Sunday, 6 July 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 01 (KL-Danang)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 1: Arrival
KUALA LUMPUR - DANANG

Part 1: Lawatan Kedua Ke Vietnam

Pada mulanya Myself dan Husband merancang nak membuat satu perjalanan jauh ke Scandinavia pada bulan Mei 2025. Walau bagaimanapun disebabkan satu halangan tertentu, perancangan pengembaraan ke Scandinavia terpaksa ditangguhkan. Sebagai ganti, kami memilih untuk membuat pengembaraan ke sebuah negara yang lebih dekat dengan Malaysia ~ Vietnam.

Welcome To Vietnam
Myself dan Husband pernah berkunjung ke Hanoi dan Halong Bay yang terletak di North Vietnam pada tahun 2011 dahulu. Oleh itu, kami memilih untuk berkunjung ke Central Vietnam pula pada kali ini. Bagi menjimatkan kos, kami turut memilih untuk mengikut Group Tour. 

Kami memilih Group Tour yang dianjurkan oleh Suka Kembara kerana dalam banyak-banyak travel agent yang menawarkan pakej perjalanan ke Vietnam, cuma mereka sahaja yang menawarkan lawatan tambahan ke Hue. Namun disebabkan perancangan perjalanan dibuat very last minute, hampir-hampir sahaja kami tidak dapat mengikut rombongan ini kerana hanya 1 seat sahaja yang tinggal sedangkan kami nak pergi berdua.

Kalau nak membuat private tour pula, rasanya tidak berbaloi kerana kosnya hampir 2 kali ganda kos travel mengikut group. Namun mungkin disebabkan kami memang ditakdirkan Allah dapat menjejak ke Danang, pada akhirnya pihak travel berjaya membuat penambahan 1 seat bagi kami. Seorang dari kami dapat mengikut pakej pada harga group yang ditawarkan manakala yang seorang lagi terpaksa membayar kos yang sedikit mahal dari kos group yang sebenar. Yang penting, kami berdua dapat travel bersama mengikut group.
 
HARI PERTAMA (1)

Part 2: Dari KL Terbang Ke Danang

Penerbangan Malaysia Airlines kami dari Kuala Lumpur ke Danang di Vietnam dijadualkan berlepas pada pukul 12 tengahari. Namun begitu, semua ahli rombongan diminta untuk berkumpul di KLIA1 seawal pukul 8 pagi bagi urusan Group Check-in. Disebabkan rumah kami terletak jauh dari KLIA, Myself dan Husband menginap satu malam di Tune Hotel KLIA2 untuk mengelak dari terpaksa keluar rumah terlalu awal di pagi hari kejadian.

Tune Hotel KLIA 2
Check-out dari Tune Hotel KLIA2
Sebaik selepas selesai menunaikan Solat Subuh, kami bergerak menuju ke Stesen ERL KLIA2 untuk menaiki ERL ke KLIA 1.

Pemandangan Menara Kawalan KLIA 2 di subuh hari dari Tune Hotel
Laluan pejalan kaki yang menghubungkan Tune Hotel dengan bangunan terminal KLIA2
ERL ke KLIA 1 dah tiba
Sempat posing dulu sebelum naik ERL
Perjalanan dengan ERL dari KLIA2 ke KLIA1 tidak lama. Tak sampai pun 5 minit. Kedua-dua ERL Express dan ERL Transit boleh digunakan untuk bergerak dari KLIA2 ke KLIA1. Tiket yang dikenakan pun murah ~ cuma RM2 seorang. 

Naik ERL ke KLIA1
Suasana di dalam ERL di awal pagi
Tiba di Stesen ERL KLIA 1
Perkara pertama yang kami lakukan sebaik tiba di KLIA1 adalah breakfast di Food Garden.
 
Food Garden KLIA
Pilihan breakfast kami
Jemput makan...
Selepas dah breakfast, kami terus naik ke Aras Perlepasan. Perkara seterusnya yang perlu kami lakukan adalah membuat pick-up peralatan wifi Roamingman yang telah kami tempah lebih awal.

