Friday, 3 January 2025

2024 SOUTH KOREA [2] BHG. 31 (Bukchon Hanok Village 2)

 Oktober 2024

SOUTH KOREA (2nd VISIT)
Busan, Jeju & Seoul

Bahagian 31: Seoul Tour
SEOUL (Bukchon Hanok Village 2, Nanta Show & Kampungku Restaurant)

HARI KETUJUH (5)

Part 78: Bukchon Hanok Village (2)

Kami terus berjalan lagi menikmati pemandangan di Bukchon Hanok Village.

Sebuah lorong di Bukchon Hanok Village
Rumah persendirian
Sebuah lagi rumah persendirian di Bukchon Hanok Village
Perhiasan sempena perayaan Halloween yang semakin menjelang
Labu dan tengkorak yang menjadi perhiasan sempena perayaan Halloween
Notis peringatan supaya tidak membuat bising
Menjemur sayuran di bumbung rumah
Sayuran yang dijemur
Penghuni Bukchon Hanok Village yang mengintai kami lalu
Sebelum meninggalkan Bukchon Hanok Village, Clara membawa kami melawat ke sebuah rumah yang kini digunakan sebagai Bukchon Traditional Crafts Experience Center.

Masih pemandangan di Bukchon Hanok Village
Berjalan menuju ke Bukchon Traditional Crafts Experience Center
Lorong pintu masuk ke Bukchon Traditional Crafts Experience Center
Jom masuk melawat ke dalam...
Bukchon Traditional Crafts Experience Center adalah sebenarnya sebuah hanok (rumah tradisional Korea) yang tidak lagi digunakan bagi tujuan kediaman. Bilik-bilik di hanok ini telah ditukar menjadi tempat-tempat pameran kraftangan.

Suasana di Bukchon Traditional Crafts Experience Center
Bilik-bilik di hanok yang telah ditukarkan menjadi bilik-bilik pameran kraftangan
Menjenguk ke sebuah bilik pameran kraftangan
Kami tidak menghabiskan masa yang lama di Bukchon Hanok Village kerana perlu kembali ke Myeongdong untuk menyaksikan persembahan Nanta Show di sana.

Bergambar di lorong menuju ke Bukchon Traditional Crafts Experience Center
Sebuah rumah berhampiran Bukchon Traditional Crafts Experience Center
Sebuah lorong di Bukchon Hanok Village
Menjenguk masuk ke sebuah hanok yang telah dijadikan rumah tumpangan
Tempayan kimchi dan bunga-bungaan di tengah laman
Meninggalkan Bukchon Hanok Village

Part 78: Nanta Show

Sewaktu kunjungan pertama ke Korea Selatan pada tahun 2010 dulu, Myself telah berkesempatan untuk menyaksikan sebuah persembahan komedi taekwondo yang menarik bernama Jump Show. Bila berkesempatan datang lagi ke Korea pada tahun ini, Myself turut menyelitkan satu lagi persembahan untuk kami tonton di Seoul. Persembahan yang Myself pilih untuk disaksikan pada kali ini adalah sebuah cooking show yang dinamakan Nanta Show.

Kembali ke Myeongdong untuk menyaksikan Nanta Show
Constitutional Court of Korea
Jogyesa Temple
Lalu di hadapan Jogyesa Temple
Bas Hop-On Hop-Off
Tugu di hadapan Bank of Korea
Setibanya di Myeongdong, Clara terus masuk parking di dalam sebuah bangunan. Kemudian dia membawa kami berjalan menuju ke Myeongdong Theater tempat di mana Nanta Show diadakan.

Pemandangan di hadapan bangunan tempat kami parking kereta di Myeongdong
Restoran Halal dekat tempat kami parking kereta
Berjalan menuju ke Myeongdong Theater
Hampir tiba di bangunan teater
Nanta Show bermula pada pukul 5 petang. Ketika kami tiba, pintu teater belum dibuka. Jadi kami bersiar-siar dulu melihat suasana di sekitar teater.

