Thursday 14 September 2017

2017 MELBOURNE BHG. 03 (Federation Square)

Ogos 2017

VICTORIA, AUSTRALIA
Melbourne, Dandenong, Phillip Island & 
Great Ocean Road

Bahagian 3: Solo In Melbourne
IBIS MELBOURNE THERRY STREET, FEDERATION SQUARE & SOUTHERN CROSS STATION

HARI KEEMPAT

Part 8: Ibis Melbourne Therry Street

Seperti yang dijadualkan, rakan-rakan yang bersama mengikut Business Trip ini berlepas pulang ke Malaysia pada pagi Hari Keempat. Myself turut check-out dari hotel bersama mereka dan berpindah ke Ibis Melbourne Hotel & Apartments Therry Street yang telah Myself dan Husband tempah untuk percutian kami di Melbourne. Disebabkan Husband hanya berlepas dari Kuala Lumpur pada malam ini dan akan tiba pada awal pagi esok, terpaksalah Myself bergerak solo pada Hari Keempat di Melbourne ini.

Bilik di Ibis Melbourne Therry Street ini telah kami tempah lebih awal sebelum Myself mendapat pengesahan tentang penginapan di Mercure Therry Street bagi Business Trip Myself. Secara kebetulan, kedua-dua hotel ini terletak bersebelahan di Therry Street. Jadi sebaik rakan-rakan menaiki Uber ke airport, kita pun tariklah beg kita macam peserta yang tersingkir dari Akademi Fantasia menuju ke hotel sebelah.

Hotel Mercure dan Ibis Melbourne yang terletak bersebelahan di Therry Street.
Waktu check-in yang standard bagi hotel-hotel di Melbourne adalah pada pukul 2 petang dan waktu check-out pula adalah pada pukul 11 pagi. Disebabkan ketika itu pukul 10 pagi dan Myself meminta untuk check-in awal ke bilik, kita dikenakan early check-in charge sebanyak AUD20 (RM 68). Tutup mata dan bayar sajalah kerana tak sanggup rasanya nak melepak seorang diri di lobi hotel sampai ke pukul 2 petang.

Front Desk di Ibis Melbourne Hotel & Apartments Therry Street. Hotel ini juga menjadi penginapan krew China Southern Airlines yang bertugas ke Melbourne.
Lobi di Ibis Melbourne Hotel & Apartments Therry Street. Hiasan dalaman Hotel Ibis di mana-mana jua memang berkonsep moden.
Business Centre kecil di lobi hotel.
Bilik penginapan yang disediakan bagi kami adalah sebuah studio apartment yang lengkap dengan sebuah bilik tidur, ruang rehat, ruang makan dan dapur yang dilengkapi dengan peralatan seperti cerek elektrik, toaster dan microwave oven. Pinggan mangkuk, cawan dan gelas minuman serta peralatan utensils seperti sudu dan garfu juga turut disediakan.

Pemandangan keseluruhan Studio Apartment kami di Ibis Melbourne Therry Street dari pintu masuk.
Pemandangan bilik tidur dari ruang rehat
Kitchenette
Bilik air dan wardrobe ringkas.
Selepas masuk ke bilik, ada satu tugasan lain yang perlu diselesaikan. Myself dan Husband telah membuat tempahan untuk mengikut Grayline Tour selama 3 hari berturut-turut sepanjang percutian di Melbourne. Memandangkan kami turut meminta khidmat pick-up dari hotel, kami perlu membuat pengesahan tentang waktu pick-up tersebut. 

Line telefon Grayline Tour malangnya sangat sibuk pagi itu. Memandangkan Myself tak punya sebarang perancangan khusus pada pagi itu sehingga Husband tiba di Melbourne pada awal pagi esok, Myself membuat keputusan untuk berkunjung saja ke pejabat Grayline yang terletak di Federation Square bagi membuat pengesahan tempahan.

