Thursday 19 May 2016

2016 GUILIN BHG. 10 (Fubo Hill)

April 2016 

GUANGXI, CHINA
Guilin & Yangshuo 

Bahagian 10: Guilin (4)
FUBO HILL & RONG LAKE SCENIC WALK (1)

HARI KEEMPAT (2)

Part 31: Makan Tengahari Di Endian Halal Restaurant 

Seperti semalam, makan tengahari disediakan di Endian Halal Restaurant. Walau bagaimanapun, kami terperangkap dalam sedikit kesesakan lalu-lintas sewaktu menuju ke sana.

Traffic Jam menuju ke Endian Halal Restaurant.
Signboard jalan raya di Guilin
Sebuah pusat membeli-belah di Guilin.
Sungai Li.
Beberapa kereta buatan China boleh diperhatikan di jalan raya sewaktu terperangkap di dalam Traffic Jam.
Melayan anjing kesayangan.
Jalan besar berhampiran Endian Halal Restaurant
Lorong menuju ke Endian Halal Restaurant
Endian Halal Restaurant
Seperti juga semalam, kami menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Chongshan di sebelah Endian Halal Restaurant ini. Bila dah menunaikan kewajipan kepada Allah SWT, barulah kita lebih seronok berjalan-jalan. 

Part 32: Fubo Hill


Lawatan diteruskan ke Fubo Hill yang kami lalui sewaktu di dalam cruise Four Lakes Two Rivers tadi.

Menuju ke Fubo Hill
Satu tarikan pelancongan di Guilin yang tidak kami kunjungi.
Bangunan lama ini kini telah dijadikan sebuah Tea House.
Basikal untuk disewa di tepi tasik.
Pintu masuk ke Fubo Hill ditandakan dengan patung Jeneral Fubo. Dia adalah seorang jeneral perang Dinasti Han yang sangat terkenal.

Jeneral Fubo
Patung Jeneral Fubo dari arah yang lain.
Di depan patung Jeneral Fubo inilah buat pertama kali kami menemui peminta sedekah di Guilin.
Pintu masuk ke Fubo Hill.
Pemandangan dekat pejabat tiket.
Guilin City Map
Francis menguruskan pembelian tiket untuk kami.
Pemandangan ke arah luar dari pejabat tiket.
Jom kita masuk ke dalam.
Sebaik masuk ke dalam kawasan Fubo Hill, kami bertemu dengan sebuah Pokok Banyan. Pokok Banyan memang ada di mana-mana saja di Guilin kerana ia dianggap pokok bertuah berdasarkan kisah lagenda Liu Sanjie yang popular di sini.

Peta Fubo Hill
Pokok Banyan.
Peminat-peminat bunga dalam kumpulan kami memang sangat excited di Fubo Hill kerana di sini ada banyak bunga yang masih sedang berkembang. Kami sebenarnya tiba di Guilin pada penghujung musim bunga. Tak banyak bunga dapat diperhatikan sewaktu di sana ketika itu kerana musim panas dah menjelang. Menurut Francis, kalau anda nak menikmati keindahan musim bunga yang sebenar di Guilin, datanglah ke sini dalam bulan Mac.

Bunga yang masih berkembang mekar di Fubo Hill.
Signboard di Fubo Hill.
Burung Merak di Fubo Hill.
Kalau di Sri Lanka dulu, burung merak melambangkan persahabatan. Tak tahu apa cerita burung merak di sini.
Bunga-bungaan.
Menikmati keindahan bunga-bungaan.

THOUSAND MEN POT

Kami kemudian dibawa melawat sebuah periuk nasi besar yang dinamakan Thousand Men Pot di Fubo Hill ini. Di kemuncak Bukit Fubo ini dulu, ada dibina sebuah kuil dan periuk besar ini asalnya ditempatkan di sana. Kuil tersebut musnah sewaktu pendudukan tentera Jepun dan periuk besar dibawa ke kaki bukit untuk ditempatkan di sini.

Thousand Men Pot.
Mendengar Francis bercerita tentang Thousand Men Pot.
Periuk ini dibuat dari besi dan seberat 1,000 kg. Lebarnya 1.5 meter dan kedalamannya 0.8 meter. Menurut ceritanya, jika nasi dimasak penuh dalam periuk ini sebanyak 3 kali, ia boleh memberi makan 1,000 orang sehingga kenyang. Kerana itulah periuk ini dinamakan Thousand Men Pot.

