Ogos 2017
VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island &
Great Ocean Road
Bahagian 12: Great Ocean Road 2
LORNE, CUMBERLAND RIVER & APOLLO BAY
HARI KETUJUH (2)
Part 44: Lorne
Dari Memorial Arch, kami dibawa menuju ke Lorne. Selain dari Apollo Bay, Lorne adalah juga sebuah bandar persinggahan utama bagi pengunjung ke Great Ocean Road.
|
Perjalanan ke Lorne |
|
Pantai |
|
Kawasan hutan |
|
Big Hill |
|
Pemandangan di kawasan Big Hill |
|
Pantai berhampiran Big Hill |
|
Meneruskan perjalanan |
|
Ada kalanya perjalanan melalui pinggir-pinggir gunung |
|
Kawasan perkhemahan |
|
Rumah persinggahan |
|
Melalui hutan lagi |
|
Kembali ke tepi pantai |
|
Tebing gunung di pinggir pantai |
|
Southern Ocean |
|
Bandar Lorne dah kelihatan di depan sana |
|
Semakin hampir ke Lorne |
Bandar Lorne, seperti juga bandar-bandar lain di sekitar Great Ocean Road dikelilingi hutan pokok Eucalypt. Dari kejauhan, hutan pokok Eucalypt sentiasa kelihatan kebiruan kerana daun dari pokok ini menghasilkan sejenis gas yang mudah terbakar.
Sehari sebelum Krismas pada tahun 2015, suhu musim panas di sekitar Great Ocean Road meningkat sehingga hampir 40'C. Dengan tak semena-mena kilat menyambar sehingga menyebabkan pokok Eucalypt berhampiran bandar Wye River terbakar. Api merebak dengan pantas sehingga menyebabkan kebakaran hutan yang besar. Penduduk-penduduk di bandar sekitar Great Ocean Road, termasuklah Wye River dan Lorne diarahkan untuk berpindah. Api merebak dari Wye River menghampiri bandar Lorne, tapi berlaku satu keajaiban apabila ketika api hanya beberapa meter dari bandar itu, arah angin bertiup berubah berlawan arah dan memadamkan api yang sedang marak. Maka terselamatlah bandar Lorne dari tragedi Kebakaran Hutan pada tahun 2015.
|
Lorne |
Kata Pemandu merangkap Tour Guide kami John, dia paling suka datang ke Lorne kerana kedatangannya sentiasa disambut mesra oleh dua orang gadis di bandar ini.
|
Inilah dua gadis yang sentiasa menyambut mesra kedatangan John ke bandar Lorne. |
|
Menuju ke Pusat Bandar |
|
Pusat bandar Lorne |
|
Taman Awam di tepi pantai |
|
Grand Pacific Hotel |
Pertandingan renang Lorne Pier To Pub diadakan setiap tahun di Lorne. Ia bermula dalam tahun 1970-an apabila beberapa anggota Lorne Surf Life Saving Club mencabar satu sama lain untuk terjun dari Lorne Pier dan berenang merentas laut sehingga berakhir di Lorne Pub. Pertandingan ini masih berlangsung mengikut format tersebut dan menarik hampir 4,000 peserta setiap tahun sehingga dicatatkan di dalam Guinness Book of Records sebagai pertandingan renang terbuka yang terbesar di dunia.
|
Lorne Pier yang menjadi tempat permulaan pertandingan renang Lorne Pier To Pub. |
Kami tak membuat persinggahan di Lorne, hanya sekadar melintasi bandar ini kerana destinasi sebenar kami adalah Apollo Bay yang terletak kira-kira 44 km dari situ.
|
Menuju ke Apollo Bay |
|
St George River |
|
Pemandangan indah di St George River |
|
Batuan volkanik di tepi pantai |
|
Perjalanan ke Apollo Bay |
|
Kalau tak salah ini kawasan Jamieson Creek |
|
Pantai ini merbahaya untuk mandi-manda kerana ombak sangat kuat di sini. |
|
Walaupun merbahaya kerana ombak besar, kami diberitahu pantai ini sebenarnya sangat popular dengan pemancing ikan. |
|
Jalan yang bengkang-bengkok dan beralun di tepi pantai |
|
Memang ngeri bila bas terhuyung-hayang lalu di sini. |
|
Kengerian walau bagaimanapun dapat dilupakan seketika bila disajikan dengan pemandangan laut yang indah. |
|
Keindahan gunung dan laut. |
|
Hampir tiba di persinggahan seterusnya dalam perjalanan ke Apollo Bay, Cumberland River |
Part 45: Cumberland River
John membawa kami membuat persinggahan di Cumberland River dalam perjalanan menuju ke Apollo Bay. Di sini juga, kita disajikan dengan pemandangan laut yang cantik, cuma pantai di sini lebih berbatu berbanding pantai yang sebelumnya.
