Thursday 21 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 10 (Penguin Parade)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road

Bahagian 10: Phillip Island 2
KOALA CONSERVATION CENTRE, THE NOBBIES & PENGUIN PARADE

HARI KEENAM (4)

Part 34: Koala Conservation Centre

Haiwan popular di Australia, Koala dibawa ke Phillip Island pada tahun 1800-an. Tak siapa tahu kenapa mereka dibawa ke sini, namun mungkin disebabkan habitat yang sesuai, Koala hidup dan membiak di Phillip Island. Untuk mengenali Koala dengan lebih dekat, kami dibawa melawat ke Koala Conservation Centre.

Koala Conservation Centre di Phillip Island
Pemandangan di depan Koala Conservation Centre
Berjalan masuk ke Koala Conservation Centre
Tiket masuk ke Koala Conservation Centre
Taman kecil di depan Koala Conservation Centre
Ucapan Selamat Datang dalam pelbagai bahasa dunia
Sebaik masuk ke pusat ini, kita akan bertemu dengan pusat jualan cenderamata dan pameran mengenai beruang koala.

Pameran mengenai beruang Koala
Tarikan sebenar pusat ini adalah hutan di belakangnya yang merupakan habitat semulajadi beruang Koala. Tidak seperti di zoo, Koala di sini dilepaskan bebas. Namun disebabkan Koala adalah binatang yang tidak aktif, mereka banyak menghabiskan masa dengan tidur di atas pokok yang tinggi. Terdapat sebuah boardwalk yang dibina tinggi di kawasan ini untuk membolehkan pengunjung melihat Koala dengan lebih dekat.

Hutan ini adalah habitat semulajadi beruang Koala.
Peta laluan boardwalk.
Mengintai Burung Kookaburra
"Kookaburra sits on the old gum tree..."
Husband
Myself
Terdapat dua laluan boardwalk di sini: Koala Boardwalk dan Woodland Boardwalk.
Kita mulakan dengan melawat Koala Boardwalk
Jom kita masuk ke dalam...
Koala Boardwalk
Beruang Koala menghabiskan masa dengan tidur selama 20 jam sehari. Mereka kuat tidur kerana makanan utama mereka, daun Eucalypt adalah makanan yang kurang memberi tenaga. Segala-gala akan dibuat oleh Koala dalam tempoh 4 jam bila mereka berjaga setiap hari: makan, mengawan dan juga bergaduh di pokok-pokok Eucalypt yang tinggi menjulang tu. 

Koala jantan sangat dominan dan pantang melihat Koala jantan lain di kawasan mereka. Kerana itulah populasi Koala lebih ramai yang betina berbanding yang jantan kerana Koala jantan yang kalah dalam pergaduhan, selalunya akan cedera dan mati terbunuh bila jatuh dari atas pokok.

Husband gembira dapat spot seekor Koala di atas pokok.
Kena perhati betul-betul dahan-dahan pokok Eucalypt kalau nak mencari Koala.
Tidur bergulung kat atas pokok.
Pengunjung diingatkan supaya tak mengganggu Koala yang sedang tidur kerana mereka boleh menggigit dan mencakar kalau terganggu.
Baca kat sini kenapa Koala kuat tidur...
Pemandangan tasik dari Koala Boardwalk
Koala Boardwalk dibina agak tinggi dari tanah untuk membolehkan kita melihat Koala dengan lebih dekat di atas pokok.
Jumpa seekor Koala lagi!
Tingginya dia tidur!
Beberapa pokok Eucalypt di sini dibalut dengan plastik untuk mengelakkan Koala mencakar dan memakan batang mereka bila kehabisan Daun Eucalypt untuk dimakan. Dari keterangan yang diberi, bilangan daun Eucalypt di sini tak mampu menampung populasi Koala di sini. Jadi ranger-ranger di sini terpaksa memberi daun Eucalypt yang dibawa dari luar untuk dijadikan makanan Koala.

Batang pokok dibalut dengan plastik untuk mengelakkan dari dirosakkan oleh Koala yang kelaparan.
Usaha yang dijalankan bagi memelihara Pokok Eucalypt.
Berjalan keluar dari Koala Boardwalk
Kemudian kita ke Woodland Boardwalk pula. Di sini juga ada habitat satu koloni Koala yang terdiri dari seekor jantan dan 3 ekor betina. Di pusat konservasi ini, ranger akan memastikan hanya ada seekor sahaja Koala jantan dalam setiap koloni untuk mengelakkan mereka dari bergaduh dan berbunuh-bunuhan antara satu sama lain.

Woodland Boardwalk
Masuk ke Woodland Boardwalk
Jumpa seekor Koala lagi
Lawatan ke Woodland Boardwalk ini lebih istimewa kerana selain dari Koala, kita juga dapat melihat haiwan tipikal Australia yang lain seperti Wallaby dan Arnab.

