Wednesday 27 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 17 (Fitzroy Gardens)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 17: Melbourne City Walk 3
FITZROY GARDENS & PENERBANGAN PULANG

HARI KELAPAN (3)

Part 65: Fitzroy Gardens

Fitzroy Gardens yang seluas 26 hektar terletak di bahagian timur Melbourne. Ia boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari Federation Square.

Fitzroy Gardens
Ucapan selamat datang ke Fitzroy Gardens.
Taman ini dinamakan sempena seorang gabenor negeri New South Wales yang bernama Sir Charles Augustus FitzRoy. Ia kini telah berusia 150 tahun dan dimasukkan ke dalam Victorian Heritage Register pada tahun 1998.

Taman ini memang cantik dan terjaga rapi, lebih-lebih lagi dalam musim bunga begini. Lebih menarik ia sentiasa dibuka dan boleh dilawati pada bila-bila masa, walaupun ada beberapa tarikan tertentu di dalamnya yang hanya dibuka pada masa-masa yang tertentu.


CONSERVATORY

Conservatory di Fitzroy Gardens dibuka pada tahun 1930. Bangunan berciri Spanish ini menempatkan pameran bunga-bunga hidup di dalamnya. Terdapat 5 pameran berlainan sepanjang tahun di sini mengikut musim.

Fitzroy Gardens Conservatory
Bangunan Conservatory ini dibina dengan bercirikan Spanish Mission.
Patung Diana and the Hounds di hadapan Conservatory
Bukan saja kita dihidangkan dengan pemandangan bunga-bungaan yang memukau sewaktu melangkah masuk ke sini, bahkan keharuman segar dari bunga-bungaan turut menusuk ke hidung. Tema display di dalam Conservatory ketika itu adalah musim bunga. Jadi kesegaran pemandangan musim bunga memang sangat terasa di sini.

Mary Gilbert adalah wanita kulit putih pertama yang melahirkan bayi di Australia.

CAPTAIN COOK'S COTTAGE

Lawatan kami yang seterusnya adalah ke Captain Cook's Cottage yang merupakan rumah kediaman sewaktu kecil Captain Cook, pelayar Inggeris yang telah menemui Australia pada tahun 1768.

Captain Cook's Cottage di Fitzroy Gardens
Captain Cook's Pine
Keterangan mengenai pokok Captain Cook's Pine.
Great Australian Tree berhampiran Captain Cook's Cottage
Keterangan mengenai Great Australian Tree
Pada tahun 1933, rumah kediaman keluarga Captain Cook di England ini telah dibeli oleh seorang rakyat Australia yang bernama Russell Grimwade yang berhajat untuk menghadiahkannya kepada penduduk negeri Victoria. Malangnya, pemilik rumah ketika itu yang bernama Mrs Dixon sangat patriotik dan mengenakan syarat yang rumah itu perlu kekal berada di Britain. Malah, Mrs Dixon telah menolak tawaran pembelian dari seorang kaya dari Amerika sebelum itu bagi mengekalkan rumah tersebut di tanah airnya.

Pintu masuk ke Captain Cook's Cottage.
Captain James Cook
Mrs Dixon akhirnya bersetuju dengan tawaran pembelian dari Russell Grimwald setelah diyakinkan bahawa negeri Victoria di Australia adalah sebahagian dari Empayar British. Rumah ini dibuka satu persatu dan dihantar ke Melbourne menggunakan 253 kotak dan dipasang semula seperti asalnya di Fitzroy Gardens.

Pemandangan Captain Cook's Cottage dari sisi.
Oleh kerana Captain Cook berketurunan British, bendera Union Jack dipasang di hadapan rumah ini.
Captain Cook's Cottage ini boleh dimasuki jika kita berminat nak melihat ke dalamnya. Di dalam rumah ini ada perabot dan perhiasan style British di zaman Captain Cook dulu. Kami walau bagaimanapun tidak masuk ke dalam, cukup sekadar melihat-lihat dari luar sahaja.

Pemandangan pintu masuk sebenar ke dalam Captain Cook's Cottage. Di dalam rumah ini ada petugas-petugas yang berpakaian colonial British yang akan memberi penerangan tentang perhiasan di dalamnya.
Taman kecil berdekatan Captain Cook's Cottage.
Kolam di taman kecil.
Damai.
Itik berenang di dalam kolam.
Bersantai di dalam taman.

MODEL TUDOR VILLAGE

Satu lagi tarikan di Fitzroy Gardens yang sempat kami lawati ialah Model Tudor Village. Seperti namanya, ia adalah sebuah model perkampungan mini Inggeris yang dihadiahkan kepada bandaraya Melbourne oleh penduduk-penduduk Lambeth di England.

