Wednesday 21 February 2018

2018 KERALA BHG. 08 (Fort Kochi 2)

Februari 2018

KERALA, INDIA
Kochi & Kerala Backwaters

Bahagian 8: Fort Kochi (2)
CHINESE FISHING NET, SANTA CRUZ CATHEDRAL BASILICA, GREENIX VILLAGE & KATHAKALI SHOW

HARI KETIGA (3)

Part 26: Chinese Fishing Net

Fort Kochi, yang dulu dikenali sebagai Fort Cochin amat kaya dengan sejarah. Sebelum kedatangan penjajah Eropah dari Portugal, Belanda dan Britain, Kochi diperintah oleh seorang Maharaja dan terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan rempah. Ia menarik kedatangan pelbagai bangsa asing ke sini termasuklah Orang China yang memperkenalkan teknik penangkapan ikan yang kini dikenali sebagai Chinese Fishing Net.

Pelancong tempatan di Fort Kochi
Ada banyak gerai jualan begini di Fort Kochi yang mensasarkan pelancong.
Bangunan-bangunan kolonial di Fort Kochi kini banyak telah diubahsuai untuk dijadikan hotel penginapan.
Pantai Chinese Fishing Net
Pusat penangkapan ikan menggunakan Chinese Fishing Net terletak tidak jauh dari St Francis Church. Oleh kerana kawasan ini adalah pusat tumpuan pelancong utama di Fort Kochi, ada banyak gerai cenderamata dan penjaja-penjaja kecil di sini. Sebaik kami keluar dari kereta, ramai penjaja ini yang datang menghampiri kami untuk menjual barangan jualan mereka. Namun penjaja-penjaja ini tidak mendesak dan tidak memaksa jika kita tidak membeli barangan mereka.

Pemandangan di pantai Chinese Fishing Net
Risau kita nak beli alat muzik yang dijual oleh penjaja ini. Takut datang pulak Ular Tedung bila kita meniupnya.
Chinese Fishing Net ini dikatakan telah diperkenalkan oleh Laksamana Cheng Ho sewaktu beliau dan pasukannya berkunjung ke sini pada zaman dahulu. Selain dari Cochin, Cheng Ho juga pernah berkunjung ke Melaka (Ingat tak kisah Puteri Hang Li Po?). Satu fakta yang menarik juga ialah penggunaan Chinese Fishing Net ini hanya ada di Kochi sahaja, dan tidak di tempat-tempat lain di India, mahupun dalam wilayah Kerala sendiri.

Inilah yang dikatakan Chinese Fishing Net
Penggunaan Chinese Fishing Net ini diperkenalkan oleh Laksamana Cheng Ho yang datang dari negara China pada masa dahulu
Kami berkunjung ke sebuah platform Chinese Fishing Net untuk melihat pukat gergasi ini dengan lebih dekat. Tiba di sana, kami dihampiri oleh seorang lelaki yang mungkin adalah pemilik pukat yang cuba memujuk nak membuat demo kepada kami. Bila kami kata kami tak mahu membayar apa-apa, dia membenarkan kami melihat pukatnya dengan percuma. 

Sebuah platform Chinese Fishing Net
Pemandangan di atas sebuah platform Chinese Fishing Net
Batu-batu besar yang diikat sebagai pengimbang kepada Chinese Fishing Net
Satu ketika dulu, ada banyak Chinese Fishing Net di sini. Namun dengan kehadiran bot dan teknik penangkapan ikan yang moden, hanya 12 buah sahaja Chinese Fishing Net yang tinggal. Hasil tangkapan dari Chinese Fishing Net juga tak lagi lumayan seperti dahulu. Ikan dan hasil laut yang ditangkap dalam demo operasi akan diberi kepada pelancong sendiri dan selalunya diserahkan kepada gerai-gerai berhampiran yang akan terus memasaknya dengan sedikit bayaran.

Gerai-gerai di sepanjang pantai
Gerai yang menjual hasil tangkapan laut
Ada juga beberapa gerai yang menawarkan khidmat untuk memasak hasil tangkapan dari Chinese Fishing Net.
Gerai menjual cenderamata
Walaupun Chinese Fishing Net menjadi tarikan pelancong utama di Fort Kochi, pantai di sekitarnya langsung tak dijaga. Sampah bertaburan sehingga kita tak tergamak nak memijak pasir pantai. Dari apa yang Myself perhatikan, tidak ada khidmat pembersihan bandar dan pantai awam di India seperti di Malaysia. Masyarakatnya juga tidak sensitif dengan cara pembuangan sampah yang betul sehingga menyebabkan sampah bertaburan di merata tempat. Sampah-sampah ini juga menyebabkan pencemaran kepada air laut sehingga mengurangkan hasil tangkapan nelayan yang bergantung kepada Chinese Fishing Net ini.

Sampah yang bertaburan di sepanjang pantai
Nelayan
Burung Gagak yang mengintai peluang untuk mencari rezeki
Kami bernasib baik kerana sewaktu bersiar-siar di sini, kami tetap dapat melihat Chinese Fishing Net yang bersebelahan beroperasi. Mungkin ada pelancong lain yang membayar kepada nelayan di situ untuk membuat demo ini. Walau siapa pun pelancong itu, terima kasih kami ucapkan.

Chinese Fishing Net ini beroperasi menggunakan prinsip keseimbangan seperti yang kita pelajari dalam kelas Sains di sekolah dulu. Operasinya nampak mudah dan lancar, tetapi sangat intensif buruh. Bila nak menurunkan pukat ke dalam air, seorang nelayan akan memanjat dan meniti di atas batang pemegang pukat ini. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya 4 orang diperlukan untuk menarik tali bagi menaikkan semula pukat gergasi ini.

Chinese Fishing Net yang sedang beroperasi
Pemandangan sewaktu pukat sedang diturunkan ke dalam air
Seorang nelayan akan berjalan meniti di atas batang pemegang utama untuk menurunkan pukat ke dalam air.
Pegang kuat-kuat tali tu, Pakcik! Takut tergelincir jatuh ke dalam air!
Pemandangan setelah pukat tenggelam sepenuhnya dalam air
Berjalan kembali ke darat selepas pukat ditenggelamkan dalam laut.
Kami tak pergi dekat dengan pukat ini untuk mengambil gambar bagaimana pukat ini ditarik naik. Jadi kita gunakan saja gambar dari internet untuk menunjukkan proses yang terlibat.

Sekurang-kurangnya 4 orang diperlukan untuk menarik pukat naik kembali.
Pukat akan naik sepenuhnya bila batu-batu besar yang menjadi pengimbang ini terletak elok kembali ke atas platform.
Sekarang kita lihat kembali gambar-gambar yang kami ambil bagaimana nelayan mengumpul hasil tangkapan mereka...

Kagum melihat memang ada ikan yang terperangkap dalam pukat ini.
Menarik tangkapan dari laut
Banyak tenaga diperlukan untuk menarik keluar hasil tangkapan dari laut
Membawa hasil tangkapan ke darat
Selepas melihat Chinese Fishing Net beroperasi, kami bersiar pula di kawasan lapang berhampiran pantai yang dinamakan Vasco Da Gama Square.

Sejarah Fort Cochin diabadikan di sini
Bersiar-siar di Vasco Da Gama Square
Gerai-gerai jualan di Vasco Da Gama Square
Nehru Park For Children di Vasco Da Gama Square
Pemandangan di Nehru Park For Children
Sebuah hotel berhampiran Nehru Park For Children

Part 27: Santa Cruz Cathedral Basilica

Persinggahan seterusnya adalah ke Santa Cruz Cathedral Basilica, sebuah lagi gereja yang dibina oleh Orang Portugis bersama St Francis Church pada tahun 1505. Tidak seperti St Francis Church yang kini dijadikan Monumen Sejarah, Santa Cruz Cathedral Basilica masih berfungsi sebagai rumah ibadat.

Santa Cruz Cathedral Basilica
Santa Cruz Cathedral Basilica adalah sebuah gereja Roman Katholik. Gereja ini telah diberi taraf Basilica oleh Pope John Paul II pada tahun 1984. Pada hari Jumaat pertama setiap bulan seperti waktu kami berada di sana, ada upacara sembahyang khas diadakan di sini. Oleh yang demikian, pelawat tak dibenarkan masuk ke dalam gereja dan hanya dapat melihat dari luar sahaja.

Ada upacara sembahyang khas diadakan di gereja pada ketika ini. Oleh yang demikian, kita hanya dapat melihat dari luar sahaja.
Pemandangan bangunan Santa Cruz Cathedral Basilica dari luar.
Pintu masuk ke gereja
Bumbung gereja
Gereja ini masih digunakan sebagai rumah ibadat sehingga ke hari ini.
Oleh kerana kita tak dapat masuk ke dalam, kita intai sajalah dari luar.

Mengintai ke dalam gereja
Pemandangan Altar Gereja dari luar
Gereja ini sebenarnya mempunyai hiasan dalaman yang cantik. Disebabkan kita tak boleh masuk ke dalam, kita pakai sajalah gambar dari Internet untuk menunjukkan suasana di dalamnya.

Suasana sebenar di dalam Santa Cruz Cathedral Basilica (Sumber: Wikipedia)
Shrine yang dibina di perkarangan gereja sempena lawatan Statue of the Pilgrim Virgin of Fatima ke gereja ini dari Portugal pada tahun 1949.
Di sebelah gereja ini ada sebuah sekolah perempuan yang bernama St Mary's Canossian Convent. Secara kebetulan juga ketika itu adalah waktu tamat persekolahan, maka berbondong-bondonglah pelajar keluar dari situ untuk pulang ke rumah. Nostalgia betul kita melihat mereka ini kerana kita juga dulu belajar di Sekolah Convent seperti mereka sewaktu di sekolah rendah. Dahlah uniform yang mereka pakai macam sama dengan uniform yang kita pakai waktu di Sekolah Convent dulu.

Sekolah perempuan di tepi gereja. Basikal-basikal yang parking di sana adalah milik pelajar sekolah.
Sekolah ini bernama St Mary's Canossian Convent
Nostalgia kita melihat mereka kerana kita dulu juga belajar di Sekolah Convent seperti ini.
Mari kita pulang ke rumah...
Mencari kenderaan untuk pulang ke rumah.
KIta sumbat ramai-ramai dalam Tuk Tuk yang kecil ini...

Part 28: Greenix Village

Highlight bagi lawatan kami ke Fort Kochi adalah melihat persembahan kebudayaan India Selatan yang dinamakan Kathakali. Persembahan ini diadakan di sebuah tempat yang bernama Greenix Village. Disebabkan cuaca sangat panas dan kami tak lagi punya tempat lain nak dituju, kami terus meminta pemandu kami Roji untuk membawa kami ke sana.

Greenix Village
Pintu masuk ke Greenix Village
Kedai perfume di pintu masuk ke Greenix Village. Tepung berwarna-warni di kedai inilah yang digunakan dalam perayaan Hindu Holi tu kot..
Patung lembu di pintu masuk ke Greenix Village
Roji sedang menguruskan pembelian tiket persembahan Kathakali untuk kami.
Greenix Village adalah sebuah kompleks Kebudayaan Kerala di Fort Kochi. Ia mempunyai teater, muzium kebudayaan, pusat latihan seni mempertahankan diri tradisional yang dinamakan Kalaripayattu, galeri seni, pusat pertukaran wang, restoran, kedai rempah, kedai cenderamata, spa ayurveda, dental spa dan pusat yoga di dalamnya.

Pemandangan di dalam Greenix Village
Tiket persembahan Kathakali kami
Lorong menuju ke pentas terbuka
Pentas terbuka di Greenix Village
Tempat menyaksikan persembahan di Pentas Terbuka

KERALA CULTURAL MUSEUM

Sambil menunggu waktu persembahan Kathakali dimulakan, kami melawat ke Kerala Cultural Museum yang terletak di sini. Dalam muzium ini ada banyak patung yang dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang digunakan dalam tarian-tarian tradisi Kerala di samping pameran-pameran lain.

Lorong di depan Kerala Cultural Museum
Pintu masuk ke muzium
Pemandangan di dalam Kerala Cultural Museum
Memang seram melihat patung-patung di dalam muzium ini yang dipakaikan dengan pakaian tarian tradisi Kerala.
Dinding di belakang sana mempamerkan gesture tangan yang digunakan dalam tarian tradisi Kerala.
Tarian tradisional Kerala juga banyak menggunakan ekspresi muka. Ekspresi-ekspresi muka ini dipamerkan pada dinding di sini.
Patung Tarian Kathakali yang akan kami saksikan sebentar lagi.
Bot panjang ini dinamakan Churlan Vallam dan digunakan dalam pertandingan-pertandingan bot tradisional. Di sekelilingnya ada pameran alat-alat muzik tradisional.

Part 28: Kathakali Show

Persembahan Kathakali yang ingin kami saksikan bermula pada pukul 6 petang di dalam sebuah teater berhawa dingin yang boleh menempatkan kira-kira 200 orang penonton.

Pemandangan di dalam teater Kathakali sebelum persembahan bermula.
Kathakali adalah tarian tradisional yang paling terkenal di Kerala. Tarian ini menggambarkan cerita dari epik Mahabhrata dan Ramayana menggunakan solekan, kostum dan pergerakan-pergerakan badan.

Sejam sebelum pertunjukan dimulakan pada pukul 5 petang, ada demonstrasi pengenaan solekan oleh pemegang watak utama Kathakali di atas pentas. Elaborate betul make-up yang digunakan.

Penari utama Kathakali sedang mengenakan make-up di atas pentas.
Sedang mengenakan make-up
Penonton dijemput datang dekat untuk menyaksikan proses solekan yang berlangsung.
Lampu yang dipasang dalam persembahan Kathakali menggambarkan kehadiran dewa.
Pemandangan dalam teater sewaktu solekan sedang dilaksanakan.
Ramai penonton persembahan Kathakali ini terdiri dari Mat Salleh.
Cuma kami saja penonton yang datang dari Malaysia
Lukisan Chinese Fishing Net di belakang teater
Ini pula Lukisan Kathakali di tepi teater
Pada satu peringkat, solekan pada watak utama Kathakali ini perlu dibantu oleh orang lain.
Pelakon Kathakali sedang disolek oleh pembantu
Menunggu persembahan dimulakan
Persembahan Kathakali dimulakan tepat pada pukul 6 petang dengan tarian Mohiniattam yang ditarikan secara solo oleh seorang penari wanita. Mohiniattam juga dikenali sebagai 'Dance of an Enchantress' yang menggambarkan kecintaan kepada para Dewa. Banyak pergerakan mata dan anggota badan digunakan dalam persembahan ini seperti yang sering kita lihat dalam filem-filem Bollywood.

Tarian Mohiniattam
Pelbagai ekspresi muka ditunjukkan dalam tarian ini
Pergerakan anggota badan juga banyak memainkan peranan dalam tarian ini.
Di mana kau berada?
Kemudian muncul pula seorang penari lelaki yang disolek bagai seorang Dewi. Dia memperkenalkan kita kepada ekspresi muka dan pergerakan tangan yang digunakan dalam persembahan Kathakali. Hebat sungguh melihat bagaimana dia menggunakan seluruh urat muka untuk menunjukkan ekspresi gembira, sedih, hairan dan sebagainya.

Dalam persembahan ini kita diperkenalkan dengan pelbagai ekspresi muka dan pergerakan tangan yang digunakan dalam persembahan Kathakali.
Selamat Datang
Menikmati suasana
Berjaga-jaga, kena kau nanti!
Apa tu?
Nak kena ni!
Sedih
Marah
Persembahan Kathakali turut disertai dengan alat muzik yang terdiri dari gendang dan cymbal. Pemain cymbal dalam persembahan ini turut menyanyi dari mula sehingga ke akhir persembahan. Vokal penyanyi ini juga hebat walaupun kita tak faham apa yang dinyanyikan.

Pemain gendang yang mengiringi persembahan
Seram-seram takut
Seronok
Pergi kau dari sini!
Sabar, sabar!
Penyertaan penonton
Kemudian bermulalah persembahan Kathakali yang sebenar. Ia menceritakan tentang dewi jahat bernama Draupadi yang hendak menggoda dewa baik yang bernama Bheema. Dah pasti Draupadi akan gagal menggoda Bheema. Marah kerana usahanya gagal, Draupadi kembali menjelma menjadi dirinya yang asal. Begitulah lebih kurang cerita yang disampaikan...

Persembahan Kathakali
Watak utama Kathakali yang bernama Bheema
Bheema and Draupadi
Bheema
Hebat vokal Pakcik ni menyanyi sambil bermain cymbal.
Draupadi
Memang entertaining menyaksikan persembahan Kathakali ini. Tapi sewaktu persembahan berlangsung, kedengaran laungan Azan Maghrib dari masjid di sebelah teater. Insaflah sekejap... jangan terlebih-lebih happy pulak tengok performance Kathakali ni.

Part 29: Pulang Ke Hotel

Selepas persembahan tamat pada pukul 7 malam, kami kembali ke hotel. Dalam perjalanan, kami dapat melihat suasana malam di bandar Kochi. Memang meriah suasana yang diperhatikan.

Pulang semula ke Kochi
Tiba di Kochi
Traffic Jam di kawasan pembinaan Kochi Metro
Kochi Metro
Makan malam juga disediakan di Hotel PGS Vedanta melalui pakej penginapan kami. Tapi berbeza dengan lunch yang disediakan secara buffet tadi, semua makanan dihidangkan di atas meja.

Hidangan makan malam di Hotel PGS Vedanta


 Bersambung ke Bhg. 9...


CATATAN PERJALANAN KERALA (2018):