Sunday 20 December 2015

2015 WESTERN EUROPE BHG. 16 (Frankfurt)

November 2015

WESTERN EUROPE
England (2nd Visit), France, Belgium, Netherlands, Germany & Switzerland
(GERMANY: Cologne, Frankfurt & Black Forest)

Bahagian 16: Germany (3)
COLOGNE & FRANKFURT

HARI KEENAM (3)

Part 50: Istanbul Döner Restaurant

Selepas melawat ke Cologne Cathedral, kami makan tengahari di sebuah restoran Turki berhampiran yang bernama Istanbul Döner Restaurant. 

Istanbul Döner Restaurant di Cologne.
Kalau dah restoran Turki tu, memang beginilah pemandangannya dari luar.
Pemandangan di dalam restoran.
Sebaik masuk ke dalamnya, kami terpandangkan Lahmacun di menu masakannya. Kami terus memesan hidangan Lahmacun ini kerana teringatkan keenakan Lamahcun (makanan seperti Pizza) yang pernah kami cuba sewaktu di Istanbul dulu.

Dah lamanya tak makan Lamahcun...
Selain kumpulan kami, ada juga sekumpulan pelancong berketurunan Cina dari Malaysia yang turut makan di restoran ini tapi tak adalah gambar mereka di sini.
Selepas makan, kami berjalan menuju ke tempat menunggu bas yang ditetapkan. Ada beberapa buah kedai milik orang Turki yang kami lalui dalam perjalanan ke sana. Sebagaimana orang Asia Selatan dari India dan Pakistan membentuk kumpulan imigran terbesar di Britain, orang Turki pula membentuk kumpulan imigran terbesar di Germany.

Kesian Gelandangan ini terpaksa tidur di tepi jalan dalam cuaca yang sejuk begini.
Membawa anjing bersiar-siar begini adalah pemandangan yang biasa ditemui di Eropah.
Pemandangan kota Cologne dari depan Istanbul Döner Restaurant.
Bergambar di kota Cologne.
Kedai souvenir milik Orang Turki di Cologne.
Di sinilah kami menunggu bas untuk meneruskan perjalanan ke Frankfurt.
Kedai souvenir ini terletak di depan tempat kami menunggu bas. Mesti ramai pelancong dari Negara China yang berkunjung ke kedai ini kerana ada tulisan Cina di luarnya.

Part 51: Perjalanan Ke Frankfurt

Kami meninggalkan Cologne tepat pada pukul 2.00 petang. Suhu di luar ketika itu 8'C.  Dalam perjalanan keluar dari kota, kami melintasi Sungai Rhine yang membelah kota Cologne.  

Sungai Rhine membelah kota Cologne kepada dua bahagian.
Sungai Rhine besar dan dalam sehingga bot-bot begini boleh berlabuh di sini.
Ada banyak bangunan moden yang dibina di tebing Sungai Rhine.
Jambatan Hohenzollernbrücke yang merentangi Sungai Rhine.
Punca Sungai Rhine ini terletak di negara Switzerland.
Auf Wiedersehen, Cologne! Semoga kita berjumpa lagi...
Dari Cologne, bas memasuki lebuhraya menuju ke Frankfurt.

Masuk semula ke lebuhraya.
Lebuhraya tiga lorong di Jerman.
Keindahan negara Germany memang tak dapat dinafikan.
Pemandangan yang macam dalam Fairy Tale.
Eihh, Salji tu!
Pengalaman istimewa dalam perjalanan dari Cologne menuju ke Frankfurt adalah melihat salji yang turun di tepi jalan. Memang rezeki kami nak melihat salji di sini sebab selalunya salji tak turun lagi masa lewat November seperti begini. Pada kebiasaannya, salji hanya akan turun dalam bulan Disember berhampiran waktu Krismas.

Papan tanda menunjukkan nama bandar di Germany.
Excitednya nampak salji begini.
Macam biasa, bas membuat persinggahan di R&R setiap 2 jam perjalanan. Persinggahan kali ini memang dinanti-nanti oleh kumpulan kami kerana ada yang ingin nak memegang salji buat pertama kali.

Perhentian R&R yang bersalji.
Salji ini baru saja turun dari langit.
Ada Burger King kat dalam sana.
Pintu masuk ke R&R.
Ada sebuah balkoni yang dibina di belakang restoran Burger King di R&R ini. Dari sana, kita dapat melihat pemandangan indah sebuah perkampungan Jerman yang diselaputi salji yang baru turun.

Restoran Burger King di R&R.
Selain Burger King, ada juga sebuah restoran lain di sini.
Pemandangan di dalam restoran.
Makanan yang dijual.
Restoran di Germany memang sangat bersih.
Video Game pun ada untuk melepaskan lelah memandu.
Ini bukanlah kali pertama Myself melihat salji. Myself pernah melihat pemandangan bersalji di Korea Selatan dan India sebelum ini. Namun, pemandangan salji yang turun di Germany ini Myself rasa jauh lebih cantik berbanding di Korea dan India. 

Terharu sangat rasa di dalam hati bila Allah mengizinkan kami sampai ke sini. Sebelum ini, memang Myself tak pernah bermimpi nak sampai ke Eropah. Bagi Myself, Eropah ini sangat jauh dan takkan terjejak kaki ini ke sini kerana kosnya juga di luar jangkauan.

Ketika itu Myself terfikir, kalau Myself sampai ke Eropah sekalipun mungkin setakat London dan Paris sahaja seperti yang selalu dikunjungi oleh ramai rakyat Malaysia. Memang tak pernah bermimpi langsung yang diri ini akan ditakdirkan sampai ke Netherlands, Belgium, Germany dan Switzerland.

Pemandangan yang bagaikan mimpi di siang hari.
Tak terucap dengan kata-kata bila melihat pemandangan begini.
Sewaktu kecil dulu, Myself hanya melihat pemandangan seperti ini di dalam kalendar sahaja. Tak sangka dapat juga melihat sendiri pemandangan indah ini setelah dewasa.
Satu lagi pemandangan yang tak terungkap dengan kata-kata.
Pemandu bas kami, Ulrich.
Salji dan rumput hijau.
Perjalanan ke Frankfurt masih jauh. Walau mata mula mengantuk, Myself sedaya upaya cuba menahan diri dari tertidur kerana tak mahu miss pemandangan musim dingin yang indah di bahagian barat negara Germany yang sedang kami lalui ini.

Arah ke Frankfurt am Main.
Meninggalkan R&R.
Padang salji dan perkampungan di pergunungan.
Masih ada sedikit kehijauan di sini.
Sebuah lagi perhentian R&R, tetapi kami tak berhenti di sini.
Salji kurang sikit di sini kerana kami telah menuruni kawasan pergunungan.
Pemandangan indah lagi...
Kabus dah mula meliputi lebuhraya.
Kamera trafik di lebuhraya.
Jerman adalah sebuah negara tua yang banyak kesan sejarah. Di sana sini di negara ini, ada istana dan kota-kota lama yang masih terpelihara rapi. Salah sebuah di antaranya dapat kami lihat dari lebuhraya sewaktu melalui sebuah bandar yang bernama Montabaur.

Kata signboard ini ada Schloss Montabaur (Istana Montabaur) di sini.
Inilah Istana Montabaur yang dilihat dari lebuhraya.
Bandar Montabaur ini juga nampaknya mempunyai sebuah Fashion Outlet yang popular.
Semakin mendekati Frankfurt, hari juga semakin gelap kerana mentari dah mula terbenam. Kita kini disajikan pula dengan pemandangan indah matahari terbenam di sebalik padang dan gunung yang bersalji.

Mentari terbenam di sebalik gunung dan padang salji.
Masih ada kehijauan di sini.
Frankfurt masih 57 km dari sini.
Hari dah mula gelap walau jam menunjukkan pukul 5 petang ketika ini.
Pantulan salji memutih yang contrast dengan kegelapan malam.
Lebuhraya mendaki gunung.
Arah ke depan untuk ke Frankfurt.

Part 52: Pemandangan Malam di Frankfurt

Kami tiba di Frankfurt pada pukul 5.30 petang tetapi suasana di sekeliling bagaikan dah pukul 8.00 malam di Malaysia.

Tiba di kota Frankfurt.
Frankfurt am Main adalah bandaraya yang kelima terbesar di Germany. Ia juga adalah sebuah pusat kewangan utama dunia kerana di kota inilah letaknya European Central Bank yang bertanggungjawab mengeluarkan matawang Euro yang digunapakai di 16 negara Eropah pada hari ini.

Pusat Persidangan Frankfurt Messe yang terletak di tengah bandaraya Frankfurt.
Pemandangan dekat bangunan Frankfurt Messe dipandang dari atas bas.
Kesesakan di bandar Frankfurt.
Ada banyak bangunan pencakar langit moden diperhatikan di Frankfurt. Oleh kerana bandaraya ini adalah sebuah pusat kewangan, kebanyakan bangunan tinggi ini dimiliki oleh bank-bank perdagangan.

Pemandangan malam di pusat bandar Frankfurt.
Salah sebuah kawasan komersil kota Frankfurt yang dilalui.
Ketika ini bandaraya Frankfurt kurang sesak kerana mungkin ramai penduduknya yang bekerja telah pulang ke rumah.
Kebanyakan bangunan pencakar langit di pusat bandar Frankfurt dimiliki oleh bank-bank perdagangan.

Part 53: Central Grill Restaurant

Tiba di Frankfurt, kami terus dibawa makan malam di sebuah restoran bernama Central Grill yang terletak di pusat bandar. Bas menurunkan kami di sebuah tempat dan kami terpaksa berjalan sedikit menuju ke restoran.

Di sinilah bas menurunkan kami untuk makan malam.
Berjalan menuju ke restoran.
Restoran Central Grill di Frankfurt.
Menyediakan makanan untuk sajian.
Pemandangan di dalam restoran Central Grill.
Masakan Turki yang dihidangkan di Restoran Central Grill.
Selepas makan, kami berjalan semula mendapatkan bas. Memang jelas sekali yang kawasan ini adalah kawasan orang Turki. Hanya nama jalan saja rasanya yang ditulis dalam sepenuhnya dalam Bahasa Jerman. Papan tanda di kedai-kedai sekitar semuanya ada tulisan dalam Bahasa Turki selain dari Bahasa Jerman.

Pemandangan di hadapan Restoran Central Grill.
Tram di kota Frankfurt.
Banyak perniagaan di kawasan ini dimiliki oleh Orang Turki.
Kedai buku Turki.
Kembali ke tempat menunggu bas.

Part 54: Novotel Frankfurt City

Hotel penginapan kami di Frankfurt ialah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang bernama Novotel Frankfurt City. Disebabkan kita tiba di sana dalam kepekatan malam, tak nampak suasana di sekitar hotel ketika itu.

Novotel Frankfurt City
Pintu masuk ke Novotel Frankfurt City.
Signboard hotel Novotel.
Pemandangan di lobi hotel.
Kaunter pendaftaran Novotel.
Bilik penginapan kami.
Sabun yang dibuat dari minyak Avocado dari Kenya.
Syampu yang dibuat dari tebu Mauritius dan Body Lotion yang dibuat dari Brazil Nut Oil yang diimport dari Bolivia.
Selamat Malam, Frankfurt! Kita jumpa lagi esok...


Bersambung ke Bhg. 17 ...


CATATAN PERJALANAN WESTERN EUROPE (2015):