Kanggaru spesis kecil ini dinamakan Wallaby.
Emak Wallaby dengan Anaknya.
Camouflage. Beginilah kelebihan yang Tuhan beri kepada Wallaby untuk melindungi diri ~ hampir sukar dibeza dengan rumput-rumput kering di sekitar mereka.
Menangkap gambar Koala
Bergambar dengan Koala
Koala jantan agaknya sebab ia lebih besar berbanding Koala lain di sini.
Semua pengunjung akan merasa excited bila dapat spot Koala.
Arnab dianggap sebagai haiwan perosak di Australia.
Laju betul dia melompat
Kalau mengikut papan keterangan yang kami jumpa di sini, Koala Conservation Centre juga memberi perlindungan kepada sejenis haiwan macam landak yang dipanggil Echidna. Panjang leher kita menjenguk ke kiri dan ke kanan nak mencari Echidna ni, tapi tetap tak jumpa.

Mengharap Echidna melintas di sini...
Ular pun ada kat sini rupanya. Nasib baik kita tak jumpa...
Sebelum meninggalkan Koala Conservation Centre, kami sempat meninjau pameran Koala di sini. Banyak ilmu tentang Koala yang dapat diperolehi di sini.

Pameran Koala
Sentuh sini kalau nak merasa bulu Koala
Tekan butang-butang di sini kalau nak mendengar bunyi burung-burung Australia seperti Kookaburra.
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami 3 hari bersama Grayline Tours, kami mendapat teman-teman perjalanan yang sentiasa menepati waktu. Selepas semua dah kembali ke bas, kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang seterusnya, Penguin Parade.

Pemandangan ladang lembu ketika meninggalkan Koala Conservation Centre
Penguin Parade terletak di sebuah kawasan yang dinamakan Summerland Beach di Phillip Island.
Menuju ke Penguin Parade

Part 35: The Nobbies

Disebabkan masih ada sedikit masa terluang sebelum tiba waktu Penguin mendarat selepas kami meninggalkan Koala Conservation Centre, Deb membawa kami melawat ke The Nobbies.

Peta tarikan pelancongan di Phillip Island
Kita ke Nobbies Centre dulu
Berhati-hati memandu kerana tempat ini adalah kawasan binatang liar.
Matahari dah hampir terbenam sewaktu kami tiba di The Nobbies. Selain memiliki pemandangan yang indah, kawasan berbatu ini adalah tempat tinggal anjing laut, burung-burung camar dan penguin.

Pemandangan indah matahari terbenam di The Nobbies
Seal Rock di sana adalah koloni terbesar spesis anjing laut bernama Fur Seals di Australia.
Ada beberapa platform untuk menikmati pemandangan disediakan di sini. Kami singgah di salah sebuah platform ini untuk menyaksikan pemandangan indah di sini.

Platform untuk menikmati pemandangan
Batuan volkanik yang memberikan nama "The Nobbies" kepada tempat ini.
Selain Summerland Beach yang menjadi tujuan kami untuk menyaksikan Penguin Parade, penguin juga mendarat di sini untuk kembali ke sarang tapi jumlahnya tidaklah sebesar di Summerland Beach.
Menikmati pemandangan indah di The Nobbies
Tour Bus kami
Beramai-ramai menikmati pemandangan di The Nobbies
Kawasan rumput yang berbusut-busut di sekitar The Nobbies adalah sarang-sarang Penguin. Memang mengkagumkan bagaimana hebatnya Penguin-penguin kecil ini boleh memanjat tebing berbatu yang tinggi di tepi laut dan berjalan terkedek-kedek balik ke sarang mereka di sini setiap hari.

Hampir seluruh kawasan ini dipenuhi dengan sarang-sarang Penguin
Sesetengah sarang penguin ditandakan untuk penyelidikan
Pemandangan dekat sarang Penguin
Tengah sibuk-sibuk melihat pemandangan sarang Penguin, tiba-tiba ada pulak seekor Wallaby liar menjenguk kami. Memang excitedlah kami semua yang kat dalam bas ni.

Wallaby yang mengintai dari celah sarang Penguin
Close-up sikit Wallaby ni.
Cape Barren Geese
Meninggalkan The Nobbies
Menuju ke Summerland Beach
Summerland Beach
Dah ramai orang mula berkumpul nak menyaksikan penguin naik ke darat.

Part 36: Penguin Parade

Penguin Parade adalah tarikan paling popular di Phillip Island. Walaupun namanya "Penguin Parade", ia bukanlah perarakan Burung Penguin. Sebaliknya ia adalah fenomena yang dapat disaksikan setiap hari bila burung-burung Penguin kembali naik ke darat setiap terbenam matahari untuk pulang ke sarang masing-masing selepas seharian bermain dan menangkap ikan di laut.

