Monday, 13 June 2022

2022 GENTING HIGHLANDS BHG. 01 (KL-Genting)

Mei 2022

PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands

Bahagian 1: Adventure Begins
PERJALANAN KE GENTING HIGHLANDS

Walaupun Genting Highlands terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, Myself akui dah lama sangat kita tak sampai ke sana. Kunjungan yang terakhir dulu mungkin dah lebih 20 tahun. Jadi bila ofis membuat event di salah sebuah hotel di Genting Highlands, macam biasa Myself akan mengajak Husband ikut bersama. Sambil-sambil itu kita ambillah kesempatan melancong ke Genting Highlands.

Peta lokasi Genting Highlands di Semenanjung Malaysia

HARI PERTAMA (1)

Part 1: Perjalanan ke Genting Highlands

Event yang ofis aturkan bermula pada petang hari Isnin. Jadi kita ambil kesempatan bergerak menuju ke Genting Highlands pada hari Ahad. Target kami adalah nak melawat ke Taman Tema Skyworlds di Genting. Taman Tema ini dibuka setiap hari bermula 11 pagi - 6 petang. Memandangkan perjalanan dari KL ke Genting Highlands memakan masa hanya kira-kira sejam, kami bertolak dari rumah pada pukul 9.30 pagi.

Plaza Tol Gombak
Perjalanan ke Genting adalah menggunakan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Jalannya memang bengkang-bengkok dan mendaki kerana bahagian lebuhraya yang dilalui adalah merentas Banjaran Titiwangsa.

Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Sekejap saja melalui LPT, dah jumpa simpang keluar ke Genting Highlands. Kalau datang dari arah KL seperti ini, tak sempat pun nak jumpa Terowong Genting Sempah.

Simpang keluar ke Genting Highlands
Genting Highlands
Perjalanan masih mendaki gunung selepas keluar dari Lebuhraya. Tapi di bahagian kaki gunung seperti ini, jalannya tidaklah curam sangat. Alhamdulillah, cuaca panas hari ini. Pemandangan sepanjang perjalanan kelihatan sangat indah.

Pemandangan perjalanan selepas keluar dari Lebuhraya Pantai Timur
Pemandangan kemuncak Genting Highlands
Event yang diaturkan oleh ofis berlangsung di sebuah hotel di kaki Genting Highlands yang bernama Geo Resort. Untuk kemudahan, kami juga memilih untuk menginap di situ pada malam itu. Kawasan di mana letaknya Geo Resort ini bernama Genting Permai.

Genting Permai
Hotel Geo Resort
Pemandangan pekan Genting Permai dari lobi hotel Geo Resort
Hotel Geo Resort yang bertaraf 4 bintang ini nampak macam sebuah hotel baru. Hiasan dalamannya kelihatan sangat mewah. Sewa biliknya juga mahal walaupun ditempah menggunakan special offer dalam Agoda. Myself rasa kalau ofis tak buat event kat sini, memang takkan kami saja-saja memilih nak menginap di sini.

Check-in ke Geo Resort
Pemandangan ke arah pintu masuk dari registration counter
Ruang menunggu di lobi hotel
Ruang menunggu dari sudut yang lain
Cafe de Geo
Waktu check-in in Geo Resort Hotel adalah pada pukul 3 petang. Disebabkan kami tiba sangat awal, bilik masih belum sedia. Oleh itu, selepas mendaftar masuk, kami tinggalkan saja luggage untuk disimpan oleh sekuriti dan tibalah masa untuk berjimba-jimba di Genting Skyworlds.

Part 2: Awana Skyway

Biasalah kan... kami memang suka bercuti macam Orang Putih. Walaupun kami memandu dari rumah sehingga ke Geo Resort, perjalanan seterusnya memang tak mahu driving lagi. Dengan bantuan staff di Geo Resort, kami mendapatkan khidmat teksi untuk membawa kami ke stesen cable car Awana Skyways.

