Thursday 17 September 2015

2015 SRI LANKA BHG. 02 (Pinnawala)

September 2015

SRI LANKA
Colombo, Kandy & Nuwara Eliya


Bahagian 2: Perjalanan Ke Kandy
ELEPHANT ORPHANAGE & SUSANTHA SPICE AND HERBAL GARDEN

HARI PERTAMA (2)

Part 3: Elephant Orphanage, Pinnawala

Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Kandy.

Kedai menjual pisang di dalam perjalanan ke Kandy.
Sebuah lagi masjid yang ditemui dalam perjalanan ke Kandy.
Warakapola
Sekolah Menengah di Warakapola
Kami diberitahu harga minyak sangat mahal di Sri Lanka, tapi lupa pulak nak check berapa harganya.
Selepas melintasi pekan Warakapola ini, Terence membuat lencongan dari jalan utama. Bermula dari saat itu juga, Terence selalu melihat jam tangannya menyebabkan kami tertanya-tanya apa sebenar yang dikejarnya.

Pertanyaan kami terjawab secara automatik bila kami melihat sekawan gajah melintas jalan di hadapan kami... Inilah sebenarnya apa yang dikejar oleh Terence.

Kagum melihat sekawan gajah melintas jalan di depan kereta...
Gajah-gajah ini baru pulang dari tempat pemandian mereka di sebatang sungai di seberang jalan.
Siap ada polis lagi mengawal keselamatan mereka melintas jalan.
Elephant Orphanage di Pinnawala adalah destinasi tarikan pelancong yang pertama kami lawati di Sri Lanka. Ia adalah sebuah pusat konservasi gajah yang didirikan oleh Kerajaan Sri Lanka pada tahun 1975.

Elephant Orphanage, Pinnawala.
Signboard di pintu masuk ke Elephant Orphanage.
Senarai aktiviti seharian di Elephant Orphanage
Mengikut Terence masuk ke Elephant Orphanage.
Gajah pertama yang dilihat di Elephant Orphanage ini.
Pada mulanya, Elephant Orphanage ini hanya menempatkan 4 ekor anak gajah yang terbiar setelah kematian ibu mereka. Namun berkat usaha konservasi yang dilaksanakan, kini terdapat 80 ekor gajah di sini yang semuanya berpunca dari 4 gajah tersebut.

Pusat jagaan anak-anak gajah.
Pekerja memberi susu kepada anak gajah.
Anak gajah ini kelihatan sangat manja dengan penjaganya.
Anak-anak gajah yang ditempatkan di kandang ini rata-ratanya berusia sekitar 2 tahun. Dengan bayaran LKR300 (RM10), pengunjung juga dibenarkan memberi susu kepada anak gajah. Peluang ini tidak Myself lepaskan untuk merasai pengalaman tersebut.

Anak-anak gajah yang ditempatkan di kandang ini rata-ratanya berusia 2 tahun.
Emak Angkat memberi susu kepada Anak Gajah.
Anak gajah ini meminum susu dengan sangat rakus. Kalau tak dipegang kuat oleh pekerja ini, mahu botol susu ini pun disedut masuk ke dalam mulut oleh anak gajah ini.
Kami sebenarnya tiba di Elephant Orphanage ini pada masa yang tepat kerana aktiviti memberi makan kepada gajah sedang berlangsung. Dari kandang anak gajah, Terence membawa kami ke kandang gajah dewasa.