Berjalan menuju ke Model Tudor Village
Fitzroy Gardens dibina di zaman British memerintah Australia dan secara kebetulan iklim di sini juga dikatakan sangat mirip dengan iklim di Britain. Ciri British sangat tebal di taman ini sehinggakan laluan pejalan kakinya yang bersimpang-siur dibuat berbentuk bendera British, Union Jack.

Laluan pejalan kaki di Fitzroy Gardens dibina bersimpang-siur mengikut bentuk bendera British, Union Jack.
Bunga-bunga dah semakin mekar hari ini
Dah tiba ke Model Tudor Village
Model Tudor Village dihadiahkan oleh penduduk Lambeth di England kepada penduduk kota Melbourne sebagai menghargai jasa negeri Victoria membekalkan makanan kepada England yang mengalami kekurangan makanan sewaktu Perang Dunia Kedua yang berlangsung dari 1939-1945.

Model Tudor Village
Model Tudor Village ini diletakkan di dalam pagar dan tak boleh dimasuki. Kita hanya boleh menikmati pemandangannya dari luar pagar sahaja.

Pengunjung hanya boleh menikmati Model Tudor Village dari luar pagar sahaja.
Petugas di Captain Cook's Cottage yang sedang berjalan pulang.

FAIRIES TREE

Di sebelah Model Tudor Village ada sebatang tunggul pokok yang dinamakan The Fairies Tree. Ia diukir dengan pelbagai ukiran pari-pari, elves, labah-labah, burung, koala dan pelbagai haiwan liar yang lain. Ukiran ini dibuat oleh seorang artis Australia yang juga penulis cerita kanak-kanak bernama Ola Cohn.

Fairies Tree
Ukiran pada Fairies Tree
Keterangan mengenai Fairies Tree
Pemandangan dekat ukiran-ukiran pada Fairies Tree
Bunga yang cantik berhampiran Fairies Tree
Walaupun masih ada beberapa tempat yang menarik di Fitzroy Gardens yang boleh dilawati, kami terpaksa menamatkan lawatan kami ke Melbourne di sini. Dah tiba masa untuk kami kembali ke Hotel Ibis Melbourne Therry Street untuk menunggu pick-up ke airport dari sana.

Dengan perasaan yang berat, kami melangkah pergi meninggalkan Fitzroy Gardens. Walaupun cuma beberapa hari di Melbourne, kami memang dah jatuh cinta dengan kota ini. Kami tak pernah bercita-cita nak berkunjung ke sini, tapi Allah SWT memberikan kami rezeki yang tak tersangka ini dengan cara yang tak pernah kami duga. Tak boleh jugalah nak kata tak puas melawat Melbourne kerana hanya setakat itu sajalah rezeki yang diberi kepada kami melawat ke sini. Kalau kita bersyukur dengan setiap pemberian dari Allah SWT, pasti lebih banyak rezeki yang akan diberi. Itu janji Allah kepada kita dan janji Allah sentiasa benar.

Mentari dah mula terbenam di kota Melbourne
Walaupun hujan sepanjang pagi tadi, cuaca sangat baik pada petang ini.
Satu lagi pemandangan keindahan matahari yang sedang terbenam.
Bunga-bunga indah yang pasti akan dirindui
Rumah di sana adalah Sinclair's Cottage yang satu masa dahulu menjadi kediaman ketua tukang kebun yang bernama James Sinclair. Beliau berjasa membantu mengasaskan Fitzroy Gardens.
Cook's Cottage
Petugas Parks Victoria sedang mengunci bangunan Conservatory kerana waktu lawatan telah tamat.
Melintasi semula Treasury Gardens untuk kembali ke Melbourne CBD

Part 66: Tullamarine Airport

Untuk kemudahan, kami membuat keputusan untuk dinner di Restoran Pondok Rempah sekali lagi kerana ia terletak berdekatan dengan hotel.

Malam melabuh tirai di kota Melbourne
Federation Square
Naik tram kembali ke Ibis Melbourne Therry Street
Dinner sekali lagi di Pondok Rempah
Pemandangan di Restoran Pondok Rempah
Makanan sedang disediakan di Pondok Rempah
Nasi Goreng Daging. Dah nak habis makan baru teringat nak ambil gambar.
Lepas makan di Pondok Rempah, kami kembali ke Hotel Ibis Melbourne Therry Street untuk menunggu pick-up ke airport yang dijadualkan pada pukul 7.35 malam.

Berehat sebentar di lobi Ibis Melbourne Therry Street sementara menunggu kedatangan pick-up.
Sepuluh minit sebelum waktu pick-up yang dijadualkan barulah kita menunggu di luar hotel.
Pick-up kami tiba lewat sedikit pada pukul 7.45 malam. Bersama-sama kami dalam pick-up ini adalah dua orang wanita Mat Salleh yang nak menuju ke Christchurch di New Zealand.