Naik teksi ke Stesen Awana Skyway
Perjalanan ke Awana Skyway
Simpang ke Awana Skyway
Stesen Awana Skyway berkembar dengan shopping centre Genting Highlands Premier Outlet. Disebabkan kami bukan kaki shopping, Genting Highlands Premier Outlet ini memang tak masuk dalam radar walaupun kami sampai ke situ.

Stesen Awana Skyway yang berkembar dengan Genting Premier Outlet
Awana Skyway
Sewaktu kami tiba di Stesen Awana Skyway, tak berapa ramai orang ada di sana. Maklumlah kerana hari ini adalah hari Ahad dan kami rasa ramai orang dah pun berada di puncak Genting ketika itu. Myself hampir pasti mereka beramai-ramai dah datang sejak semalam (Sabtu) dan bermalam di puncak Genting malam tadi.

Escalator menuju ke stesen cable car
Untuk kemudahan, kami dah membeli siap-siap tiket Combo yang termasuk di dalamnya tiket pergi-balik Awana Skyway dan tiket masuk ke Genting Skyworlds yang berharga RM160 seorang. Memang mahal tapi itulah harga yang perlu dibayar kalau nak menikmati keseronokan yang berada di dalam Skyworlds.

Kaunter tiket Skyworlds
Disebabkan kami dah membeli tiket Combo, kami terus saja beratur masuk barisan untuk naik cable car.
Tiket perlu discan di sini
Barisan pengunjung yang nak naik cable car
Posing dalam barisan
Lega juga tengok tak ramai orang yang sedang beratur
Sekejap saja dah sampai ke sini
Awana Skyway
Pemandangan Genting Highlands Premier Outlet dari barisan menunggu cable car
Cable Car Awana Skyway berkhidmat setiap hari bermula 7 pagi - 10 malam membawa pengunjung dari Stesen Awana yang terletak di kaki gunung ke Stesen Sky Avenue yang terletak di puncak Genting Highlands. Perkhidmatannya berterusan tanpa berhenti. Bila cable car sampai di stesen dan pintu gondola terbuka, cepat-cepatlah kejar masuk ke dalam gondola.

Masuk ke dalam gondola
Posing dalam gondola
Pemandangan sewaktu gondola meninggalkan Stesen Awana Skyway
Perjalanan sejauh 2.8 km dengan Awana Skyway menuju ke puncak Genting Highlands memakan masa hanya 10 minit. Pengunjung boleh memilih nak naik gondola biasa atau gondola yang berlantai kaca. Orang macam kami dah pasti naik gondola biasa. Kalau nak naik gondola berlantai kaca ini kena beratur di lorong khas. Dari pengamatan kami, selang 8-10 gondola, adalah datang sebuah gondola yang berlantai kaca ini. 

Pemandangan ke belakang sewaktu gondola mendaki gunung
Air terjun
Gayat weyy tengok pemandangan di luar dari dalam gondola. Tapi tak perlu risau kerana gondola ini sangat sturdy dan selamat. Adalah juga angin bertiup sikit-sikit sewaktu kami dalam gondola tapi tak adalah gondola ini bergoyang-goyang. Lupa nak cerita, setiap gondola dalam Awana Skyway boleh memuatkan 8-10 orang penumpang.

Sekali-sekala gondola akan melintas jalan raya dalam laluannya naik ke atas.
Menghampiri Chin Swee Temple dalam perjalanan naik ke atas
Awana Skyway juga akan melintasi Chin Swee Temple yang terkenal dengan bangunan berbentuk pagodanya dalam perjalanan naik ke atas. Pengunjung yang berhasrat nak melawat temple ini boleh turun di Stesen Chin Swee Temple dan tak perlu membeli tiket baru untuk meneruskan perjalanan naik ke atas atau turun ke bawah selepas itu.

Menghampiri Chin Swee Temple
Stesen Chin Swee Temple
Boleh turun di sini kalau nak melawat ke Chin Swee Temple
Pintu gondola terbuka secara automatik bila tiba di Stesen Chin Swee Temple untuk membolehkan penumpang yang berhasrat nak turun di sini keluar.
Awana Skyway meneruskan perjalanan naik ke atas selepas melalui Chin Swee Temple. Pendakian kini menjadi semakin curam dan mendebarkan. 

