Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 12: Hue
HUE CITY & IMPERIAL CITY OF HUE
HARI KEEMPAT (2)
Akhirnya kita sampai di kota Hue. Ia adalah sebuah kota bersejarah kerana pernah menjadi ibu kota sewaktu Vietnam mempunyai pemerintahan beraja dahulu. Pemandangan di Hue kini tidak jauh berbeza dengan bandar-bandar tipikal lain di Vietnam.
 |
Suasana di bandar Hue
|
 |
Pasar tradisional Vietnam di Hue |
Hue pada mulanya adalah sebuah bandar di bawah pemerintahan Kerajaan Champa sebelum ditawan oleh Maharaja Vietnam dari keturunan Kinh. Sejarah Hue di bawah pemerintahan Vietnam bermula bila ia dijadikan ibu kota oleh Raja-Raja Dinasti Nguyen yang menguasai bahagian Tengah dan Selatan Vietnam bermula tahun 1687-1775. Selepas itu ia ditawan pula oleh Raja dari Dinasti Tay Son. Status Hue sebagai ibu kota masih kekal di bawah pemerintahan Dinasti Tay Son. Ramai orang di Vietnam kini yang memiliki nama keluarga Nguyen. Ia menunjukkan mereka adalah berasal dari susur galur raja-raja yang pernah memerintah Vietnam di masa dahulu.
 |
Kawasan kota lama Hue |
 |
Kedai-kedai tradisional di Hue |
 |
Kuil di kota lama Hue |
 |
Pemandangan di Hue kini tidak banyak berbeza dengan bandar-bandar lain di Vietnam |
Pewaris Dinasti Nguyen yang kemudian dikenali sebagai Emperor Gia Long menawan kembali Hue dari Dinasti Tay Son. Dinasti Nguyen terus memerintah sebagai Raja Dinasti Vietnam yang terakhir bermula dari tahun 1802 - 1945.
 |
Perfume River yang membelah bandar Hue |
 |
Perfume River |
Sewaktu di bawah penjajahan Perancis dalam tahun 1880-an, Hue diiktiraf sebagai Imperial Palace of the French Protectorate (Annam) yang memerintah seluruh Central Vietnam. Pemerintahan beraja di Vietnam berakhir pada tahun 1945 bila Raja Nguyen yang terakhir bernama Emperor Bao Dai turun takhta secara sukarela dan menyerahkan kerajaannya kepada Ho Chi Minh.
 |
Pintu masuk utama ke Imperial City of Hue yang dinamakan Ngo Mon Gate [Gambar dari internet] |
 |
Palace Of Supreme Harmony (Dien Thai Hoa Palace) yang dibina pada tahun 1805 [Gambar dari internet] |
 |
Palace Of Supreme Harmony (Dien Thai Hoa Palace) [Gambar dari internet] |
 |
Palace Of Supreme Harmony |
 |
Takhta Raja-Raja Nguyen di dalam Palace Of Supreme Harmony |
Part 37: Thanh Hung (Kedai Arak) @ Hue
Dalam ramai-ramai Raja yang memerintah Vietnam, ada seorang yang mempunyai 500 orang isteri dan gundik. Beliau bernama Emperor Minh Mang dari Nguyen Dynasty yang memerintah dari 1820 - 1841. Menurut legenda, baginda akan meniduri 5 orang isteri dan gundik pada setiap malam. Adalah dikatakan baginda mendapat tenaga untuk berbuat begitu dengan meminum sejenis arak khas yang berasal dari Hue. Disebabkan legenda ini, ramai yang datang ke Hue sehingga sekarang semata-mata untuk mencari arak ini yang dinamakan Minh Mang Thang.
 |
Perfume River |
 |
Perfume River Bridge |
 |
Da Vien Bridge |
 |
Taman di tepi Perfume River |
 |
Bot cruise yang berlabuh di tepi Perfume River |
 |
Taman di tepi Perfume River |
 |
Phu Thanh Communal House |
Kedai Thanh Hung ini adalah persinggahan popular kepada pengunjung yang datang ke Hue. Ramai orang berada di situ sewaktu kami tiba.
 |
Kedai Thanh Hung (Kedai Arak) di Hue |
 |
Berjalan ke pintu masuk |
Selain kemudahan untuk menggunakan tandas, Kedai Arak ini juga popular kerana ia memberi teh dan pelbagai sampel snacks percuma kepada pengunjungnya. Snacks yang diberi dibuat dari kacang dan bahan-bahan tempatan. Jangan risau, semuanya Halal dan rasanya memang sedap.
