Wednesday 23 September 2009

2009 JAPAN 4th VISIT BHG. 01

September 2009

JAPAN - 4th VISIT
Mount Fuji & Tokyo 

Bahagian 1: Mount Fuji
LAKE KAWAGUCHI & MOUNT FUJI

Lawatan keempat ke Jepun berbeza dengan tiga lawatan terdahulu kerana lawatan ini benar-benar bertujuan untuk pergi holiday, dan bukan bekerja atau berkursus. Kami mengikuti Pakej JAL Select, anjuran Japan Airlines.

HARI PERTAMA

Part 1: Terbang ke Narita

Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo terletak di Narita. Dalam perjalanan ini, kami terbang menggunakan pesawat Japan Air Lines (JAL). 

Pesawat ini terbang dari KLIA pada lewat malam dan sampai di Narita pada awal keesokan pagi. Sebahagian besar penumpang adalah warganegara Jepun.

Pemandangan di luar tingkap kapalterbang sewaktu menghampiri Narita
Pemandangan di dalam pesawat Japan Air Lines
Rakyat Jepun terkenal dengan mutu dispilin yang tinggi. Kami dapat memerhatikannya sejak dari dalam pesawat lagi. Walaupun pesawat telah berhenti sewaktu tiba di airport, tak siapa pun bangun dari tempat duduk sehinggalah peramugari membuat pengumuman membenarkan penumpang berbuat demikian.

Tiba di Narita Airport, Tokyo
Welcome To Narita
Sebahagian besar peserta pakej JAL Select ini adalah promoter make-up Shiseido dari seluruh Malaysia. Mereka menyertai lawatan ini sebagai insentif dari syarikat kerana berjaya mencatatkan jumlah jualan yang tinggi.

HARI KEDUA

Part 2 : Dari Narita ke Fujiyama

Setibanya di Narita, tourist guide kami yang bernama Kitty telah sedia menunggu. Kitty adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang sedang menuntut di Jepun. Dia bekerja part-time sebagai Tourist Guide pada waktu cuti.

Kitty sedang memberi penerangan di dalam bas
Alangkah bagus kalau di Malaysia juga ada signboard yang menunjukkan keadaan jalan yang sesak seperti ini. Senang untuk kita plan perjalanan kita.
Tidak seperti di Malaysia, jurutol adalah terdiri dari orang-orang tua (mungkin pesara yang masih ingin bekerja)
Dari Narita Airport, bas membawa kami terus ke kawasan Gunung Fuji. Dalam perjalanan, kami melintasi sebahagian bandaraya Tokyo.

Pintu masuk ke Tokyo Disneyland - antara tujuan kami berkunjung ke Tokyo
Lebuhraya di tengah bandaraya Tokyo
Pemandangan bandaraya Tokyo
Sungai Sumida yang merentasi Tokyo
Disebabkan ruang tanah yang terhad, kawasan-kawasan lapang yang kecil sekalipun diubah menjadi taman awam di Jepun.
Disebabkan kekurangan tanah juga, jalan-jalan raya di Tokyo dibina bertingkat-tingkat
Kawasan Rehat di Lebuhraya
Kami juga melintasi Taman Tema Fujikyu yang mempunyai roller coaster paling tinggi di dunia. Disebabkan cuaca yang baik ketika itu, puncak Gunung Fuji juga kelihatan di belakang Roller Coaster Fujikyu.

Taman Tema Fujikyu berlatar belakangkan Gunung Fuji
Roller Coaster tertinggi di dunia di Fujikyu
Pintu masuk ke Fujikyu

Part 3 : Mount Fuji & Lake Kawaguchi

Kami tiba di kaki Gunung Fuji pada waktu makan tengahari. Bas membuat perhentian di tepi Tasik Kawaguchi.

Peta menunjukkan kedudukan Gunung Fuji dari Tokyo di Jepun.

TASIK KAWAGUCHI

Ada 5 tasik yang terdapat di kaki Gunung Fuji. Tasik Kawaguchi adalah yang terbesar di antara kelima-lima tasik tersebut.

Tasik Kawaguchi.
Peta 5 buah tasik di sekeliling Gunung Fuji: Motosuko, Saiko, Kawaguchi, Yamanaka dan Tasik Ashi. Tasik Kawaguchi (dalam Bahasa Jepun dipanggil Kawaguchiko) adalah tasik yang terbesar.
Kami makan tengahari di sebuah restoran yang menghadap ke Tasik Kawaguchi.

Dalam bangunan ini ada beberapa buah restoran. Kami makan di restoran yang terletak di tingkat 2.
Disebabkan kami request makanan Halal sepanjang pakej ini, makanan kami sentiasa disediakan berasingan dari ahli rombongan yang lain.
Pemandangan di dalam restoran
Pemandangan dari luar restoran di mana kami makan tengahari.
Orang Jepun makan menggunakan chopstick, dan disebabkan kami tak pandai makan pakai chopstick, kami minta sudu dan garfu. Namun, pelayan restoran kata mereka tak ada sudu dan garfu di situ. Yang ada cuma sudu dan garfu untuk kanak-kanak. Disebabkan tak ada pilihan, bantai sajalah makan pakai set kanak-kanak tu. Takkan nak makan pakai tangan pulak, terkejut orang Jepun tengok kami nanti.

Part 4: Mount Fuji 5th Station

Selepas makan, bas membawa kami menaiki Gunung Fuji sehingga ke 5th station. Kami diberitahu ada 7 stesen di Gunung Fuji ini dan kenderaan hanya boleh naik sehingga ke stesen yang kelima sahaja.

Ketika itu, musim panas hampir berakhir dan musim luruh semakin menjelang. Jadi cuaca di Gunung Fuji (dan tempat-tempat lain di Jepun yang kami kunjungi sepanjang lawatan ini) amat nyaman dan menyenangkan.

5th Station, Mount Fuji
Kedai souvenir di 5th Station. Di dalam kedai ini, kami disapa oleh seorang cashier Jepun yang bertutur dalam Bahasa Indonesia.
Gate Torii di belakang kedai souvenir menandakan di situ terdapat sebuah kuil Shinto. Vending Machine seperti ini terdapat di merata-rata tempat di negara Jepun, namun disebabkan rakyatnya yang sangat berdisiplin, ia tidak langsung terdedah kepada vandalisma.
Pemandangan kuil Shinto di 5th Station
Ramai sungguh orang meninggalkan hajat di Kuil Shinto ni.
Pemandangan indah kawasan pergunungan dari Kuil Shinto
Tempat penganut Shinto membersihkan diri sebelum masuk ke dalam kuil.
Bergambar kenangan di 5th Station Mount Fuji
Makcik Jepun ni beriya-iya nak bantu ambil gambar kami sampai berdiri di tengah jalan. Bila kereta lalu, dia suruh kereta tu berhenti sampai dia selesai snap gambar kami. Gambar ni diambil oleh Husband sewaktu Makcik ni tengah ambil gambar kami.

Part 5: Ladang Anggur Di Kawaguchi

Disebabkan hari masih awal, Kitty mencadangkan supaya kami berkunjung ke sebuah ladang anggur. Terus saja seluruh ahli rombongan bersetuju.


Ladang anggur di Tasik Kawaguchi
Pemandangan di Ladang Anggur
Pekerja di Ladang Anggur.
Dengan sedikit bayaran tambahan, kami dibenarkan memetik dan memakan anggur di ladang ini. Sehingga ke saat ini, Myself dan Husband masih bercerita tentang keenakan dan kesegaran buah anggur di ladang ini.

Ladang anggur yang kami lawati di Tasik Kawaguchi. Kami tak tahu nama ladang ini kerana semua signboard ditulis dalam Bahasa Jepun.
Boleh piknik beramai-ramai di sini sambil makan anggur.
Ladang anggur ini juga mempunyai sebuah kedai yang menjual pelbagai produk dari ladang.

Kedai di ladang anggur
Pekerja di kedai ladang anggur.

Part 6: Kedai Serbaneka (Convenience Store)

Kedai  serbaneka atau convenience store (seperti 7 Eleven di Malaysia) berterabur di seluruh Jepun dan ia adalah sebahagian dari budaya masyarakat Jepun.  

Kitty membawa kami singgah di sebuah convenience store yang terdapat di Lake Kawaguchi yang bernama Lawson.

Lawson adalah antara rangkaian convenience store yang terbesar di Jepun
Selain barang keperluan harian, ada banyak mi ramen segera yang dijual di kedai Lawson ini. Sebagai peminat mi segera, Husband cukup berminat nak mencuba mi yang dijual di sini. Namun minat tersebut terbantut bila Kitty memberitahu yang semua mi ramen yang dijual dicampur daging tak halal.

Dengan bantuan Kitty, Husband dapat juga membeli 2 paket mi ramen yang Halal. (Tapi setelah mencuba, dia kata rasanya tak sedap).


Kedai Lawson di Lake Kawaguchi
Pemandangan di depan Kedai Lawson
Bandar Kawaguchi nampak sepi sebab hari telah lewat petang.

Part 7: Hotel Mifujien

Hotel penginapan kami di Gunung Fuji adalah sebuah hotel moden yang berciri tradisional, Hotel Mifujien. Ia dibina menghadap ke Tasik Kawaguchi.

Hotel Mifujien
Bergambar di depan hotel
Landskap yang cantik di depan hotel.
Pemandangan berhampiran Hotel Mifujien.
Bilik hotel ini tidak mempunyai katil. Hanya tilam yang dibentang di lantai. Nasib baiklah ia masih mempunyai tandas moden yang lengkap dengan pemanas di tempat duduk dan peralatan seperti TV dan cerek elektrik.

Bilik penginapan kami di Hotel Mifujien. Macam bilik tidur Doraemon - kata seorang anak saudara yang melihat gambar ini.
Pemandangan Lake Kawaguchi dari bilik kami.
Setiap bilik juga disediakan gaun kimono.  Atas cadangan Kitty juga, semua ahli rombongan memakai kimono sewaktu makan malam yang juga disediakan mengikut cara tradisi Jepun.

Hidangan makan malam disediakan mengikut cara tradisi Jepun. Setiap ahli rombongan mendapat satu meja hidangan masing-masing.
Pakaian kimono lelaki dinamakan Yukata. Husband menggayakan yukata bersama guide yang datang bersama kami dari Malaysia.
Bergambar ramai sebelum makan malam dengan memakai kimono. Ada 2 pakcik kat belakang yang tersilap memakai kimono wanita. Kita nampak cukup pelik pakai kimono sambil bertudung kepala. Perhatikan juga berbagai style mengikat kimono, digayakan mengikut citarasa masing-masing.
"Makan beradap" masa dinner. Antara makanan yang dihidangkan adalah sashimi (ikan mentah).
Selepas makan, kami melawat onsen (kolam air panas) yang terdapat di Hotel Mifujien. Walau Amoi-amoi Shiseido tu mengajak, Myself tak join dia orang mandi kat situ.

Onsen di Hotel Mifujien

HARI KETIGA (1)

Part 8 : Kembali Ke Tokyo 

Pada keesokan harinya, kami dihidangkan breakfast masih mengikut cara tradisional Jepun di Hotel Mifujien.

Breakfast di Hotel Mifujien. Setiap hari kami makan Salmon goreng untuk breakfast. Tapi kami tak kisah sebab Salmon goreng tu sedap dan halal dimakan. Dalam kuali tu adalah telur goreng bagi menggantikan daging.
Lepas makan, kami bertolak ke Tokyo. Sewaktu bas bertolak, semua pekerja hotel beratur dan menunduk kepala tanda hormat sewaktu bas meninggalkan perkarangan hotel. Sayang betul tak ambil gambar pada masa tu.

DARI GUNUNG FUJI KE TOKYO 

Perjalanan dari Gunung Fuji ke Tokyo menggunakan Lebuhraya Ishikawa. Sepanjang perjalanan, kami melalui kawasan desa yang indah. Myself perhatikan sawah-sawah padi di Jepun ni kecil-kecil belaka.


Kawasan perkampungan di antara Gunung Fuji dan Tokyo.
Pertanian moden di Jepun
Jerami sedang dijemur untuk digunakan sebagai makanan binatang ternakan dalam musim dingin kelak.
Kawasan Rehat di Lebuhraya Ishikawa.
Burger apa ni? Walau apapun, mesti tak Halal.
Bullet Train yang dapat kami perhatikan sebaik tiba di bandaraya Tokyo.


   Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN JAPAN 4th VISIT (2009):