Saturday 21 May 2016

2016 GUILIN BHG. 11 (Night Tour)

April 2016 

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo 

Bahagian 11: Guilin (5)
RONG LAKE SCENIC WALK (2) & GUILIN NIGHT TOUR

HARI KEEMPAT (3)

Part 34: Rong Lake Scenic Walk (2)

BEIDOU BRIDGE 

Ada banyak jambatan menarik yang dapat dilihat di sekitar Rong Lake. Salah sebuah di antaranya ialah Beidou Bridge yang dibina bengkang-bengkok (zig-zag) menuju ke sebuah pulau buatan di tengah tasik.

Beidou Bridge
Jambatan Beidou ini dibina berbentuk zig-zag.
Sebenarnya ada banyak jambatan zig-zag begini dibina di seluruh negara China. Mengikut kepercayaan Orang Cina, sesiapa yang melalui jambatan zig-zag akan terselamat dari evil spirit kerana evil spirit hanya boleh bergerak dalam garisan lurus.

Menurut kepercayaan Orang Cina, evil spirit hanya boleh bergerak lurus. Oleh yang demikian, sesiapa yang menaiki jambatan ini akan terselamat dari dikejar evil spirit.
Satu lagi pemandangan Beidou Bridge

GOVERNMENT HOUSE

Disebabkan pemandangan indah di sekitar Tasik Rong, ia menjadi pilihan lokasi kediaman pembesar-pembesar tempatan semenjak zaman dulu lagi. Sehingga ke hari ini, masih terdapat rumah-rumah kerajaan yang didiami pegawai-pegawai tinggi kerajaan di pinggir Tasik  Rong. 

Laluan pejalan kaki di sekitar Tasik Rong.
Pemandangan indah Tasik Rong dari laluan pejalan kaki
Lukisan kanak-kanak sekolah rendah yang digantung di satu bahagian tasik.
Pintu masuk ke rumah-rumah pegawai kerajaan.
Kedai-kedai di pinggir tasik.
Pintu masuk ke sebuah sekolah rendah di tepi Tasik Rong. Menurut Francis yang merupakan anak jati Guilin, dia belajar di sekolah ini dulu.
Pemandangan dekat pintu masuk ke sekolah.

GLASS BRIDGE

Seperti namanya, Glass Bridge dibina dari kaca. Jambatan ini unik dan cantik. Kami walau bagaimanapun tak naik ke atas jambatan kaca ini, cukup sekadar hanya melihatnya dari jauh.

Glass Bridge
Pintu masuk ke Glass Bridge
Pemandangan Glass Bridge dari tepi tasik.
Lorong di tepi tasik.

YANG BRIDGE

Tasik Rong dan Tasik Shan dipisahkan oleh Yang Bridge yang dibina pada zaman Dinasti Song. Nama "Yang Bridge" bermaksud "Sun Bridge".

Yang Bridge yang bermaksud "Sun Bridge". Kerana itulah ada gambar matahari tersenyum di atasnya.
Pemandangan di bawah Yang Bridge.
Ada banyak ukiran plaster di bawah jambatan ini.
Bot persiaran menghampiri Yang Bridge.
Bot persiaran lalu di bawah Yang Bridge.
Bot persiaran dan Glass Bridge
Kami melalui bawah Yang Bridge untuk menuju ke Tasik Shan. Di bawah jambatan ini ada ukiran-ukiran plaster yang menceritakan sejarah Guilin.

Ukiran-ukiran plaster di bawah Yang Bridge menceritakan sejarah-sejarah penting Guiin.
Lelaki yang berkaca mata di sebelah kanan adalah Ma Junwu, anak jati Guilin dan rakyat China pertama yang mendapat ijazah dalam bidang Sains. Di adalah juga Presiden pertama Universiti Guangxi.
Yang ini pula adalah seorang wira tempatan yang mati dibunuh oleh tentera Jepun kerana ingin mempertahankan Guilin dari ditakluk Jepun dalam Perang Dunia Kedua dulu.
Ini adalah gambaran murid-murid yang ingin menduduki peperiksaan negara pada zaman  dulu. Mereka perlu lulus peperiksaan ini untuk menjadi pegawai kerajaan di zaman Maharaja China.
Tasik Shan di sebalik Yang Bridge.
Pemandangan Yang Bridge dari Tasik Shan.

SUN AND MOON PAGODA

Mercu tanda utama di Tasik Shan adalah bangunan dua buah pagoda berkembar yang dinamakan Sun And Moon Pagoda. 

Pokok Gingko di tepi Tasik Shan.
Sun and Moon Pagoda yang diselaputi kabus.
Keseluruhan pemandangan Sun And Moon Pagoda boleh dilihat dari sini.
Selain Elephant Trunk Hill, Sun And Moon Pagoda juga adalah ikon pelancongan di Guilin. Bangunan Sun Pagoda disalut dengan tembaga untuk membalikkan sinaran matahari di waktu siang manakala Bangunan Moon Pagoda pula dibuat dari marmar untuk membalikkan cahaya bulan pada waktu malam.

Ada jambatan yang menghubungkan Moon Pagoda dari daratan tetapi kami tak berkunjung ke sana. Sun Pagoda pula hanya boleh dimasuki menerusi terowong bawah air dari Moon Pagoda.

Amaran di tepi Tasik Shan
Sedang kami sibuk bergambar di tepi Tasik Shan dengan berlatarbelakangkan Sun And Moon Pagoda, ada saja la seorang dua perempuan rakyat China yang menyibukkan diri join bersama. Mungkin mereka nak turut bergambar sebab semua wanita di dalam group kami memakai tudung kepala dan nampak pelik pada mereka. Kot iya pun, mintalah permission dulu, jangan la terus photo-bomb enter frame macam tu, kan? Merosakkan gambar je sebab tercapture muka kita yang terkejut kat dalam tu!

Pengalaman ini bukan saja kami alami di sini, tapi juga di tempat-tempat lain yang kami kunjungi di Guilin ini.

Persembahan muzik percuma di tepi Tasik Shan.

Part 35: Makan Malam Di Zhengyang Shopping Street

Lawatan kami di sekitar Tasik Rong dan Shan berakhir di Zhengyang Shopping Street untuk makan malam.

Meninggalkan Sun And Moon Pagoda
Meninggalkan Tasik Shan
Tidak macam semalam, banyak masa terluang sebelum waktu makan malam sewaktu kami tiba di Zhengyang Shopping Street hari ini. Jadi adalah masa untuk shopping dan melihat-lihat pemandangan di sekitar yang cukup menarik bagi Myself.

Zhengyang Shopping Street.
Penjual tebu
Pemandangan di hujung Zhengyang Shopping Street berhampiran Tasik Shan.
Pemandangan menghala ke Shopping Street.
Patung Ma Junwu yang didirikan di bekas tapak rumahnya di Zhengyang Shopping Street.
Sebuah lagi kesan sejarah di sini, tapi tak tahu apa sejarahnya sebab ditulis dalam tulisan Cina.
Batu ini memorial peringatan pembukaan Zhengyang Shopping Street.
Dah puas melihat-lihat kawasan hujung Zhengyang Shopping Street dekat Tasik Shan ini, kita berjalan-jalan pula ke dalam. Memang sibuk dan meriah sekali suasana di sini pada ketika itu walaupun hujan masih belum betul-betul berhenti.

Gerai-gerai kecil di Zhengyang Shopping Street
Bangunan-bangunan kedai di sini dibina mengikut ciri senibina tradisional China.
Ada banyak kedai menjual makanan-makanan tradisional di sini dan kesemua makanan ini masih dibuat mengikut cara tradisional. Makanan tradisional yang paling banyak kami perhatikan adalah kuih-kuih kacang dan sambal-sambal cili.  

Membuat kuih kacang tumbuk.
Buah plum.
Memproses cili kering untuk dijadikan sambal.
Cili kering.
Gerai-gerai souvenir.
Lagi suasana di Zhengyang Shopping Street.
Promosi kasut New Bailone.
Bila tiba masa yang ditetapkan, kami berjalan ke kedai makan. Makanan disediakan di restoran yang sama seperti malam tadi, The Brand of Beef Noodles.

Hari ini, masing-masing dah pandai nak jalan sendiri ke Brand of Beef Noodles ni.
Lebih kurang macam pemandangan kat Food Court di Malaysia juga.
Membuat Mee Tarik di depan restoran Brand of Beef Noodles.
Pemandangan di dalam restoran Brand of Beef Noodles.
Walaupun makanan disediakan dan termasuk dalam pakej, Myself dan Husband membuat order ala-carte yang kami bayar sendiri hari ini. Dah nama kedai ni Brand of Beef Noodles, mestilah hidangan istimewanya mee, bukan? 

Atas saranan dan dengan bantuan Francis, kami memesan sejenis mee yang kami tak tahupun apa nama sebenarnya. Francis pun tak boleh nak explain mee ni dalam Bahasa Inggeris. Bila tiba, nampak macam mee rebus yang dicurah sambal daging cincang di atasnya. Bila dicuba.... MasyaAllah, sedapnya!! Memang tak menyesal order mee ini walaupun kena membayar 20 Yuan (RM 12) seorang.

Mee yang sangat sedap untuk makan malam.
Lepas makan, kami berjalan ramai-ramai mendapatkan bas untuk memulakan Guilin Night Tour.

Mesin-mesin permainan dekat Food Court.
Suasana lewat petang di Zhengyang Shopping Street.
Menara jam yang menjadi mercu tanda popular di Zhengyang Shopping Street.
Kami perhatikan polis-polis di Guilin ni sentiasa memakai pakaian uniform yang selebeh. Baju-baju mereka ni standard size saja agaknya, tak custom-made mengikut saiz sebenar.

Part 36: Guilin Night Tour

Pemandangan di Guilin sangat indah di sebelah malam. Kerana itulah Guilin Night Tour menjadi aktiviti yang sangat popular di sini.

Naik bas untuk memulakan lawatan Guilin Night Tour.
Tea House.
Kesesakan malam di Guilin.
Kedai-kedai perniagaan di Guilin dibuka sehingga ke lewat malam.
Melintasi Jambatan Lize.
Pemandangan dari Jambatan Lize
Pemandangan malam di kawasan tepi tasik di Guilin memang sangat indah kerana diterangi dengan lampu-lampu bercahaya. Walaupun warna-warna lampu yang dipasang sangat terang, ia tidak merosakkan keindahan semulajadi tempat ini. Susah nak explain keindahan malam ini... anda perlu datang sendiri ke sini untuk memahami dan menikmatinya.

Pemandangan pusat komersil Guilin di waktu malam.
Turun dari bas untuk menikmati keindahan pemandangan Guilin.
Kami dibawa turun dari bas di beberapa vantage point di mana pemandangan dari sana sangat memukau. Vantage point yang pertama adalah dari sebuah jambatan di mana kami dapat melihat Jambatan Lize yang dibina seperti Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat.

Jambatan Lize.
Close-up sikit Jambatan Lize ni...
Beriadah waktu malam di tepi tasik.
Satu lagi pemandangan Jambatan Lize yang ingin diabadikan.
Sepatutnya dari sini, kami dibawa ke sebuah Vantage Point lain di mana kami akan dapat melihat pemandangan Sun And Moon Pagoda. Namun disebabkan jalan sangat sesak menuju ke sana malam itu, hasrat ini terpaksalah dilupakan. Jadi Francis membawa kami terus ke Tasik Mulong.

Cahaya-cahaya lampu dalam tasik ini adalah sebenarnya rakit-rakit Cormorant Fishing Show di Tasik Mulong.
Bas menunggu di tepi jalan.
Francis membawa kami menyeberang jalan untuk ke Vantage Point yang seterusnya ini. Memang mencabar nak melintas jalan di Guilin sebab ada terlalu banyak motorsikal di jalan raya. Tak seperti di Malaysia, enjin-enjin motorsikal ni senyap sebab semuanya memakai enjin elektrik. Tak sedar pun kalau motorsikal ni lalu dekat kita. Kebanyakan motorsikal juga tidak memasang lampu, walaupun di malam hari begini. Mungkin tak ada peraturan yang memaksa mereka berbuat begitu di sini agaknya.

Sukar nak melintas jalan di sini kerana ada banyak motorsikal di sini.
Pemandangan indah Tasik Mulong di malam hari. Bangunan di depan sana adalah sebuah hotel mewah.
Bot Four Lakes Two Rivers Cruise yang kami naiki pada pagi tadi. Kata Francis, bayaran untuk menaiki cruise ini di sebelah malam lebih mahal dari cruise di sebelah siang.
Mengambil gambar Tasik Mulong dari Vantage Point.
Selepas dah puas mengambil gambar, kami menyeberang jalan kembali ke sebelah sini pula. Pemandangan Tasik Mulong di sebelah sini juga sangat mengkagumkan. Kalau di sebelah sana tadi pemandangan Tasik Mulong berlatarbelakangkan kota Guilin, pemandangan Tasik Mulong di sebelah sini pula berlatarbelakangkan gunung.

Lega bila dah selamat menyeberang jalan semula ke sini.
Ini pemandangan Tasik Mulong di sebelah sini pulak.
Pemandangan Tasik Mulong di sebelah sini adalah berlatarbelakangkan gunung indah yang disinari cahaya lampu yang cantik.
Mulong Pagoda. Di belakang pagoda inilah letaknya Boat Lift yang kita lalui dalam Four Lakes Two Rivers Cruise pagi tadi.
Keindahan malam Guilin menyebabkan kami tak sedar yang jam telahpun menunjukkan pukul 10 malam ketika itu. Dah tiba masa untuk kami kembali ke hotel. Pagi esok masih ada agenda lawatan yang perlu diteruskan sebelum pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong di sebelah petang.

Meninggalkan Tasik Mulong.
Pemandangan malam di kota Guilin.
Tiba kembali ke Baigong Hotel.


Bersambung ke Bahagian 12...


CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):