Penguin Parade di Summerland Beach
Pintu masuk ke Visitor Centre di Penguin Parade
Welcome To Penguin Parade
Peringatan supaya pengunjung memeriksa di bawah kenderaan masing-masing sebelum memandu pergi takut-takut ada Penguin tumpang berteduh di sana.
Mari masuk ke Visitor Centre
Pemandangan di Visitor Centre
Perkara pertama yang dibuat di Visitor Centre di Penguin Parade ialah mencari dinner. Maklumlah, kan kita cuma makan Maggi untuk lunch di Sassafras tengahari tadi. Ada sebuah kafetaria di sini, tapi makanan yang Halal dimakan cuma Fish & Chips.

Dinner Fish & Chips
Kafetaria di Penguin Parade
Lepas dah kenyang barulah kita turun ke platform untuk menyaksikan Penguin naik ke darat. Seperti nasihat Deb kepada kami, tak perlu berebut nak menengok Penguin naik ke darat kerana mereka pasti akan pulang ke sarang setiap terbenam matahari secara berkumpulan. Kata Ranger di Penguin Parade, fenomena ini berlangsung selama dua atau tiga jam setiap hari.

Penguin adalah binatang liar. Jadi pemandangan Penguin juga mengikut nasib kita masing-masing. Kadang-kadang mereka akan balik ke darat dalam kumpulan yang besar dan kadang-kala hanya dalam kumpulan yang kecil-kecil, mengikut sejauh mana mereka pergi menangkap ikan di laut.

Sayang sekali kerana fotografi langsung tak dibenarkan di kawasan Penguin mendarat untuk mengelakkan Penguin-penguin ini terkejut dengan flash dan bunyi kamera. Jadi kita gunakan gambar dari internet sajalah untuk mengabadikan kenangan di sini.

Macam inilah suasananya bila Penguin kecil ni berjalan balik ke darat setelah seharian berada di lautan.
Waktu kami di sini, kami dapat melihat 2 kumpulan Penguin naik ke darat. Kedua-dua kumpulan ini kecil, hanya 3-4 ekor sahaja setiap kali.
Berjalan menuju ke sarang. Pemandangan seperti ini dapat dilhat dari Boardwalk yang menyambungkan Visitor Centre dengan Pantai.
Becok juga Penguin-penguin ni bersembang sesama mereka sewaktu berjalan menuju ke sarang.
Penguin-penguin ni macam VIP di sini. Ada sekali tu, Boardwalk ditutup kepada pengunjung seketika sebab mereka melintas di situ nak buat short cut balik ke sarang.

Dah puas melihat Penguin, kita masuk kembali ke Visitor Centre untuk meninjau Kedai Souvenir dan Pameran Penguin yang ada di sana.

Pameran Penguin
Penguins of the world.
Penguin yang ada di Phillip Island adalah spesis Penguin yang terkecil di dunia.
Sebelum pulang ke Melbourne, kita bergambar dulu dengan Penguin. Disebabkan kita tak boleh mengambil gambar Penguin di pantai dan sepanjang Boardwalk, kita ambillah gambar depan Green Screen di Visitor Centre di sini. Gambar yang diambil akan disuper-imposed dengan gambar Penguin, jadi dapatlah satu gambar kenangan kita bersama Penguin...

Inilah cara nak bergambar dengan Penguin di Penguin Parade (Gambar diambil dari internet). Posing depan Green Screen dan pandang patung Penguin kat depan tu.
... Inilah hasilnya.
Sejam selepas Penguin yang pertama mendarat di sini, pusat Penguin Parade ditutup kepada pengunjung. Maka berbondong-bondonglah pengunjung meninggalkan tempat ini.

Meninggalkan Penguin Parade
Kenderaan pun dah mula berkurangan di tempat parking.
Gelap sungguh, walaupun jam baru menunjukkan pukul 7.30 malam ketika ini.

Part 37: Pulang Ke Melbourne

Perjalanan pulang ke Melbourne dari Penguin Parade juga memakan masa 2 jam. Dalam perjalanan pulang, kita ditayangkan dengan video animasi "Surf's Up" yang heronya adalah seekor Penguin yang nak menjadi juara surfing dunia.

Perjalanan pulang ke Melbourne
Tayangan video "Surf's Up" dalam perjalanan pulang ke Melbourne.
Tiba di Melbourne
Crown Casino.
Ada Complementary Drop-Off dalam Penguin Parade Tour ini di mana semua penumpang dihantar pulang ke hotel ke masing-masing selepas tiba di Melbourne.

Hujan renyai di kota Melbourne. Syukurlah hujan tak turun sepanjang perjalanan kami di Phillip Island siang tadi.
China Town
Kami tiba di hotel pada pukul 8.40 malam. Sebelum masuk ke bilik, kami singgah dulu di sebuah mini market di Elizabeth Street yang bernama Metro untuk membeli roti. Terkocoh-kocoh kita berkejar ke sana takut tak sempat kerana tak seperti di Malaysia, kedai-kedai di Melbourne selalunya ditutup awal. Habis lewat pun hanya setakat pukul 9.30 malam.

Kereta kuda yang membawa pelancong bersiar-siar di depan Queen Victoria Market.
Kedai runcit Metro
Berjalan balik ke hotel.


 Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)