DUBAI
Persinggahan Dalam Perjalanan Umrah
Perjalanan menunaikan umrah kali kedua pada bulan Mei 2002 membolehkan Myself dan Husband menjejakkan kaki ke bumi Dubai.
Perjalanan umrah kami diatur oleh Triways Travel yang menggunakan pesawat Emirates Airlines. Disebabkan jadual pertukaran kapalterbang, kami terpaksa bermalam selama semalam di Dubai.
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai adalah melalui Dhaka, Bangladesh. Sebahagian besar penumpang juga adalah rakyat Bangladesh yang hendak pulang ke kampung halaman mereka.
Part 1: Dubai
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Dubai adalah melalui Dhaka, Bangladesh. Sebahagian besar penumpang juga adalah rakyat Bangladesh yang hendak pulang ke kampung halaman mereka.
Part 1: Dubai
Sambil menunggu penerbangan sambungan dari Dubai ke Jeddah, ahli rombongan menyewa sebuah kereta untuk mengelilingi bandar Dubai. Pada tahun 2002, bangunan pencakar langit di Dubai tidaklah sehebat tahun 2010. Namun, pemandangan di hadapan The Creek, sebuah sungai yang melintasi bandar Dubai masih mengkagumkan.
Dubai City |
Dubai City |
Sesuatu yang diperhatikan di Dubai adalah walaupun ia sebuah bandar Arab, penduduk Arab hampir tidak kelihatan di sini. Sebahagian besar penghuninya yang jelas kelihatan adalah pekerja-pekerja asing dari Bangladesh dan Filipina. Malah pemandu yang membawa kami mengelilingi bandar Dubai juga adalah berbangsa Bangladesh.
Sebuah souk di Dubai. Perhatikan bilangan pekerja asing yang begitu ramai. |
BURJ AL ARAB
Kami juga turut dibawa ke Burj Al Arab, antara hotel termahal di dunia yang berada di Dubai. Jika anda bukan tetamu hotel, anda perlu membayar 100 Dirham (RM 110), jika ingin melawat ke dalam hotel. Oleh yang demikian, kami hanya bergambar di luar pagar hotel.
Jika anda bukan tetamu hotel, anda hanya boleh menikmati pemandangan Burj Al Arab dari luar pagar sahaja. |
Part 2: Arab Saudi
LADANG UNTA DI HUDAIBIYAH
Perjalanan umrah tidak Myself abadikan dalam catatan ini kerana ia akan diceritakan dalam blog Haji nanti. Cuma satu catatan yang ingin dicoretkan adalah pengalaman melawat ladang unta di Hudaibiyah, berhampiran kota Makkah.
Ini pemandangan ladang unta. Tidak seperti ladang lembu di Malaysia, ladang unta hanyalah kawasan terbuka di padang pasir.
Ladang unta 'open air' di Hudaibiyah |
Minum susu unta fresh di Hudaibiyah. Susu ni diberi free oleh tuan ladang. Mangkuk susu ni "passing" dari seorang ke seorang untuk diminum. |
Part 3: Dubai Airport
Perjalanan pulang dari Jeddah juga turut melibatkan pertukaran pesawat di Dubai, namun penantiannya tidaklah begitu panjang seperti perjalanan pergi sehingga memerlukan kami bermalam di Dubai.
Namun begitu, dalam masa penantian tersebut, sempat juga meninjau kedai-kedai Duty Free yang banyak terdapat di sana.
Kedai Duty Free di Dubai Airport |