Sunday 29 June 2014

2014 BALI 2nd VISIT BHG. 03 (Tanah Lot & Devdan Show)

Jun 2014 

BALI, INDONESIA (2nd Visit) 

Bahagian 3: TANAH LOT, DANAU BERATAN & DEVDAN SHOW 

HARI KETIGA

Part 16: Sekitar Best Western Hotel, Kuta Beach 

Program Hari Ketiga dimulakan lewat berbanding semalam. Jadi, pada Hari Ketiga sebelum memulakan program lawatan, kami bersiar-siar di sekitar hotel.

Lobi lif di Hotel Best Western, Kuta Beach
Restoran Sarapan Pagi di Hotel Best Western, Kuta Beach
Ruang makan di bahagian luar restoran. Kami sering bersarapan di sini.
Kolam renang di Hotel Best Western, Kuta Beach terletak di bumbung bangunan.
Pemandangan rumah-rumah penginapan murah (dipanggil Losmen) di sekitar Hotel Best Western dari kolam renang
Pemandangan Kuta Beach dan Ngurah Rai Airport dari kolam renang hotel.
Lobi Hotel Best Western
Pemandangan di hadapan Hotel Best Western, Kuta Beach
Hotel Best Western Kuta ini terletak agak tersorok dari Jalan Kuta. Lorong masuk ke hotel ini agak sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan sahaja pada satu-satu masa.

Jalan utama Kuta berdekatan hotel kami. Pantai Kuta terletak di seberang jalan dari tempat Husband berdiri.
Lorong masuk ke Hotel Best Western Kuta Beach terletak di belakang signboard Legian Clinic di dalam gambar ini.
Farmasi dan Convenience Store di lorong masuk ke hotel.
Lorong masuk ke Hotel Best Western, Kuta Beach sempit dan hanya boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja pada satu-satu masa.
Kita sentiasa dapat melihat pelancong-pelancong Barat di lorong sempit ini kerana mereka tingggal di rumah-rumah penginapan murah (Losmen) yang banyak terdapat di lorong ini.
Mural di lorong menuju ke Hotel Best Western, Kuta Beach
Kedai menyewa peralatan Surfing di lorong menuju Best Western Hotel
Papan-papan luncur (surfboard) untuk disewa
Cangkuk yang diletakkan di tepi motorsikal ini bertujuan untuk meletakkan surfboard.
Restoran Halal berhampiran Best Western Hotel, Kuta Beach

Part 17: Domba Coffee

Selain tanaman padi, kopi adalah komoditi utama di Bali. Untuk memperkenalkan kopi Bali kepada kami, Pak Wayan telah membawa kami singgah di Domba Coffee.

Domba Coffee adalah sebuah perusahaan kopi. Domba Coffee yang kami lawati tidak terletak di dalam ladang kopi. Ia sebaliknya terletak di Kuta. Ladang Domba Coffee terletak berhampiran Tanah Lot dan biji-biji kopi dari ladang tersebut dibawa ke perusahaan ini untuk diproses.

Domba Coffee
Kaunter reception di Domba Coffee
Di Domba Coffee, kami disambut oleh seorang petugas di sini yang bernama Andi. Beliau menerangkan kepada kami proses penghasilan kopi Bali yang diusahakan oleh Domba Coffee.

Proses penghasilan Domba Coffee.
Pekerja- pekerja sedang mengasingkan biji kopi.
Mesin pengisar kopi
Pekerja-pekerja sedang membungkus serbuk kopi untuk jualan.
Di sinilah kami mempelajari tentang apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan Kopi Jantan dan Kopi Betina. Kopi Jantan adalah biji kopi yang tidak terbelah manakala Kopi Betina pula adalah biji kopi yang sedia terbelah bila diasingkan dari buah kopi.

Kopi Jantan adalah biji kopi yang tidak terbelah manakala biji kopi yang terbelah dipanggil Kopi Betina.
Kopi Jantan kurang mengandungi Caffeine berbanding Kopi Betina. Kerana itulah harganya lebih mahal di pasaran.

Kami dipelawa untuk membuat "Coffee Tasting" di sini. Walaupun, kami berdua bukan penggemar kopi, keenakan Kopi Jantan yang dirasai di sini cukup mengujakan kami sehingga membeli beberapa bungkusan kopi untuk dibawa balik ke Malaysia.

Coffee Tasting di Domba Coffee
Kopi Jantan yang begitu sedap ini telah diberikan kepada kami sewaktu Coffee Tasting sehingga tergoda kami untuk membelinya.
Biji-biji Kopi Jantan yang kami beli sedang dikisar untuk dijadikan serbuk sebelum dibungkus semula untuk kami.
Ringgit Malaysia juga diterima sewaktu membeli kopi di sini.
Indonesia terkenal dengan penghasilan Kopi Luwak yang dikatakan biji kopi termahal di dunia. Kopi Luwak berasal dari biji kopi yang diambil dari sisa kotoran musang luwak. Musang Luwak dikatakan pandai memilih biji kopi yang matang untuk dimakan. Namun begitu, haiwan ini hanya memakan isi buah kopi sahaja dan biji kopi yang tidak dicernakan dikeluarkan kembali bersama najis mereka. Biji kopi ini dikutip dan diproses menjadi Kopi Luwak. 

Kami diberitahu Musang Luwak hidup liar di Sumatera, Jawa dan Kalimantan sahaja. Pulau Bali bukan habitat semulajadi mereka. Beberapa perusahaan kopi di Bali turut menghasilkan Kopi Luwak di mana musang-musang luwak ini dibela dan dibiarkan kelaparan selama beberapa hari sebelum diberi makan buah kopi. Biji-biji kopi akan dikutip dari najis haiwan ini dan diproses menjadi Kopi Luwak.

Domba Coffee tidak membela musang Luwak. Sebaliknya Kopi Luwak yang dihasilkan oleh Domba Coffee dikutip dari Musang Luwak yang hidup liar di Sumatera, Jawa dan Kalimantan. Oleh kerana Kopi Luwak Domba Coffee datang dari musang liar, ia mengambil masa yang sangat panjang untuk dihasilkan.

Kopi Luwak juga dihasilkan oleh Domba Coffee. Namun ia berbeza dengan kopi-kopi luwak yang lain di Bali kerana ia dihasilkan dari musang-musang Luwak yang hidup liar di hutan.
Balang-balang ini mengandungi Kopi Luwak Domba Coffee yang dihasilkan dari Musang Luwak yang hidup liar di hutan. Setiap balang ini mengandungi 5kg Kopi Luwak dan 4 balang Kopi Luwak ini mengambil masa 7 tahun untuk dikumpulkan. Patutlah harganya mahal sekali!
Ruang jualan hasil kopi dan barang-barang cenderamata di Domba Coffee.
Bersama Andi, petugas Domba Coffee yang begitu mesra melayan kami.
Sewaktu meninggalkan Domba Coffee kami terserempak dengan sekumpulan pelajar sekolah rendah Islam di sebelah perusahaan ini yang sedang berlatih bermain alat muzik. Mereka cukup sporting dan seronok bila diminta bergambar oleh Husband, lebih-lebih lagi bila mereka mengetahui yang kami datang dari Malaysia.

Murid-murid sekolah rendah Islam di sebelah Domba Coffee yang sedang berlatih bermain alat muzik bersama guru mereka.
Begitu sporting bila diminta bergambar

Part 18: Tanah Lot

Lawatan seterusnya adalah ke Tanah Lot. Dalam perjalanan ke sana, kami melihat banyak pemandangan sawah padi.

Pemandangan sawah padi dalam perjalanan ke Tanah Lot
Lagi pemandangan sawah padi dalam perjalanan ke Tanah Lot
Tanah Lot bermaksud "Tanah Di Laut". Ia adalah salah sebuah tarikan pelancong utama di Bali. Kami pernah berkunjung ke sini sewaktu kunjungan pertama ke Bali pada tahun 2008 dulu. Namun kenangan keindahan Tanah Lot menggamit kami untuk kembali ke sini lagi.

Pintu masuk kenderaan ke Tanah Lot
Pintu masuk sebenar ke Objek Wisata Tanah Lot masih dihiasi dengan Penjor yang menarik sempena Hari Raya Galungan.
Pemandangan selepas melepasi pintu masuk.
Selain Pura Tanah Lot sendiri, terdapat beberapa buah pura kecil di sini yang setiap satunya juga mempunyai pemandangan yang indah. Bagi memulakan lawatan ke Tanah Lot, Pak Wayan membawa kami ke Pura Batu Bolong.

Pura Batu Bolong terletak di atas sebuah batu besar yang berlubang di bawahnya, kesan dari hakisan laut.
Pintu masuk ke Pura Batu Bolong
Laluan masuk ke Pura Batu Bolong yang terletak di atas batu yang berlubang.
Ombak yang bergulung di belakang Pura Batu Bolong.
Bergambar di Pura Batu Bolong
Pelancong-pelancong yang berkunjung ke Pura Batu Bolong
Selepas Pura Batu Bolong, Pak Wayan membawa kami ke Pura Enjung Galuh pula.

Beberapa Pura yang terdapat di Tanah Lot
Seperti Pura Batu Bolong, Pura Enjung Galuh juga dibina di atas sebuah tanjung batu yang mengunjur ke laut.
Inilah pemandangan Pura Tanah Lot yang sebenar dilihat dari Pura Enjung Galuh.
Lokasi ini menjadi tempat rebutan pengunjung-pengunjung ke sini untuk bergambar kerana pemandangan indah di belakangnya.
Ombak kuat menghempas tebing di mana Pura Enjung Galuh didirikan.
Seronok melihat pelbagai aksi pengunjung-pengunjung ke sini bergambar dengan ombak yang menghempas.
Laluan pejalan kaki yang mengelilingi Pura Enjung Galuh.
Pura Tanah Lot yang sebenarnya merupakan pura laut tempat pemujaan dewa-dewa penjaga laut. 

Pintu masuk ke Pura Tanah Lot yang sebenar.
Amaran air pasang di Pura Tanah Lot
Bergambar dengan ombak besar di Pura Tanah Lot
Menurut lagenda, pura ini dibangun oleh seorang pendeta Hindu bernama Danghyang Nirartha yang mengembara dari Jawa. Kehadiran beliau menyebabkan penguasa Tanah Lot yang bernama Bendesa Beraben iri hati karena para pengikutnya mulai meninggalkan beliau dan mengikuti Danghyang Nirartha. Bendesa Beraben kemudiannya menyuruh Danghyang Nirartha meninggalkan Tanah Lot. Danghyang Nirartha menurut permintaan itu dan sebelum meninggalkan Tanah Lot, beliau dengan kekuatannya memindahkan Bongkahan Batu ke tengah pantai dan membangunkan pura di sana.

Pura yang dibangunkan oleh Danghyang Nirartha di Tanah Lot.
Ombak kuat di belakang Pura Tanah Lot
Pura di atas batu ini hanya boleh dimasuki oleh para pendeta
Para pengunjung yang sedang beratur untuk mendapatkan restu dari pendeta di dalam gua.
Air yang sedang pasang menyebabkan bongkah batu yang menempatkan Pura Tanah Lot menjadi pulau kecil yang terpisah dari tanah besar.
Selepas membangunkan Pura Tanah Lot, Danghyang Nirartha mengubah selendangnya menjadi ular penjaga pura.

Gua yang menempatkan Ular Suci yang dikatakan berasal dari selendang Danghyang Nirartha.
Semakin lama, pukulan ombak semakin kuat di Tanah Lot kerana air sedang pasang.
Beraksi dengan ombak
Kedai cenderamata di Tanah Lot

Part 19: Bedugul

Dari Tanah Lot yang terletak di tepi laut, kami dibawa pula ke Bedugul yang terletak di kawasan pergunungan. Dalam perjalanan ke sana kami bertemu dengan sebuah perarakan keagamaan yang sedang berlangsung di sebuah kampung.

Perarakan keagamaan dalam perjalanan ke Bedugul
Walaupun Pulau Bali dianggap sebuah pulau yang kecil, saiz sebenarnya adalah 2 kali ganda Pulau Pinang. Di pulau ini terdapat 3 buah gunung berapi: Gunung Agung, Gunung Batur dan Gunung Batukaru. Bedugul terletak di kawasan Gunung Batukaru yang merupakan gunung berapi yang paling rendah di antara ketiga-tiga gunung tersebut. Gunung Batukaru ini telah lama tidak aktif.

Banyak restoran yang menjual Babi Guling ditemui dalam perjalanan.
Kami singgah di Restoran Pacung untuk makan tengahari. Restoran ini terletak di Bedugul, menghadap teres padi yang indah. Makanan yang dihidangkan adalah makanan tempatan dan dihidang secara buffet.

Restoran Pacung
Bersolat di Musholla Restoran Pacung sebelum makan tengahari.
Pemandangan sawah padi Bedugul dari Restoran Pacung
Lagi pemandangan teres padi Bedugul dari Restoran Pacung
Pemandangan di Restoran Pacung
Makan tengahari disediakan secara buffet di Restoran Pacung

Part 20: Danau Bratan 

Tarikan utama pelancong di Bedugul ialah Pura Ulun Danu yang terletak di atas Tasik Bratan. Pura ini didirikan untuk menghormati Dewi Danu.

Pintu masuk ke tempat letak kereta Pura Ulun Danu
Pintu masuk ke Pura Ulun Danu
Landskap indah di Pura Ulun Danu
Sewaktu kami berkunjung ke sini pada tahun 2008 dulu, ada satu upacara keagamaan sedang diadakan di sini. Dalam kunjungan kali ini walau bagaimanapun, ia kelihatan sepi sekali.

Sewaktu kami ke sini dulu, ada upacara keagamaan diadakan di sini.
Dewan keramaian di Ulun Danu
Patung Raja Ular penjaga pura
Binaan yang dibina menjulang tinggi ini dinamakan Meru
Pintu masuk ke ruang sembahyang Pura Ulun Danu.
Bahagian pura yang terletak di atas tasik ini hanya boleh dimasuki oleh pendeta-pendeta Hindu. Orang awam hanya boleh bersembahyang di pura yang terletak di darat.
Lagi pemandangan landskap indah di Pura Ulun Danu
Pokok Bunga Trumpet di Pura Ulun Danu
Pemandangan dekat Bunga Trumpet di Pura Ulun Danu. Kami diberitahu bunga ini sebenarnya beracun.
Kedai-kedai cenderamata di Pura Ulun Danu
Walaupun majoriti penduduk Bali beragama Hindu, toleransi antara agama sangat tinggi di Bali. Tidak jauh dari Pura Ulun Danu, terdapat sebuah masjid yang agak besar. Malah kami diberitahu, sebahagian besar penduduk di sekitar Ulun Danu juga beragama Islam.

Masjid Bratan seperti yang dilihat dari Ulun Danu.
Pasar Candikuning berhampiran Pura Ulun Danu. Sebahagian besar penjual di pasar ini juga beragama Islam.

Part 21: Golden Palace Restaurant 

Acara utama pada hari ketiga adalah menonton persembahan Devdan Show di Nusa Dua. Disebabkan kedudukan Nusa Dua yang agak jauh dari sini, kami terpaksa meninggalkan Bedugul pada pukul 3.00 petang.

Oleh kerana persembahan dimulakan pada pukul 7.00 malam, kami dinner awal pada hari tersebut. Dinner disediakan di sebuah restoran Cina bernama Golden Palace Restaurant di Kuta. Pak Wayan memberi jaminan kepada kami yang makanan yang disediakan adalah Halal.

Papan tanda Golden Palace Restaurant
Golden Palace Restaurant
Hiasan dalaman yang menarik di Golden Palace Restaurant
Ikan berenang di dalam kolam hiasan di Golden Palace Restaurant
Pemandangan di dalam restoran
Sebahagian besar makanan yang dihidangkan adalah seafood tetapi masakannya kurang kena dengan selera kami.

Part 22: Devdan Show 

Perjalanan Hari Ketiga diakhiri dengan menonton persembahan Devdan Show di Nusa Dua. Nusa Dua yang terletak berhampiran Tanjung Benoa yang pernah kami lawati dalam kunjungan dahulu adalah sebuah kawasan resort eksklusif di Bali. Banyak hotel bertaraf lima bintang bertumpu di kawasan ini. Jadi tidak hairanlah sekuriti di kawasan ini sangat ketat sekali.

Pemandangan di Nusa Dua. Banyak resort mewah bertaraf 5 bintang bertumpu di kawasan ini.
Kawasan Nusa Dua sangat cantik dan terjaga.
Oleh kerana kami tiba awal, dapat jugalah kami menikmati pemandangan di kawasan mewah ini. Nusa Dua juga turut mempunyai sebuah Premium Outlet yang bernama Bali Collection.

Sogo yang terdapat di Bali Collection, Nusa Dua

DEVDAN SHOW 

Devdan Show adalah sebuah persembahan yang sangat menarik di Bali Nusa Dua Theatre. Ia merupakan persembahan kebudayaan dari seluruh Indonesia yang diselang-seli dengan persembahan tarian moden.Tak ramai pelancong yang datang menyaksikan persembahan ini kerana ia terletak di Nusa Dua yang sangat eksklusif dan tiket persembahan ini mahal sekali. 

Kami mendapat tahu mengenai persembahan ini menerusi internet. Dari maklumat yang kami dapati sewaktu berada di theater ini, Devdan Show (seperti juga Garuda Wisnu Kencana yang kami lawati pada Hari Pertama) adalah tarikan pelancongan baru di Bali dan ia hanya dimulakan dua tahun dahulu.

Bali Nusa Dua Theatre di mana persembahan Devdan diadakan.
Kenangan di Bali Nusa Dua Theatre
Kaunter tiket Devdan Show
Tiket masuk ke Devdan Show
Bersiar-siar di luar theater sebelum persembahan dimulakan
Pemandangan di sekitar Bali Nusa Dua Theatre.
Oleh kerana ketika itu bukan hari minggu, theater persembahan Devdan agak kosong. Sebahagian besar penonton malam itu adalah kumpulan 140 orang pekerja perusahaan Nestle dari Bandung yang membuat Company Trip ke Bali.

Papan tanda di luar Bali Nusa Dua Theatre yang mengalu-alukan kedatangan pekerja Nestle Group ke Devdan Show.
Ibu-ibu dari perusahaan Nestle sedang beratur untuk masuk ke dalam theater
Penonton mula masuk ke theater untuk menonton persembahan.
Menunggu persembahan dimulakan. Banyak kerusi kosong sewaktu persembahan ini, mungkin kerana ia bukan hujung minggu.
Pemandangan pentas persembahan
Bagi Myself, persembahan Devdan sangat hebat, menarik dan setanding dengan persembahan The Romance of Song Dynasty yang pernah disaksikan sewaktu berkunjung ke Shanghai dahulu.

Poster pertunjukan Devdan
Penerangan mengenai Devdan Show
Devdan Show membawa kita mengenali kebudayaan Indonesia bermula dari Pulau Bali dan seterusnya bergerak ke Sumatera, Jawa, Kalimantan dan Irian Jaya. Tarian-tarian yang dipersembahkan telah dimodenkan tetapi digarap dengan begitu baik bagi mengekalkan ciri-ciri budaya yang hendak dipersembahkan. Special Effects yang hebat dan menarik juga banyak digunakan dalam persembahan ini.

Fotografi tak dibenarkan dalam persembahan ini. Jadi untuk mengabadikan kenangan, kami membeli CD gambar-gambar persembahan yang sebahagiannya Myself pertunjukkan di sini.

Persembahan dimulakan dengan kebudayaan Bali
Tarian Kecak dari Bali
Persembahan kebudayaan dari Sumatera yang banyak pengaruh Islam di dalamnya.
Kebudayaan Jawa banyak pengaruh agama Hindu
Persembahan kebudayaan dari Pulau Jawa
Permainan wayang kulit dari kebudayaan Jawa
Tarian Air dari Kalimantan
Tarian Jala, juga dari Kalimantan
Segmen tarian moden yang dipersembahkan dalam Devdan Show agak seksi dan kalau di Malaysia, mungkin tak boleh buat persembahan begini.
Persembahan dari Irian Jaya yang membentuk sebahagian dari pulau Papua.
Pesembahan dari Irian Jaya


Bersambung Ke Hari-4...


CATATAN PERJALANAN BALI 2nd VISIT (2014):