Part 9: Naik Tram ke Federation Square

Selepas dua hari tinggal di Melbourne dan menggunakan tram untuk ke sana-sini, Myself cukup cekap menggunakan tram. Jadi Myself menggunakan khidmat tram sahaja untuk ke pejabat Grayline Tours di Federation Square dari perhentian Queen Victoria Market yang terletak berhampiran dengan hotel.

Perhentian Tram Queen Victoria Market berhampiran Hotel Ibis Melbourne Therry Street.
Pemandangan di dalam tram
Tak sukar menggunakan khidmat tram ini untuk ke Federation Square dari Queen Victoria Market kerana laluannya hanya menyusur sepanjang Elizabeth Street tanpa sebarang lencongan. Khidmat tram juga percuma di Zon 1 Melbourne CBD di mana letaknya kedua-dua Queen Victoria Market dan Federation Square.

Khidmat Tram di dalam Zon 1 yang merupakan Pusat Bandaraya Melbourne disediakan secara percuma.
Kad Myki diperlukan sekiranya menaiki tram keluar dari Free Tram Zone di Melbourne CBD.
Seperti di Istanbul, tram di Melbourne juga berkongsi laluan dengan kereta di jalan raya. Seperti kenderaan darat yang lain, tram perlu berhenti di persimpangan lampu isyarat. Di sana-sini di kota Melbourne, ada iklan yang mengingatkan pemandu supaya berhati-hati dengan tram. Jika berlanggar dengan tram ini, impaknya sama seperti disondol 30 ekor badak sumbu yang meluncur dengan skateboard!

Tram di Melbourne berkongsi laluan dengan kereta.
Impak jika dilanggar tram sama seperti disondol 30 ekor badak sumbu yang bermain skateboard.
Pemandangan Tram di Elizabeth Street
Dari Elizabeth Street, Myself berjalan menyeberang Flinders Street menuju ke Federation Square. Tiba di sana, terpinga-pinga juga mulanya ke mana hala nak dituju untuk mencari pejabat Grayline Tours.

Dinding luar Flinders Street Station ini ditutup dengan kanvas bagi kerja-kerja pembaikan.
St Paul's Cathedral berhampiran Federation Square dan Flinders Street Station
Pemandangan Federation Square dari Flinders Street Station
Australian Centre For Moving Images (ACMI) di Federation Square
Kaunter Grayline di Federation Square terletak di sebalik bangunan Australian Centre For Moving Images (ACMI) yang mempunyai rekabentuk senibina yang sangat menarik. Selain dari Grayline Tours, terdapat juga kaunter beberapa syarikat pelancongan lain di sini.

Kaunter Grayline Tours di Federation Square
Selain dari Grayline Tours, terdapat kaunter syarikat-syarikat pelancongan lain yang turut menawarkan Melbourne Day Tours di sini.
Sangat mudah berurusan dengan Grayline. Sebut saja nama Tour yang telah ditempah dan mereka akan memeriksa senarai nama yang ada pada mereka. Waktu pick-up juga diberitahu dengan jelas kepada kita dan kita diminta menunggu di depan hotel 10 minit sebelum waktu pick-up tersebut.

Selepas selesai berurusan dengan Grayline, Myself singgah sebentar di Melbourne Visitor Centre yang berhampiran. Pelbagai peta dan brochure percuma ada di sini. Terdapat juga kaunter disediakan untuk kemudahan pelancong mendapatkan pelbagai maklumat dan membeli tiket perkhidmatan dan persembahan yang diperlukan.

Melbourne Visitor Centre di Federation Square
Kaunter penerangan untuk pelancong
Pelbagai maklumat ada di sini.
Peta dan brochure percuma.

Part 10: Southern Cross Station

Misi seterusnya hari ini ialah mencari Southern Cross Station kerana kita bercadang nak naik SkyBus dari sini ke Tullamarine Airport pada pagi esok untuk menyambut ketibaan Husband. Berbekalkan peta di tangan, sekali lagi khidmat tram percuma digunakan untuk pergi ke Southern Cross Station dari Federation Square. 