Kandang gajah dewasa di Elephant Orphanage.
Gajah-gajah dewasa diberi makan daun kelapa dan daun pokok nangka.
Lori makanan tiba di kandang gajah.
Daun-daun nangka sedang dipunggah dari lori untuk diberi makan kepada gajah.
Gajah-gajah ini kelihatan sangat gembira mendapat makanan mereka.
Kagum melihat bagaimana gajah ini boleh memakan pelepah kelapa sebesar ini.
Gajah ini pulak menggaru riang badannya dengan daun nangka yang diberi sebelum memakan daun tersebut.
Kayu-kayu ini juga adalah sebenarnya makanan gajah juga.
Membawa sendiri makanan masuk ke dalam kandang.
Di tengah-tengah Elephant Orphanage ini ada sebuah ruang yang disediakan untuk pengunjung berehat sambil memerhatikan aktiviti di sekitar. Di sini juga kami bertemu dengan sekumpulan pelajar sekolah yang datang membuat lawatan ke sini dengan guru mereka. Jelas sekali sebahagian pelajar sekolah ini (mungkin sepertiga dari mereka) beragama Islam kerana memakai kopiah dan tudung kepala.

Ruang untuk pengunjung berehat di tengah-tengah Elephant Orphanage.
Pelajar-pelajar sekolah berkumpul di sini mendengar penerangan dari guru mereka.
Memang jelas yang hampir sepertiga pelajar dan guru dalam rombongan ini beragama Islam dari cara mereka berpakaian.
Sekumpulan gajah di luar kawasan rehat pengunjung.
Mengambil gambar gajah dari ruang rehat pengunjung.
Gajah-gajah yang berkumpul di luar kawasan rehat pengunjung ini sebenarnya sedang bersedia untuk dibawa mandi ke sungai di seberang jalan di luar Elephant Orphanage. Ramai pengunjung (termasuk Husband) yang teruja dan pergi dekat dengan kumpulan gajah ini. Namun begitu, mereka semua diusir kembali masuk ke kawasan rehat oleh petugas-petugas di sini kerana perbuatan mereka sebenarnya merbahaya. Walaupun gajah-gajah di sini jinak, mereka masih adalah haiwan liar yang boleh bertindak di luar jangkaan, terutama gajah jantan di waktu musim mengawan.

Husband dan beberapa pengunjung lain cukup teruja nak melihat gajah ini dari dekat.
Gajah-gajah ini sebenarnya sedang dikumpulkan untuk dibawa mandi ke sungai di luar Elephant Orphanage.
Berjalan dengan begitu elegant menuju ke tempat pemandian.
Besar betul gajah-gajah ini bila diperhatikan dari dekat.
Pemandangan dari belakang.
Traktor makanan yang terpaksa berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada gajah-gajah melintas.
Tempat pemandian gajah terletak di sebatang sungai di luar Elephant Orphanage. Atas sebab-sebab keselamatan, pengunjung tidak dibenarkan mengekori gajah-gajah ini dari dekat sewaktu mereka bergerak ke sana. Bila gajah-gajah ini dah sampai ke sungai, barulah pengunjung dibenarkan untuk turut pergi ke sana untuk melihat gajah mandi.

Tempat pemandian gajah di seberang Elephant Orphanage.
Laluan ke sungai pemandian gajah dipenuhi dengan tahi-tahi gajah. Bila gajah makan, mereka sebenarnya tak dapat menghadamkan makanan dengan sepenuhnya. Oleh itu, makanan-makanan ini dikeluarkan kembali melalui najis mereka yang penuh dengan fiber-fiber tumbuhan yang separuh lumat.

Laluan menuju ke sungai tempat pemandian gajah.
Laluan ini dipenuhi dengan tahi-tahi gajah yang bertaburan sepanjang jalan.
Tahi-tahi gajah ini sebenarnya adalah fiber tumbuh-tumbuhan yang separuh lumat dan tak dapat dihadamkan oleh gajah.
Hujan gerimis turun sekejap-sekejap sewaktu kami berada di Elephant Orphanage.
Fiber-fiber ini dikutip oleh pekerja di sini untuk diproses menjadi kertas yang dipanggil Poo Paper. Kertas-kertas ini dijual di kedai-kedai cenderamata di sini dan hasil jualannya digunakan bagi aktiviti konservasi di Elephant Orphanage.

Salah sebuah kedai yang menjual Poo Paper.
Pemandangan dekat kedai Elephant Dung.
Inilah Poo Paper yang dihasilkan dari tahi gajah yang diproses menjadi kertas.
Proses penghasilan Poo Paper.
Iklan Poo Paper yang dihasilkan 100% dari tahi gajah.
Gajah-gajah ini mandi di sebatang sungai yang airnya sangat jernih dan cantik. Memang seronok melihat mereka mandi beramai-ramai di sana.

Berhampiran dengan tempat gajah-gajah ini mandi ada beberapa buah hotel dan restoran. Terence membawa kami ke salah sebuah hotel di sana yang bernama Pinnalanda Hotel. Di sini jugalah kami makan tengahari sambil menyaksikan gajah-gajah ini bermandi-manda.

Gajah sedang mandi di sungai.
Hotel Pinnalanda
Untuk masuk ke dalam restoran, kita perlu melalui pintu yang terletak di celah kaki gajah ini.
Ruang makan di dalam Hotel Pinnalanda
Terence membawa kami makan di ruang makan terbuka di restoran ini yang menghadap sungai. Makanan di sini disediakan secara buffet masakan tipikal Sri Lanka.

Ruang makan terbuka di Hotel Pinnalanda
Pemandangan gajah mandi dari restoran Hotel Pinnalanda
Gajah-gajah ini jinak. Jadi mereka sangat berdisiplin mandi di kawasan yang ditetapkan saja. Tak ada seekor pun yang lari jauh-jauh waktu mandi di sini.
Keindahan sungai tempat pemandian gajah.
Satu lagi pemandangan dari restoran Hotel Pinnalanda.
Berguling manja sewaktu mandi di dalam sungai.
Sekarang kita bercerita pula tentang makanan Sri Lanka. Oleh kerana kami mengikut pakej Muslim Tour, makanan yang dihidangkan memanglah makanan Halal. Namun dari pemerhatian kami, makanan Halal sebenarnya sangat mudah didapati di Sri Lanka. Ini adalah kerana majoriti penduduk Sri Lanka beragama Buddha dan mereka adalah vegetarian. Agama utama lain di sini ialah Islam dan Hindu. Orang Hindu juga kebanyakannya juga vegetarian. Jadi cuma Orang Islam yang memakan daging, maka aktiviti-aktiviti penyembelihan di sini umumnya dilaksanakan oleh Orang Islam.

Oleh yang demikian, daging yang disediakan di restoran-restoran di Sri Lanka umumnya adalah daging halal. Tapi kalau nak cari label perakuan Halal di restorannya memanglah tak ada kerana ia tidak diamalkan secara meluas di sini. Oleh kerana penduduk Islam di Sri Lanka juga ramai (kira-kira 30%), kami sentiasa bertemu dengan tukang-tukang masak yang beragama Islam di hotel-hotel dan restoran yang kami kunjungi.

Buffet makanan Sri Lanka di Hotel Pinnalanda
Ini pulak seksyen pasta.
Contoh makanan tipikal Sri Lanka yang rupanya sangat mirip dengan masakan Malaysia, tapi sangat berempah dan rata-ratanya sangat sedap.
Selepas makan tengahari dan dah puas melihat gajah, kami beredar dari Pinnawala untuk meneruskan perjalanan ke Kandy.

Berjalan pulang ke tempat kereta.
Kedai-kedai cenderamata dalam perjalanan ke kereta.

Beg-beg ini dibuat dari kulit lembu, bukannya kulit gajah.
Kedai Poo Paper
Inilah kereta yang membawa kami ke sana-sini dalam percutian kali ini.

Part 4: Hingula

Perjalanan kami diteruskan lagi ke Kandy.

Sebuah lagi pekan tipikal yang dilalui dalam perjalanan ke Kandy.
Pelajar-pelajar sekolah di Sri Lanka. Putih suci betul uniform mereka ni.
Kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Kandy. Mujurlah pakcik ini tidak mengalami kecederaan serius.
Mengikut itinerari, kami akan menyaksikan persembahan kebudayaan yang dinamakan Kandyan Cultural Show sebaik tiba di Kandy. Persembahan ini bermula pada pukul 5.30 petang. Selepas persembahan ini tamat, barulah Terence akan membawa kami ke hotel penginapan.

MASJID MASJIDHUR RAHMAAN

Oleh kerana waktu Maghrib di Sri Lanka masuk sekitar pukul 5.45 petang, dah pasti kami tak sempat nak menjamak solat Zohor dan Asar di hotel. Jadi kami meminta Terence untuk berhenti di mana-mana masjid yang banyak kami lihat di tepi jalan untuk bersolat. Disebabkan Terence banyak pengalaman menjadi pemandu pelancong kepada orang-orang Asia Barat yang berkunjung ke Sri Lanka, dia sangat memahami permintaan kami.

Terence membawa kami membuat persinggahan di sebuah masjid yang bernama Masjidhur Rahmaan Jumaah Mosque yang terletak di Hingula. Masjid ini agak besar dan mempunyai ruang solat yang selesa. Ruang solat wanitanya terletak di tingkat atas, tapi lupa pulak nak ambil gambar untuk ditunjukkan di sini.

Pintu masuk ke Masjid Masjidhur Rahmaan di Hingula.
Masjid ini juga mempunyai senibina yang cantik. Kata Terence, semua rumah ibadah di Sri Lanka dibina atas pembiayaan dari masyarakat setempat. Kerajaan tidak memberikan bantuan untuk membina rumah-rumah ibadah bagi mana-mana agama pun, termasuklah agama Buddha.
Signboard di depan masjid.

SUSANTHA SPICE & HERBAL GARDEN

Destinasi lawatan kedua kami ialah Susantha Spice & Herbal Garden, sebuah taman herba dan rempah-ratus milik Kerajaan yang terletak tidak jauh dari Masjid Masjidhur Rahmaan.

Pintu masuk ke Susantha Spice & Herbal Garden
Tujuan lawatan ke sini adalah untuk memperkenalkan kami kepada tumbuhan herba dan rempah-ratus yang banyak terdapat di negara Sri Lanka. Selain digunakan dalam masakan, herba dan rempah-ratus ini juga banyak digunakan dalam perubatan Ayurvedic.

Di taman ini, kami disambut oleh seorang petugas di sini yang bernama Maslam, seorang Muslim Sri Lanka.

Mengikut Maslam masuk ke Taman Herba dan Rempah
Maslam sedang memberi penerangan tentang pengubatan Ayurvedic yang terkenal di India dan Sri Lanka.
Pelbagai tanaman herba dan rempah ratus diperkenalkan kepada kami di sini. Ada di antaranya yang biasa kami lihat di Malaysia dan ada juga yang pertama kali kami lihat di sini.

Pokok Aloe Vera. Yang ini biasa kami lihat di Malaysia.
Pokok Aloe Vera ini dipanggil Komarika di Sri Lanka
Seperti yang kita tahu, pokok Aloe Vera mempunyai banyak khasiat. Di Sri Lanka, Aloe Vera ini sering digunakan bersama minyak King Coconut sebagai ramuan untuk melebatkan rambut.

Campuran Aloe Vera dan Minyak King Coconut yang digunakan untuk melebatkan rambut.
Semakin jauh kami berjalan ke dalam taman herba ini, semakin banyak tumbuhan yang diperkenalkan kepada kami.

Pemandangan di dalam Taman Herba
Dah lupa apa khasiat Baby Pineapple ni.
Maslam menunjukkan Lada Hitam kepada kami. Walaupun rasanya pedas, lada hitam sebenarnya berfungsi untuk menyejukkan badan.
Kami turut dihidangkan dengan Teh Rempah di sini. Tak sangka rasanya sungguh sedap.
Kalau tak salah, herba ni dipanggil Foxtail.
Tekun mendengar penerangan Maslam tentang khasiat pokok herba yang ditanam di sini.
Pokok Kayu Manis
Yang ini juga sejenis Aloe Vera rasanya...
Asparagus
Selepas berkenalan lebih kurang dengan pokok-pokok herba, kami dibawa pula ke sebuah pondok di tengah taman untuk dperkenalkan dengan ubat-ubatan Ayurvedic. Secara umumnya, ubat-ubatan Ayurvedic ini dihasilkan dari campuran berbagai jenis herba.

Menurut penerangan yang diberi oleh Maslam, disebabkan ubat-ubatan Ayurvedic ini memang dihasilkan sepenuhnya dari herba, ia tidak memberikan kesan sampingan kepada badan sekiranya diamalkan penggunaannya. Di samping itu, disebabkan Maslam sendiri beragama Islam, dia dapat meyakinkan kami yang ubat-ubatan ini tidak mengandungi unsur-unsur yang haram.


Mengikut Maslam ke tempat penerangan tentang ubat-ubatan Ayurvedic.
Di pondok inilah kami diberi penerangan tentang ubat-ubatan Ayurvedic.
Contoh ubat-ubatan Ayurvedic
Demonstrasi krim kulit Ayurvedic ke atas tangan Husband.
Dan semestinya di Taman Susantha ini ada sebuah farmasi kecil yang menjual ubat-ubatan Ayurvedic. Memang tertarik juga kami melihat ubat-ubatan yang dijual, tapi harganya sangat mahal kerana ketulenannya.

Kami hanya membeli beberapa ubat sahaja di sini untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dihadiahkan kepada keluarga di Malaysia yang memerlukan. Urusniaga bukan sahaja diterima dalam matawang Rupee Sri Lanka, bahkan juga dalam beberapa matawang dunia termasuklah Ringgit Malaysia. 

Farmasi yang menjual ubat-ubatan Ayurvedic di Susantha Spice & Herbal Garden.
Pemandangan di dalam farmasi. Pelancong Arab memang ramai berkunjung ke Sri Lanka. Kami bertemu dengan mereka di mana-mana sahaja tempat yang kami kunjungi.
Urusniaga juga diterima dalam Ringgit Malaysia.

Part 5: Central Province, Sri Lanka

Selepas sekian lama berkereta, kami akhirnya tiba di Central Province. Bandar Kandy terletak di wilayah ini. Ibu kota Sri Lanka, Colombo pula terletak di Western Province.

Central Province ini terletak di kawasan tanah tinggi. Jadi perjalanan sewaktu menghampiri wilayah ini penuh dengan jalan bengkang-bengkok dan mendaki.

Pemandangan ketika menghampiri Central Province
Dah hampir tiba di Central Province
Selamat Datang Ke Central Province
Walaupun sempit berbanding di Malaysia, kualiti jalan-jalan raya di Sri Lanka sangat memuaskan. Ini adalah sebenarnya legasi pemerintahan British di Sri Lanka dahulu. Sebaik memasuki Central Province, Terence menunjukkan sebuah tugu yang dinamakan Dawson Memorial yang dibina untuk memperingati jurutera British yang berjasa membangunkan sistem jalan raya di Sri Lanka.

Dawson Memorial yang dibina di tepi jalan di Central Province
Tugu ini dibina untuk memperingati jurutera British yang berjasa membangunkan sistem jalan raya di Sri Lanka.
Pintu masuk ke Dawson Memorial, tapi kami tak singgah di sini.
Sri Lanka juga turut mempunyai sistem perkhidmatan keretapi yang bagus peninggalan orang British pada masa dahulu. Sebelum masuk ke bandar Kandy, kami dapat melihat sebuah muzium keretapi yang dinamakan National Railway Museum. Tapi kami tak singgah di sini, setakat lalu di depannya saja.

National Railway Museum di Kandy
Sebuah Tuk Tuk sedang parking di depan Muzium Keretapi.


Bersambung ke Bahagian 3 ....


CATATAN PERJALANAN SRI LANKA (2015):