Mei 2022
PAHANG, MALAYSIA
Genting Highlands
Bahagian 2: Skyworlds 1
STUDIO PLAZA & RIO @ GENTING SKYWORLDS
HARI PERTAMA (2)
Part 4: Studio Plaza
Skyworlds pada asalnya dibina sebagai Taman Tema Fox Studios. Sewaktu pembinaannya hampir disiapkan, Syarikat Fox telah dibeli oleh Disney. Disney pula enggan meneruskan pelaburan dalam pembinaan Taman Tema Fox Studios di Genting seperti perjanjian asal kerana Syarikat Genting memiliki perniagaan perjudian. Sebagai sebuah syarikat yang terkenal dengan imej kekeluargaan, Disney enggan dikaitkan dengan syarikat yang mempunyai perniagaan perjudian seperti Genting.
Selepas melalui proses perundangan yang panjang, akhirnya satu persetujuan dicapai di antara pihak Genting dan Disney. Taman Tema yang dibina di Genting Highlands ini tidak menggunakan nama Fox Studios. Namun demikian, pihak Genting diberi kebenaran untuk menggunakan beberapa franchise dari Fox Studios dalam taman tema ini. Sejak itu, taman tema ini ditukar nama menjadi Genting Skyworlds.
|
Pintu masuk ke Skyworlds |
|
Awana Skyway yang lalu di atas sebahagian Skyworlds |
|
Arena of Stars yang merupakan sebuah venue untuk persembahan seperti konsert berhampiran pintu masuk ke Skyworlds. |
|
Direktori |
Pintu masuk ke Skyworlds dinamakan sebagai Studio Plaza.
|
Pintu masuk sebenar ke Skyworlds |
|
Pejabat Tiket |
Disebabkan kami dah membeli tiket secara online, bolehlah kita terus masuk ke dalam Skyworlds. Ada berbagai-bagai kategori tiket yang dijual dan kami cuma membeli tiket 1-Day Pass. Cap jari kita akan didaftarkan di pintu masuk ke Skyworlds untuk membolehkan kita keluar-masuk sepanjang sehari.
|
Glitters |
Dah puas menikmati suasana kemewahan di Studio Plaza, kita keluar ke taman tema yang sebenar.
|
Keluar ke Taman Tema |
Ada staff yang akan menangkap gambar kita di sini. Seperti pengalaman kami melawat ke Ferrari World di Abu Dhabi dulu, gambar ini akan diberi kepada pengunjung secara percuma sebagai souvenir dari Skyworlds. Tapi kenalah download dan register dalam apps Skyworld dulu untuk mendapatkan gambar ini.
|
Semua pengunjung akan bergambar di sini dulu sebaik masuk ke dalam Skyworlds. Gambar ini diberi percuma sebagai souvenir menerusi apps Skyworlds. |
|
Gambar free dari Skyworlds |
Kita tengok dulu suasana di sekitar di sini...
|
Pemandangan ke arah Studio Plaza |
|
Pemandangan menghala ke Hotel First World yang merupakan kompleks hotel yang terbesar di dunia. |
|
Eagle Mountain yang berbentuk seperti kepala Burung Helang |
|
Air Terjun buatan |
Part 5: Rio @ Skyworlds
Genting Skyworlds terdiri dari 9 bahagian: Studio Plaza, Rio, Epic, Andromeda Base, Robots Rivet Town, Liberty Lane, Central Park dan Eagle Mountain.
|
Peta Taman Tema Genting Skyworlds |
Kita mulakan explorasi dengan melawat ke seksyen Rio yang dibina bagaikan suasana karnival di Rio de Janeiro di Brazil sana.
|
Rio |
|
Suasana di Rio |
|
Rio dihias bak suasana Carnival yang sedang berlangsung di Brazil sana. |
|
Bangunan-bangunan cantik di Rio |
Tarikan utama di Rio adalah permainan Samba Gliders di mana pengunjung akan dibawa mengelilingi Rio menggunakan kerusi yang tergantung tinggi dan terhoyong-hayang. Jeritan dari riders Samba Gliders sentiasa kedengaran di seluruh Rio. Disebabkan seram melihat ketinggiannya, kami tak naiklah Samba Gliders ini. Sekadar seronok melihat dan mendengar orang yang menaikinya terjerit-jerit takut dan seronok.
|
Samba Gliders |
|
Terjerit-jerit naik Samba Gliders |
|
Dahsyat juga rupa Samba Gliders ini terhoyong-hayang kat atas sana |
Kalau nak naik Samba Gliders, kena sehelai sepinggang. Semua beg dan barangan peribadi perlu disimpan di locker yang disediakan berhampiran.
|
Pintu masuk ke Samba Gliders |
|
Kalau nak naik Samba Gliders, kena simpan barang kat sini. |
|
Bundle Promotion. Boleh beli 3 barang pada harga RM 125 sahaja. |
|
Suasana di dalam Rio Mercado |
Sewaktu berkunjung ke Rio di sebelah pagi, kami berkesempatan menyaksikan sebuah show yang menarik bernama Samba Urbana.
|
Samba Urbana |
|
Disebabkan show ini dipentaskan di Malaysia, tak bolehlah nak sexy-mexy macam penari Carnivale sebenar di Brazil sana. Semua penarinya memakai pakaian skin colour sewaktu membuat persembahan. |
Di sebelah petang pula ada sebuah lagi show yang dinamakan Sounds of Rio.
|
Menunggu Sounds of Rio bermula |
|
Sounds of Rio |
|
Penonton-penonton Sounds of Rio |
Restoran di Genting Skyworlds juga menarik untuk dilawati. Semuanya dihias mengikut tema seksyen di mana mereka berada. Kalau tak makan sekalipun, kami cadangkan supaya anda masuk melawat untuk melihat hiasan dalamannya yang hebat-hebat itu.
|
Restoran Vila Festa di Rio |
|
Hiasan di luar Restoran Vila Festa |
|
Buah-buahan tropika |
|
Betik, Durian Belanda dan Nanas yang juga banyak didapati di Brazil |
|
Lagi buah-buahan tropika |
Jom tengok hiasan kat dalam pulak...
|
Hiasan di dalam restoran |
|
Samba |
|
Ruang makan di Vila Festa |
|
Harimau Bintang |
|
Harimau Bintang dari belakang |
Dah puas explore Rio, kita bergerak ke seksyen lain pulak...
Tapi sebelum betul-betul meninggalkan seksyen Rio ini apa kata kalau cuba dulu naik cawan pusing yang dinamakan Rio Carnaval Chaos ini...
|
Rio Carnaval Chaos |
|
Cawan pusing Rio Carnaval Chaos |
|
Suasana kemeriahan Rio Carnaval Chaos |
Bersambung ke Bahagian 3...
CATATAN PERJALANAN GENTING HIGHLANDS (2022):