Thursday 18 April 2013

2013 JORDAN BHG. 3 (Petra)

April 2013 

JORDAN
Amman & Petra

Bahagian 3 : Petra
PETRA & MUKTAH

HARI KETIGA

Pada hari kedua di Jordan, kami dibawa melawat ke Petra yang merupakan salah sebuah dari Seven Wonders of the World.

Part 10: Dari Amman ke Petra 

Petra terletak di kawasan padang pasir di selatan Jordan.

Peta Jordan
Perjalanan dari Amman ke Petra memakan masa 3 jam.

Satu lagi pemandangan Bandar Amman
Orang-orang Badwi bebas berkhemah dan menggembala binatang hampir di mana-mana sahaja di Jordan, termasuk dalam kawasan Bandaraya Amman
Penjual jalanan di Amman
Tugu di kota Amman.
Abu Sarah memberi penerangan tentang program lawatan ke Petra.
Singgah sebentar di sini sebelum meninggalkan Amman untuk membeli bekalan air minuman sebagai bekalan perjalanan ke Petra.
Meninggalkan Bandaraya Amman, kami melalui Desert Highway. Seperti namanya, pemandangan di sini adalah padang pasir, tapi tidaklah setandus padang pasir yang pernah dilihat di Arab Saudi.

Pemandangan sepanjang Desert Highway
Pemandangan perkampungan tipikal di Jordan
Kawasan pertanian di tepi Desert Highway
Lintasan pejalan kaki.
Mentari terik di padang pasir.
Desert Highway menuju ke Petra.
Seperti juga negara Timur Tengah yang lain, Jordan tidak mempunyai sumber air minuman yang banyak. Bandaraya Amman yang dihuni separuh penduduk Jordan misalnya mengalami krisis bekalan air yang teruk.

Untuk mengatasi masalah bekalan air di Amman, Kerajaan Jordan telah membina paip air yang sangat panjang untuk menyalurkan air dari kawasan Gurun ke Bandaraya Amman. Husband cukup kagum dengan perkara ini ~ macam tak terfikir oleh akal bagaimana kawasan gurun boleh membekalkan air kepada bandaraya yang terletak di atas gunung.


Kedudukan paip air dari gurun ke Amman ditandakan dengan pancang-pancang plastik berwarna oren seperti berhampiran Kilang Makanan Ayam di tepi Desert Highway ini.
Tidak seperti di Malaysia, tiada kawasan Rehat dan Rawat di Lebuhraya. Untuk membolehkan ahli rombongan berehat dan menggunakan kemudahan tandas, kami berhenti di sebuah kedai cenderamata yang bernama Midway Castle di tepi lebuhraya.

Midway Castle, dalam perjalanan dari Amman ke Petra
Cenderamata yang dijual di Midway Castle
Shisha untuk jualan.
Minyak zaitun.

WADI MUSA

Selepas melalui kawasan gurun sekian lama, akhirnya kami tiba di kawasan pergunungan. Di pergunungan ini menuju ke destinasi, kami terus menemui kawasan-kawasan pertanian.


Pokok Epal di Al-Shubak di kawasan pergunungan menuju ke Petra
Bandar Al-Shubak yang dilalui dalam perjalanan ke Petra.
Pejabat Kerajaan di Al-Shubak.
Kawasan penternakan di kawasan pergunungan
Kadang-kala gembala di Jordan menggunakan khidmat anjing seperti di Australia dan New Zealand untuk membantu mereka menggembala haiwan-haiwan ternakan.
Akhirnya selepas melalui selekoh pergunungan yang terakhir terbentanglah bandar Wadi Musa di hadapan kami. Pemandangan bandar Wadi Musa yang terletak di lembah gunung amat mempersonakan. Di sebalik gunung batu di Wadi Musa inilah letaknya kota purba Petra.

Selekoh terakhir ke Wadi Musa
Antara pemandangan pertama sewaktu tiba di Wadi Musa
Pemandangan keseluruhan bandar Wadi Musa
Selamat Datang Ke Petra
Wadi Musa adalah sebuah lembah yang pernah didiami oleh Nabi Musa as dan abangnya, Nabi Harun as. Di lembah inilah dikatakan Nabi Musa telah memukul tongkatnya sehingga memancar mata air untuk diminum oleh pengikutnya.

Makam Nabi Harun as terletak di puncak gunung di belakang Wadi Musa
Satu lagi pemandangan Makam Nabi Harun. Makam ini walau bagaimanapun tidak kami kunjungi kerana perjalanan ke sana memakan masa yang panjang dengan mendaki gunung.
Kota Wadi Musa
Kata Abu Sarah, Wadi Musa kini tidak sesibuk dulu kerana fenomena Arab Spring yang melanda banyak negara Timur Tengah ketika itu.
Oleh kerana Wadi Musa adalah salah sebuah pintu masuk utama ke kota purba Petra, banyak hotel didirikan di bandar ini.
Sebelum memulakan lawatan ke Petra, kami makan tengahari di Restoran Petra Magic yang terletak di Wadi Musa.

Restoran Petra Magic di Wadi Musa
Pintu masuk ke restoran Petra Magic
Makanan masakan Arab tipikal dihidangkan di Restoran Petra Magic
Satu lagi pemandangan di dalam Restoran Petra Magic.
Balkoni di luar Restoran Petra Magic menjadi tumpuan pengunjung selepas makan tengahari bagi menikmati keindahan Wadi Musa.
Bergambar di balkoni Restoran Petra Magic
Pemandangan dari balkoni Restoran Petra Magic. Kota Purba Petra terletak di sebalik gunung batu yang membelakangi bandar Wadi Musa ini.
Lukisan hiasan yang cantik di dalam restoran

Part 11 : Petra

Petra adalah tarikan pelancong utama di Jordan selain Laut Mati. Mengikut ahli sejarah, bandar ini pada masa dahulu didiami oleh orang-orang Nabataean yang mungkin merupakan kaum Tsamud yang diceritakan di dalam Al Quran. 

Dalam Al Quran, kaum Tsamud dinyatakan sebagai kaum yang mendapat laknat Allah swt kerana menyembah berhala. Kaum ini dianugerahkan oleh Allah swt dengan kemampuan dan kemahiran memahat gunung untuk dijadikan istana dan tempat tinggal. Diriwayatkan bahawa mereka menetap di Hijr iaitu nama sebuah kawasan pergunungan yang terletak di persimpangan jalan antara Madinah dan Syria. 

Mengikut fakta sejarah moden, kawasan yang dimaksudkan oleh Al Quran adalah empayar Greater Syria yang di dalamnya termasuk bandar Petra di Jordan dan Mada'in Salih di Arab Saudi. Kedua-dua bandar ini mempunyai kesan tinggalan sejarah yang sama. Namun begitu, oleh kerana Arab Saudi sangat kaya dan tidak memerlukan sumber pendapatan dari pelancongan, Mada'in Salih tidak dibuka untuk kunjungan pelancong sepertimana di Petra. 

Di kedua-dua bandar inilah, Allah mengutuskan Nabi Saleh as untuk memberi petunjuk kepada kaum Tsamud. Keengkaran dan kesombongan mereka terhadap seruan Nabi Saleh as telah menyebabkan mereka ditimpa dengan azab yang cukup pedih. Kehancuran kaum Tsamud adalah kerana sambaran petir yang mereka saksikan dengan mata mereka sendiri. Petir yang luar biasa dahsyat ini menghasilkan bunyi yang cukup keras.


Pintu masuk pelancong ke Kota Purba Petra
Pemeriksaan sekuriti sebelum masuk ke kompleks sejarah Petra
Feeling-feeling macam Indiana Jones di luar pintu masuk ke Petra.
Tiket masuk kami ke Petra
Memulakan langkah ke kota purba.
Sebaik masuk ke kompleks Petra, kita terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 1 km di tengah terik padang pasir. Jalan di sini dibahagi kepada dua bahagian: sebelah jalan digunakan untuk pejalan kaki manakala sebelah jalan lagi dikhaskan untuk kegunaan kuda dan kereta kuda.

Laluan masuk ke Petra terbahagi 2: sebahagian untuk pejalan kaki dan sebahagian untuk laluan penunggang kuda dan kereta kuda
Kuda tunggangan dan kereta kuda di sebelah sana jalan.
Selepas berjalan kira-kira 600 meter, kita akan bertemu dengan kesan binaan yang dinamakan Djinn Blocks. Pada batu-batu ini terukir gambar-gambar dewa yang kononnya penjaga pintu masuk ke Djinn Blocks.

Djinn Blocks.
Bergambar di Djinn Blocks.
Sebuah binaan purba di Djinn Blocks.
Abu Sarah memberi penerangan di Djinn Blocks.
Antara papan keterangan yang terdapat di sini.
Antara ukiran batu terawal yang ditemui pengunjung ke Petra.
Obelisk Tomb berhampiran Djinn Blocks
Bekas kediaman orang kebanyakan di Petra pada masa dahulu.
Selepas meninggalkan Djinn Blocks, kami berjalan lagi sehingga sampai ke permulaan sebuah lorong semulajadi di antara dua tebing batu yang sangat tinggi yang dinamakan As-Siq.

Berjalan lagi beberapa ratus meter di tengah terik padang pasir menuju As-Siq.
Akhirnya kami tiba di As-Siq, sebuah lorong semulajadi di antara dua tebing batu yang sangat tinggi.
Petra diliputi salji setiap musim dingin. Empangan ini didirikan oleh orang Tsamud untuk mengalirkan air dari salji yang mencair di dalam musim bunga setelah musim dingin berakhir.
Lawrence of Arabia berbungkus menahan terik matahari.
Di kawasan ini terdapat sebuah kedai menjual cenderamata. Abu Sarah membawa kami masuk ke kedai ini untuk menunjukkan beberapa barangan dagangan penduduk Petra zaman dahulu yang kini dijual sebagai barangan cenderamata.

Abu Sarah sedang memberi penerangan tentang aktiviti perdagangan di Petra pada masa lampau.
Laluan untuk penunggang kuda berakhir di luar kedai cenderamata berhampiran As-Siq.
Kami kemudiannya dipimpin oleh Abu Sarah melalui laluan As-Siq yang terkenal itu. Berbeza dengan laluan peringkat pertama tadi yang panas terik, suasana di dalam As-Siq amat sejuk dan nyaman. Laluan ini juga terlindung dari kepanasan matahari oleh tebing-tebing tinggi di kedua-dua belah laluan.

Laluan masuk ke As-Siq.
Selain pejalan kaki, As-Siq boleh dilalui oleh kereta kuda, tapi bukan kuda tunggangan.
Laluan As-Siq ini sepanjang 2 km, dan suasananya sangat nyaman berbanding padang pasir yang terik di luar sana.
Ada ketikanya laluan As-Siq amat sempit. Pejalan kaki perlu berhati-hati, takut dilanggar kereta kuda yang bergerak sangat laju keluar masuk ke laluan ini membawa penumpang yang dah tak larat lagi nak berjalan.
Semakin jauh ke dalam, suasana laluan ini semakin hening.
Kadang-kala bila tak terserempak dengan pengunjung dan kereta kuda lain di sini, suasana di As Siq sedikit menyeramkan.
Sepanjang perjalanan 2 km di dalam As-Siq, Abu Sarah menunjukkan kepada kami beberapa binaan manusia dan formasi batu semulajadi yang terdapat di sepanjang laluan.

Batu Gajah.
Laluan As-Siq telah dibina  semula oleh Kerajaan Jordan untuk kemudahan pengunjung.
Sebahagian laluan asal yang dibina dari batu-bata masih dikekalkan di As-Siq untuk tatapan generasi yang akan datang.
Mencuba berjalan di atas laluan asal As-Siq menuju ke kota purba Petra.
Beberapa tumbuhan di dalam As-Siq. Dah lupa nama pokok ni.
Laluan ini sangat bersih kerana dijaga rapi oleh Kerajaan Jordan.
Saluran air ini dibina untuk membekalkan air kepada penduduk Petra. Ia pernah diracun oleh tentera Rom dalam satu peperangan dengan Petra.
Sebahagian saluran air ini dibina dari porselin yang menggambarkan betapa tingginya pengetahuan kejuruteraan kaum Tsamud ketika itu.
Berjalan lagi masuk ke dalam.
Pokok White Fig yang tumbuh di celah batu di As Siq.
Empangan purba Kaum Tsamud.
Akhirnya setelah berjalan satu setengah jam, kelihatanlah monumen utama kota purba Petra yang dinamakan Al-Khazneh mengintai di sebalik tebing tinggi.

Al-Khazneh mengintai di sebalik As-Siq.
Bagaikan tak percaya dapat melihat sendiri monumen purba yang selama ini hanya dilihat dalam kaca TV.
Kegemilangan Petra sebagai pusat perdagangan purba yang penting tamat setelah dimusnahkan oleh  gempa bumi yang memusnahkan bangunan dan sistem bekalan air di kawasan ini.

Setelah itu Petra tidak lagi didiami manusia secara kekal dan hanya dikunjungi kaum-kaum Badwi. Ia menjadi terkenal setelah ditemui oleh seorang pengembara berbangsa Swiss.


Orang-orang Badwi percaya ada harta karun milik Firaun yang tersimpan di dalam pasu (urn) di tengah itu. Oleh itu, bahagian atas monumen Al Khazneh ini telah ditembak bertalu-talu dengan senapang kerana mereka ingin memecahkan pasu tersebut. Kesan tembakan peluru dapat dilihat dengan jelas pada hari ini.
Unta bergaya seksi di depan Al-Khazneh
Seperti namanya, Street of Facades dipenuhi dengan facade-facade bangunan yang diukir langsung dari batu gunung.
Tandas moden di hujung Street of Facades.
Satu lagi ukiran bangunan yang mengkagumkan di Petra
Kedai cenderamata menjual sand art di Petra
Lubang-lubang di belakang kedai ini adalah rumah kediaman rakyat biasa di Petra pada masa dahulu.
Polis pelancong di Petra
Penjual cenderamata di Petra.
Bukti kita dah sampai ke sini.
Antara peninggalan Kaum Tsamud yang tinggal di Petra.
Pelancong-pelancong dari seluruh dunia yang berkunjung ke Petra.
Atas sebab-sebab keselamatan, pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan-bangunan di Petra, termasuklah Al-Khazneh. Namun kami dapat juga menjenguk ke dalam bangunan ini dari sebalik pagar yang diletakkan di pintu-pintu bangunan.

Pengunjung tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan-bangunan di Petra
Pemandangan di dalam bangunan di Petra
Di hujung Street of Facades juga dibina sebuah amphitheater yang masih berkeadaan baik.

Amphitheater di penghujung Street of Facades
Pemandangan Amphitheatre dari dekat
Sebenarnya terlalu banyak monumen yang boleh dilawati di Petra. Kawasannya terlalu luas sehingga kami tak terdaya meninjau lebih jauh dari Street of Facades. Cukuplah sekadar itu, lalu kami memulakan perjalanan pulang melalui laluan yang sama seperti laluan masuk tadi. Perjalanan pulang berjalan kaki juga memakan masa satu setengah jam seperti perjalanan masuk tadi.

Perjalanan pulang

HARI KEEMPAT

Part 12: Hotel La Maison

Hotel penginapan kami, Hotel La Maison terletak kira-kira 100 meter dari pintu masuk ke kompleks sejarah Petra. 

Hotel La Maison, Petra
Bangunan Hotel La Maison
Lobi Hotel La Maison
Restoran di Hotel La Maison
Sarapan pagi di Hotel La Maison
Bergambar kenangan di Hotel La Maison
Bergambar di depan Hotel La Maison sewaktu menunggu bas untuk pulang ke Amman.
Alat pencuci kasut dari debu di luar pintu masuk ke hotel.
Pemandangan dekat alat pencuci kasut.

Part 13 : Muktah

Perjalanan seterusnya adalah Muktah yang disinggahi dalam perjalanan pulang ke Amman dari Petra.


Pemandangan sewaktu meninggalkan pergunungan Petra
Perjalanan pulang ke Amman dari Petra. Dalam perjalanan ini, bas membuat lencongan menuju ke Muktah.
Persinggahan rehat sebelum lencongan ke Muktah dalam perjalanan ke Amman
Pintu masuk ke kedai/restoran Al-Quds di persinggahan rehat
Cenderamata yang dijual di hentian rehat
Bergambar kenangan di Hentian Rehat
Jordan adalah negara pengeluar phosphate yang ketiga terbesar di dunia. Oleh itu, lombong phosphate dapat dilihat di merata-rata tempat. Phosphate adalah bahan kimia yang digunakan dalam penghasilan baja.

Lombong phosphate dalam perjalanan ke Muktah
Pemandangan lombong phosphate dari dekat
Dari kejauhan, pemandangan bandar Muktah yang terletak di tengah-tengah padang rumput amat indah. Bandar ini menjadi saksi kepada Perang Muktah yang merupakan perang yang pertama di antara Tentera Islam dengan Tentera Rom Byzantine.

Muktah
Perang Muktah berlaku pada sekitar di akhir kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Ketika ini baginda menghantar tentera seramai 3,000 orang untuk menghadapi tentera Rom Byzantine yang seramai 100,000 orang sebagai tindak balas ke atas pembunuhan seorang utusan baginda ke wilayah kerajaan Ghassan ketika baginda ingin menyebarkan Islam ke wilayah jajahan Rom. 

Rasullullah melantik tiga orang panglima Islam dengan Zaid bin Harithah dilantik sebagai ketua panglima, Jaafar bin Abi Thalib sebagai ketua panglima sekiranya Zaid terkorban dan Abdullah bin Rawahah sebagai pengganti Ja'afar sekiranya Ja'afar terkorban. Di dalam peperangan ini, ketiga-tiga ketua panglima yang dilantik oleh Nabi mati syahid. 


Mungkin padang rumput ini pernah menjadi saksi kepada Peperangan Muktah di masa dahulu.
Apabila kesemua panglima terkorban, Thabit bin Arqam mengendalikan tentera Islam buat seketika, namun beliau sendiri tidak berhajat untuk menjadi pemimpin tentera Islam ketika itu. Setelah beberapa ketika, Thabit mencadangkan Khalid bin Al-Walid dilantik sebagai ketua panglima tentera Islam. Perlantikan ini dipersetujui oleh kesemua tentera Islam. Khalid bertindak cemerlang dalam memimpin tentera Islam dalam usaha untuk menyebarkan Islam di Parsi dan di dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine.

Kompleks Makam di Muktah yang menempatkan makam 2 panglima tentera Islam yang syahid: Jaafar bin Abi Talib dan  Zaid bin Harithah.
Pintu masuk ke Kompleks Makam di Muktah.
Berjalan masuk ke Kompleks Makam.
Sebahagian papan tanda ini ditulis dalam Bahasa Melayu
Pemandangan di dalam Kompleks Makam di Muktah
Makam Jaafar Bin Abi Talib.
Jaafar bin Abi Talib adalah sepupu kepada Nabi Muhammad saw. Beliau diberi gelaran "Bapa Orang-orang Miskin" kerana sikapnya yang selalu menolong dan membantu orang miskin.
Tangga menuju ke Makam Zaid bin Harithah
Arah ke Makam Zaid bin Harithah.
Tangga menuju ke Makam Zaid bin Harithah
Makam Zaid Bin Harithah. Pada peringkat remajanya, Zaid merupakan hamba kepada Rasulullah S.A.W. Kemudian, baginda membebaskan beliau dan hidup sebagai orang yang merdeka. Ketika dewasa, beliau berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Zainab binti Jahsy. Setelah hidup beberapa tahun, mereka telah bercerai dan kemudiannya Rasulullah mengahwini Zainab untuk menghapuskan amalan tradisi Arab Jahiliyah.
Makam Abdullah bin Rawahah terletak berasingan dari Makam Jaafar bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah. Namun makam ini ditutup sewaktu kami tiba di sana.

Makam Abdullah bin Rawahah
Penjual sayur dalam perjalanan pulang ke Amman.
Membawa ternakan untuk jualan di Amman.
Tiba kembali ke kota Amman.

Part 14: Restoran Tawaheen Al-Hawa 

Satu lagi pengalaman menarik yang tidak dilupakan sewaktu berada di negara Jordan adalah makan tengahari di sebuah restoran bernama Tawaheen Al-Hawa di Amman.
 
Dari luar, restoran ini nampak seperti sebuah bangunan biasa sahaja. Namun apabila masuk ke dalam, ia sebenarnya dibina bagaikan khemah Badwi.

Restoran Tawaheen Al-Hawa di Amman, Jordan
Lorong masuk ke ruang makan restoran.
Demonstrasi membuat roti secara tradisional di pintu masuk restoran
Suasana perkhemahan Badwi di Restoran Tawaheen Al-Hawa.
Pemandangan khemah Badwi di dalam Restoran Tawaheen Al-Hawa
Pemandangan di dalam khemah.
Lagi suasana di dalam khemah.
Makanan yang disaji adalah makanan tradisional Arab yang dihidang di atas meja. Portion makanannya bukan main banyaknya, tak terhabis walaupun hidangan dikongsi semeja 7 orang.

Portion makanan yang dikongsi ramai-ramai, tapi tak terhabis oleh kami.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0_Pw0_ysjtBTiK2z5QN0z6JncCWPIHkUFO8AStCrE86viuoju9Uch_6Hv0SZcn_-JncIunjmmuP9CVHdk3GcAMuFmYLqpGDUeadLm4IN7ifcIpzfAaGPkFuUZXvGZ9NzmH-jNeo0AJcY/s1600/IMG_3020.JPG
Waktu makanan ini dihidang, kami sangka kena kongsi ramai-ramai. Rupanya yang makanan daging dan fries ni hidangan untuk seorang. Macam mana nak habiskan?!


Bersambung ke Bhg. 4...


CATATAN PERJALANAN JORDAN & UMRAH (2013):