Thursday, 27 November 2025

2025 JAWA (2nd VISIT) BHG. 10 (Bandung)

Oktober 2025

JAWA, INDONESIA
Jakarta, Bandung & Yogyakarta (2nd Visit)

Bahagian 10: Jawa Barat
BANDUNG 
[ Jalan Braga ]

HARI KEDUA (6)

Part 29: Perjalanan Ke Bandung

Selepas melawat Taman Mini Indonesia Indah, kami meninggalkan kota Jakarta untuk menuju ke Bandung yang merupakan kota kedua di dalam Java Panoramic Tour 2025 kami. Kalau kebanyakan rakyat Malaysia yang lain memilih menaiki keretapi Whoosh dari Jakarta ke Bandung, kami memilih untuk berkereta sahaja ke sana.

Meninggalkan Jakarta untuk menuju ke kota Bandung
Permisi dulu, Jakarta! Kami akan bergerak menuju ke Kota Bandung.
Hotel Four Points By Sheraton di Bekasi
Mula masuk ke Lebuhraya
Gerbang Tol Kalihurip Utama
Jarak di antara Bandung dengan kota Jakarta adalah 153 km. Perjalanan kami menggunakan Jalan Tol (Lebuhraya) Cipularang dijangka mengambil masa 3 jam.

Jalan Tol Cipularang
Cipularang
Motorsikal dilarang menggunakan lebuhraya di Indonesia
Secara umumnya kualiti Jalan Tol Cipularang sangat baik, cuma ia agak sempit jika dibanding dengan lebuhraya di Malaysia. Disebabkan keletihan selepas menjelajah hampir ke seluruh negara Indonesia di Taman Mini Indonesia Indah tadi, Myself tertidur di sebahagian besar perjalanan menuju ke Bandung. Kita gunakan saja gambar-gambar yang diambil oleh Husband dalam perjalanan untuk ditunjukkan di dalam entry ini. 😆

Menuju ke Bandung
Pemandangan di Jalan Tol Cipularang dari Jakarta menuju ke Bandung
Sebahagian lebuhraya sedang ditutup untuk kerja-kerja maintenance
Pemandu kami Pak Adam membuat perhentian di R&R Purwakarta untuk mengisi minyak. Kami perhatikan R&R ini tidak besar, hanya seperti Hentian Sebelah di lebuhraya di Malaysia.

R&R Purwakarta
Mengisi minyak di R&R Purwakarta
Tempat mengisi angin. Tidak seperti di Malaysia di mana pam angin tayar adalah percuma, ia perlu dibayar di Indonesia.
Meninggalkan R&R Purwakarta
Kembali ke Lebuhraya
Secara geografi, Bandung terletak di sebuah lembangan yang dikelilingi pergunungan. Oleh yang demikian, pemandangan gunung-gunung tinggi mula muncul bila kita semakin menghampiri kota Bandung.

Meneruskan perjalanan ke Bandung
Pemandangan pergunungan tinggi yang mula muncul semakin kita menghampiri Bandung
Lagi pemandangan pergunungan
Lebuhraya pun dah mula mendaki gunung sekarang
Jambatan keretapi
Lagi pemandangan jambatan keretapi
Tak ada pulak keretapi Whoosh lalu kat atas jambatan masa ini. Kecewa!!
Kami akan keluar dari lebuhraya di Pasteur nanti
Membelok keluar di Pasteur
Pasteur adalah sebahagian dari kota Bandung. Nama tempat ini diambil sempena nama seorang pakar biologi Perancis yang bernama Louis Pasteur. Ini adalah kerana pada zaman Belanda, ada sebuah pusat penyelidikan vaksin bernama Landskoepoek Inrichting en Pasteur Institut (Landskoepoek Establishment and Pasteur Institute) di sini. Pusat penyelidikan ini telah berkembang menjadi Syarikat PT Bio Farma sekarang.

Halo, Halo Bandung !
Gerbang Tol Pasteur 2 di Bandung
Beratur masuk ke Gerbang Tol
Pemandangan berhampiran Gerbang Tol Pasteur
Selamat Datang Di Kota Bandung
Kami tiba di Bandung pada pukul 3.30 petang. Kenderaan kami terus berdepan dengan traffic jam (dipanggil macet dalam Bahasa Indonesia) sebaik masuk ke dalam kota. Penjual-penjual jalanan juga ramai yang mencari rezeki di suasana kemacetan ini.

Berdepan dengan kemacetan sebaik masuk ke kota Bandung
Penjual-penjual jalanan yang mencari rezeki di tengah kesesakan lalu-lintas
Memang kasihan bila kita melihat mereka terpaksa mencari rezeki dengan cara begini.
Suasana petang di Bandung

Part 30: Kota Bandung

Bandung adalah ibu kota provinsi Jawa Barat di Indonesia, yang juga merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Kota ini turut digelar "Kota Kembang" kerana keindahan alamnya. 
 
Bandung pernah menjadi host Asian African Conference pada tahun 1955
D'Botanica Bandung Mall
Tugu Maung yang menandakan kita sedang memasuki Kota Lama Bandung
Suasana jalan raya di Bandung
Istana Sepatu
Taman Sejarah
Taman di Kantor Walikota Bandung
Taman Vanda
Bandung mempunyai banyak taman awam yang cantik seperti ini
Bandung adalah juga kota bersejarah kerana dibangunkan oleh penjajah Belanda pada masa dahulu. Tidak seperti Jakarta yang dibangunkan sebagai kota pentadbiran, Bandung pula dibangunkan oleh penjajah Belanda sebagai kota kediaman mereka.

Lintasan keretapi di tengah kota Bandung
Bangunan milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Bandung
Bangunan Bank Jawa Barat
Tiba di Jalan Braga
Bangunan lama yang dibina oleh penjajah Belanda di Bandung

Part 31: De Majestic

Destinasi kami sebaik tiba di kota Bandung adalah Jalan Braga yang sangat bersejarah. Tempat pertama yang kami lawati adalah sebuah bangunan yang bernama De Majestic. Pada asalnya bangunan ini adalah sebuah panggung wayang yang dibina di zaman Belanda. Nama asalnya adalah Bioscoop Concordia.

De Majestic
Secara kebetulan juga ada sebuah conference pelancongan yang dinamakan Diplomasi Budaya sedang diadakan di situ. Memang ramailah petugas-petugas conference berdiri di depan De Majestic dengan pakaian-pakaian tradisional untuk menyambut kedatangan pengunjung.

Petugas-petugas conference Diplomasi Budaya yang berdiri di depan De Majestic
Pintu masuk ke De Majestic
Memang menarik pakaian tradisional yang dipakai
Conference Diplomasi Budaya
Maklumat conference
Corak lantai antik yang menarik di pintu masuk ke De Majestic
Conference Diplomasi Budaya di De Majestic ini percuma dan boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja. Memang menarik topik-topik budaya yang dibincangkan. Pada saat singkat kami menjenguk ke conference ini misalnya, perkara yang dibincangkan adalah mengenai makanan tradisional Jawa yang dinamakan Tempe. Pasti anda kenal dengan Tempe, bukan?!
  
Menjenguk ke dalam De Majestic
Auditorium di dalam De Majestic
Berbincang tentang Tempe
Video mengenai proses pembuatan Tempe
Kami tidak menghabiskan masa yang lama di De Majestic kerana kami nak mengikut Bandros Bandung Tour On Bus mengelilingi kota Bandung. Sebelum meninggalkan De Majestic, sempat juga kita melihat pameran kesenian tradisional yang dipamerkan.

Pameran kesenian tradisional
Bahan pameran yang sangat menarik
Topeng Jawa
Rezha menunggu di luar pintu masuk
Sejarah De Majestic yang dipamerkan dekat pintu masuk

Part 32: Jalan Braga

Jalan Braga adalah sebuah jalan yang sangat bersejarah di Kota Bandung. Ia menjadi saksi bisu banyak sejarah yang berlaku pada masa Hindia Belanda.

Berjalan menyusuri Jalan Braga
Bank Jawa Barat (BJB) di sana pernah berfungsi sebagai Bank Hindia Barat di zaman Belanda
Sign Braga di depan bangunan Bank Jawa Barat sangat popular dengan pelancong ke Kota Bandung
Bergambar dengan sign Braga
Sign Braga di depan bangunan Bank Jawa Barat di Jalan Braga adalah tempat yang popular dengan pelancong untuk bergambar. Bank Jawa Barat pernah berfungsi sebagai Bank Hindia Barat di zaman Belanda. Pada era perjuangan kemerdekaan Indonesia, banyak bendera Belanda yang berkibar disentap keluar jalur birunya sehingga meninggalkan warna merah putih yang menjadi bendera Indonesia sekarang. Menurut sejarahnya salah sebuah bendera Belanda yang disentap itu adalah bendera yang berkibar di bangunan bank ini.

Penjaja topi di Jalan Braga
Persimpangan Jalan Braga yang sibuk dengan kenderaan
Bangunan-bangunan di Jalan Braga dibina di zaman Belanda. Pada ketika itu, jalan ini menjadi tempat pegawai-pegawai Belanda bersosial dan membeli barangan. Pada masa sekarang juga, Jalan Braga dipenuhi dengan kedai-kedai yang high end. Suasana di Jalan Braga inilah yang sebenarnya memberikan gelaran Paris van Java kepada kota Bandung.

Banyak bangunan Belanda masih dapat dilihat di Jalan Braga
Suasana sewaktu berjalan di Jalan Braga
Tidak seperti suasana di Jalan Cihampelas yang juga popular di Bandung, kedai-kedai di Jalan Braga terdiri dari kedai-kedai yang agak high end.
Deretan parking motorsikal di Jalan Braga
Lagi suasana di Jalan Braga
Husband dan Rezha di Jalan Braga
Kedai seni di Jalan Braga
Kedai Lukisan
Bergambar menjadi sebahagian lukisan di Jalan Braga
Mengintai di sebalik pokok di Jalan Braga
Ramai pelancong asing dapat dilihat di sepanjang Jalan Braga
Posing dengan lukisan
Patung Wayang Golek yang diletak di tepi kedai
Pandangan patung Wayang Golek dengan lebih dekat
Banyak sungguh kedai lukisan begini di Jalan Braga
Penjual patung Wayang Golek
Patung-patung Wayang Golek yang menarik
Restoran Ayam Geprek di Jalan Braga
Akhirnya kami tiba di sebuah mall yang bernama Braga Walk. Di sinilah kami menunggu untuk memulakan Bandros Bandung Tour On Bus kami.

Tiba di Braga Walk
Menunggu untuk memulakan Bandros Bandung Tour On Bus di depan Braga Walk


 Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN JAWA, INDONESIA (2025)

No comments: