SARAWAK
Kuching
Pertama kali Myself mengaturkan percutian keluarga adalah ke Kuching, Sarawak pada bulan Mac 2004. Ia disertai Myself, Husband, Parents, Abang sekeluarga, Kakak sekeluarga dan Makcik sekeluarga. Jumlah keseluruhan ahli rombongan adalah 18 orang (ramai tu!)
Kami berlepas dari KLIA menuju ke Kuching dengan penerbangan awal pagi (kalau tak silap pukul 6.45 pagi).
Anak-anak saudara dalam kapalterbang MAS menuju ke Kuching. |
BANDARAYA KUCHING
Peta Negeri Sarawak |
Sebaik tiba di Airport Kuching, tour guide dah menunggu. Kami terus naik bas menuju ke Dewan Suarah. Dewan Suarah ni ada sebuah Observation Platform di mana pemandangan keseluruhan bandar Kuching dapat dilihat dengan jelas.
Observation Platform di Dewan Suarah, Kuching |
Pemandangan sebahagian bandar Kuching dari Dewan Suarah |
Selepas makan tengahari, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami, Hotel Kuching Hilton yang berhadapan dengan Sungai Sarawak.
Di sebelah petang, acara bebas. Jadi, kesempatan ini digunakan untuk membeli-belah barangan cenderamata di kedai-kedai berdekatan Kuching Waterfront. Kuching Waterfront ni tak jauh dari hotel, kami ke sana dengan berjalan kaki.
Di sebelah petang, acara bebas. Jadi, kesempatan ini digunakan untuk membeli-belah barangan cenderamata di kedai-kedai berdekatan Kuching Waterfront. Kuching Waterfront ni tak jauh dari hotel, kami ke sana dengan berjalan kaki.
Menyeberang jalan beramai-ramai untuk pergi shopping. |
Kedai tikar Sarawak |
Sebahagian dari kami juga mengambil kesempatan naik River Cruise menyusuri Sungai Sarawak.
River Cruise di Sungai Sarawak |
KAMPUNG BUDAYA
Lawatan hari kedua adalah ke Kampung Budaya yang mengumpulkan kebudayaan suku-suku kaum yang terdapat di Sarawak. Di sini terdapat replika rumah-rumah tradisional suku-suku kaum Sarawak dan juga pertunjukan kebudayaan.
Gunung Santubong dalam perjalanan dari bandaraya Kuching ke Kampung Budaya |
Tekun melihat bagaimana tenunan dibuat |
Pertunjukan kebudayaan yang menarik di Kampung Budaya Sarawak |
MUZIUM KUCING
Melawat Muzium Kucing.
Muzium Kucing |
TEMBIKAR SARAWAK
Sarawak terkenal dengan perusahaan tembikarnya dan kami turut melawat sebuah pusat perusahaan tembikar di Kuching. Di samping melihat bagaimana tembikar dihasilkan, kami juga mencuba menghasilkan tembikar sendiri seperti yang dicuba oleh Abang.
Tembikar Sarawak |
Proses membuat tembikar |
Abang mencuba bakat membuat pasu tembikar. |
KUCHING WATERFRONT
Kami berada di Kuching selama 3 hari 2 malam. Hari terakhir di Kuching dipenuhi dengan bersiar-siar di Kuching Waterfront.
Aksi Ultraman di Kuching Waterfront |
Kenangan Opah bersama cucu-cucunya di Kuching Waterfront |