Thursday, 28 May 2026

2026 SOUTHERN AFRICA BHG. 03 (Johannesberg - Pilanesberg NP)

Mei 2026

SOUTHERN AFRICA
South Africa, Zimbabwe, Zambia, Botswana & Mauritius
(SOUTH AFRICA : Johannesburg, Pilanesberg National Park & Pretoria)

Bahagian 2: South Africa
JOHANNESBURG - PILANESBERG NATIONAL PARK
 
HARI KEDUA (2)

Part 6: South Africa Sepintas Lalu

Republic of South Africa adalah negara yang terletak paling ke selatan di benua Afrika. Ia dikelilingi 2 buah lautan: Atlantik dan Hindi. Titik pertemuan kedua-dua lautan ini adalah Cape Agulhas yang juga merupakan titik palling selatan di benua Afrika.
 
South Africa berkongsi sempadan dengan 6 buah negara: Namibia, Botswana, Zimbabwe, Mozambique  Eswatini dan Lesotho. Salah sebuah di antaranya (Lesotho) dikelilingi sepenuhnya oleh South Africa.

South Africa adalah juga negara yang ke-9 terbesar di Afrika. Keluasannya menyamai keluasan France dan Spain yang digabung bersama. Ia adalah juga negara yang mempunyai persisiran pantai yang ketiga terpanjang di Afrika selepas Madagascar dan Somalia. Kepanjangan persisiran pantai di South Africa adalah melebihi 3,000 km.

Peta ibu negara South Africa
Tidak seperti kebanyakan negara lain yang hanya memiliki sebuah ibu negara, South Africa memiliki 3 ibu negara : Pretoria, Cape Town dan Bloemfontein. Cape Town adalah ibu kota Parlimen bagi South Africa manakala Bloemfontein pula merupakan ibu kota legislatif yang menempatkan Mahkamah Rayuan Agung. Pretoria berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan dan turut menjadi kediaman rasmi Presiden South Africa.

Penduduk South Africa kini berjumlah lebih 62 juta orang. Ia adalah negara yang ke-6 paling ramai penduduk di benua Afrika. Seluruh negara South Africa dibahagikan kepada 9 buah wilayah: Northern Cape, Western Cape, Eastern Cape, KwaZulu-Natal, Free State, Mpumalanga, Limpopo, North West Province dan Gauteng. Wilayah yang berpenduduk paling jarang adalah Northern Cape yang cuma didiami 1.2 juta penduduk. Ia adalah juga wilayah yang terbesar di South Africa. Sebaliknya, wilayah terkecil yang juga merupakan wilayah paling padat penduduk adalah Gauteng yang didiami sekitar 15 juta orang. Johannesburg yang terletak di wilayah Gauteng mempunyai 4 juta penduduk.

Peta 9 wilayah yang membentuk negara Republic of South Africa

Part 7: Perjalanan Ke Pilanesberg National Park

Dari O.R. Tambo International Airport, kami dibawa dengan bas menuju ke Pilanesberg National Park yang terletak di North West Province. Perjalanan ke sana memakan masa kira-kira 2 jam 30 minit.
  
O.R. Tambo International Airport
Intercontinental Hotel Johannesburg di O.R. Tambo International Airport
City Lodge Hotel
Meninggalkan O.R. Tambo International Airport
British Airways
Dalam perjalanan menuju ke Pilanesberg National Park, Evie bercerita kepada kami tentang latar belakang dan sejarah South Africa. Majoriti penduduk di South Africa adalah penduduk berkulit hitam yang membentuk lebih 80% penduduk seluruh negara. Mereka terdiri dari beberapa suku seperti Zulu, Xhosa, Tswana, Venda, Tsonga dan Ndebele. Secara kolektif, kesemua suku kulit hitam ini dikenali sebagai kaum Bantu. Negara ini mempunyai 11 bahasa rasmi yang terdiri dari 9 bahasa pribumi Bantu, Afrikaans (Bahasa Belanda versi Afrika) dan Bahasa Inggeris. Secara umumnya, Afrika Selatan juga adalah sebuah negara Kristian kerana majoriti penduduknya menganut agama tersebut.

Evie bercerita tentang South Africa
Suasana dari dalam bas
Walaupun bangsa Eropah yang pertama tiba di South Africa adalah bangsa Portugis, bangsa yang pertama membina penempatan sebaliknya adalah orang Belanda yang berkhidmat dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC). Penempatan mereka berpusat di sekitar Cape Town. Ramai di antara mereka kemudiannya meninggalkan VOC dan bertukar profesion menjadi petani. Mereka kemudian dikenali sebagai Orang Boer (kini dikenali pula sebagai Afrikaaner).
 
Orang Boer membawa masuk hamba abdi berbangsa Melayu dari Malaysia, Indonesia dan Madagascar untuk bekerja di ladang-ladang mereka. Walaupun orang Melayu ini memiliki status hamba, orang-orang Belanda sangat senang dengan kehadiran mereka. Maklum sajalah kerana orang kita sangat kaya dengan adab. Buktinya, banyak perkataan Melayu diserap masuk ke dalam Bahasa Afrikaan dan orang Boer ini tidak menghalang hamba-hamba Melayu mereka terus mengamalkan ajaran agama Islam.
 
Lebuhraya dari Johannesburg menuju ke North West Province
 Pemandangan di lebuhraya
Afrika Selatan sedang mengalami musim luruh ketika ini dengan suhu 17'C di waktu siang
Untuk mendapatkan tanah yang lebih luas, orang Boer mengembara dan menjelajah ke kawasan-kawasan lain di South Africa. Ketika inilah mereka berdepan dengan penduduk pribumi Afrika yang berkulit hitam. Orang Boer berhasrat untuk memiliki tanah bagi tujuan pertanian tetapi perkara ini sangat bertentangan dengan adat bangsa pribumi tempatan yang berkongsi segala-gala sumber termasuk tanah. Peperangan mula berlaku di antara orang Boer dengan orang pribumi. Peperangan ini sudah pasti dimenangi oleh orang Boer kerana mereka memiliki senjata yang moden dan canggih. 
 
Orang Boer mula menanam tebu di wilayah yang kini dikenali sebagai KwaZulu-Natal. Mereka mengambil pekerja-pekerja yang terdiri dari bangsa Zulu yang berkulit hitam. Pokok tebu rupa-rupanya sangat digemari oleh ular yang sering datang bersarang. Bagi orang Zulu pula, ular adalah petanda sial lalu mereka lari meninggalkan ladang-ladang tebu milik orang Boer ini. Disebabkan perkara tersebut, orang Boer membawa masuk ramai pekerja dari India untuk bekerja di ladang-ladang tebu mereka.
 
Plaza Tol di lebuhraya
Pemandangan di Plaza Tol
Pemandangan indah di lebuhraya
Satu lagi pemandangan di lebuhraya
Wilayah Gauteng di sekitar Johannesburg kaya dengan mineral. Antara mineral yang banyak dilombong di sini adalah emas dan platinum. Kata Evie, sebagai layman sekalipun, kita boleh membezakan lombong emas dan platinum. Platinum sering dilombong dengan kaedah open-pit manakala emas pula dilombong dengan cara mengorek jauh ke dalam tanah. Oleh yang demikian, jika kita melihat lombong-lombong dengan timbunan tanah, itu adalah lombong platinum manakala lombong yang mempunyai struktur seperti menara pula adalah lombong emas.

Mellihat kawasan perlombongan dari dalam bas
Lombong dengan struktur menara begini adalah lombong emas
Lombong emas
Lombong dengan timbunan tanah begini pula adalah lombong platinum
Pemandangan lombong platinum dengan lebih dekat. Pemandangan ini mengingatkan Myself kepada pemandangan lombong bijih timah di Malaysia pada satu masa dahulu.
Lori yang sering digunakan untuk mengangkut hasil perlombongan seperti arang batu
Kita kembali bercerita lagi tentang sejarah South Africa. Kali ini kita bercerita tentang kedatangan British pula... British mula bertapak di sekitar Cape of Good Hope (Tanjung Pengharapan) untuk menghalang kemaraan musuh ketat mereka, orang French dari menguasai laluan laut ke Timur. Mereka akhirnya berjaya menubuhkan Cape Colony pada tahun 1814.

Pada penghujung 1800-an, emas dan berlian ditemui di Afrika Selatan. British berperang dengan orang Boer untuk menguasai mineral berharga ini. Mereka membawa masuk tentera dari Australia dan New Zealand untuk berperang di bawah panji British. Ramai orang menganggap Hitler adalah orang yang pertama menubuhkan concentration camp untuk menyiksa tahanan. Konsep concentration camp ini sebenarnya diperkenalkan oleh British dalam Perang Boer di South Africa untuk menyiksa tawanan perang yang terdiri dari wanita dan kanak-kanak dari bangsa Boer.

British akhirnya berjaya memenangi peperangan dengan orang Boer. Mereka mengambilalih wilayah-wilayah yang ditubuhkan oleh orang Boer dengan membentuk Union of South Africa pada tahun 1910.

Ladang Bunga Matahari
Pokok Bunga Matahari
Menggembur tanah untuk tanaman
Pengairan ladang
Walaupun penduduk berkulit putih adalah kumpulan minoriti di Afrika Selatan, mereka mengawal pemerintahan kerajaan dan memperkenalkan dasar apartheid bermula dari 1948 sehingga ke tahun 1994. Di bawah dasar ini, penduduk Afrika Selatan dikategorikan kepada 4 kaum mengikut warna kulit: Putih (White), Hitam (Black), Indians dan Berwarna (Coloured). Penduduk berketurunan Asia seperi Melayu dan Cina dikategorikan sebagai Coloured di bawah sistem pemerintahan ini.

Kerajaan turut melaksanakan pengasingan kawasan tempat tinggal mengikut kaum. Ramai penduduk yang bukan berkulit putih dipaksa meninggalkan tempat kediaman mereka untuk ditempatkan semula di kawasan yang daif dan jauh dari pembangunan. Fasiliti turut disediakan untuk kegunaan penduduk mengikut kaum. Fasiliti yang terbaik sudah pasti dikhususkan untuk kegunaan kaum Kulit Putih.

Kaum yang paling tertindas di bawah sistem apartheid adalah kaum Kulit Hitam kerana mereka dilayan seperti pariah. Mereka dipaksa membawa pass pengenalan diri untuk masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk penduduk yang berkulit putih. Pemerintah turut memperkenalkan Bantu Education Act (1953) yang direka khusus untuk membolehkan penduduk Kulit Hitam bekerja sebagai buruh kasar semata-mata. Perkahwinan campur turut diharamkan di bawah undang-undang apartheid.

Pada tahun 1912, penduduk Kulit Hitam dan Berwarna menubuhkan parti politik yang dinamakan African National Congress (ANC). Pada mulanya ANC hanya melancarkan protes aman terhadap kerajaan Kulit Putih yang berkuasa. Selepas polis menembak beratus-ratus penunjuk perasaan di Sharpeville pada tahun 1960, ANC mula melancarkan kempen keganasan. Beberapa pemimpin ANC termasuk Nelson Mandela ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
 
Seorang lagi pemimpin ANC yang bernama O.R. Tambo dihukum buang negara. Tambo melancarkan kempen di luar negara untuk mengutuk sistem apartheid di Afrika Selatan. Banyak negara yang memberi respon dengan memboikot kerajaan Kulit Putih Afrika Selatan. Boikot yang diterima dari masyarakat antarabangsa turut memberi kesan kepada penduduk tempatan di Afrika Selatan sendiri. Sehubungan dengan itu, kerajaan Kulit Putih Afrika Selatan turut menerima tentangan dari kalangan kaum mereka sendiri.

Setelah tunduk kepada tekanan antarabangsa dan tekanan dalaman, Presiden F.W. de Klerk yang baru dilantik pada tahun 1990, membuat pengumuman untuk menamatkan dasar apartheid. Pengharaman Parti ANC dibatalkan dan Nelson Mandela dibebaskan dari penjara. Pada tahun 1994, sebuah pilihanraya demokratik yang terbuka kepada semua kaum diadakan di South Africa buat kali pertama. Ia dimenangi oleh Nelson Mandela yang dilantik menjadi Presiden Kulit Hitam yang pertama bagi South Africa.

Mentari yang bersinar terang di bumi Afrika
Lebuhraya moden
Perjalanan menuju ke Pilanesberg National Park
Dalam perjalanan menuju ke Pilanesberg National Park, kami melalui sebuah perkampungan African yang sangat luas dinamakan sebagai Bapong. Pada zaman apartheid, penempatan seperti ini dikhususkan kepada penduduk Kulit Hitam serta berkeadaan daif. Kampung ini kini telah semakin moden tetapi masih didiami ramai penduduk miskin terutamanya penduduk Kulit Hitam dari negara jiran yang berhijrah ke Afrika Selatan bagi mencari kehidupan yang lebih baik.

Perkampungan Kulit Hitam yang dinamakan Bapong
Suasana di perkampungan Bapong
Banyak rumah di perkampungan Bapong yang kelihatan seperti masih dalam pembinaan. Menurut Evie, disebabkan kekurangan modal, rumah-rumah ini dibina sedikit demi sedikit sehigga dapat disiapkan sepenuhnya. Rumah-rumah ini juga banyak yang dilihat memiliki satellite dish untuk mendapatkan siaran televisyen dari seluruh dunia. Bekalan air juga terpaksa dibawa masuk dari luar dan disimpan di tangki-tangki yang dipasang sendiri pada setiap rumah.

Banyak rumah yang kelihatan masih belum siap dibina
Perkampungan ini sangat besar tetapi tidak dilengkapi dengan kemudahan asas
Pemandangan yang seakan perkampungan setinggan di Kuala Lumpur pada satu masa dahulu
Haiwan ternakan yang dibiarkan berkeliaran di kawasan perkampungan
Penduduk-penduduk di perkampungan Bapong
Satu lagi pemandangan di perkampungan Bapong
Bila dah ramai penduduk berkumpul, pasti akan ada kedai-kedai perniagaan. Banyak juga kedai yang dilihat dibuka oleh penduduk di celah-celah kampung. Berbagai perniagaan dapat dilihat.

Penjual makanan ringan
Lorong di tengah kampung. Tiada jalan tar yang disediakan di sini.
Penjual buah-buahan
Banyak rumah yang kelihatan daif
Kita lihat lagi gambar-gambar perkampungan Bapong yang dapat kami capture dari atas bas... Evie mengakui Afrika Selatan memang memiliki kadar jenayah yang sangat tinggi. Kebanyakan jenayah adalah berpunca dari kemiskinan hidup. Selalu sahaja penjenayah yang ditangkap atas kesalahan sebagai pembunuh upahan misalnya mengakui yang mereka menerima upah hanya dalam bentuk beberapa ratus USD sahaja. Sistem perundangan juga mudah disogok sekiranya kita memiliki wang.

Ada juga beberapa buah gereja dan tanah perkuburan yang kecil-kecil dilihat di sini. Kata Evie lagi, kalau kita melihat tanah perkuburan, ia selalunya dimiliki kaum Kulit Hitam. Ini adalah kerana sekiranya berlaku kematian di kalangan penduduk Kulit Putih, mereka akan lebih memilih untuk membuat pembakaran mayat.

Supermarket
Sebuah lagi lorong masuk ke dalam kampung
Bengkel kenderaan
Kedai barang lusuh
Gereja
Salun rambut
Pondok jualan di tepi jalan yang menjual topi, stokin dan skaf
Topi, stokin dan skaf yang dijual
Gerai buah-buahan
Perkampungan Bapong
Di tengah-tengah perkampungan Bapong ini juga ada sebuah pusat perniagaan moden yang didirikan. Selain menjual barangan keperluan, ia turut memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di Bapong.

Pusat perniagaan moden di tengah perkampungan Bapong
Macam-macam kedai ada di sini...
KFC pun ada...
Perkampungan Bapong ini memang sangat besar dan boleh dikatakan seluas mata memandang. Namun demikian, ada sebuah lagi perkampungan seperti ini yang lebih besar lagi di tengah bandar Johannesburg. Perkampungan tersebut bernama Soweto dan didiami lebih sejuta penduduk. Ia pernah menjadi kediaman Nelson Mandela dan seorang aktivis kemanusiaan yang terkenal dari Afrika Selatan bernama Desmond Tutu. Comedian terkenal Trevor Noah juga pernah tinggal di situ.

Walaupun kami menggunakan airport di Johannesburg untuk masuk ke South Africa, tiada program lawatan yang diatur untuk kami melawat ke kota Johannesburg. Ini adalah kerana kadar jenayah di kota tersebut sangat tinggi dan rakan agensi pelancongan MHTT di South Africa tidak dapat menjamin keselamatan sekiranya kami dibawa ke sana. Kata Tour Leader kami Eddy yang dah pernah melawat ke situ, memang menyeramkan kalau berjalan di tengah Johannesburg sebagai pelancong. Kita akan sentiasa menjadi sasaran perompak jalanan. Kami sebaliknya hanya akan dibawa melawat ke bandar Pretoria yang terletak bersebelahan kota Johannesburg kelak.

Holy Temple of Christ Church
Tangki air di depan gereja
Kawasan tanah perkuburan
Penduduk kampung
Ada 3 lot kedai dalam struktur ini sebenarnya, termasuk sebuah kedai tukang jahit
Stesen teksi di Bapong
Van berwarna putih di sana berkhidmat sebagai teksi di Johannesburg dan kawasan sekitarnya. Ia boleh ditahan dan dinaiki dari mana-mana sahaja.
Banyak lubang dilihat di jalanraya di sini
Selepas pemerintahan apartheid tamat, perkampungan seperti Bapong tidak dilupakan oleh Kerajaan. Ada kemudahan seperti sekolah yang dibina untuk kemudahan penduduk. Di pinggir perkampungan pula, dapat dilihat rumah-rumah moden yang lebih baik dan tersusun telah didirikan. Memang Kerajaan Afrika Selatan mempunyai perancangan untuk menggantikan perkampungan seperti ini dengan kediaman-kediaman baru, namun demikian pelaksanaannya adalah sangat perlahan.

Sekolah yang dibina oleh kerajaan
Rumah penduduk mewah berhampiran perkampungan Bapong
Lori yang membawa hasil perlombongan
Perumahan moden yang dibina di pinggir perkampungan Bapong
Penggunaan warna-warna terang begini adalah ciri budaya orang Afrika
Destinasi kami Pilanesberg National Park adalah taman negara yang keempat terbesar di South Africa yang diasaskan pada tahun 1979. Ia sangat popular disebabkan lokasinya yang berhampiran dengan kota Johannesburg. Taman negara ini juga adalah sebuah kawah gunung berapi mati yang dipercayai meletus 1300 juta tahun dahulu. Sebelum diambil alih oleh Kerajaan untuk dijadikan rezab hidupan liar, seluruh kawasan ini dimiliki oleh 3 suku kaum tempatan.

Masih menuju ke Pilanesberg National Park
South Africa adalah tempat kediaman banyak haiwan liar. Berkurun-kurun lamanya, haiwan liar ini hidup secara aman dan harmoni bersama penduduk-penduduk dari suku tempatan. Kehadiran orang Eropah ke South Africa mengubah segala-galanya kerana menjadikan pemburuan haiwan liar sebagai satu hobi. Perkara ini menyebabkan populasi haiwan liar di South Africa jatuh berkurangan sehingga mencapai tahap hanya separuh dari jumlah asal mereka. Oleh yang demikian, taman-taman negara dibentuk untuk mengawal populasi haiwan liar ini dari terus mengalami kepupusan. Taman negara yang pertama dibentuk di South Africa adalah Kruger National Park yang dinamakan sempena nama presiden pertama negara tersebut. Ia adalah juga taman negara yang terbesar di South Africa.

Landasan keretapi
Kerajaan South Africa turut menggalakkan pihak swasta untuk melibatkan diri dalam usaha konservasi haiwan liar di negara tersebut. Sesiapa sahaja boleh membuka Private Reserve sekiranya mereka memiliki keluasan tanah yang bersesuaian dengan haiwan yang ingin ditempatkan di sana.

Ladang Bunga Matahari
Pandangan lebih dekat Ladang Bunga Matahari
Haiwan ternakan
Pemandangan lebih dekat haiwan ternakan
Kereta rosak di tepi jalan
Menghampiri Pilanesberg National Park
Suasana sewaktu menghampiri Pilanesberg National Park
Barseba Sport Field
Pokok Bunga Matahari yang telah layu di ladang
Pemandangan dekat pokok Bunga Matahari yang telah layu
Ada sebuah lagi kawasan perumahan baru yang dapat dilihat sewaktu kami menghampiri Pilanesberg National Park. Kawasan perumahan ini yang terletak di Lekgalong dibina oleh Kerajaan bagi menggantikan penempatan township Kulit Hitam daif yang disediakan di zaman apartheid.

Kawasan perumahan di Lekgalong
Pemandangan lebih dekat kawasan perumahan
Rumah-rumah baru yang dibina oleh Kerajaan
Ada satu pengalaman menarik yang kami alami sewaktu hampir tiba ke Pilanesberg National Park. Ketika itu bas terpaksa berhenti dan bergerak perlahan kerana ada kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan. Dengan tidak semena-mena bas kami "diserang" oleh sekumpulan serangga. Tak tahu apa serangga yang menyerang. Hanya dengan tiba-tiba, banyak splat yang dialami pada cermin hadapan bas. 😂

Kerja-kerja pembaikan jalan
Kerja masih dibuat menggunakan tenaga manual
Pemandangan sebelum bas kami "diserang" oleh sekumpulan serangga
Terperanjat melihat cermin hadapan bas dengan tiba-tiba menjadi kotor begini setelah "diserang" serangga
Splat!!
Menunggu teksi di tepi jalan
Menjual anak pokok di tepi jalan
Ketika melihat sekumpulan remaja sedang bermain bola sepak, Evie bercerita pula tentang sukan yang popular di South Africa. Disebabkan pengaruh penjajahan British yang sangat tebal, sukan yang paling popular di negara ini adalah sukan Rugby dan Kriket. Jika pasukan kebangsaan Rugby dari New Zealand dinamakan All Blacks, pasukan kebangsaan Rugby dari South Africa pula dinamakan Springboks manakala pasukan kebangsaan kriket mereka pula dinamakan Proteas. Springbok adalah haiwan kebangsaan South Africa manakala Protea pula adalah nama bunga kebangsaannya.

Sekumpulan remaja bermain bola sepak
Bola sepak adalah juga sukan yang popular di South Africa
Springboks (simbol pasukan Rugby South Africa) dan Proteas (simbol pasukan kriket South Africa)
Lembu yang sedang meragut rumput
Seorang lagi penduduk sedang menunggu teksi di tepi jalan
Penjual makanan panas
Persimpangan
Kami tiba di Pilanesberg National Park pada pukul 2.30 petang. Masing-masing menjadi excited kerana kami dijadual akan membuat Game Drive selepas makan tengahari nanti.

Tiba di Pilanesberg National Park
Ada restoran KFC di pintu masuk ke Pilanesberg National Park ini
Pemandangan sebahagian hutan belantara Pilanesberg National Park
Penjual souvenir di pintu masuk ke Pilanesberg National Park
Gerai-gerai cenderamata di pintu masuk ke Pilanesberg National Park
Kaunter tiket untuk masuk ke Pilanesberg National Park


 Bersambung di Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN SOUTHERN AFRICA (2026):
  • Bhg. 01 (Hari 1) - Departure (Kuala Lumpur -->> Mauritius : Transit)
  • Bhg. 02 (Hari 2) - Mauritius -->> South Africa (Johannesburg)
  • Bhg. 03 (Hari 2) - South Africa (Johannesburg - Pilanesberg National Park)
  • Bhg. 04 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 1)
  • Bhg. 05 (Hari 2) - South Africa (Pilanesberg National Park : Evening Game Drive 2 & Boma Dinner)
  • Bhg. 06 (Hari 3) - South Africa (Pilanesberg National Park : Morning Game Drive & Perjalanan Ke Pretoria)
  • Bhg. 07 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Pretoria City)
  • Bhg. 08 (Hari 4) - South Africa (Pretoria : Voortrekker Monument)
  • Bhg. 09 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Carnivore Lunch)
  • Bhg. 10 (Hari 4) - South Africa (Johannesburg : Lesedi Cultural Village)
  • Bhg. 11 (Hari 5) - South Africa (Johannesburg) -->> Zimbabwe (Victoria Falls : Baines Restaurant)
  • Bhg. 12 (Hari 5) - Zambia (Victoria Falls : Zambia Side)
  • Bhg. 13 (Hari 6) - Zimbabwe (Kasambabezi Lodge) & Botswana (Kasane)
  • Bhg. 14 (Hari 6) - Botswana (Chobe National Park)
  • Bhg. 15 (Hari 6) - Zimbabwe (Flight of Angels & Zambezi Sunset Cruise)
  • Bhg. 16 (Hari 7) - Zimbabwe (Walk With The Cheetah & Walk With The Lion)
  • Bhg. 17 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls : Zimbabwe Side)
  • Bhg. 18 (Hari 7) - Zimbabwe (Victoria Falls Airport) -->> South Africa (Johannesburg : Sun City)
  • Bhg. 19 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Palace of the Lost City & Lion Park)
  • Bhg. 20 (Hari 8) - South Africa (Johannesburg : Lanseria Airport -->> Cape Town)
  • Bhg. 21 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Table Mountain)
  • Bhg. 22 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Bo-Kaap, The Greek Fisherman & Kirstenbosch National Botanical Gardens)
  • Bhg. 23 (Hari 9) - South Africa (Cape Town : Victoria & Alfred Waterfront)
  • Bhg. 24 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Chapman's Peak Marine Drive & Hout Bay)
  • Bhg. 25 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Fish Hoek & Boulders Beach Penguin Sanctuary)
  • Bhg. 26 (Hari 10) - South Africa (Cape Peninsula : Cape of Good Hope & Cape Point)
  • Bhg. 27 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Ostrich Ranch)
  • Bhg. 28 (Hari 11) - South Africa (Cape Winelands : Stellenbosch & Neethlinghof Estate)
  • Bhg. 29 (Hari 11) - South Africa (Cape Town : Jewel of Africa & Mama's Kitchen) -->>  Mauritius
  • Bhg. 30 (Hari 12) - Mauritius (Curepipe : Dormant Volcano & Grand Bassin Lake)
  • Bhg. 31 (Hari 12) - Mauritius (Chamarel : Black River Gorges, Alexandra Falls & Seven Coloured Earth)
  • Bhg. 32 (Hari 12) - Going Home (Mauritius -->> Kuala Lumpur)

No comments: