Saturday 24 November 2012

2012 NORTHERN INDIA BHG. 5 (Agra - Delhi - KL)

November 2012

NORTHERN INDIA 
New Delhi, Kashmir & Agra 

Bahagian 5: AGRA --> NEW DELHI --> KUALA LUMPUR

HARI KELIMA (2)

Part 17: Marble Centre

Kami juga sempat berkunjung ke Marble Centre di Agra di mana kesenian dari batuan marmar dihasilkan. Marmar yang digunakan di sini adalah dari sumber yang sama dengan marmar yang digunakan dalam pembinaan Taj Mahal.

Pekerja-pekerja di Marble Centre ini adalah keturunan pekerja-pekerja yang membina Taj Mahal.
Marmar yang digunakan untuk membina Taj Mahal sangat istimewa kerana ia bertukar warna mengikut sinaran matahari. Di sini kami diberikan demonstrasi bagaimana warna marmar Taj Mahal bertukar warna.

Warna Taj Mahal menjelang tengahari
Warna Taj Mahal pada waktu senja
Pelbagai barangan marmar dijual di sini. Ada yang mahal dan ada yang murah

Part 18: Agra --> New Delhi --> Kuala Lumpur

Lawatan ke Taj Mahal dan Red Fort hanya mengambil masa setengah hari. Kami kembali ke Hotel Clarks Shiraz untuk makan tengahari dan berkemas pulang.

Hidangan makan tengahari vegetarian di Hotel Clarks Shiraz, Agra
Bandar Agra
Pemandangan di bandar Agra
Berhampiran dengan Agra ada sebuah monumen yang dinamakan Akbar's Tomb. Binaannya juga macam senibina Taj Mahal.

Akbar's Tomb
Pintu masuk ke Akbar's Tomb ini menyerupai Royal Gate di Taj Mahal
Pemandangan Akbar's Tomb dari jauh
Pelajar sekolah di India.
Pulang ke New Delhi
Kami kembali ke New Delhi menggunakan National Highway No. 2. Perjalanan pulang ke New Delhi dari Agra memakan masa lebih panjang dari sewaktu kedatangan dulu, iaitu 6 jam.

Kebun sayur yang sangat luas dalam perjalanan dari Agra ke New Delhi
Membantu kanak-kanak sekolah melintas jalan
Pekan kecil yang ditempuhi dalam perjalanan pulang ke New Delhi dari Agra
Reban ayam
Banyak kenderaan yang sarat dengan muatan seperti ini ditemui sepanjang perjalanan. Ini adalah pemandangan biasa di jalanraya-jalanraya di India.
Penjual di tepi jalan
Highway ini tiada R&R. Seperti juga di China, pengguna jalanraya di India tak kisah membuang air di tepi jalan. Walau bagaimanapun, Mr. Jit membawa kami singgah di sebuah hotel yang cantik bernama Rajasthan Hotel untuk ke tandas.

Hotel Rajasthan
Taman di Hotel Rajasthan
Minum Coke di Hotel Rajasthan
Penjaga tandas awam di Hotel Rajasthan. Myself merasakan wanita ini datang dari kategori kasta yang rendah dari gayanya yang sangat merendah diri. Dia tak membenarkan Myself memegang apa-apa pun di tandas ini (mungkin kerana "orang kasta tinggi" (seperti Myself??) tak boleh memegang apa-apa benda yang kotor seperti kepala paip sekali pun di tandas ini). Pemandu kami, Mr. Jit juga tak puas hati bila kami memberi tip yang nilainya kira-kira RM6 kepada wanita ini, "Too Much" kata Mr. Jit.
Sebaik tiba di New Delhi, Mr. Jit membawa kami makan malam di Opulence Restaurant sebelum dibawa terus ke Terminal 3, Indira Gandhi International Airport untuk penerbangan pulang.

Opulence Restaurant di New Delhi. Di sini ada pilihan makanan Indian ataupun Chinese.
Penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan Penerbangan Malaysia memakan masa 4 jam 30 minit. Disebabkan hari terakhir di India penuh aktiviti, kami cukup keletihan dan tertidur sebaik duduk dalam kapalterbang. Tak sedar apa-apa langsung sehinggalah peramugari mengejutkan untuk makan. Kemudian, sambung tidur lagi sehinggalah dikejutkan sekali lagi oleh peramugari apabila pesawat tiba di Kuala Lumpur.


CATATAN PERJALANAN NORTHERN INDIA (2012):

CATATAN PERJALANAN LAIN (INDIA)