 |
Ruang kafe di depan kedai |
 |
Ramai pengunjung sedang berada di sini untuk menikmati snacks dan minuman percuma |
 |
Susah nak mencari tempat duduk kosong di sini |
 |
Snacks percuma untuk pelanggan |
 |
Teh Sejuk juga diberi percuma |
 |
Menikmati snacks dan minuman percuma |
Kedai ini juga menjual pelbagai cenderamata dan makanan tempatan. Disebabkan budaya negara-negara di Asia Tenggara adalah lebih kurang serupa, banyak dilihat perencah-perencah makanan seperti sambal, budu dan cencaluk versi Vietnam di sini.
 |
Ruang jualan barangan cenderamata |
 |
Topi Vietnam yang berbentuk macam tudung saji ini sangat popular di kalangan pelancong |
 |
Arak Minh Mang Thang yang dicari ramai pengunjung ke Hue |
 |
Makanan-makanan tempatan |
 |
Pemandangan ke arah kafetaria dari ruang jualan cenderamata |
 |
Banyak makanan tempatan yang dijual tidak kita kenali |
 |
Kraftangan tempatan |
 |
Perencah-perencah makanan tempatan Vietnam yang sekali imbas macam perencah-perencah makanan yang sering digunakan di Malaysia |
 |
Sambal ini sangat sedap dan Halal kalau nak dicuba, kata Yuni. |
 |
Patung Buddha yang dijadikan hiasan di pintu masuk |
Part 38: An Hien Garden House
Sambil ahli-ahli rombongan masih bershopping di Kedai Arak, Myself dan Husband bersiar-siar di luar. Pada mulanya kami bercadang nak pergi ke taman di seberang kedai yang terletak di pinggir Perfume River tetapi tak jadi nak berbuat begitu sebab susah nak melintas jalan yang sibuk dengan kenderaan untuk mendapatkannya.
 |
Taman di seberang jalan |
 |
Perfume River |
Bila dipandang ke sebelah kedai, macam ada sebuah tempat menarik yang dikelilingi tembok macam sebahagian Imperial City of Hue. Jadi kami berjalan menuju ke situ untuk melihat apakah ia yang sebenarnya.
 |
Tembok seperti Imperial City of Hue yang menarik perhatian kami |
Tempat ini sebenarnya adalah An Hien Garden House yang pernah dimiliki oleh seorang anak perempuan Duc Duc Emperor. Disebabkan curious, Husband masuk ke dalam sekejap nak melihat taman yang cantik di dalamnya. Myself cuma menunggu di luar saja untuk standby menunggu kalau-kalau kami dah dipanggil balik naik ke bas.
 |
An Hien Garden House |
 |
Pintu masuk ke An Hien Garden House |
 |
Pemandangan ke taman An Hien Garden House dari luar pintu masuk |
 |
Husband saja yang masuk explore ke dalam |
 |
Penerangan mengenai An Hien Garden House |
Kita tengok suasana taman yang permai di An Hien Garden House ini...
Sedang Husband berjalan melihat-lihat suasana di dalam taman, datang seorang petugas wanita yang memakai pakaian tradisional Vietnam. Dia memberitahu ada bayaran VND 35,000 (RM6) dikenakan kalau nak melawat sebenarnya.
 |
Petugas wanita yang datang memberitahu Husband tentang bayaran yang dikenakan untuk masuk melawat |
Bila diberitahu yang ada bayaran tiket dikenakan, terpaksalah Husband keluar kembali. Sayang kami tak punya banyak masa. Kalau tidak, kami memang tak kisah nak membayar tiket untuk masuk ke dalam melawat An Hien Garden House ini.
 |
Pemandangan menghala ke pintu keluar |
Disebabkan curious nak tahu apa sebenarnya yang ada di An Hien House ini, kita buatlah sedikit research di Google. Inilah benda-benda yang boleh kita lihat kalau melawat masuk ke dalam sana...
 |
Rumah kediaman sebenar yang dibina di sebalik selapis lagi tembok dari taman luar. Tembok dalam ini dibina bagi melindungi privacy penghuninya. [Gambar dari internet] |
 |
Kolam Lotus dibina di depan rumah kediaman mengikut amalan dan kepercayaan Feng Shui bagi mendapatkan tuah. [Gambar dari internet] |
 |
Pemandangan di dalam rumah kediaman [Gambar dari internet] |
Bersambung ke Bahagian 13...
CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
No comments:
New comments are not allowed.