Suasana di Aras Perlepasan KLIA 1
Kaunter Roamingman di KLIA1
Berurusan di kaunter Roamingman
Kafe Chef Wan di Aras Perlepasan
Kami diminta berkumpul di Kaunter C untuk Group Check-in. Staff yang in-charge dari Suka Kembara telah sedia menunggu peserta di sana. Kumpulan kami terdiri dari 20 orang peserta yang datang dari pelbagai tempat di Semenanjung Malaysia. Walaupun pakej ini adalah Muslim Tour, cuma 7 sahaja pesertanya (2 keluarga dan seorang peserta solo) yang berketurunan Melayu. 13 peserta lagi adalah berketurunan India dari 3 keluarga tetapi semuanya sangat fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaupun berlainan bangsa begitu, kami semua terus click dan menjadi sangat mesra sebaik berjumpa pada kali pertama. Begitulah semangat rakyat Malaysia yang sebenar.

Kaunter di mana kami diminta untuk berkumpul
Menunggu giliran untuk check-in
Macam biasa bila membuat Group Check-in begini, nombor tempat duduk yang diberi pasti berterabur. Namun begitu, staff in-charge dari Suka Kembara mengambil inisiatif untuk mengatur semula tempat duduk supaya semua keluarga dapat duduk bersama.

Sewaktu taklimat selepas check-in, kami juga diberitahu yang Tour Leader kami yang bernama Rozana tidak dapat menaiki flight yang sama dengan kami. Dia akan berlepas lebih awal dengan flight Air Asia dan hanya akan menunggu kami di airport Danang.

Taklimat dari staff-in charge Suka Kembara
Boarding Pass dari KL (KUL) ke Danang (DAD)
Selepas diberi taklimat, kami masuk ke kawasan Gate Perlepasan. Sewaktu melalui pemeriksaan imigresen, Myself dan Husband menggunakan kemudahan My Border Pass buat kali pertama. "Voila!" kata orang French (maklumlah, sebab kita nak pergi ke Vietnam yang merupakan bekas jajahan French). Cukup mudah dan lancar!

Suasana di pintu perlepasan
Pintu perlepasan kami ke Danang adalah Gate H10 yang tidak memerlukan kita menaiki bas untuk ke sana. Kali terakhir kami melalui pintu perlepasan H ini adalah sewaktu bercuti ke Phuket pada tahun 2022. Banyak sungguh perubahan yang kami lihat di kawasan ini.
 
Kedai Little Malaysia yang menjual pelbagai souvenir makanan tempatan
Mesin menjual minuman panas
Duduk minum-minum dulu sambil menunggu panggilan masuk ke dalam pesawat
Jemput minum Teh Tarik bersama kami...
Sambil menunggu panggilan masuk ke pesawat juga, kita cuci mata melihat pelbagai pesawat yang berada di KLIA1.
 
Singapore Airlines dan Batik Air
Ehh, ada flight Qantas di sini? Setahu Myself Qantas tak terbang direct ke Malaysia.
Emirates, Malaysia Airlines dan Lion Air
Di sepanjang laluan Pintu Perlepasan H juga ada didirikan replika kedai-kedai tradisional yang menarik. Antara yang dapat dilihat adalah Kedai Gunting Rambut, Kedai Runcit dan Restoran Nasi Kandar.

Pelbagai replika kedai tradisional di Pintu Perlepasan H
Kedai Gunting Rambut
Kedai Runcit
Restoran Nasi Kandar Pulau Pinang
Jalan Penang
Pandangan lebih dekat Restoran Nasi Kandar
Pintu perlepasan untuk pesawat kami dibuka pada pukul 11 pagi.

Pintu H10
Pesawat Malaysia Airlines yang akan membawa kami ke Danang
Panggilan masuk ke dalam pesawat
Beratur masuk ke dalam pesawat
Tiba di pintu pesawat
Bersiap sedia untuk berlepas ke Danang
Seperti yang dijadualkan pesawat Malaysia Airlines MH 748 berlepas dari KLIA menuju ke Danang tepat pada pukul 12 tengahari. Pesawat yang digunakan adalah Boeing 737-800 dan penerbangan dijangka memakan masa 2 jam 20 minit ~ lebih kurang macam penerbangan dari KLIA menuju ke Miri di Sarawak.

Maklumat pesawat kami ~ B737-800
Dapat seat di tepi tingkap
Pemandangan keluar dari tingkap pesawat
Penumpang-penumpang Malaysia Airlines MH 748
Safety demonstration dari anak kapal
Flight kami tidak mempunyai personal monitor yang boleh menunjukkan status perjalanan. Jadi kita gunakan info dari Flightradar24 untuk menunjukkan perjalanan kita dari KL sampai ke Danang.
 
Peta perjalanan keseluruhan dari KL ke Danang
Terbang meninggalkan KLIA
Kepulan awan
Sebaik berlepas dari KLIA, pesawat kita terbang sebentar di atas Selat Melaka sebelum berpatah balik ke arah Timur berhampiran Port Dickson.

Berpatah balik ke Timur dekat kawasan Port Dickson
Pemandangan sewaktu pesawat berpatah balik ke Timur berhampiran Port Dickson
Alhamdulillah, cuaca sangat baik sepanjang perjalanan menuju ke Danang. Hanya sedikit-sedikit sahaja gegaran yang dialami sepanjang penerbangan.

Cuaca yang baik sepanjang penerbangan
Meninggalkan Semenanjung Malaysia menerusi Kuala Terengganu
Sajian penerbangan dihidangkan selepas pesawat dah stabil terbang di udara. Memandangkan ketika itu dah sememangnya waktu lunch, Myself dan Husband memilih sajian Nasi dengan Lauk Ayam. Mungkin disebabkan kami dah lapar, sajian ini terasa sangat sedap dan menyelerakan.

Sajian penerbangan dihidangkan kepada penumpang
Sajian penerbangan kami
Sajian Braised Chicken Red Dates Superior dari Malaysia Airlines
Terbang di Teluk Siam menuju ke Vietnam
Pemandangan di luar pesawat
Suasana di dalam pesawat
Tanah besar Vietnam muncul dalam pandangan selepas kita terbang kira-kira sejam setengah dari Kuala Lumpur.
 
Tiba di Vietnam
Pemandangan sewaktu masuk ke Tanah Besar Vietnam dari dalam pesawat
Pesawat kami terus terbang membelah Southern dan Central Vietnam menuju ke arah Danang. Pemandangan yang kelihatan sewaktu pesawat terbang di sini adalah sawah padi yang luas terbentang. Sewaktu lawatan pertama kami ke Hanoi pada tahun 2011 dulu, kami diberitahu Vietnam adalah negara pengeluar beras yang kedua terbesar di dunia selepas Thailand. Namun demikian, situasi kini telah berubah. Gelaran pengeluar beras terbesar di dunia sekarang dimiliki oleh negara China dan diikuti oleh India. Thailand telah menjadi negara pengeluar beras yang ke-4 terbesar di dunia diikuti oleh Vietnam di tangga ke-5. Negara pengeluar beras yang ketiga terbesar di dunia pula adalah Bangladesh.

Terbang di Central Vietnam
Pemandangan sawah padi di Central Vietnam
Suasana di dalam pesawat
Lagi pemandangan penempatan dan sawah padi yang luas terbentang
Minta kacang extra dari peramugari sebab perut masih lapar walau dah makan sajian penerbangan.
Terbang menghampiri Danang
Satu lagi pemandangan sewaktu menghampiri Danang
Pesawat kami tiba di Danang pada pukul 1.30 tengahari waktu tempatan. Malaysia dengan Vietnam mempunyai perbezaan waktu selama sejam di mana waktu di Vietnam adalah lewat sejam berbanding waktu di Malaysia.

Tiba di Danang
Pesawat kami terbang di Laut China Selatan sewaktu mencari sudut pendaratan. Ketika itu barulah Myself tahu yang Danang sebenarnya terletak betul-betul di tepi laut. Selama ini kita ingatkan Danang terletak di kawasan pedalaman yang jauh sedikit dari laut.
 
Persisiran pantai di kota Danang
Terbang kembali ke daratan untuk menuju ke airport Danang
Pemandangan Danang dari udara benar-benar mengingatkan Myself kepada pemandangan sewaktu kami nak mendarat di Guilin, China dahulu. Walaupun terletak di tepi pantai, Danang juga dikelilingi kawasan pergunungan.

Sungai Han yang membelah kota Danang
Pemandangan Danang dari udara
Membuat penerbangan turun di Danang
Tiba di airport Danang
Selamat mendarat di Danang International Airport
Danang International Airport
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat
Danang International Airport adalah airport yang ketiga terbesar di Vietnam selepas Noi Bai International Airport (Hanoi) dan Tan Son Nhat International Airport (Ho Chi Minh City). Dalam Bahasa Vietnam, nama kota Danang ditulis sebagai Đà Nẵng.

Bangunan terminal Danang International Airport
Pesawat Thai Air Asia yang sedang bersedia untuk berlepas
Berjalan keluar dari pesawat
Berjalan masuk ke bangunan terminal
Signboard di Danang International Airport
Berjalan menuju ke tempat pemeriksaan imigresen
Iklan tempat-tempat menarik di sekitar Danang dipaparkan di sepanjang laluan menuju ke tempat pemeriksaan passport
Mengintai suasana baggage carousel di bawah sana
Masih berjalan menuju ke tempat pemeriksaan passport
Disebabkan ada banyak pesawat yang tiba serentak di Danang International Airport ketika itu, tempat pemeriksaan passport menjadi sangat sesak. Lama juga kami terpaksa beratur menunggu giliran untuk menyelesaikan urusan pemeriksaan passport ~ kira-kira 1 jam 30 minit.

Barisan yang sangat panjang di tempat pemeriksaan passport
Selepas selesai pemeriksaan passport, barulah kami pergi mengambil bagasi. Syukurlah kerana urusan pengambilan bagasi sangat mudah dan cepat, tidak seperti urusan pemeriksaan passport tadi.

Pemandangan di tempat pengambilan bagasi
Welcome To Danang
Seperti yang diberitahu kepada kami di KLIA 1 tadi, Tour Leader kami Rozana telah sedia menanti kami di Danang International Airport bersama local Tourist Guide kami yang bernama Yuni.

Suasana di luar Danang International Airport
Pintu Arrivals di Danang International Airport
Bergambar dulu sambil menunggu semua ahli Grup berkumpul
Satu lagi pos kenangan di Danang International Airport
Group Photo sewaktu tiba di Danang International Airport
Menunggu bas datang untuk membawa kami ke hotel

Part 3: Tiba Di Kota Danang

Kalau sewaktu melawat ke Bangkok dulu kami mendapat bas persiaran yang dihias seperti bilik pengantin, di Danang pula kami mendapat bas yang dihias seperti Disco. Lampu yang berwarna-warni menghias bas bila kami bergerak di hari gelap.

Bas bak Disco untuk touring di Danang
Disebabkan bas ini besar dan peserta rombongan kami cuma berjumlah 20 orang, ia sangat selesa. Setiap orang boleh mendapat kerusi masing-masing tanpa perlu berkongsi dengan orang lain.

Husband bergambar dalam Bas Disco
Kita pun nak bergambar juga dalam Bas Disco
Tour Leader kami dari Malaysia dalam perjalanan ini adalah Rozana yang juga merupakan Tour Leader sewaktu Myself dan Husband membuat perjalanan ke Eastern Europe pada tahun 2018 dulu. Memang tak sangka kami dapat bersama lagi dalam perjalanan ke Danang kali ini. 

Local Tour Guide kami di Danang pula adalah seorang gadis Vietnam kecil molek yang memperkenalkan dirinya sebagai Yuni. Walaupun dia berbangsa Vietnam, Yuni sangat fasih bertutur dalam Bahasa Indonesia. Malah dia sentiasa bercakap dalam Bahasa Indonesia dengan kami. Kata Yuni dia belajar Bahasa Indonesia sewaktu menuntut di negara tersebut. Pemandu bas pula adalah seorang lelaki Vietnam yang bernama Ring.

Yuni ~ Local Tour Guide Vietnamese kami yang fasih bertutur dalam Bahasa Indonesia
Walaupun cuaca baik sepanjang penerbangan kami dari Kuala Lumpur ke Danang, ketibaan kami di kota Danang disambut cuaca hujan lebat. Memang tak dapat nak menikmati pemandangan keindahan kota Danang dalam cuaca hujan lebat begitu.

Hujan lebat yang menyambut ketibaan kami di Danang.
Pemandangan Dragon Bridge yang terkenal di Danang di dalam hujan
Ahli Grup yang menikmati pemandangan kota Danang di dalam hujan

Part 4: Lunch Di Restoran Karim

Walaupun telah agak lewat ketika itu, kami tetap dibawa untuk makan tengahari di sebuah restoran Halal di Danang yang bernama Restoran Karim.

Restoran Karim
Karim Halal Food Danang
Masakan yang disediakan di Restoran Karim adalah masakan tipikal Vietnam yang Halal. Memang berselera kami makan kerana sajian tipikal Vietnam memang kena dengan selera kita sebagai orang Malaysia. Malah makanan vegetarian yang disediakan untuk sebahagian ahli rombongan kami yang beragama Hindu pun mendapat review sedap.

Suasana di dalam Restoran Karim
Menjamu selera di Restoran Karim
Bergambar kenangan di Restoran Karim
Tour Guide dari Vietnam (Yuni) bersama Tour Leader dari Malaysia (Rozana)
Selepas menjamu selera di Restoran Karim, Yuni mengajar kami perkataan dalam Bahasa Vietnam yang bermaksud 'sedap' iaitu 'ngong'. Ketawa kami bila mendengar ngong bermaksud sedap dalam Bahasa Vietnam sebab dalam Bahasa Melayu ngong bermaksud bodoh. Kenyang pula disebut No dalam Bahasa Vietnam. Bila ditanya oleh Yuni sama ada kami dah kenyang atau belum selepas makan tengahari, terus kami beramai-ramai menjawab "No!". Double meaning tu: "No" dalam Bahasa Vietnam dan "No" dalam Bahasa Inggeris. Hahaha!!


 Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):
  • Bahagian 01 - Hari 1 :  Arrival (Kuala Lumpur - Danang)
  • Bahagian 02 - Hari 1 : Danang (Danang City)
  • Bahagian 03 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 1 - Cable Car)
  • Bahagian 04 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 2 - French Village)
  • Bahagian 05 - Hari 2 : Danang (Bana Hills 3 - Golden Bridge & Jardin d'Armour)
  • Bahagian 06 - Hari 2 : Danang (Dragon Carp Statue & Dragon Bridge)
  • Bahagian 07 - Hari 3 : Hoi An (Coconut Basket Boat)
  • Bahagian 08 - Hari 3 : Hoi An (Hoi An Ancient City)
  • Bahagian 09 - Hari 3 : Danang (Han Market & Son Tra Marina)
  • Bahagian 10 - Hari 4 : Hue (Perjalanan ke Hue)
  • Bahagian 11 - Hari 4 : Hue (Thien Mu Pagoda & Perfume River Cruise)
  • Bahagian 12 - Hari 4 : Hue-Danang (Lagoon Cafe & Danang Beach)
  • Bahagian 13 - Hari 5 : Departure (Danang - Kuala Lumpur)

No comments: