampak pulak Pengawal Istana Berkuda datang membuat rondaan. Macam pemandangan Changing Of The Guards di Istana Buckingham di London pulak... Tapi kudanya cuma 3 ekor sahaja, taklah banyak macam kat Istana Buckingham tu.
Bersambung Ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN KUALA LUMPUR (2019):