Orang tempatan percaya kalau kita menyentuh bahagian dalam periuk ini, kita tak akan kelaparan selama-lamanya.
Pemandangan Sungai Li dari Thousand Men Pot.
Tempat rehat di kawasan Thousand Men Pot.
Gendang besar berhampiran Thousand Men Pot.
Bot persiaran diperhatikan dari Thousand Men Pot.
Tangga turun ke Sungai Li dari kawasan berhampiran Thousand Men Pot. Kata Francis, kita boleh berenang di Sungai LI dari sini.

PEARL-RETURNING CAVE

Guilin dikelilingi gunung karst dan terdapat banyak gua di sekitarnya. Salah sebuah gua yang popular untuk dikunjungi ialah Pearl-Returning Cave yang terdapat di Fubo Hill.

Pintu masuk ke Pearl-Returning Cave
Kena berhati-hati sikit sewaktu masuk ke dalam gua kerana silingnya agak rendah.
Ada banyak lagenda yang dikaitkan dengan Pearl-Returning Cave. Antara lagenda yang popular adalah di mana seorang lelaki menemui sebuah mutiara di gua ini yang sebenarnya milik Dragon King. Dragon King marah apabila mutiaranya hilang lalu mengamuk dan mengocak air Sungai Li sehingga berombak dan tidak selamat untuk menangkap ikan. Atas nasihat rakannya, lelaki tadi memulangkan mutiara tersebut dan Dragon King yang gembira mendapat mutiaranya kembali, berhenti mengamuk. Untuk memperingati peristiwa ini, penduduk tempatan menamakan gua ini sebagai Pearl-Returning Cave.

Pemandangan di dalam gua.
Penunjuk arah di dalam gua.
Menuju ke Thousand Buddha Cave

THOUSAND BUDDHA CAVE

Gua yang terletak di hujung Pearl-Returning Cave ini dinamakan Thousand Buddha Cave. Ia adalah sebuah bukaan gua yang menghadap ke Sungai Li. 

Thousand Buddha Cave.
Patung-patung Buddha di Thousand Buddha Cave.
Thousand Buddha Cave dinamakan sedemikian kerana ada banyak ukiran patung Buddha di sini. Bilangannya taklah sampai seribu. Perkataan "Thousand Buddha" yang digunakan pada gua ini cuma untuk menggambarkan betapa banyaknya patung Buddha di sini.

Antara ukiran patung Buddha yang terdapat di Thousand Buddha Cave.
Menurut Francis, ukiran Buddha di sini menggambarkan Past Buddha, Present Buddha dan Future Buddha.
Tempat rehat di Thousand Buddha Cave.
Gua ini sering dikunjungi para cendiakawan Buddha pada masa dahulu dan setiap cendiakawan akan mengabadikan tulisan seperti ini pada dinding gua ~ macam kita suka meninggalkan jejak di Facebook pada masa kini.
Mendengar Francis memberi penerangan tentang Thousand Buddha Cave.
Ukiran Tok Guru (kiri) dengan Anak Murid (kanan).
Penerangan tentang ilmu yang disampaikan Tok Guru kepada Anak Muridnya.

SWORD-TESTING ROCK

Ada sebuah formasi batuan unik di gua ini yang dinamakan Sword-Testing Rock. Batu ini tergantung dari bumbung gua dan bahagian bawahnya tergantung dengan rata, bagaikan dihiris. Benda-benda pelik begini di China dah pasti ada lagendanya yang tersendiri.

Sword-Testing Rock
Menurut lagendanya, batu ini tergantung begitu kerana dihiris oleh Jeneral Fubo untuk menguji ketajaman pedangnya. Ketika itu, Jeneral sedang berunding dengan musuhnya di sini. Namun perundingan gagal mencapai kata sepakat. Untuk menunjukkan kekuasaannya, Jeneral Fubo mengeluarkan pedang lalu menghiris batu tersebut untuk menakutkan musuhnya.

Dengan ketakutan, musuh Jeneral Fubo bertanya, "Sejauh mana anda mahu kami berudur?"
"Sejauh anak panah saya pergi", jawab Jeneral Fubo.
"Baiklah, kami setuju. Mari kami lihat sejauh mana anak panah tuan boleh pergi", kata musuh lagi. 

Jeneral Fubo melepaskan anak panah dari busurnya. Menurut ceritanya, anak panah melungsur jauh merentasi tiga buah bukit dan mendarat di kampung halaman musuh Jeneral Fubo sendiri... Begitulah hebatnya Jeneral Fubo!

Francis menunjukkan demonstrasi bagaimana Jeneral Fubo menghiris Sword-Testing Rock.
Kemudian kami diberikan Free Time untuk bergambar dan meninjau-ninjau kawasan sekitar. Kesempatan ini diambil oleh Myself dan Husband untuk meninjau Temple yang ada di tingkat atas gua.

Pintu masuk ke Temple.
Tangga naik ke Temple.
Satu lagi tangga!
Ada lagi tangga!
Kemudian kami sampai di sebuah platform semulajadi yang dinamakan Tingtao Pavilion (Listening To The Waves Pavilion) sebab konon katanya kita boleh mendengar deruan arus Sungai Li dari sini. Tak dengarlah pulak deruan arus yang dikatakan sewaktu kami berada di sini. Tapi pemandangan dari sini memang indah dan mengasyikkan.

Pemandangan dari Listening To The Waves Pavilion.
Pengail ikan di bawah Listening To The Waves Pavilion.
Mengintai patung Buddha dari celah batu di Listening To The Waves Pavilion.
Satu lagi pemandangan di Listening To The Waves Pavilion.
Patung Buddha dekat tangga turun.
Kami tak explore jauh ke dalam Temple ini sebab ia keihatan sangat besar dan jauh ke dalam. Selepas menghabiskan beberapa seketika masa di sana, kami turun kembali ke bawah.

Turun kembali ke Sword-Testing Rock.
Berjalan keluar dari Pearl-Returning Cave.
Pintu keluar dari Temple yang kami lawati tadi tu rupanya kat sini ~ dekat pintu keluar dari Pearl-Returning Cave.
Keluar dari gua

BIG BELL

Selepas keluar dari Pearl-Returning Cave, kami dibawa pula melawat Big Bell yang terletak di kaki Bukit Fubo. Loceng ini adalah sebuah loceng besar yang dibuat pada zaman Dinasti Qing. Loceng ini juga dikenali sebagai Princess Bell.

Big Bell
Seperti Thousand Men Pot tadi, loceng ini juga sebenarnya berasal dari Temple di atas bukit yang terbakar sewaktu pendudukan tentera Jepun. Ia sangat besar dan berat. Berat loceng ini adalah 2,324 kg. Dengan berat sebegitu, memang sukar nak menggantungnya kembali kepada mana-mana tempat yang baru.

Loceng ini sangat berat ~ 2,324 kg.
Pemandangan loceng dari sudut lain.
Ada banyak inskripsi pada loceng ini yang menjadi rujukan pakar-pakar sejarah yang mengkaji tentang Dinasti Qing.
Francis sedang bercerita tentang Big Bell.
Bukit di belakang Big Bell ini juga boleh didaki untuk melihat pemandangan indah di sekitar. Namun disebabkan hari hujan dan tangga naik ke atas sana sangat licin, kami dinasihatkan tidak naik ke sana.

Tangga naik ke atas bukit di belakang Big Bell.
Disebabkan hari hujan dan tangga ke atas sana licin dan curam, kami tidak naik ke sana.
Fubo Hill ni sebenarnya kecil, tapi sarat dengan tarikan. Memang puas berjalan ke sini. Jika sesiapa berkunjung ke Guilin, melawat ke tempat ini adalah sesuatu yang tidak seharusnya dilepaskan.

Berjalan keluar dari Fubo Hill.
Taman indah di Fubo Hill.
Pokok buluh di Fubo Hill.
Bunga-bungaan.
Menuju ke bas untuk lawatan seterusnya.

Part 33: Rong Lake Scenic Walk (1)

Francis seterusnya membawa kami bersiar-siar di sekitar Rong Lake yang terletak di tengah-tengah bandar Guilin. Rong Lake juga dikenali sebagai Banyan Lake kerana di sini terdapat sebuah pokok Banyan yang telah berusia hampir seribu tahun.

Tasik Rong berkembar dengan Tasik Shan. Di zaman Dinasti Ming dulu, kedua-dua tasik ini dikenali sebagai Yang Pool. Penyair China pada masa dahulu menggambarkan pemandangan di Tasik Rong dan Tasik Shan sebagai secantik lukisan dan seindah sutera.

Peta Rong Lake
Hujan gerimis turun sebentar-sebentar sewaktu kami bersiar-siar di sini.
Apple Tree Library
Pavilion berhampiran Apple Tree Library.

POETS' GAME 

Sebuah kolam air unik menarik perhatian kami di sini. Rupa-rupanya ia adalah satu kesan sejarah Guilin. Pada zaman pemerintahan Maharaja China dahulu, penyair-penyair akan duduk berkumpul di tepi kolam ini. Sebatang pena akan dihanyutkan dari hujung kolam dan penyair yang duduk di tempat di mana pena ini berhenti perlu menyairkan sajaknya untuk dinikmati oleh penyair-penyair yang lain.

Poets' Game
Tak jauh dari Poets' Game ini, ada Pejabat Pelancongan Guilin. Kami singgah ke dalamnya untuk mencari pamplet atau panduan tentang tempat-tempat menarik di Guilin ni dalam Bahasa Inggeris. Maklumlah, di Guilin ada banyak tempat menarik yang kami lawati tapi maklumat yang kami dapat sangat terhad kerana semua penerangan ditulis dalam Bahasa Cina.

Pejabat Pelancongan Guilin
Malangnya, pusat ini tidak mempunyai pamplet atau maklumat penerangan dalam Bahasa Inggeris. Ini sesuatu yang mengecewakan bagi kami. Kami juga hairan kenapa Pejabat Pelancongan Guilin ni tak menyediakan maklumat dalam Bahasa Inggeris sedangkan ramai pelancong asing berkunjung ke sini. Mungkin bilangan pelancong tempatan China ke sini jauh lebih ramai dari pelancong asing agaknya. Maklum sajalah, kan bilangan penduduk China kini dah mencecah 1.5 bilion. 

ANCIENT BANYAN SHADE

Kami kemudiannya ditunjukkan Pokok Banyan tua yang memberi nama kepada Tasik Rong. Usia pokok ini dah hampir mencecah 1,000 tahun. Kalau pokok ini boleh berkata-kata, mungkin banyak yang boleh diceritakannya kepada kita tentang apa yang telah disaksikan sepanjang usianya.

Ancient Banyan Shade
Nama rasmi pokok ini ialah Rong City Ancient Banyan Shade. Ia kini telah mencapai ketinggian 18.6 meter dan perimeter batang pokoknya 1.62 meter. Disebabkan usianya, ia telah bercabang-cabang dan kawasan teduhannya menjangkau 32 meter.

Pokok ini tak lagi mampu menampung berat cabang-cabangnya sendiri. Oleh yang demikian, pihak berkuasa tempatan terpaksa membantu menyediakan penyokong untuk menopang berat cabang-cabang pokok ini.

Kesian pokok ni... tak mampu ia nak menopang berat cabang-cabangnya sendiri.
Pemandangan berhampiran Ancient Banyan Shade.

ANCIENT SOUTH GATE

Ancient South Gate yang juga terletak tidak jauh dari Ancient Banyan Shade adalah sebuah lagi tarikan di Tasik Rong. Ia adalah peninggalan kota lama Guilin yang pernah berdiri di sini satu ketika dahulu.

Bangunan di kota lama Guilin yang masih tinggal.
Pintu masuk ke bangunan.
Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Guilin dikelilingi tembok kota dan mempunyai beberapa pintu untuk masuk ke dalamnya. Ancient South Gate ini adalah pintu masuk di sebelah selatan.

Ancient South Gate
Satu lagi pemandangan Ancient South Gate.
Gerai menyewa pakaian tradisional China untuk bergambar.
Ancient Banyan Twin Bridges berhampiran Ancient South Gate.
Pemandangan dekat pintu Ancient South Gate yang dibuat dari besi.
Tembok batu Ancient South Gate
Batu Bersurat dekat Ancient South Gate.


Bersambung ke Bahagian 11...


CATATAN PERJALANAN GUILIN & YANGSHUO (2016):