MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN, ISTANA NURUL IMAN, THE MALL & PASAR MALAM GADONG
HARI KEDUA (6)
Part 16: Masjid Omar Ali Saifuddien
Masjid Omar Ali Saifuddien ialah sebuah masjid yang cantik di Bandar Seri Begawan, ibu negara Brunei. Ia juga adalah masjid moden yang pertama didirikan di Brunei dan menjadi sebuah mercu tanda Brunei.
|
Masjid Omar Ali Saifuddien |
|
Menara jam di tepi pagar masjid yang kubahnya disalut dengan kepingan emas. |
|
Pemandangan dekat kubah yang disalut dengan kepingan emas. |
|
Pintu masuk ke dalam masjid |
|
Plak peringatan pembukaan masjid |
Masjid ini dibina pada tahun 1958 dan dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28, Sultan Omar Ali Saifuddien III yang juga merupakan bapa kepada Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah sekarang.
|
Pemandangan ke dalam perkarangan masjid |
|
Landskap di kawasan masjid |
|
Lagoon buatan di depan masjid |
Masjid ini dibina di dalam sebuah lagoon buatan di tepi Sungai Brunei. Ia dibuat dari marmar dan kubahnya bersalut emas.
|
Kubah masjid yang bersalut emas |
|
Ada larangan menangkap gambar di dalam masjid, jadi kita zoom saja pemandangan dalam masjid dari luar. |
|
Tiang di perkarangan luar masjid |
|
Siling di perkarangan luar masjid |
Di depan masjid ini ada sebuah barge yang diperbuat dari batu. Barge ini dibina kemudian pada tahun 1967 bagi meraikan ulang tahun ke-1,400 Nuzul Quran. Ia digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
|
Pemandangan barge dari depan masjid |
|
Laluan ke jambatan menuju ke barge. |
|
Jambatan menuju ke barge |
|
Pemandangan dari jambatan menuju ke barge. |
|
Gerbang ucapan selamat untuk Sultan Brunei |
|
Pemandangan bangunan masjid dari atas barge. |
Part 17: Istana Nurul Iman
Lawatan seterusnya ialah ke kediaman rasmi Sultan Brunei yang dinamakan Istana Nurul Iman.
|
Perkarangan Istana Nurul Iman |
|
Balai Penghadapan berhampiran istana |
Istana Nurul Iman tercatat di dalam Guinness Book of World Records sebagai kediaman terbesar di dunia. Istana ini yang mempunyai 1,700 buah bilik jauh lebih besar dari Palace of Versailles di Paris dan Buckingham Palace di England.
|
Pintu masuk rasmi ke Istana Nurul Iman |
|
Pemandangan dekat pintu pagar istana |
|
Semua pengunjung akan bergambar di sini untuk membuktikan mereka dah sampai ke Istana Nurul Iman |
Istana ini hanya dibuka kepada pengunjung selama 3 hari sewaktu perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sesiapa sahaja boleh masuk ke istana ketika itu dan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun akan diberi wang Hari Raya berjumlah BND25 (RM75) seorang oleh baginda Sultan Brunei.
Masjid di istana ini juga dibuka untuk Solat Terawih pada bulan Ramadan setiap tahun. Walau bagaimanapun, ia hanya boleh disertai oleh rakyat Brunei sahaja dan Sultan Brunei akan bersedekah BND10 (RM30) kepada semua yang hadir pada setiap malam tanpa mengira umur.
Kami diberitahu duit yang disedekahkan ini adalah sebenarnya sebahagian dari Wang Zakat Brunei. Brunei sangat makmur sehingga tak ada seorang pun rakyatnya yang jatuh sebagai asnaf penerima zakat. Jadi setiap tahun, Wang Zakat Brunei disalurkan kepada Masjidil Haram di Makkah dan juga dihantar ke Wilayah Aceh di Indonesia. Baki dari inilah yang diagih-agihkan sebagai sedekah kepada rakyat Brunei sendiri yang datang bersolat Terawih dan pengunjung yang datang berhari raya di Istana Nurul Iman.
|
Pemajangan |
Binaan yang sangat menarik di pintu masuk ke Istana Nurul Iman ialah Pemajangan. Kami diberitahu hanya kerabat diraja sahaja yang boleh lalu di bawahnya. Pengunjung-pengunjung lain ke istana yang bukan kerabat diraja perlu masuk melalui laluan lain.
|
Tentera berkawal di depan Pemajangan |
|
Tentera berkawal di pintu masuk istana |
Seperti juga istana-istana lain di dunia, istana ini dikawal rapi oleh tentera. Tour Guide kami, Hafizul adalah juga seorang bekas tentera Brunei dan pernah bertugas sebagai pengawal istana di sini.
Kata Hafizul, setiap pengawal akan bertugas mengikut shift selama 4 jam. Dalam tempoh itu, mereka perlu berdiri tegak dan pergerakan mereka diperhatikan menerusi CCTV. Kalau mereka bergerak sewaktu bertugas, mereka akan didenda berkawal tambahan selama 2 jam.
Setiap tentera yang berkawal di istana perlu tinggal di kompleks istana selama 3 hari 2 malam. Ada tempat tinggal disediakan untuk mereka dalam istana sepanjang tempoh tersebut.
|
Kat belakang pagar inilah kami dapat melihat Sultan Brunei menaiki buggy bersiar-siar dengan keluarganya. |
Kami juga bertuah kerana dapat melihat Sultan Brunei sendiri bersiar-siar di dalam pagar istana dengan keluarganya menaiki buggy. Tapi susahlah nak tangkap gambar kerana kita dihalang pagar dan ada ramai pengiring Sultan ketika itu.
Tak lama kemudian, ada pulak sebuah kereta rasmi membawa kerabat diraja masuk ke dalam istana. Kami tak pasti siapa sebenarnya yang masuk ke istana ini, tapi dia memang seorang kerabat diraja kerana kenderaan ini lalu di bawah Pemajangan.
|
Polis pengiring |
|
Kenderaan diraja masuk ke dalam istana |
|
Rombongan kami beratur melihat kenderaan diraja masuk ke istana. |
|
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan istana |
|
Bendera Brunei Darussalam |
Part 18: The Mall
Selepas melawat Istana Nurul Iman, kami berkunjung pula ke shopping mall yang terbesar di Brunei yang dinamakan The Mall yang terletak di kawasan Gadong.
|
The Mall |
|
Suasana di depan The Mall. Ada beberapa buah kedai cenderamata yang menarik di sini. |
|
Pintu masuk ke The Mall |
Walaupun ia adalah shopping mall terbesar di Brunei, suasana di sini hanya seperti Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tak ada gambar dalam The Mall yang boleh ditunjukkan di sini kerana terdapat larangan menangkap gambar di dalamnya.
Part 19: Pasar Malam Gadong
Seterusnya kita melawat ke Pasar Malam Gadong pula. Pasar Malam ini diadakan setiap malam di sini.
|
Menuju ke Pasar Malam Gadong |
|
Pasar Gadong |
|
Roundabout di Pasar Gadong |
|
Bangunan baru untuk penempatan kekal Pasar Malam Gadong ini masih dalam pembinaan. Ia perlu disiapkan dalam tempoh 45 hari atas arahan Sultan Brunei. |
Suasana di Pasar Malam Gadong sangat meriah dengan pengunjung. Pelbagai makanan dijual di sini dengan harga yang murah. Sebotol Air Mineral 500 ml yang pada kebiasaannya dijual pada harga BND1 di tempat lain di Brunei boleh dibeli dengan harga BND 0.50 di sini.
|
Pasar Malam Gadong |
|
Durian tempatan ini dijual pada harga BND12 (RM36) seikat. |
|
Pelbagai makanan yang dijual. |
|
Rata-rata harga makanan yang dijual di sini adalah sekitar BND1 (RM3). |
|
Ada juga barangan bukan makanan yang dijual di Pasar Malam Gadong. |
Kami dimaklumkan sewa untuk berniaga di sini juga sangat murah iaitu BND1 (RM3) semalam. Kos ini bukan sekadar sewa, malah turut meliputi perkhidmatan pembersihan selepas perniagaan tamat.
|
Kedai pakaian |
|
Pengunjung-pengunjung ke Pasar Malam Gadong. |
|
Ikan bakar yang popular di Pasar Malam ini adalah Salmon Putih (Ikan Mackerel). |
|
Air Kelapa segar |
Di Pasar Malam ini juga, kami mengambil kesempatan membeli beberapa makanan tempatan untuk dicuba. Myself sendiri membeli sebungkus makanan tempatan popular yang dinamakan Nasi Katok.
Nasi Katok yang dijual pada harga BND1 ini terkenal sebagai makanan Orang Bujang di Brunei. Ia adalah sebungkus nasi biasa dengan seketul ayam (atau daging) yang diletakkan sambal padanya.
Nasi Katok ini asalnya dijual di sebuah rumah di tengah malam. Pembeli yang ingin membelinya akan mengetuk rumah penjual. Dari sinilah timbul nama Nasi Katok (Nasi Ketuk).
|
Gerai Nasi Katok yang juga menjual makanan-makanan lain. |
|
Nasi Katok |
Part 20: Restoran Muti'ah
Dah penat berjalan seharian, tibalah masa untuk makan malam. Makan malam kami disediakan di sebuah restoran tempatan yang bernama Restoran Muti'ah. Makan malam juga disediakan secara buffet.
|
Restoran Muti'ah |
|
Signboard Restoran Muti'ah |
|
Makanan yang disediakan adalah masakan tempatan Brunei yang dihidang secara buffet. |
|
Hidangan makan malam |
Part 21: Pulang Ke Hotel
Selepas makan malam, kami dibawa pulang ke hotel. Namun dalam perjalanan, kita singgah sebentar di Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah semula untuk menikmati keindahan pemandangan malam masjid ini.
|
Masjid Hassanil Bolkiah |
|
Pemandangan dari kawasan ruang solat wanita |
Memang penat hari ini kerana banyak tempat yang kami lawati bermula dari pagi sehinggalah ke waktu malam. Namun masing-masing cukup puas hati kerana banyak pemandangan dan pengalaman baru yang diperolehi dalam lawatan singkat ini.
Bersambung ke Bahagian 8...
CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):