Tangga naik ke teater
Pejabat tiket untuk menyaksikan persembahan
Oleh kerana Nanta Show adalah sebuah cooking comedy show, banyaklah barang dapur yang menjadi hiasan di teater
Info pelakon Nanta Show
Kami mendapat free upgrade ke VIP Seat sewaktu menonton persembahan ini
Pintu masuk ke teater
Suasana di dalam teater
Nanta Show adalah sebuah persembahan mengenai sekumpulan tukang masak yang mendapat assignment untuk menyiapkan hidangan sebuah majis perkahwinan dalam masa sejam. Banyaklah peristiwa yang kelakar dan menghiburkan dalam tempoh tersebut sehingga hidangan perkahwinan disiapkan dengan jayanya. Elemen komedi, budaya, masakan dan persembahan digarap dengan begitu baik sepanjang persembahan.

Persembahan Nanta Show ini memang hebat tetapi malangnya kita tidak dibenarkan untuk mengambil gambar atau merakam video sepanjang persembahan. Jadi kita gunakanlah gambar show yang kita jumpa di internet untuk diabadikan di dalam blog ini.

Nanta Show
Antara adegan yang menarik dalam Nanta Show
Pelbagai aksi kelakar dan menghiburkan dalam Nanta Show
Myself dan Husband memang suka menyaksikan show di teater begini kalau berkunjung ke oversea. Macam-macam show dah kami lihat: Romance of Song Dynasty di Shanghai, Devdan Show di Bali, Calypso Cabaret Show di Bangkok, Khatakali Show di Kochi dan Phuket Fantasea di Phuket. Tetapi sesuatu yang kami perhatikan ialah pelancong Malaysia jarang nak melihat show begini. Penonton show dah pasti paling ramai Mat Salleh termasuk jugalah Nanta Show di Seoul ini. 

Kalau berkunjung ke Seoul dan berkesempatan, Myself memang recommend anda menyaksikan show sebegini. Selain Nanta Show yang merupakan cooking comedy show ini, Myself juga nak recommend untuk anda menyaksikan Jump Show yang merupakan sebuah  taekwondo comedy show. Mungkin tiketnya agak mahal, tetapi ia memang satu pengalaman yang menyeronokkan dan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Part 79: Kampungku Restaurant

Selepas Nanta Show tamat, kami berjalan kaki untuk dinner di Restoran Kampungku yang juga terletak di kawasan Myeongdong ini. Syukurlah kami langkah kanan sewaktu tiba kerana ada banyak meja kosong menanti. Sedang kami menunggu makanan dihidangkan, ramai pulak pengunjung yang datang sehingga mereka terpaksa menunggu di luar restoran sehingga ada meja yang kosong.

Restoran Kampungku di Seoul
Suasana di dalam Restoran Kampungku
Kami perhatikan pengunjung ke restoran ini bukan sahaja terdiri dari orang Malaysia, bahkan ramai rakyat Korea tempatan
Myself memilih makan Nasi Goreng malam ini dan Husband pulak bersama Clara memilih untuk makan ayam goreng. Besar sungguh potion ayam goreng yang diberi sampai tak terhabis. Jadi Clara membungkus ayam goreng yang tak terhabis ini untuk dibawa pulang ke rumahnya. Nak beri anak lelakinya mencuba makanan dari Malaysia, katanya.
 
Nasi Goreng Kampungku
Ayam Goreng
Suka sungguh Clara dengan makanan di Restoran Kampungku ini
Berjalan kembali ke tempat parking
Pulang ke hotel
Pemandangan Seoul Station di waktu malam
Tiba di Guro District, berdekatan dengan hotel kami


Bersambung ke Bahagian 32...


CATATAN PERJALANAN (SOUTH KOREA 2nd VISIT) 2024: