Tuesday, 16 May 2006

2006 GUANGZHOU & TOKYO

Mei 2006

JAPAN - 3rd. VISIT
Guangzhou & Tokyo

Sekembalinya dari menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci, Myself dan beberapa pegawai di pejabat telah terpilih untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Negara Matahari Terbit.

Disebabkan pemergian kami bertepatan dengan musim cuti panjang di Jepun yang dinamakan Golden Week, kami gagal mendapatkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Tokyo. Kami terpaksa menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Guangzhou di Negara China sebelum membuat penerbangan sambungan dari sana ke Tokyo dengan menggunakan pesawat All Nippon Airways (ANA).

Tak siapa menyangka perjalanan kami ini akan bertukar menjadi suatu adventure..

Part 1: Terkandas Di Airport Guangzhou 

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Guangzhou memakan masa 3 jam 30 minit.

Peta Guangzhou di Negara China
Setibanya di Lapangan Terbang Baiyun di Guangzhou, kami terperanjat kerana terpaksa melalui pemeriksaan imigresen sedangkan kami hanya transit di sana. Kami tidak dinasihatkan oleh agen penerbangan bahawa kami masih memerlukan visa sebagai penumpang transit. 

Semua kakitangan Lapangan Terbang bertungkus-lumus membantu kami, tetapi prosedur masih perlu diikuti. Akhirnya, kami terlepas penerbangan sambungan ke Tokyo.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/03/Guangzhou_Baiyun_Airport_1.JPG/1024px-Guangzhou_Baiyun_Airport_1.JPG
Baiyun International Airport, Guangzhou.
Kami kemudiannya ditemui oleh seorang lelaki Cina yang bertugas dengan Penerbangan Malaysia di Guangzhou. Disebabkan dia boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan begitu fasih, kami mati-mati menyangka dia adalah seorang warganegara Malaysia. Petugas ini membantu membawa kami ke Pejabat Visa di Lapangan Terbang Baiyun. Dengan bayaran USD20 seorang, kami akhirnya mendapat visa masuk ke negara China. 

Nampaknya bukan kami saja yang terkandas di Airport Guangzhou disebabkan ketiadaan visa. Sewaktu menunggu visa disediakan, kami bertemu dengan seorang wanita Jepun yang hendak ke Hanoi di Vietnam. Dia juga mengalami nasib yang sama seperti kami.

Part 2: Guangzhou

Guangzhou adalah bandaraya yang ketiga besar di negara China selepas Shanghai dan Beijing. Pada masa dahulu, bandaraya ini dikenali sebagai Canton.

Pemandangan di Bandaraya Guangzhou.
Malaysia Airlines mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kami. MAS telah menanggung penginapan kami selama satu malam di sebuah hotel 5 bintang di Guangzhou yang bernama Garden Hotel. Makan malam kami di hotel tersebut juga ditanggung oleh Malaysia Airlines. Selain dari itu, kakitangan Malaysia Airlines di Guangzhou turut membantu kami mengaturkan penerbangan sambungan ke Tokyo dengan ANA pada keesokan harinya.


Garden Hotel di Guangzhou.
Kaunter pendaftaran di Garden Hotel.
Garden Hotel terletak bertentangan dengan sebuah pusat membeli-belah yang dinamakan Guangzhou World Trade Center. Di sanalah kami menghabiskan masa berwindow shopping sepanjang petang itu.

Guangzhou World Trade Center.
Sesuai dengan namanya, Garden Hotel mempunyai sebuah taman yang indah. Pada keesokan harinya, kami bersarapan pagi di sebuah restoran di hotel yang menghadap ke taman ini.

Landskap indah di hadapan restoran di Garden Hotel
Taman yang indah di Garden Hotel.
Selepas bersarapan, kami bertolak ke Baiyun Airport menggunakan perkhidmatan shuttle yang disediakan oleh pihak hotel.

Setibanya di airport, kami ditemui oleh pengurus Malaysia Airlines di Guangzhou yang datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada kami. Beliau memberitahu yang kami sebenarnya bertuah terkandas di Guangzhou kerana airport di sini mempunyai pejabat visanya sendiri. Sekiranya kami mengalami peristiwa yang sama di Shanghai, kami mungkin akan diusir balik ke Malaysia. Beliau juga memberitahu bahawa penumpang transit hanya boleh membuat persinggahan di Beijing sahaja tanpa visa.

Kembali ke Baiyun Airport.
Walau apapun, terima kasih kepada Malaysia Airlines yang telah membantu kami sehingga dapat meneruskan perjalanan sehingga ke Tokyo.

Part 2: Pengurusan Sisa Pepejal di Jepun 

Program Lawatan Sambil Belajar kami adalah berkisar kepada pengurusan sisa pepejal (sampah) di negara Jepun. Sebaik tiba di Tokyo, kami terus dibawa melawat ke Central Breakwater Landfill yang terletak di Tokyo Bay. 

Di sinilah sampah yang dikutip dari seluruh Tokyo dilupuskan. Setelah tapak ini penuh kelak, tanahnya akan ditebus untuk dibuat pembangunan.

Outer Central Breakwater Landfill di Tokyo.
Di sinilah sampah dari seluruh Tokyo dilupuskan dan setelah tapak ini penuh kelak, ia akan ditebusguna untuk tujuan pembangunan.
Sisa pepejal di Jepun juga tidak dikutip dari rumah ke rumah. Pada hari-hari tertentu, penduduk sendiri akan mengumpulkan sampah mereka di tepi jalan untuk dikutip.

Sampah yang dikumpul sendiri oleh penduduk dengan begitu teratur di tepi jalan untuk dikutip. Jaring yang dipasang bertujuan mengelakkan sampah dari disepah-sepah oleh burung gagak.
Masyarakat Jepun juga mengamalkan kitar semula sisa pepejal. Sisa-sisa pepejal untuk dikitarsemula juga dikutip pada hari-hari yang tertentu. Jika kita tinggal di Jepun, mungkin kita terpaksa menghafal jadual kutipan ini untuk mengelakkan rumah dari bertimbun dengan sampah!

Penduduk Jepun amat mengambil berat akan aktiviti kitar semula sisa pepejal.
Kami perhatikan pekerja-pekerja kutipan sampah juga ramai yang memakai pakaian putih untuk melambangkan kebersihan. Uniform mereka juga lengkap dengan perlindungan seperti sarung tangan. Mana ada negara lain yang begitu mengambil berat tentang kebajikan pekerja kutipan sampah seperti ini!

Pekerja kutipan sampah di Jepun.

SAKATA CITY

Salah sebuah bandar yang kami lawati dalam program Lawatan Sambil Belajar kami adalah Sakata City yang terletak di Yamagata Prefecture di utara Jepun.


Peta yang menunjukkan kedudukan bandaraya Sakata di Jepun
Untuk sampai ke Sakata, kami menaiki bullet train dari Tokyo ke Niigata.

Bergambar dengan Bullet Train sebelum berlepas ke Niigata.
Pekerja bullet train sedang menjual makanan.
Dari Niigata, kami menaiki sebuah keretapi biasa ke Sakata melalui pinggir Laut Jepun yang menghadap ke negara China.

Pemandangan persisiran Laut Jepun dalam perjalanan dengan keretapi dari Niigata ke Sakata.
Pemandangan sawah padi dari Niigata ke Sakata.
Stesen keretapi Sakata.
Pemandangan bandaraya Sakata.
Loji pembakaran sampah yang dilawati di Sakata.
Anita dengan En. Nazeri bergambar di depan Doll Museum di Sakata.

KASHIWA CITY

Lawatan kami seterusnya adalah ke Kashiwa City yang terletak di Chiba Prefecture.

関東主要都市へのアクセス良好  東京まで40分  羽田まで80分  横浜まで70分  千葉まで55分  成田まで75分  筑波まで40分
Peta menunjukkan kedudukan Kashiwa City.
Bergambar di depan hotel di Kashiwa City.
Pusat membeli-belah Sogo di Kashiwa City
Loji pembakaran sampah Nagareyama yang dilawat di Kashiwa City
Makan malam di sebuah restoran India di Kashiwa City.
Sewaktu kami makan malam di sebuah restoran India di Kashiwa City, kami diberitahu bahawa restoran akan ditutup awal pada malam itu kerana amaran taufan.

Myself perhatikan taufan yang melanda pada malam itu tidaklah begitu besar tetapi disebabkan negara Jepun sering saja dilanda bencana alam, mereka amat perihatin terhadap sebarang kemungkinan.

Part 3: Shopping di Tokyo

Pada suatu hari Sabtu di Tokyo, kami sempat berkunjung ke Akihabara dan Tokyu Hands untuk membeli-belah.

AKIHABARA

Akihabara terkenal sebagai Electric Town di mana di sinilah tempatnya untuk membeli barang-barang elektronik  yang terkini. Namun dari pengalaman Myself, barangan elektronik yang terkini dan tercanggih ini sukar dibeli oleh orang asing kerana manualnya semua ditulis dalam bahasa Jepun. Harganya juga tidaklah murah seperti yang digembar-gemburkan.

Akihabara
Akhirnya, bukan barangan elektronik yang kami cari. Sebaliknya 100 yen shop untuk mencari cenderamata murah untuk dibawa pulang ke Malaysia.

TOKYU HANDS

Tokyu Hands turut dikunjungi. Ia adalah sebuah kedai DIY yang sangat besar di kawasan Shinjuku. Orang Jepun terkenal dengan kreativiti mereka, jadi banyak benda-benda menarik yang dapat dilihat di sini. Namun sesetengahnya sukar difahami kerana tiada penerangan dalam Bahasa Inggeris.

Tokyu Hands di Shinjuku, Tokyo.

Part 4: Hato Bus Tour

Pada satu hujung minggu, Myself dan rakan-rakan berpeluang melancong di sekitar bandar Tokyo menggunakan perkhidmatan Hato Bus Tour. Perkhidmatan bas pelancong ini berpusat di Stesen Keretapi Hamamatsucho dan boleh dinaiki oleh sesiapa saja untuk melancong di sekitar Tokyo. 

Sejak awal lagi selepas bersarapan, kami berjalan kaki dari hotel penginapan kami, Shinagawa Prince Hotel menuju ke Stesen Keretapi Shinagawa. Dari sana, kami menaiki keretapi Yamanote Line menuju ke Stesen Hamamatsucho.

Lobi Shinagawa Prince Hotel
Stesen Keretapi Shinagawa yang terletak bertentangan dengan Shinagawa Prince Hotel
Pemandangan di dalam Stesen Keretapi Shingawa
Menunggu Hato Bus Tour di Stesen Hamamatsucho.

MEIJI SHRINE 

Persinggahan pertama Hato Bus Tour adalah di Meiji Shrine, sebuah kuil Shinto yang terletak di tengah-tengah bandar Tokyo.

Pintu masuk ke Meiji Shrine ditandakan dengan gate Torii.
Shinto adalah agama yang dianuti oleh ramai penduduk Jepun di samping agama Buddha. Kedua-dua agama ini sering dicampur-aduk dalam ritual seharian penduduk Jepun. Umpamanya orang Jepun mengamalkan ritual agama Shinto sewaktu kelahiran anak dan ritual agama Buddha sewaktu kematian. Namun begitu, sewaktu berkahwin kebanyakan mereka memilih mengikut ritual agama Kristian.

Penganut Shinto akan membersihkan diri seperti mengambil air sembahyang sebelum masuk ke dalam kuil.
Tour Guide Hato Bus kami, Yuki sedang menunjukkan cara orang Shinto mengambil air sembahyang sebelum masuk ke dalam kuil.
Courtyard di dalam Meiji Shrine.
Tangkal hajat yang ditinggalkan oleh penganut Shinto di Meiji Shrine.
Penganut agama Shinto sebenarnya menyembah Dewi Matahari. Mereka juga percaya Maharaja Jepun berasal dari keturunan Dewa Matahari.

Dewan sembahyang utama di Meiji Shrine.
Yuki sedang bertanyakan sesuatu kepada seorang sami Shinto.
Penganut Shinto sedang bersembahyang.
Kami juga bertuah kerana dapat menyaksikan satu majlis perkahwinan yang sedang diadakan di kuil ketika itu.

Upacara perkahwinan mengikut adat Shinto di Meiji Shrine. Perarakan perkahwinan ini diketuai oleh dua orang sami wanita.
Bergambar bersama remaja-remaja Jepun yang sedang mengadakan satu upacara di Meiji Shrine. Tak tahu apa upacara tersebut.

IMPERIAL EAST GARDEN

Persinggahan Hato Bus seterusnya ialah Imperial East Garden yang merupakan salah sebuah taman istana Maharaja Jepun.

Dalam perjalanan kami melalui beberapa buah mercu tanda bandaraya Tokyo seperti National Diet Building dan Kabuki Theatre.

National Diet Building yang merupakan parlimen bagi negara Jepun
Imperial Guest Palace.
Kabuki Theatre.
Imperial East Garden adalah satu-satunya taman diraja yang dibuka untuk kunjungan orang awam. Pemandangan landskap di sini amat cantik dan damai sekali.

Imperial East Garden

ASAKUSA

Lawatan seterusnya adalah ke Asakusa di mana terletaknya Sensoji Temple. Lawatan ini walau bagaimanapun tidak dicoretkan di sini kerana ia agak sama dengan lawatan yang sebelumnya.

PASTEL-TEI RESTAURANT 


Pakej Hato Bus Tour turut termasuk makan tengahari di Pastel-Tei Restaurant. Sebelum lawatan bas bermula, penumpang diminta membuat pilihan dari 3 option hidangan yang disediakan: Japanese, Western atau Vegetarian. Kami memilih pakej makanan Vegetarian kerana ia dijamin halal.

Restoran Pastel-Tei sebenarnya terletak di dalam sebuah hotel yang dah lupa namanya. Dari dalam restoran, pengunjung boleh melihat pemandangan Sungai Sumida yang merentasi bandaraya Tokyo.

Pemandangan Sungai Sumida dari Restoran Pastel-Tei.
Satu lagi pemandangan indah dari Restoran Pastel-Tei
En. Nek bergambar dengan Hato Bus di depan Restoran Pastel Tei.

TOKYO BAY CRUISE 

Turut termasuk di dalam pakej lawatan Hato Bus ialah boat cruise di Tokyo Bay dengan sebuah kapal yang dinamakan Symphony.

Menunggu Cruise bermula.
Kapal Symphony.
Bergambar sewaktu Symphony melintasi Rainbow Bridge.
Bangunan Fuji TV yang mempunyai rekabentuk yang sangat futuristik.

ODAIBA

Persinggahan terakhir Hato Bus Tour adalah di Odaiba. Bas berhenti berhampiran sebuah shopping centre yang bernama Aqua City.

Aqua City di Odaiba. Bangunan Fuji TV yang futuristik terletak di belakang.
Sesuatu yang mengejutkan kami ialah melihat terdapat sebuah replika Statue of Liberty di sini. Rasa macam berada kat New York pulak dibuatnya.

Statue of Liberty di Odaiba. Rainbow Bridge di belakangnya juga seakan-akan sama dengan Brooklyn Bridge di New York City.

Part 5: Pulang Ke Malaysia 

Selepas 10 hari berada di Jepun, tibalah masa untuk pulang ke Malaysia. Tidak seperti perjalanan pergi melalui Guangzhou, kami dapat penerbangan pulang Malaysia Airlines secara direct dari Tokyo ke Kuala Lumpur. 

Tidak seperti Kelas Ekonomi yang penuh di belakang, penumpang Business Class hanya kami berempat. Jadi, kami mendapat layanan penuh dari anak kapal yang bertugas di Business Class. Anita terutamanya cukup enjoy dengan perjalanan pulang ini.