Sunday 20 September 2015

2015 SRI LANKA BHG. 05 (Nuwara Eliya)

September 2015

SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya

Bahagian 5: NUWARA ELIYA

HARI KEDUA (2)


Part 15: Menuju Ke Nuwara Eliya

Selepas melawat Gunatilake Batiks, maka tamatlah program lawatan kami di Kandy. Kami meninggalkan Kandy menuju ke destinasi seterusnya, Nuwara Eliya.

Kampus Universiti Peradeniya, sebuah universiti awam terkemuka di Sri Lanka yang terletak tidak jauh dari Kandy.
Nuwara Eliya terletak kira-kira 100 km dari Kandy. Perjalanan ke sana dijangka memakan masa 2 jam. Perjalanan kami ke Nuwara Eliya adalah perjalanan mendaki gunung.

Perjalanan menuju ke kawasan pergunungan.
Sebuah bandar kecil yang dilalui dalam perjalanan ke Nuwara Eliya.
Jalan yang sempit dan bengkang-bengkok menuju ke Nuwara Eliya.
Pergunungan indah di Sri Lanka
Pokok-pokok teh mula muncul dalam pandangan.
Bandar Peradeka
Tuk Tuk di bandar Peradeka
Masjid di bandar Peradeka
Di sepanjang jalan ke Nuwara Eliya, kami melihat banyak air terjun kecil di kiri kanan jalan. Air dari bukit ini disalurkan ke dalam paip getah dan banyak digunakan oleh penduduk tempatan untuk mencuci kenderaan mereka.

Air Terjun begini banyak dilihat dalam perjalanan menuju ke Nuwara Eliya.
Ada kalanya, penduduk tempatan menggunakan air percuma ini untuk mencuci kenderaan mereka.

MATAWANG SRI LANKA

Dah lama Myself menulis, lupa pulak nak bercerita tentang duit Sri Lanka. Seperti di India, matawang Sri Lanka juga dipanggil Rupee. Nilainya juga lebih kurang sama dengan Rupee India di mana RM1 = LKR32. Duit Sri Lanka ini juga susah nak dicari di Malaysia.

Seperti matawang lain di dunia, Rupee Sri Lanka dicetak melintang pada muka hadapan.
Keunikan matawang Sri Lanka terletak di muka belakang sebab ia dicetak menegak pulak.

Part 16: Ladang Teh Di Nuwara Eliya

Semakin dekat kita menghampiri Nuwara Eliya, semakin banyak ladang teh yang kita temui. Pemandangan di sini mengingatkan kami kepada Cameron Highlands di Malaysia.

Pemandangan ladang teh berhampiran Nuwara Eliya.
Pemetik teh di tengah ladang.
Dari semasa ke semasa, kami bertemu dengan pemetik-pemetik teh di ladang yang bekerja cukup dekat dengan jalan raya. Ini satu pemandangan yang unik bagi kami dapat melihat pemetik teh dengan begitu dekat. Walau di Cameron Highlands sekalipun, tak pernah kami melihat pemetik teh dengan sedekat ini. Terence turut memberhentikan kenderaan kami di tepi jalan untuk melihat pemetik teh dengan lebih dekat.

Pemetik teh di tepi jalan raya
Seperti juga di Malaysia, sebahagian besar pemetik teh berasal dari India.
Tanaman teh diperkenalkan di Sri Lanka oleh penjajah British pada masa dahulu. Orang-orang British juga adalah pemilik asal ladang-ladang teh di negara ini. Nama-nama ladang teh di Sri Lanka juga masih menggambarkan pengaruh British yang tebal walaupun sebahagian ladang ini kini dimiliki oleh rakyat Sri Lanka dan orang-orang Asia Barat.

Hellbodde Estate
Sebahagian besar ladang-ladang teh masih menggunakan nama-nama British.
Pemandangan kilang memproses teh dalam perjalanan ke Nuwwara Eliya.
Kanak-kanak ini berlari mendekati kami untuk meminta sedekah.
Pokok-pokok teh saujana mata memandang.
Meneruskan perjalanan ke Nuwara Eliya

Part 17: Glenloch Tea Plantation

Teh adalah komoditi utama Sri Lanka dan negara ini adalah pengesksport teh terbesar di dunia. Untuk melihat proses penghasilan teh di Sri Lanka, kami singgah di sebuah ladang teh yang bernama Glenloch Tea Plantation (Scottish betul bunyi ladang ni!)

Glenloch Tea Plantation
Di sini, kami disambut oleh seorang petugas wanita yang bernama Kamaleswary. Dia membawa kami ke kilang untuk mempelajari proses penghasilan teh.

Kamaleswary
Kilang Teh Glenloch
Mengikut Kamaleswary ke kilang teh.
Proses penghasilan teh di Sri Lanka tidak berbeza dengan proses penghasilan teh di Cameron Highlands. Secara umumnya teh yang dipetik akan dibiar menjadi layu. Kemudian, ia digulung dan diricik, ditapai dan disalai sebelum dibungkus untuk dijual.

Memetik daun teh juga memerlukan pengetahuan dan kemahiran. Daun teh dipetik setiap hari dan cuma 4 helai teratas sahaja yang dipetik. Setiap helai dari daun tersebut akan diproses untuk menghasilkan 4 jenis teh yang berlainan.

Empat helai daun teratas sahaja yang dipetik setiap hari untuk menghasilkan 4 jenis teh.
Kata Kamaleswary, daun teh hanya boleh dipetik pada hari yang kering sahaja dan usianya tak boleh melebihi seminggu. Jika hari hujan (seperti dalam musim hujan) dan teh tidak dipetik sehingga seminggu, pucuk teh ini akan dipangkas dan dibuang saja ke tanah untuk dijadikan baja. Teh yang telah dipetik dibawa ke kilang untuk dilayurkan.

Tempat pelayuran dan pengeringan daun teh.
Selepas teh dikeringkan, barulah ia diproses dengan menggunakan mesin.

Mesin-mesin pengering di Kilang Teh Glenloch
Mengikut Kamaleswary ke tingkat bawah kilang di mana pemprosesan teh yang seterusnya berlangsung.
Disebabkan ketika itu musim hujan dan tak banyak daun teh yang dapat dipetik, tidak banyaklah teh yang dapat diproses di kilang.

Mesin-mesin pemprosesan teh
Ini adalah mesin pemprosesan teh asal yang dioperasi secara manual di Glenloch Tea Plantation.
Teh mengikut kategori.
Packing Room di Glenloch Tea Plantation di mana pembungkusan produk akhir teh dibuat.
Dengan penggunaan mesin-mesin moden hari ini, tidak ramai pekerja diperlukan di sini.
Mesin Color Sorter ini mengasingkan produk akhir teh mengikut warna bagi pembungkusan.
Selepas melihat proses penghasilan teh, kami diperkenalkan pula dengan hasil-hasil produk dari Glenloch. Secara umumnya ada 3 jenis teh yang dihasilkan di Sri Lanka: Black Tea, Green Tea dan White Tea. Teh yang dianggap mempunyai rasa yang terbaik ialah Black Tea dan terdapat berbagai jenis Black Tea yang dihasilkan di Sri Lanka. Green Tea sangat digemari di Asia Timur manakala White Tea pula dianggap berkualiti rendah dan tidak dieksport keluar dari Sri Lanka.

Black Tea dari Sri Lanka dikatakan mempunyai rasa yang istimewa. Produk terbaik di antara Black Tea ini dinamakan BOP (Broken Orange Pekoe). Ia dinamakan Broken Orange kerana ia mempunyai bau semulajadi seakan-akan buah citrus manakala Pekoe pula berasal dari perkataan Peking (nama lama Beijing), kerana pokok teh berasal dari negara China.

