KAMPUNG AYER
HARI KEDUA (5)
Part 15: Kampung Ayer
Salah satu tarikan pengunjung ke Brunei Darussalam adalah melawat Kampung Ayer. Kampung Ayer adalah penempatan atas air yang terbesar di dunia.
|
Tempat menaiki bot ke Kampung Ayer |
|
Pemandangan Kampung Ayer dari daratan |
|
Pemandangan dekat Kampung Ayer |
Kampung Ayer ini terdiri dari 32 buah kampung dan dihuni oleh 25,000 orang penduduk. Untuk meninjau kehidupan penduduk di Kampung Ayer, kami dibawa menaiki bot ke sana.
|
Menaiki bot ke Kampung Ayer |
|
Pemandangan di dalam bot |
|
Lantai bot |
Pelayar Eropah terkenal, Ferdinand Magellan pernah sampai ke sini pada tahun 1521. Seorang pegawai Magellan yang bernama Antonio Pigafetta sangat tertarik dengan penempatan ini dan menggelarkannya sebagai "Venice Timur".
|
Jambatan di Kampung Ayer |
|
Rumah-rumah di Kampung Ayer |
|
Perkhidmatan Ambulans di Kampung Ayer |
|
Menikmati pemandangan dari atas bot. |
|
Masjid Kampung Ayer |
Penempatan Kampung Ayer ini dibina sangat lengkap dengan kemudahan asas seperti surau, sekolah, hospital dan juga balai bomba.
|
Sebuah jeti di Kampung Ayer |
|
Bangunan berkubah emas di belakang sana adalah kediaman rasmi Sultan Brunei, Istana Nurul Iman. |
|
Lagi pemandangan di Kampung Ayer |
Di Kampung Ayer ini, kami dibawa singgah di sebuah kampung yang bernama Kampung Bakut Berumput yang terletak di Mukim Peramu.
|
Surau moden di Kampung Ayer |
|
Mengintai ke dalam Kampung Ayer |
|
Rumah-rumah di Kampung Ayer |
|
Kampung Bakut Merumput |
|
Hampir tiba di jeti |
|
Jeti Kampung Bakut Merumput |
Di sini, kami keluar dari bot dan berjalan menyusuri pelantar yang disediakan menuju ke sebuah rumah untuk minum petang. Dalam perjalanan, kita dapat meninjau dengan lebih dekat kehidupan penduduk di Kampung Ayer.
|
Keluar dari bot |
|
Teruja dah tiba di Kampung Ayer |
Pengalaman berkunjung ke Kampung Ayer sangat mengujakan ramai ahli rombongan kerana ini adalah kali pertama mereka berkunjung ke perkampungan seperti ini.
|
Berjalan di Kampung Ayer |
|
Pemandangan ke daratan dari Kampung Ayer |
|
Macam pemandangan kampung air yang pernah kami lawati di Sandakan |
|
Bendera Jepun di rumah Kampung Ayer |
Sedikit sebanyak, suasana di Kampung Ayer di Brunei ini lebih kurang sama dengan kampung air yang pernah kami lawati di Sandakan, Sabah dahulu. Cuma bezanya, kampung air di sini sangat bersih. Kalau di Sandakan, banyak sampah yang dilihat terapung di bawah rumah mereka.
|
Berjalan di pelantar di Kampung Ayer |
|
Tempat rehat |
|
Lorong di antara rumah |
Kami perhatikan hampir setiap rumah di sini mempunyai dish Astro. Kata Hafizul, walaupun Brunei mempunyai Astro mereka sendiri, ramai penduduk Brunei yang dahagakan hiburan melanggan Astro dari Malaysia. Ini adalah kerana Astro di Brunei tidak mempunyai saluran hiburan seperti HBO.
|
Ada dish Astro yang dipasang di hampir setiap rumah di Kampung Ayer |
|
Pokok bunga |
|
Jalan lagi... |
|
Dah tiba di rumah persinggahan |
|
Laluan masuk ke rumah persinggahan |
Rumah yang kami singgahi nampaknya tidak lagi diduduki oleh penghuninya dan hanya dibuka untuk kunjungan pelancong. Hanya ada seorang pembantu rumah warga Indonesia yang bekerja di sini.
