Februari 2026
ARAB SAUDI
Makkah, Madinah & Badar
Bahagian 4: Makkah
UMRAH DI MASJIDIL HARAM
Part 12: Tawaf Di Baitullah
Kumpulan kami tiba di Makkah pada 2 Februari 2026 @ 12.30 tengah malam. Oleh kerana ramai yang ingin menyelesaikan ibadah Umrah seawal mungkin, Mutawif memimpin kami menuju ke Masjidil Haram pada pukul 2.30 pagi.
 |
| Berkumpul di sub-lobby Tower 6, Hotel Makkah Towers untuk memulakan Umrah |
 |
| Menunggu Umrah bermula |
 |
| Pemandangan awal pagi di luar Tower 6, Hotel Makkah Towers |
 |
Kumpulan kami berjalan menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Umrah
|
Rukun Umrah terdiri dari 6 perkara: (1) Berniat Ihram di Miqat; (2) Tawaf di Baitullah; (3) Saei di antara Safa dan Marwah; (4) Tahallul dengan bercukur atau menggunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut; dan (5) Tertib yang bermaksud melaksanakan ibadah Umrah mengikut turutan.
Rukun pertama yang merupakan berniat ihram di Miqat telah pun kami laksanakan sewaktu di dalam penerbangan tadi. Disebabkan kami masuk ke kota Makkah secara direct dari Malaysia, miqat yang ditetapkan bagi kami adalah di Qarnul Manazil yang terletak kira-kira 30 minit sebelum pesawat mendarat di Jeddah. Sekiranya Jemaah dari Malaysia menziarah kota Madinah terlebih dahulu sebelum masuk ke kota Makkah dengan menaiki bas, miqat yang ditetapkan bagi mereka adalah di Bir Ali. Jemaah yang memilih datang ke Makkah dengan menaiki Haramain High Speed Rail pula dinasihatkan untuk memasang niat sebelum tren bergerak meninggalkan kota Madinah lagi kerana Bir Ali hanya terletak 3 minit perjalanan dari Stesen HSR Madinah.
Rukun Umrah yang kedua iaitu bertawaf di Baitullah pula hanya boleh dilaksanakan setelah Jemaah tiba di Masjidil Haram di Makkah. Tawaf di Masjidil Haram perlu dilaksanakan di dataran di sekelliling Kaabah yang dinamakan Mataf. Untuk mengelakkan kesesakan, pihak berkuasa Masjidil Haram telah menetapkan bahawa Mataf di Ground Floor hanya boleh dimasuki menerusi 3 buah pintu sahaja yang terdiri dari Pintu King Abdulaziz (Pintu No. 1), Pintu Umrah (Pintu No. 63) dan Pintu King Abdullah (Pintu No. 100).
 |
| Laluan ke Mataf di Ground Floor menerusi Pintu King Abdulaziz (Pintu No. 1) |
Mataf di Ground Floor yang terletak sama aras dengan Kaabah ini juga hanya boleh dimasuki oleh mereka yang berihram Umrah (dan Haji) sahaja. Mereka boleh dikenali oleh pengawal masjid (terutama bagi lelaki) kerana mengenakan pakaian ihram. Manusia walau bagaimanapun penuh dengan tipu helah. Ramai juga yang datang membuat Tawaf Sunat dengan berpakaian ihram untuk mengelabui pihak berkuasa masjid.