|
Cumberland River |
|
Pemandangan di Cumberland River |
|
Bas parking di tepi jalan |
|
Beramai-ramai menikmati keindahan pemandangan di Cumberland River |
|
Pemandangan ke arah sana |
|
Banyak batu di tepi pantai |
|
Pemandangan Southern Ocean. Hutan Eucalypt di seberang sana kelihatan kebiruan kerana gas yang dikeluarkan oleh daun-daun pokok Eucalypt. Gas ini juga menyebabkan hutan Eucalypt sangat mudah terbakar. |
|
Pemandangan ke sebelah sini. |
|
Husband menikmati pemandangan indah di Cumberland River |
|
John |
|
Cumberland River Holiday Park |
Part 46: Perjalanan Ke Apollo Bay
Perjalanan diteruskan lagi ke Apollo Bay. Tidak jauh dari Cumberland River, kami bertemu dengan Mount Defiance Lookout. Walau bagaimanapun, kami tak berhenti di sini.
|
Mount Defiance Lookout |
|
Ramai bikers berhenti di sini. |
|
Hutan Eucalypt yang musnah dalam Kebakaran Besar pada tahun 2015 dulu jelas kelihatan dari sini. |
|
Menyelusuri hutan yang masih hijau. |
|
Pantai lagi. |
|
Masih pantai yang sama |
|
Jalan lagi ke depan |
|
Inilah kawasan hutan yang musnah terbakar pada tahun 2015 dulu. |
|
Hutan di sini masih belum pulih sepenuhnya dari kesan kebakaran walau dah dua tahun berlalu. |
Pantai di sekitar Great Ocean Road juga dikenali sebagai The Shipwreck Coast kerana banyak kapal karam di sini. Mengikut rekod rasmi, ada 800 kejadian kapal karam yang berlaku di sini, walaupun ramai yang percaya jumlah sebenarnya lebih banyak lagi.
Di sini juga kami ditunjukkan sebuah binaan seperti kubur yang dinamakan Lone Sailors Grave. Walaupun kelihatan macam kubur, ia bukanlah sebuah kubur kerana tak ada mayat ditanam di dalamnya. Ia sebaliknya dibina untuk memperingati jasa tiga orang pemuda tempatan yang mati lemas sewaktu cuba menyelamatkan mangsa dari sebuah kapal karam di sini. Ironinya, hanya mereka bertiga sahaja yang kehilangan nyawa, sedangkan semua penumpang kapal karam tersebut terselamat.
|
Historic Site |
|
Lone Sailors Grave |
|
Kubur ini hanya simbolik bagi memperingati keberanian tiga orang pemuda tempatan yang terkorban sewaktu menyelamatkan mangsa kapal karam di kawasan ini. |
|
Cuaca memang mendung dan hujan sekejap-sekejap sewaktu kami melawat ke Great Ocean Road. |
|
Pantai yang indah |
|
Kerja pembaikan jalan |
|
Sekali-sekala, kita memang akan memandu masuk ke kawasan inland begini. |
|
Dah hampir ke Apollo Bay |
|
Bandar Apollo Bay dah kelihatan di seberang sana. |
|
Belum sampai lagi... |
|
Berbasikal di Great Ocean Road |
|
Sini pun ada kesan hutan terbakar |
|
Belayar di Southern Ocean |
|
Padang ragut |
|
Skenes Creek |
|
Pantai dah mula ramai pengunjung sekarang sebab musim dingin dah berakhir. |
|
Ada beberapa orang bermain body surfing di sini. |
|
Memotong rumput di laman. |
|
Pemandangan indah di Musim Bunga |
|
Semakin hampir ke Apollo Bay. Jalan di sini juga beralun teruk seperti di tempat lain di Great Ocean Road. |
Part 47: Apollo Bay
Menjelang tengahari, kami tiba di Apollo Bay. Seperti Lorne, ia juga adalah bandar persinggahan utama di Great Ocean Road kerana kedudukannya yang hampir dengan Twelve Apostles yang merupakan tarikan utama pengunjung di laluan ini.
|
Pinggir bandar Apollo Bay |
|
Apollo Bay |
|
Menuju ke pusat bandar Apollo Bay |
|
Jalan utama di Apollo Bay |
Bandar Apollo Bay tak besar, tapi disebabkan tak ada tempat parking yang sesuai untuk kenderaan bersaiz besar seperti bas kami, terpaksalah bas berhenti sedikit jauh dari jalan utama. Di sini kami diberikan masa sejam untuk makan tengahari.