Tiba di Melbourne Tullamarine Airport
Deretan teksi yang menurunkan penumpang di Terminal 2, Tullamarine Airport
Barisan Bag Drop di kaunter Malaysia Airlines, Tullamarine Airport
Bersedia nak pulang
Disebabkan kami membeli tiket berasingan dan tak groupkan tiket kami di pejabat Malaysia Airlines sebelum datang ke Melbourne, kami gagal mendapat tempat duduk bersama dalam penerbangan pulang sewaktu membuat online check-in. Namun mujurlah, petugas Malaysia Airlines di kaunter dapat membantu. Kami akhirnya dapat juga duduk bersama, walaupun mendapat tempat duduk paling last di ekor pesawat. Tak kisahlah tu, asalkan dapat duduk bersama sepanjang perjalanan pulang yang panjang ini.

Selepas selesai Bag Drop, kami mencari pula Prayer Room untuk membuat Solat Jamak Maghrib dan Isyak. Sebenarnya kami dah perasan kewujudan Prayer Room ini sewaktu kami tiba di airport ini dulu, tapi melilau juga nak mencarinya semula malam ini. Mujurlah kami bertemu dengan seorang petugas troli airport berketurunan Mat Salleh yang membantu menunjukkan arah.

Prayer Room di Terminal 2, Tullamarine Airport ini terletak di kawasan Arrival, di tingkat bawah. Kalau dari Departure Area, gunakan lif di sini untuk turun satu aras ke bawah.
Prayer Room di Terminal 2, Tullamarine Airport.
Kemudahan di Prayer Room
Arah Kiblat
Tempat Wuduk

Part 67: Penerbangan Pulang

Dah selesai solat, barulah kita masuk ke Departure Area. Terkesima kejap sewaktu sampai di Passport Control sebab mesin check passportnya cukup canggih, sampai macam tak reti pulak nak guna.

Menuju ke Departure Area
Kedai-kedai Duty Free
Pesawat kami, Malaysia Airlines MH 128 berlepas dari Melbourne Tullamarine Airport ke Kuala Lumpur International Airport tepat pada pukul 11.25 malam mengikut jadual. Perjalanan pulang ini memakan masa 8 jam 30 minit berbanding 8 jam sewaktu datang ke Melbourne dulu.

Air Asia X yang parking di sebelah pesawat kami di Melbourne Tullamarine Airport.
Berlepas dari Melbourne menuju ke Kuala Lumpur.
Goodbye, Melbourne.
Pemandangan Melbourne dari udara.
Sajian lewat malam sebaik berlepas dari Melbourne
Chicken Pizza
Wajah keletihan dalam penerbangan pulang.
Penerbangan pulang kami tak begitu smooth pada malam itu kerana melalui turbulence hampir sepanjang masa dari Melbourne sampai ke Kuala Lumpur. Tapi Myself respek kepada kapten pesawat Malaysia Airlines ini sebab dapat mengawal penerbangan dengan sangat baik sehingga kami mendarat di Kuala Lumpur.

Terbang di Great Australian Desert.
Masa ni pesawat tengah bergelut dengan angin yang seolah-olah tak mahu melepaskan kami pergi dari Australia (Metaforik betul...!)
Perjalanan pulang kami tak melalui laluan yang sama dengan masa kedatangan dulu. Jika waktu datang dulu, kami melalui Selat Melaka, merentas Pulau Jawa dan melalui Lautan Hindi sebelum masuk ke Australia, penerbangan pulang ini pula merentas Lautan Hindi, Pulau Lombok, Singapura dan melalui daratan negeri Johor sebelum sampai ke Kuala Lumpur.

Merentas Lautan Hindi
Menuju ke Pulau Lombok di Indonesia
Pemandangan ketika melintasi Mataram di Pulau Lombok.
Masuk ke kawasan Laut Jawa
Sarapan awal pagi sebelum mendarat di Kuala Lumpur.
Dah sampai ke Negeri Johor
Pemandangan di dalam pesawat sebelum mendarat di Kuala Lumpur.
Pemandangan Tanah Air yang tercinta di keheningan subuh.
Selamat tiba di Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, pesawat kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi. Pendaratan di KLIA juga sangat smooth sehingga tak terasa tayar kapal terbang tu dah mencecah tanah. Tahniah, Malaysia Airlines.

Lebih menarik, hari ketibaan kami di Kuala Lumpur, Isnin 4 September 2017 juga telah diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara bagi meraikan kejayaan kontinjen Malaysia menjadi juara dan memungut 145 pingat emas mengatasi sasaran 111 pingat emas dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekali lagi kerana jimat cuti tahunan sehari lepas balik dari Australia ni... #KitaSamaHero.

Malaysia Airlines MH 128 selamat tiba di Kuala Lumpur.


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)

CATATAN PERJALANAN LAIN (AUSTRALIA):