Kami walau bagaimanapun pernah dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana ia adalah satu bentuk penipuan. Seandainya kita ditakdirkan menemui ajal sewaktu bertawaf sebegitu, kita akan mati dalam keadaan menipu. Kebanyakan orang sanggup menipu memakai ihram begini kerana kita secara umum boleh menghabiskan 7 pusingan Tawaf dalam tempoh 45 minit sahaja jika dibuat di Dataran Mataf yang mengelilingi Kaabah sendiri. Jika dibuat di Aras 1 pula, kita perlu mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit kerana mengikut bentuk bangunan masjid yang mempunyai lingkaran yang lebih besar.
 |
| Pemandangan pertama Kaabah dari Pintu King Abdulaziz yang sangat mengujakan sesiapa sahaja |
Rukun tawaf umrah yang sah memerlukan jemaah mengelilingi Kaabah sebanyak 7 pusingan lengkap, bermula dan berakhir di Rukun Hajarul Aswad, dengan kedudukan Kaabah sentiasa berada di sebelah kiri. Syarat utamanya termasuk suci daripada hadas dan najis, menutup aurat, serta dilakukan di dalam Masjidil Haram. Tawaf juga perlu dilakukan semata-mata untuk ibadah dan bukan untuk tujuan lain.
Telah menjadi kebiasaan sekarang kita melihat ramai orang yang berhenti bergambar dan membuat live di social media sewaktu bertawaf di sekeliling Kaabah. Perbuatan mereka sering mengganggu Jemaah yang ingin beribadat tawaf. Di samping itu mengikut mazhab Syafie yang menjadi pegangan kita, perbuatan mereka sebenarnya membatalkan Tawaf kerana tawaf tersebut dilakukan untuk menunjuk-nunjuk di media sosial, dan bukan bertujuan ibadah semata-mata. Jika ingin bergambar dengan Kaabah, kita boleh berbuat begitu selepas selesai membuat 7 pusingan Tawaf Ibadah.
 |
| Kaabah |
Satu amalan sunat adalah bersolat di hadapan pintu Kaabah yang dinamakan Multazam selepas selesai Tawaf kerana ia adalah salah sebuah tempat yang mustajab untuk berdoa. Namun begitu, memang sukar untuk mendapat tempat bersolat di sini kerana jemaah akan berebut-rebut mencari peluang yang serupa. Myself dan Husband cukup bertuah kali ini kerana kami mendapat tempat yang sangat lapang di depan Multazam untuk membuat solat sunat pada malam itu. Lama jugalah kami dapat berdoa di sini sebelum diarah pergi oleh pengawal masjid untuk memberi peluang kepada orang lain pula.
 |
| Laluan Saie yang rata di Aras Atas Masjidil Haram |
 |
| Kedua-dua Bukit Safa dan Bukit Marwah di laluan Saie di Aras Atas ini ditandakan dengan roundabout seperti ini |
Part 15: Tawaf Dengan BuggyTawaf mengelilingi Kaabah paling afdal dilaksanakan dengan berjalan kaki. Namun demikian, bagaimanapun cara seseorang melakukannya, sama ada berjalan kaki atau berkenderaan, maka sesungguhnya dia telah memenuhi kewajipannya mengikut Mazhab Syafie. Sekalipun kita berkeadaan sihat, Tawaf tetap sah dilaksanakan menggunakan kenderaan kerana Nabi Muhammad SAW juga pernah bertawaf dengan menaiki unta.
Disebabkan Husband sakit kaki dan Myself juga mengalami sakit pinggang serta kami dah mula merasa semput kerana batuk-batuk, kami membuat Tawaf Sunat menggunakan Buggy dalam perjalanan Umrah kali ini. Selain Tawaf, Buggy juga boleh digunakan untuk membuat Saie.
Sebelum menggunakan Buggy, kita perlu terlebih dahulu membuat tempahan dan bayaran menerusi applikasi http://carts.alharamain.gov.sa. Malangnya applikasi ini hanya boleh diakses menggunakan talian telefon Arab Saudi. Kami tidak dapat mengakses applikasi ini kerana menggunakan khidmat roaming dari Malaysia. Jadi bagaimana cara nak menggunakan khidmat Buggy ini jika kita memakai roaming dan tidak memiliki SIM Card Arab Saudi seperti kami?