Meneruskan pendakian
Pendakian kini semakin curam. Gayat weyyy!!
Syukurlah gondola kami stabil dan tak bergoyang-goyang.
Jalan raya yang bengkang-bengkok mendaki ke puncak Genting Highlands
Semakin hampir nak tiba.
Korner lipat
Menuju puncak.
Ada sebuah stesen kecil sebaik tiba di puncak Genting Highlands tetapi gondola sekadar berlalu pergi. Mungkin stesen ini berfungsi hanya untuk menstabilkan gondola kembali setelah membuat pendakian yang curam.

Stesen kecil sebaik gondola tiba di puncak
Meneruskan perjalanan dan mendaki semakin tinggi nampaknya.
Pemandangan yang mengujakan dah pasti sewaktu Awana Skyway melintasi Taman Tema Genting Skyworlds. Hebat juga pemandangan Skyworlds ini dari atas begini!


Part 3: Sky Avenue

Selepas 10 minit naik cable car, kita sampailah ke Stesen Sky Avenue yang terletak di puncak Genting Highlands. Saja je dia orang letak stesen ini kat tingkat paling atas shopping mall yang bernama Sky Avenue ni... supaya kita dipaksa tengok-tengok dan digoda dengan kedai-kedai dan restoran-restoran masa berjalan menuju ke Skyworlds.

Tiba di Stesen Sky Avenue
Sky Avenue Station
Berjalan keluar dari Stesen Sky Avenue
Pemandangan Sky Avenue Shopping Mall dari luar Stesen Sky Avenue
Tingkat paling atas shopping mall Sky Avenue yang berdekatan dengan Stesen Sky Avenue dipenuhi dengan restoran-restoran yang high class. Kebanyakannya menjual makanan-makanan yang tidak halal.

Restoran-restoran high class yang terletak berdekatan dengan Stesen Sky Avenue
High Line Roof Top Market
Motorino
The Laughing Fish by Harry Ramsden
British Food (Fish & Chips)
Walaupun kebanyakan restoran di sini cater untuk orang-orang berada, orang-orang kebanyakan tidak dilupakan. Ada dua Food Court turut disediakan: Jom Makan Street Food yang menjual makanan halal dan Petaling Street Food Court yang menjual makanan tidak halal. Walaupun kononnya cater untuk orang kebanyakan, harga makanannya agak mencekik darah jugalah kalau tak bersedia.

Jom Makan Food Court
Jom Makan Food Court menyediakan makanan halal untuk pengunjung
Petaling Street Food Court pula menjual makanan yang tidak halal.
Genting Highlands mengamalkan polisi non-cash dalam setiap establishment perniagaan mereka. Bayaran hanya diterima dalam bentuk debit & credit card. Bagi mereka yang tak punya kad debit atau kad kredit, mereka perlu membeli kad yang dijual menerusi mesin untuk urus niaga.

Mesin yang menjual kad urus niaga untuk mereka yang tidak mempunyai kad debit atau kad kredit.
Pintu masuk ke Skyworlds terletak di tingkat bawah Sky Avenue. Pening juga kepala kita kena pusing-pusing turun escalator untuk mendapatkannya.

Bertingkat-tingkat escalator yang perlu dituruni untuk mendapatkan Skyworlds
Arah ke Taman Tema Genting Skyworlds
Pemandangan Skyworlds dari dinding kaca Sky Avenue
Awana Skyway yang sedang melintas Skyworlds
Escalator demi escalator yang perlu dituruni
Akhirnya tiba ke pintu keluar menuju ke Skyworlds
Waktu operasi Skyworlds adalah bermula 11 pagi - 6 petang. Skyworlds kini masih di peringkat Soft Opening. Jadi ada beberapa tarikan yang masih belum dibuka.
Posing dulu sebelum masuk ke Skyworlds


 Bersambung ke Bahagian 2...