Pelbagai variasi Black Tea di Sri Lanka
Selain Black Tea, pokok teh Sri Lanka juga diproses menjadi Green Tea dan Silver Tips (White Tea).
Ingat tak yang pemetik teh hanya memetik 4 helai daun saja dari pucuk pokok teh tadi? Green Tea dihasilkan dari daun yang keempat.
Daun yang ketiga menghasilkan Teh Silver Tips
Daun yang kedua pula menghasilkan teh yang dinamakan Golden Flush.
Teh juga diadun dengan pelbagai perisa seperti rempah, halia, epal, strawberi dan sebagainya.
Dah banyak belajar tentang daun teh, tibalah masa untuk Tea Tasting. Kami dibawa ke anjung restoran di Ladang Glenloch ini di mana pelbagai jenis teh dihidangkan kepada kami. Teh-teh yang dihidangkan memang sedap kerana dibancuh dengan teknik pembancuhan yang betul. Kalau kita sendiri yang bancuh teh ini, mungkin rasanya tak sesedap begitu...

Tea Tasting di Glenloch Tea Plantation.
Pelbagai variasi teh yang dihidangkan kepada kami.
Pemandangan indah dari anjung Tea Tasting di Glenloch Tea Plantation.
Untuk menjaga kualiti dan aroma teh yang dihasilkan, daun teh masih disalai dengan menggunakan kayu api di kilang-kilang pemprosesan teh. Gas tidak digunakan kerana ia akan merosakkan aroma daun teh semasa disalai.
Sebelum meninggalkan Ladang Glenloch, kami membeli teh untuk dibawa pulang ke Malaysia...

Kedai Teh di Glenloch Tea Plantation.
Kaunter jualan di kedai teh.
Selamat Tinggal, Kamaleswary!  Semoga berjumpa lagi nanti.

Part 18: Air Terjun Ramboda

Iklim di Sri Lanka sama seperti di Malaysia. Jadi tak perlu membawa pakaian tebal untuk melancong ke sini. Namun seperti juga di Malaysia, iklim di kawasan pergunungan seperti di Nuwara Eliya lebih sejuk berbanding di kawasan tanah pamah.

Kawasan hutan berhampiran Nuwara Eliya
Air Terjun juga banyak terdapat di kawasan pergunungan di Sri Lanka. Salah sebuah di antaranya, Ramboda Falls dapat kami lihat dalam perjalanan ke Nuwara Eliya.

Berhenti seketika di tepi Tea Bush Restaurant ini untuk menikmati pemandangan indah Ramboda Falls di sini.
Air Terjun Ramboda
Mengabadi kenangan di Ramboda Falls.
Sri Lanka adalah destinasi percutian kegemaran pengunjung dari Asia Barat.
Kotmale Dam
Berlapis-lapis air terjunnya di sini. Yang paling bawah adalah Ramboda Falls.
Kawasan pertanian yang indah di sekitar Ramboda Falls
Air-air terjun di tepi jalan juga menarik perhatian pengunjung. Ramai yang berhenti untuk mengambil gambar di sana.

Air Terjun kecil di tepi jalan.
Pelancong Arab berhenti untuk mengambil gambar dengan air terjun di tepi jalan.
Terowong berhampiran Air Terjun
Pemandangan di dalam Terowong.

Part 19: Ramboda Falls Hotel

Kami singgah makan tengahari di sebuah hotel berhampiran Air Terjun Ramboda. Hotel ini bernama Ramboda Falls Hotel.

Singgah di Ramboda Falls Hotel untuk makan tengahari.
Waktu keluar dari kereta di tempat parking, tak nampak keistimewaan tempat ini.

Tempat Parking Kereta Ramboda Falls Hotel.
Rupa-rupanya Hotel ini teretak di bawah lembah. Jalan turun ke bawah menuju ke hotel sangat curam dan oleh kerana itu, pihak hotel menyediakan sebuah van shuttle dari tempat parking ke bangunan hotel.

Shuttle van dari tempat parking kereta ke bangunan hotel.
Siap pakai uniform lagi pemandu van shuttle ini.
Jom naik van turun ke hotel.
Jalan turun ke bangunan hotel yang terletak di dalam lembah ini seriously curam. Kalah kecuraman bukit kat Istanbul dulu.

