Mei 2022
PERAK, MALAYSIA
Batu Gajah
Bahagian 5: Gopeng
GAHARU TEA VALLEY
Part 10: Gaharu Tea Valley
Gaharu Tea Valley terletak keluar sikit dari Batu Gajah di pekan Gopeng, tetapi masih di kawasan berhampiran. Kalau keluar dari PLUS Highway di Persimpangan Gopeng menuju ke Batu Gajah / Kampar, mesti kita akan terperasan signboard Gaharu Tea Valley ini. Disebabkan curious nak tahu apa yang ada di sana, Myself dan Husband pernah singgah sekali untuk membuat lawatan.
|
Signboard Gaharu Tea Valley di Persimpangan Gopeng |
|
Persimpangan Gopeng |
Gaharu Tea Valley sebenarnya terletak di kedudukan yang agak tersorok dari jalan besar di belakang pekan Gopeng. Pintu masuknya ditanda dengan sebuah binaan yang seperti Tembok Besar China. "Tembok Besar China" ini dibina di sekeliling seluruh kawasan Gaharu Tea Valley untuk mengelakkan pencerobohan manusia dan haiwan liar yang boleh mengganggu tanaman.
|
Dah tiba di Gaharu Tea Valley |
|
Pintu masuk ke Gaharu Tea Valley yang seperti binaan Tembok Besar China. |
|
Tempat parking kereta yang luas di Gaharu Tea Valley |
Gaharu Tea Valley dimiliki oleh sebuah syarikat pembuat teh gaharu yang bernama Hoga. Sampai-sampai kat sini kita pergi dulu ke bangunan Visitor's Centre untuk membeli tiket. Tiket yang dikenakan sewaktu kami melawat ke sana ketika itu adalah RM10 seorang.
|
Pejabat Gaharu Tea Valley |
|
Setiap pengunjung diberi sampel percuma Teh Gaharu keluaran Syarikat Hoga bersama setiap pembelian tiket masuk. |
|
Maklumat tentang tempat-tempat yang boleh dilawati di Gaharu Tea Valley |
Gaharu Tea Valley sangat besar. Tak mungkin kita boleh berjalan kaki melawat ke seluruh ladang. Oleh yang demikian, ada perkhidmatan van shuttle percuma disediakan untuk membawa pengunjung ke tempat-tempat menarik di sekitar ladang.
|
Khidmat van shuttle percuma untuk membawa pengunjung di Gaharu Tea Valley. |
Myself akui sebelum melawat ke Gaharu Tea Valley ini, Myself have no idea langsung tentang Teh Gaharu. Kita bayangkan tanaman Teh Gaharu ini sama macam pokok-pokok teh yang biasa kita tengok di Cameron Highlands. Rupa-rupanya memang jauh panggang dari api. Pokok Teh Gaharu sebenarnya adalah pokok-pokok besar yang sekali imbas pada pandangan mata Myself kelihatan seperti Pokok Getah. Jadi pemandangan Gaharu Tea Valley adalah sebenarnya seperti pemandangan ladang getah, janganlah expect nak tengok pokok-pokok teh macam di Sungai Palas di Cameron Highlands sana.
|
Pemandangan keseluruhan Gaharu Tea Valley. Pokok-pokok besar yang macam Pokok Getah itulah sebenarnya Pokok Gaharu. |
Part 11: Viewing Stage @ Gaharu Tea Valley
Dari Visitor's Centre, van akan membawa kita sekeliling ladang yang agak curam dan berbukit-bukau. Driver van yang juga merangkap tour guide akan bercerita kepada kita sejarah dan proses-proses yang berlaku di ladang. Disebabkan kedudukan ladang yang terletak di tepi kaki gunung, cuacanya terasa nyaman sekali.
Memang tak sangka ada ladang gaharu yang sangat cantik di Gopeng begini. Ladangnya juga sangat besar. Kata tour guide merangkap driver van, ladang ini dimulakan sejak tahun 1992 oleh Mr. David Ho yang mendapat 200 batang anak-anak pokok gaharu dari negara Jepun. Pokok Gaharu walau bagaimanapun memakan masa yang lama nak matang, sehingga kira-kira 15 tahun. Pada mulanya dari 200 batang pokok itu, cuma 70 yang dapat tumbuh matang. Sekarang, ia dah pun mempunyai 200,000 batang pokok.
|
Rumah yang kelihatan di tengah ladang itu adalah sebenarnya sarang burung. Tour Guide kami memanggil rumah itu sebagai 'banglo mewah' untuk burung-burung. |
|
Suasana keindahan Gaharu Tea Valley |
Pengunjung dibawa ke Anjung Tinjau untuk membolehkan kita menikmati pemandangan indah di sekitar ladang. Di sini juga kita akan diberi penerangan tentang Pokok Gaharu.
|
Anjung Tinjau |
|
Penerangan tentang Pokok Gaharu |
|
Pokok Gaharu |
Pokok Gaharu sebenarnya mempunyai pelbagai nama lain. Ia dikenali sebagai Chen Xiang dalam Bahasa Cina, Ginko dalam Bahasa Jepun dan Oud dalam Bahasa Arab. Ia juga turut dikenali sebagai Agarwood. Selain diminum sebagai serbuk teh, minyak gaharu sering digunakan sebagai bahan kosmetik. Akar pokok gaharu juga mempunyai nilai perubatan. Di negara Arab, kayu gaharu dibakar untuk memberikan bauan yang wangi.
Dari sudut pandang kesihatan pula, Gaharu dipercayai boleh menjadi agen anti-penuaan dan anti-kanser disebabkan ia memiliki kandungan anti-oxidant yang tinggi. Gaharu turut digunakan secara tradisional untuk kesihatan jantung, menurunkan kandungan gula dan tekanan darah serta menstabilkan sistem saraf. Meminum Teh Gaharu dipercayai dapat membantu memberikan tidur yang lena, meningkatkan kecantikan semulajadi dan mengurangkan angin di dalam badan. Malah ia turut dikatakan boleh membantu meringankan penyakit asthma.
Part 12: Hugging Park @ Gaharu Tea Valley
Sebaik selepas habis penerangan di Viewing Stage, cepat-cepat kami berkejar ke van untuk pergi ke Hugging Park pulak. Maklumlah, ada ramai pengunjung ketika itu dan kami malas nak menunggu van lama-lama.
|
Hugging Park |
Hugging Park istimewa kerana ada banyak lukisan haiwan yang dibuat pada pokok-pokok gaharu. Kaedahnya di sini ialah pelawat boleh memeluk pokok-pokok ini dan bergambar dengan haiwan. Tapi tak dinafikan yang lukisan pada pokok-pokok ini memang awesome!
|
Jalan di tengah ladang |
|
Mengintai dari celah pokok |
Sebelum meninggalkan Hugging Park, kita posing-posing jugalah dengan lukisan haiwan kat pokok ni. Tapi tak adalah kita nak buat aksi Hindustan peluk-peluk pokok macam itu. Hahahahhh!
|
Beginilah kaedah posing yang disarankan |
Part 13: Lover's Trees @ Gaharu Tea Valley
Persinggahan terakhir adalah ke Lover's Trees.
|
Naik van ke Lover's Trees |
|
Platform berhampiran Lover's Trees |
|
Jom turun ke bawah sana... |
|
Bumbung laluan |
|
Suasana di laluan menuju ke Lover's Trees |
Lover's Trees atau Pokok Cinta adalah sepasang pokok yang saling bertaut bagai pasangan bercinta yang tak dapat dipisahkan. |
Menu di Hoga Deli |
|
Telur yang direbus dengan air Teh Gaharu |
|
Sukar nak menelan telur rebus ini sebab rasa gaharunya kuat sangat. |
Secara kesimpulannya memang menarik melawat ke Gaharu Tea Valley. Pengalaman yang diperolehi juga unik dan menarik. Ia juga terletak tidak jauh dari Batu Gajah. Mungkin boleh dijadikan persinggahan kalau nak balik ke KL/Utara menggunakan PLUS Highway melalui Persimpangan Gopeng.
|
Meninggalkan Gaharu Tea Valley |
|
Bye-bye! |
Bersambung ke Bahagian 6...
CATATAN PERJALANAN BATU GAJAH (2022):