Minuman petang telah tersedia apabila kami masuk ke dalam rumah. Hidangan yang disediakan adalah kuih tradisional Brunei yang tak jauh berbeza dengan kuih tradisional di Malaysia.
|
Lorong sibuk di Kampung Ayer |
|
Minum petang di Kampung Ayer |
|
Biskut Durian |
|
Kuih Apam |
|
Kek Pisang |
|
Jemput minum bersama... |
Lepas selesai minum petang, kita bersantai pula di anjung di depan rumah. Rumah ini sebenarnya terletak di tepi sebuah lorong yang sibuk dengan bot yang berulang-alik masuk keluar kampung. Bunyi bot merempit ini juga agak kuat. Kata Kakak penjaga rumah ini, suasana di lorong ini hanya sepi di awal pagi sewaktu air sungai surut dan pergerakan bot menjadi agak terhad.
|
Ruang rehat di rumah Kampung Ayer |
|
Buat macam rumah sendiri... |
|
Meninjau pemandangan di anjung rumah |
|
Bot merempit laju |
|
Berehat sambil melihat bot merempit. |
|
Pemandangan dari Anjung Rumah |
Laju betul bot-bot di Kampung Ayer ni merempit membawa penumpang berulang-alik dari rumah mereka menuju ke daratan. Perkhidmatan bot ini disediakan 24 jam sehari dan tambang yang dikenakan adalah di antara 50 sen sehingga BND1 mengikut tempat yang ingin dituju.
|
Rempit laju-laju... |
|
Sama-sama rempit... |
Sambil melihat bot-bot ini merempit laju dari anjung rumah, kami bertanya kepada Hafizul tentang cara kehidupan penduduk di sini. Kata Hafizul yang juga dibesarkan di Kampung Ayer, penduduk di Kampung Ayer bukanlah penduduk miskin. Mereka mempunyai pelbagai pekerjaan dan juga memiliki kereta yang diletakkan di daratan. Mereka memilih untuk tinggal di sini kerana ingin dekat dengan kehidupan yang lebih tradisional.
|
Tambang yang dikenakan untuk membawa penumpang dari rumah mereka ke daratan adalah di antara 50 sen ke BND1 mengikut tempat yang ingin dituju. |
Pelantar-pelantar di Kampung Ayer ini tidak mempunyai railing, jadi adalah di antara ahli rombongan yang bertanya sekiranya pernah terjadi kejadian jatuh lemas di sini. Kami diberitahu, perkara ini tidak pernah berlaku kerana secara tradisi, penduduk-penduduk di Kampung Ayer memang pandai berenang. Pada kebiasaannya, kanak-kanak di Kampung Ayer telah diajar berenang pada usia seawal 3 tahun.
|
Meninggalkan rumah persinggahan. |
|
Berjalan pulang |
|
Lorong di antara rumah |
|
Menuju ke jeti |
|
Rumah yang musnah kerana kebakaran |
Sewaktu berjalan di Kampung Ayer, kami juga dapat melihat kesan-kesan beberapa buah rumah yang musnah terbakar. Kata Hafizul, kebakaran pernah berlaku beberapa kali di Kampung Ayer, terutamanya disebabkan litar pintas. Rumah-rumah di Kampung Ayer ini dibina dari kayu, maka cepatlah api merebak sekiranya berlaku kebakaran. Penduduk di rumah yang terbakar ini telah berpindah dan diberi rumah baru oleh Sultan Brunei.
|
Menunggu bot tiba |
|
Bot dah tiba |
|
Pesawat Royal Brunei nak mendarat di seberang sana |
|
Pemandangan lewat petang di Kampung Air |
|
Tiba kembali di daratan |
Tiba di daratan, kami menaiki bas semula untuk menuju ke destinasi kami yang seterusnya, Masjid Omar Ali Saifuddien. Kami dapat melihat kereta yang parking di sepanjang jalan. Kata Hafizul, kereta-kereta ini adalah milik penduduk di Kampung Ayer.
|
Kereta-kereta milik penduduk Kampung Ayer |
|
Pemandangan dekat kereta-kereta yang parking di tepi jalan. |
Ada kalanya, kereta yang diletakkan di tepi jalan ini mengganggu aliran trafik. Kerana itulah Kerajaan Brunei sedang membina sebuah bangunan parking yang besar di tepi Sungai Brunei, khusus bagi kegunaan penduduk-penduduk Kampung Ayer.
|
Projek pembinaan bangunan tempat letak kereta untuk penduduk-penduduk Kampung Ayer. |
|
Destinasi kami yang seterusnya, Masjid Omar Ali Saifuddien |
Bersambung ke Bahagian 7...
CATATAN PERJALANAN BRUNEI (2nd VISIT) (2017):