Beginilah curamnya bukit dari tempat parking turun ke Ramboda Falls Hotel. Nampak tak van tengah turun dari bukit kat atas tu?
Alhamdulillah dah selamat sampai ke hotel.
Kedai barang kemas berhampiran pintu masuk ke hotel.
Petugas Ramboda Falls Hotel dekat pintu masuk.
Dari tempat van berhenti, kita perlu menaiki sebuah lif untuk turun ke restoran. Lif ini berdinding kaca dan pemandangan Ramboda Falls cukup hebat diperhatikan dari dalam lif ini.

Pemandangan Ramboda Falls dari lif berdinding kaca.
Menikmati keindahan air terjun dari dalam lif.
Selepas keluar dari lif, turun tangga pulak ke restoran.
Seperti juga di restoran-restoran lain yang kami kunjungi di Sri Lanka ini, makanan yang disediakan di Ramboda Falls Hotel memang sedap. Walaupun makanannya nampak lebih kurang sama dengan makanan di Malaysia, campuran rempah yang digunakan sangat istimewa.

Pemandangan dari Restoran Ramboda Falls Hotel.
Tempat duduk di hujung sana adalah yang paling dekat dengan air terjun.
Makanan tengahari.
Selepas makan, kami bersiar-siar di tepi Ramboda Falls. Ada laluan pejalan kaki yang disediakan dari restoran ini sehingga ke kaki air terjun.

Ramboda Falls
Lorong menuju ke air terjun.
Pemandangan Ramboda Falls Hotel dari laluan ke air terjun.
Bersungguh pelancong ini nak menangkap gambar air terjun.
Ada tangga untuk turun ke air terjun di hujung sana. Tapi kami tak pergi ke situ kerana tak larat nak panjat naik semula nanti.
Satu lagi pemandangan Ramboda Falls Hotel dari laluan ke air terjun.
Sebelum meninggalkan Ramboda Falls Hotel, Terence membawa kami ke bahagian belakang hotel. Di situ pun ada pemandangan air terjun yang menakjubkan.

Lagi pemandangan air terjun dari belakang Ramboda Falls Hotel
Bersama Terence di belakang Ramboda Falls Hotel.
Sungai yang mengalir di belakang Ramboda Falls Hotel
Menaiki lif pulang ke tempat menunggu van shuttle.
Van shuttle dah tiba.
Menaiki van ke tempat letak kereta.
Terowong berdekatan tempat letak kereta Ramboda Falls Hotel.

Part 20: Mendaki Lagi Ke Nuwara Eliya

Nuwara Eliya terletak 2,400 meter di atas aras laut. Semakin mendekat kami ke sana dan semakin tinggi kami mendaki, pemandangan sekitar mula diliputi kabus.

Mengekori bas kerajaan menuju ke Nuwara Eliya
Adik ini cuba nak menjual bunga kepada kami.
Sewaktu kereta kami membelok menaiki selekoh, dia membuat short-cut memanjat bukit untuk memintas kami. Gigih betul dia!
Penjual sayur-sayuran di tepi jalan.
Pelancong Mat Salleh yang sudah agak berusia ini juga cukup gigih berbasikal mendaki jalan yang curam naik ke Nuwara Eliya.
Mungkin kat atas bukit sanalah letaknya Nuwara Eliya.
Satu lagi pemandangan yang tidak dilupakan adalah ketika melintasi sebuah ladang teh yang bernama Mackwoods Labookellie. British betul namanya, kan? Memang British pun sebab pemiliknya adalah Prince Charles dari Britain.

Ladang Teh Mackwoods Labookellie.
Pemilik ladang ini adalah Prince Charles dari Britain.
Lagi pemandangan Ladang Mackwoods Labookellie.
Masih Ladang Mackwoods Labookellie ni..
Mackwoods Labookellie lagi! Besarnya ladang ni....
Hah! Baru masuk kawasan ladang orang lain...

Part 21: Nuwara Eliya 

Akhirnya, kami sampai di Nuwara Eliya. Tempat ini betul-betul macam Cameron Highlands, tapi Cameron Highlands zaman dulu-dululah... bukan Cameron Highlands sekarang yang penuh dengan pencemaran.

Gerai sayuran dan buah-buahan sewaktu menghampiri Nuwara Eliya.
Pemandangan di Nuwara Eliya.
Gelaran yang diberi kepada Nuwara Eliya ialah Little England.

Part 22: Jetwing St. Andrew's Hotel, Nuwara Eliya 

Di Nuwara Eliya, kami menginap di sebuah hotel yang bernama Jetwing St. Andrew's. Hotel ini dulu asalnya adalah Scots Club. Jadi rupanya memang British habis.

Pintu masuk ke Jetwing St. Andrew's
British habis rupa hotel ni.
Pemandangan Jetwing St. Andrew's dari depan.
Landskap yang indah di Jetwing St. Andrew's Hotel
Hospitaliti di hotel-hotel Sri Lanka memang hebat. Boleh tabik pada mereka. Seperti juga di Earl's Regent Hotel di Kandy semalam, ada staf hotel yang menyambut dan menguruskan penginapan kami. Tak payah berdiri beratur dekat kaunter check-in pun. Duduk saja kat lobi, staf ni yang datang bersama borang dan uruskan pendaftaran kita, dan lepas itu escort kita sampai ke bilik.

Tangga naik menuju ke tempat kaunter pendaftaran.
Kaunter pendaftaran di Jetwing St. Andrew's Hotel
Sambil staf hotel uruskan pendaftaran bilik, kita relax saja kat lobi hotel yang ada fireplace ini...
Sofa di lobi hotel.
Welcome Drink di Jetwing St. Andrew's... Ingatkan teh apa yang dibagi oleh dia orang ni... rasanya pelik tapi sedap...
... rupa-rupanya Welcome Drink ini Sup Sayur. Bukan teh pun!
Kami kemudiannya dibawa ke bilik kami di tingkat atas. Hotel ini cuma 2 tingkat saja. Bilangan biliknya pun cuma 56 buah saja.

Kata staf yang membawa kami ke bilik, jubin lantai ini original dan dah berusia 130 tahun. Jangan hotel ini berhantu sudahlah!
Bilik kami di Jetwing St. Andrew's Hotel
Siap ada penunjuk arah kiblat kat siling lagi!
Furniture dia pun style British dulu-dulu.
Terence menawarkan untuk membawa kami bersiar-siar di Tasik Gregory di Nuwara Eliya ini. Namun disebabkan hari telah lewat petang dan kami masih belum bersolat jamak Zohor dengan Asar, kami menolak. Selepas Solat, kami cuma bersiar-siar di perkarangan hotel sahaja.

Koridor di depan bilik
Pemandangan di sekitar hotel.
Pemandangan bangunan hotel dari belakang.
Billiard Room
Stay For Tea!
St. Andrew's Hotel
Mengambil gambar pemandangan di sekitar.
Mengambil gambar bunga-bungaan di dalam hujan gerimis.
Rose Garden
Pada petang itu sewaktu kami berehat di bilik menunggu makan malam, pintu bilik kami diketuk oleh staf hotel. "Evening Service", katanya. Betul-betul style British Colonial dulu di mana pada sebelah petang, orang gaji akan datang menyiapkan katil untuk tuan rumah tidur... Disebabkan kami ni bukan orang British, kami cuma mengucapkan terima kasih sajalah kepada staf itu. Biarlah kami sendiri yang siapkan katil untuk tidur...

Makan malam juga disediakan di Jetwing St. Andrew's Hotel secara buffet. Sambil makan malam, pengunjung dihiburkan dengan persembahan muzik live seorang pemain piano.

Dinner Buffet di Jetwing St. Andrew's Hotel
Satu lagi pemandangan Dinner Buffet
Restoran di Jetwing St. Andrew's Hotel
Kami memilih untuk makan di sini.
Dinner di Jetwing St. Andrew's
Berdiang di tepi api selepas makan malam.

Bersambung ke Bahagian 6 ...


CATATAN PERJALANAN SRI LANKA (2015):