Caranya ialah kami telah pergi ke escalator tempat masuk untuk menggunakan perkhidmatan Buggy tersebut. As expected, kami tidak dibenarkan masuk kerana tidak mempunyai tiket Buggy. "First time," kata kami kepada petugas di pintu masuk tersebut. Oleh yang demikan, petugas berkenaan telah membawa kami ke tempat pendaftaran untuk perkhidmatan Buggy.
 |
| Pintu masuk ke tempat perkhidmatan Buggy. Kita perlu menunjukkan tiket tempahan buggy untuk melepasi pintu ini. |
Setibanya di tempat pendaftaran, kami diminta untuk scan QR Code yang dipasang pada tiang di sana untuk membuat pendaftaran. Malangnya disebabkan kami menggunakan roaming dan bukan SIM Card Saudi, kami cuma dapat download apps tetapi tidak dapat meneruskan pendaftaran. Ketika inilah kami dibantu oleh seorang petugas Masjidil Haram untuk membuat pendaftaran menggunakan wifi tempatan. Petugas ini berbangsa Melayu dan turut bertutur dengan kami dalam Bahasa Melayu sehingga kami menyangka dia berasal dari Malaysia. Rupa-rupanya petugas yang bernama Mahmud ini berasal dari Pattani di Thailand. |
| Kami dibawa ke sini untuk membuat pendaftaran menggunakan Buggy. |
 |
| Kami diminta scan QR Code pada tiang ini untuk membuat pendaftaran bagi menggunakan Buggy |
 |
| Jenuh kita scan pada QR Code ini tetapi tetap tidak lepas untuk langkah seterusnya bagi membuat pendaftaran kerana tidak menggunakan SIM Card Saudi. |
 |
| Inilah petugas yang bernama Mahmud dari Pattani, Thailand yang membantu kami membuat pendaftaran Buggy menggunakan local wifi. |
Bayaran cash tidak diterima untuk menggunakan Buggy. Oleh yang demikian, kami menggunakan credit card bagi membuat bayaran menerusi apps tadi. Mengikut keterangan yang tertulis, ada waiting time 2 jam selepas kita membuat tempahan tetapi Mahmud bukan sekadar membantu kami membuat pendaftaran applikasi, dia juga turut membantu kami membuat tempahan slot segera untuk membolehkan kami terus menggunakan Buggy untuk bertawaf pada ketika itu juga. Nak beritahu juga di sini, selepas apps dah download dan pendaftaran untuk menggunakan Buggy juga berjaya, kita boleh terus membuat tempahan bagi penggunaan Buggy yang seterusnya menggunakan wifi hotel. Roaming masih tidak boleh digunakan untuk membuat tempahan Buggy selepas pendaftaran.
Atas cadangan dari Mahmud ketika itu, kami turut membantu sepasang suami isteri berbangsa Syria yang ingin menggunakan Buggy bagi menyelesaikan Saei Umrah mereka. Suami isteri ini telah berusia lanjut dan kelihatan tidak mampu untuk meneruskan Saie dengan berjalan kaki. Namun demikian, sebagai rakyat Syria, mereka tidak memiliki kemudahan untuk menggunakan kad kredit antarabangsa seperti Visa dan Mastercard disebabkan sekatan ekonomi antarabangsa yang dikenakan ke atas negara mereka. Mereka hanya memiliki cash dalam bentuk US Dollar sedangkan bayaran cash tidak boleh digunakan untuk membayar khidmat Buggy. Dengan bantuan Mahmud sebagai perantara kerana mereka cuma boleh berbahasa Arab, mereka meminta bantuan dari kami untuk membayar khidmat buggy ini menggunakan kad kredit kami dan mereka akan membayar cash kepada kami dalam bentuk USD.
Disebabkan itu adalah kali pertama bagi kami menggunakan khidmat Buggy dan kami juga masih termanggu-manggu dengan sistem yang digunakan, kami terus bersetuju. Setelah selesai bertawaf menggunakan Buggy dalam perjalanan pulang, barulah terlintas di fikiran, kenapalah kami menerima bayaran cash USD dari pasangan tadi? Alangkah baiknya sekiranya kami terus berinfak membayarkan saja khidmat Buggy bagi pasangan Syria tadi untuk membuat Saie Umrah tanpa menerima bayaran dari mereka! Berapa sangatlah nilai infak yang dibuat berbanding ganjaran yang akan diterima dari Allah SWT terutama jika berinfak di dalam Masjidil Haram ini sendiri, kan?!