Perhentian Tram di Flinders Street, berhampiran Federation Square
Stesen Keretapi Flinders Street
Southern Cross Station terletak di Spencer Street. Untuk ke sana dari Federation Square, Myself menaiki tram menyusuri Flinders Street sehingga sampai ke persimpangan Spencer Street.

Grand Hotel yang terletak di persimpangan Flinders Street dan Spencer Street.
Pintu masuk ke Grand Hotel
Bangunan Southern Cross Station
Southern Cross Station dianggap sebagai stesen keretapi kedua bagi bandaraya Melbourne selepas Flinders Street Station. Selain dari menjadi perhentian perkhidmatan keretapi antara bandar dan wilayah, stesen ini juga popular di kalangan pelancong kerana di sinilah pusat perkhidmatan SkyBus yang berulang-alik dari Tullamarine Airport dan Avalon Airport ke Pusat Bandar Melbourne. Selain menawarkan perkhidmatan ke Airport, Skybus juga menawarkan perkhidmatan percuma City Shuttle ke hotel-hotel di sekitar Melbourne bagi pelanggannya dari sini. Walaupun Myself sebenarnya dah menempah City Shuttle dari Ibis Melbourne Therry Street ke sini untuk pagi esoknya, kita tetap nak meninjau terminal Skybus ini di sini. Manalah tahu, takut-takut terlepas City Shuttle yang ditempah dan terpaksa datang sendiri ke sini pagi esok!

Pintu masuk ke Southern Cross Station
Pemandangan di dalam Southern Cross Station
Keretapi antara bandar yang berkhidmat ke seluruh negeri Victoria.
Berjalan mencari terminal Skybus
Kalau dibandingkan dengan Stesen KL Sentral di Tanah Air, Myself rasa Southern Cross Station ini tidaklah terlalu besar. Malah Tullamarine Airport di Melbourne juga kecil jika dibandingkan dengan KLIA. Memang Myself rasa pelik kenapa Tullamarine Airport tu tak begitu besar, sedangkan Melbourne adalah bandaraya kedua terbesar di Australia dan Myself rasa jauh lebih popular dengan pengunjung luar negara berbanding Kuala Lumpur.

Di sinilah letaknya terminal SkyBus
Misi Myself di Southern Cross Station hari ini selesai selepas bertemu dengan kaunter Skybus. Bila dah tahu mana letaknya tempat Skybus ni, mudahlah urusan kita pada esok hari. Jadi misi seterusnya adalah mencari makanan Halal untuk lunch hari ini. Misi ini juga tak sukar kerana betul-betul di tepi tempat Skybus ini, ada sebuah gerai Halal yang menjual makanan Turki.

Kedai makanan Turki berhampiran kaunter Skybus di Southern Cross Station
Pilihan makanan yang dijual
Petugas di kedai makan yang sangat peramah
Alhamdulillah, selesai semua urusan yang perlu dibuat hari ini. Sekali lagi dengan menggunakan khidmat tram percuma, Myself pulang ke hotel. Terfikir pulak yang malas nak keluar malam nanti mencari dinner dalam cuaca yang sejuk begini. Jadi kita singgah dulu di sebuah restoran Indonesia yang bernama Pondok Rempah dekat dengan hotel untuk siap-siap membungkus dinner untuk dibawa pulang. Kan ada microwave kat bilik hotel, bolehlah kita guna untuk memanaskan dinner nanti!

Berjalan meninggalkan Southern Cross Station menuju ke perhentian tram berhampiran.
Restoran Pondok Rempah berhampiran Ibis Melbourne Therry Street
Selepas dinner di bilik, kita tidur awal kerana nak bangun awal mengejar SkyBus City Shuttle untuk menyambut ketibaan Husband di Tullamarine Airport pagi esok...


Bersambung ke Bahagian 4...


CATATAN PERJALANAN VICTORIA, AUSTRALIA (2017)