|
Menapak ke jalan besar Apollo Bay |
|
Apollo Bay Hotel |
Bagi yang mengambil Lunch Package bersama Grayline, sajian makan tengahari disediakan di Apollo Bay Hotel. Bagi yang tak mengambil Lunch Package, kami mencari makan sendiri di kedai-kedai makan yang terdapat di sini.
|
Kedai-kedai di jalan utama Apollo Bay |
Di sini, Myself dan Husband makan tengahari di sebuah restoran bernama Iluka yang ada menyajikan makanan Halal. Fish & Chip di sini memang sedap tapi Nasi Gorengnya biasa saja. Tapi tak apalah, asalkan Halal.
|
Restoran Iluka |
|
Sijil Perakuan Halal dan menu di Restoran Iluka |
|
Pemandangan di dalam Restoran Iluka |
|
Satu lagi suasana di dalam restoran Iluka |
|
Kaunter makanan |
|
Fish & Chips yang sedap, tapi nasi gorengnya kureng sikit. |
Sebelum turun dari bas, beriya-iya John menyuruh kami mencuba ais kerim di sebuah kedai di sini yang bernama The Icecream Tub. Katanya, rugi kalau tak cuba. Jadi selepas makan, kami pun masuklah ke dalam kedai ais kerim yang kebetulan boleh dikatakan bersebelahan dengan Restoran Iluka ni.
|
Kedai Ais Kerim yang sedap yang dicadangkan oleh John. |
|
Ais kerim yang dijual di sini pernah memenangi pelbagai award. |
|
Award-award yang dimenangi oleh The Icecream Tub |
|
Ais kerim raspberry ni memang sedap. |
|
Berehat sambil minum air selepas lunch dan makan ais kerim. |
Bila tiba masanya, kami kembali ke bas. Tapi ramai yang terlewat sikit tiba. Yang mengambil Lunch Package memberitahu service di Hotel Apollo Bay agak slow. Yang terakhir naik bas pula memberitahu mereka terpaksa beratur lama sikit nak beli ais kerim. "Kalau lambat sebab makan ais kerim, anda dimaafkan", kata John. Begitulah beriyanya dia promote ice-cream di sini kepada kami.
|
Bas kami menunggu di sini |
|
Cantik pokok ni. |
|
Bunga-bunga di Apollo Bay |
|
Bergerak meninggalkan Apollo Bay. |
Destinasi seterusnya.... Twelve Apostles.
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)
- Bhg. 1 [Hari 1] : The Arrival - Perjalanan ke Melbourne
- Bhg. 2 [Hari 2 & 3] : Business Trip - Queen Victoria Market & City Circle Tram
- Bhg. 3 [Hari 4] : Solo In Melbourne - Ibis Melbourne Therry Street, Federation Square & Southern Cross Station
- Bhg. 4 [Hari 5] : Husband's Arrival - Tullamarine Airport & Victoria Street
- Bhg. 5 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 1 - Melbourne City Tour, Royal Botanic Gardens & Yarra River
- Bhg. 6 [Hari 5] : Melbourne Highlight Tour 2 - St Kilda, Brighton Beach & Albert Park
- Bhg. 7 [Hari 6] : Dandenong 1 - Perjalanan ke Dandenong & Grant Picnic Ground
- Bhg. 8 [Hari 6] : Dandenong 2 - Puffing Billy & Sassafras
- Bhg. 9 [Hari 6] : Phillip Island 1 - Perjalanan Ke Phillip Island & Churchill Island Heritage Farm
- Bhg. 10 [Hari 6] : Phillip Island 2 - Koala Conservation Centre, The Nobbies & Penguin Parade
- Bhg. 11 [Hari 7] : Great Ocean Road 1 - Anglesea, Urquhart Bluff & Memorial Arch
- Bhg. 12 [Hari 7] : Great Ocean Road 2 - Lorne, Cumberland River & Apollo Bay
- Bhg. 13 [Hari 7] : Great Ocean Road 3 - Twelve Apostles
- Bhg. 14 [Hari 7] : Great Ocean Road 4 - Razorback, Loch Ard Gorge & Port Campbell
- Bhg. 15 [Hari 8] : Melbourne City Walk 1 - Federation Wharf, Southbank, Swanston Street & Queen Victoria Market
- Bhg. 16 [Hari 8] : Melbourne City Walk 2 - Melbourne River Cruise, Islamic Council of Victoria & Treasury Gardens
- Bhg. 17 [Hari 8] : Melbourne City Walk 3 - Fitzroy Gardens & Penerbangan Pulang