Bayaran yang dikenakan untuk membuat Tawaf menggunakan Buggy adalah SAR 150 setiap seorang. Bayaran untuk perkhidmatan Saie juga adalah SAR 150 seorang. Seorang perlu terus membayar SAR 300 jika ingin menggunakan khidmat Buggy bagi kedua-dua Tawaf dan Saie. Kami kurang bernasib baik kerana bayaran ini baru sahaja dinaikkan sehari sebelum kami menggunakan khidmat Buggy buat pertama kali. Bayaran yang dikenakan sebelum ini adalah SAR 100 seorang bagi perkhidmatan Tawaf atau Saie. Bayaran menggunakan Buggy bagi kedua-dua Tawaf dan Saei juga cuma SAR 200 seorang. Permintaan penggunaan Buggy ini sangat tinggi di kalangan Jemaah sewaktu di Bulan Ramadan. Mungkin waiting time 2 jam itu terpakai pada masa ini.
Pasangan Syria tadi terpaksa mengikut rapat kami untuk masuk ke pintu perkhidmatan Buggy kerana tiket mereka berada di dalam handphone kami. Selepas pemeriksaan tiket kali kedua di tingkat atas, barulah kami berpisah kerana Buggy untuk Tawaf dan Buggy untuk Saie disediakan di tempat yang berlainan.
 |
| Bila dah ada tiket Buggy barulah kita dibenarkan naik escalator di depan sana menuju ke tempat Buggy |
 |
| Ada satu lagi tempat pemeriksaan tiket di atas escalator |
 |
| Pemeriksaan tiket sebelum naik Buggy |
 |
| Di sinilah kami berpisah dengan pasangan Syria tadi kerana Buggy untuk Tawaf terletak di sebelah kiri manakala Buggy untuk Saie pula terletak di sebelah kanan. |
 |
| Buggy untuk Tawaf |
 |
| Setiap Buggy akan bergerak sebaik penumpang penuh / separuh penuh. |
Walau menaiki Buggy, peraturan Tawaf tetap perlu dipatuhi. Niat Tawaf perlu dipasang sebelum kita melepasi lampu hijau yang menandakan kedudukan Rukun Hajaral Aswad pada Kaabah. Pemandu Buggy juga akan menyuruh kita melambai di sini untuk memulakan Tawaf. Tawaf juga perlu dilakukan semata-mata untuk ibadah dan bukan untuk tujuan lain. Oleh itu, tidak boleh menangkap gambar dari dalam Buggy sewaktu sedang bertawaf.
Sesuatu yang bagus bertawaf menggunakan Buggy ini juga ialah pemandu Buggy akan memaklumkan dengan jelas bilangan pusingan tawaf yang kita buat. Dia juga akan memaklumkan bila kita tiba di Rukun Yamani supaya kita boleh membacakan doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat serta perlindungan daripada azab neraka. Maklum sajalah kerana Tawaf dengan Buggy ini dibuat di aras tertinggi di Masjidil Haram di mana kita cuma dapat melihat sedikit bumbung Kaabah sahaja pada sudut-sudut yang tertentu.
 |
| Pemandangan sewaktu bertawaf dengan Buggy |
Suatu yang bagus juga ialah tempat permulaan di mana kita naik dan turun dari Buggy terletak agak jauh dari lampu hijau yang menandakan tempat permulaan / tamat Tawaf. Oleh yang demikian, adalah juga peluang untuk kita mengambil gambar suasana dari atas Buggy sebelum sampai ke lampu hijau tempat permulaan tawaf dan selepas menghabiskan pusingan Tawaf yang ketujuh sewaktu dalam perjalanan kembali ke tempat entrance Buggy. Gambar-gambar dari Buggy yang ditunjukkan di dalam blog ini semuanya diambil selepas selesai Tawaf, sewaktu Buggy dalam perjalanan menuju kembali ke tempat entrance Buggy. Kami juga berpeluang menggunakan Buggy untuk membuat Tawaf sebanyak 3 kali. Gambar-gambar yang ditunjukkan dikumpulkan dari kesemua pengalaman ini.
 |
| Pemandangan Jemaah yang membuat Tawaf Sunat di bumbung Masjidil Haram |
 |
| Laluan Buggy terletak di aras yang lebih tinggi dari bumbung Masjidil Haram |
 |
| Pemandangan umum Masjidil Haram sewaktu bertawaf dengan Buggy |
Ada tempat untuk Solat Sunat juga disediakan di kawasan Buggy ini. Ia bagaimanapun dikhaskan untuk Jemaah yang membuat kedua-dua Tawaf dan Saie Umrah dengan Buggy sahaja. Jika kita sekadar membuat Tawaf Sunat menggunakan Buggy, kita akan diminta untuk membuat Solat Sunat di kawasan Mataf di Aras 1. Walau bagaimanapun, kami dapat juga merasa bersolat di sini sewaktu membuat Tawaf Sunat kedua kerana pemandu Buggy yang baik hati menyuruh kami turun bersolat saja di sini.
 |
| Tempat solat sunat yang disediakan khas bagi kegunaan Jemaah yang membuat kedua-dua Tawaf dan Saie dengan Buggy. Ada ruang khusus yang disediakan untuk lelaki dan wanita. |
 |
| Pemandangan dari tempat solat |
 |
| Tong-tong Air Zamzam turut disediakan di sini |
 |
| Selepas bersolat, kita akan naik sahaja mana-mana Buggy yang lalu untuk dibawa kembali ke pintu masuk. |
 |
| Naik Buggy kembali ke pintu masuk |
 |
| Bergambar kenangan dengan pemandu Buggy |
 |
| Buggy lain yang sedang bersedia untuk memulakan Tawaf |
Sewaktu membuat Tawaf Wada', kami telah menempah perkhidmatan Buggy pada pukul 9.30 pagi tetapi kami telah sampai awal di tempat Buggy pada pukul 8.45 pagi. Bila kami menunjukkan tiket tempahan kami yang jauh lebih lewat dari masa ketika itu, petugas-petugas di pintu masuk terus sahaja membenarkan kami masuk. "No problem," kata mereka.
Bersambung ke Bahagian 5...
CATATAN PERJALANAN (UMRAH KE-7) 2026 :
- Bahagian 01 : Ketibaan (KL - Jeddah)
- Bahagian 02 : Makkah (Makkah Hotel & Towers)
- Bahagian 03 : Makkah (Masjidil Haram)
- Bahagian 04 : Makkah (Umrah Di Masjidil Haram)
- Bahagian 05 : Makkah (Masy'aril Haram : Jabal Tsur, Padang Arafah & Jabal Rahmah)
- Bahagian 06 : Makkah (Masy'aril Haram : Wadi Muhassir, Mina & Masjid Ji'ranah)
- Bahagian 07 : Makkah - Madinah (Haramain High Speed Rail)
- Bahagian 08 : Madinah (Masjid Nabawi)
- Bahagian 09 : Madinah (Sekitar Masjid Nabawi)
- Bahagian 10 : Madinah (Masjid Quba', Jabal Uhud & Ladang Kurma)
- Bahagian 11 : Badar (Telaga Al Rawha & Telaga Syifa)
- Bahagian 12 : Badar (Tapak Perang Badar, Makam Syuhada Badar & Jabal Malaikat)
- Bahagian 13 : Madinah (Hop On Hop Off Bus)
- Bahagian 14 : Madinah (Meninggalkan Madinah)
- Bahagian 15 : Pulang (Madinah - KL)