Sunday, 1 January 2012

2011 SINGAPORE

Disember 2011 

SINGAPORE (1st VISIT)
Singapore Zoo & Universal Studios 

Pada Disember 2012, ada kakak saudara mengadakan majlis kenduri perkahwinan anaknya di Johor Bahru. Memandangkan Husband tak dapat hadir ke majlis ini, Myself menumpang Abang dan keluarga ke sana. Abang kata mereka sekeluarga turut merancang nak melawat Zoo Singapore. Dah terlanjur ada rancangan begiktu, jadi Myself ajak juga mereka melawat ke Universal Studios.

Part 1: Singapore Zoo 

Kami naik kereta menyeberang Tambak Johor ke Singapore awal-awal lagi untuk mengelakkan kesesakan jalan.

Welcome To Singapore
Dengan bantuan GPS, kami sampai ke National Zoo of Singapore.

Pintu masuk ke Singapore Zoo
Menjengah ke bawah nak tengok buaya
Buaya kat bawah jambatan
Zoo di Singapore adalah antara zoo yang terbaik di dunia. Ia dibina seolah-olah suasana di dalam hutan hujan (rainforest).

Suasana hutan di Singapore Zoo
Hutan belantara di Zoo Singapura
Berjalan sehingga ke Wild Africa
Kawasan Singapore Zoo ni sangat luas. Disebabkan nak tengok keseluruhan zoo tapi tak mahu penat berjalan, kami naik tram keliling zoo.

Naik tram mengelilingi zoo
Banyak jugalah binatang yang dapat dilihat dari dalam tram.

Orang Utan
Harimau Bengal
Zirafah
Di tengah-tengah Zoo, ada sebuah kawasan terbuka di mana kita boleh melihat haiwan-haiwan yang tidak dikurung dalam sangkar dengan lebih dekat.

Satu lagi tempat yang sempat kami kunjungi ialah tempat di mana pengunjung boleh bergambar dengan kangaroo.

Kangaroo di Singapore Zoo
Tunggu giliran untuk bergambar dengan kangaroo
Bergambar keluarga dengan kangaroo
Untuk memberi ruang bagi melawat Universal Studios, kami cuma melawat Singapore Zoo selama setengah hari. Sebelum meninggalkan zoo, makan dulu di Restoran KFC. Di Singapore, semua fast foodnya halal. Jadi kalau susah nak cari makanan lain, makan sajalah kat restoran fast food.

Part 2: Universal Studios 

Universal Studios adalah sebuah taman tema berasaskan filem di Singapura. Ia terletak di Pulau Sentosa

Sekali lagi dengan bantuan GPS, kami memandu ke Pulau Sentosa. Setibanya di sana, kami tak jelas bagaimana cara untuk pergi ke Universal Studios. Jadi kami buat keputusan untuk parking saja kereta di Beach Station dan naik monorail ke Universal Studios.

Pemandangan di Beach Station sementara menunggu monorail
Perkhidmatan monorail disediakan secara percuma di Sentosa. Tiada tiket diperlukan, cuma beratur saja tunggu giliran.

Pemandangan di Stesen Imbiah
Untuk ke Universal Studios, kita perlu naik monorail sampai ke Waterfront Station.

Semua pengunjung akan bergambar dengan globe yang menjadi ikon kepada Universal Studios
Pintu masuk ke Universal Studios
Pemandangan di dalam Universal Studios. Keseronokan sudah mula terasa sewaktu melangkah di Hollywood Street ini.
Macam bergambar di Hollywood Walk of Fame kat Amerika
Seronok bergambar dengan Kungfu Panda
Jika nak collect gambar-gambar yang ditangkap oleh photographer rasmi Universal Studios, inilah tempatnya.
Madagascar - antara ride yang sempat dinaiki di Universal Studios
Istana Shrek - dalam istana ni ada movie Shrek 4D. Satu pengalaman tonton movie yang begitu menyeronokkan.
Enchanted Airways - roller coaster berhampiran Istana Shrek
Sambil Myself dengan Arsyad naik Dino-Soarin' ni, orang lain naik Canopy Flyer kat belakang tu
Canopy-Flyer di Jurassic Park
Naik kereta antik untuk mencari harta karun di seksyen Egypt di Universal Studios
Badak tipu yang dijumpai sewaktu cari harta karun
Kami adalah antara orang yang terawal merasa naik ride Transformers sebab ia baru dibuka 3 hari sebelum itu.
Sempat bergambar dengan Charlie Chaplin sebelum meninggalkan Universal Studios.