Jun 2025
CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue
Bahagian 11: Hue
PERJALANAN KE HUE
HARI KEEMPAT (1)
Part 32: Hari Keempat Di Danang
Program Hari Keempat di Central Vietnam adalah melawat ke Hue (disebut: Hu-ey) yang merupakan ibu kota kuno negara Vietnam. Sebelum keluar bersarapan, Myself dan Husband mengambil kesempatan bersiar-siar di kawasan sekitar Hotel Alyssa.
 |
Hotel Alyssa di Danang |
 |
Kereta yang dipasang dengan protector parking di depan hotel |
Satu pemandangan menarik yang kami lihat pada hari ini adalah semua bangunan di jalan di depan hotel telah dipasang dengan bendera Vietnam. Seperti penerangan yang telah diberi kepada kami sebelum ini, pemasangan bendera adalah diwajibkan di semua bangunan di Vietnam bagi meraikan sesuatu peristiwa penting negara. Bendera-bendera ini dipasang sempena penggabungan Da Nang Municipal Government dengan Quang Nam Provincial Government yang akan dirasmikan tidak lama lagi. Dengan penggabungan ini, kedua-dua bandar Danang dan Hoi An yang kita lawati semalam akan bergabung di bawah pentadbiran yang sama.
 |
Bendera Vietnam yang dipasang di sepanjang jalan di depan hotel |
 |
Memasang bendera di depan rumah |
 |
Hotel Hoang Sa yang terletak berhampiran Hotel Alyssa |
 |
Beriadah di awal pagi |
 |
Pilihan sarapan kami pagi ini |
 |
Kata Husband, walaupun nampak pucat, Kueyteow Seafood ini sangat sedap |
 |
Bistik Vietnam yang disediakan pagi ini juga sangat sedap seperti semalam. |
Macam biasa juga, setiap hari selepas sarapan akan ada penjaja-penjaja souvenir yang menunggu di depan restoran. Dan setiap hari juga pasti akan ada ahli-ahli Grup yang membeli. Tak mengapalah, sebab bukan selalu kita datang ke Vietnam.
 |
Shopping-shopping selepas breakfast |
Part 33: Perjalanan Ke Hue
Selepas dah kenyang breakfast, kami memulakan perjalanan ke Hue yang terletak kira-kira 100 km dari Danang. Perjalanan ke sana dijangka memakan masa 2 jam.
 |
Bergerak meninggalkan Danang |
 |
Sungai Han |
 |
Dragon Bridge |
 |
Kesibukan pagi warga yang keluar bekerja di Danang |
 |
Han Market yang kami kunjungi semalam |
Selepas membebaskan diri dari pemerintahan China, Maharaja Vietnam mengembangkan penguasaannya dengan mengambilalih empayar kerajaan Champa di Vietnam Tengah dan empayar kerajaan Khmer di Selatan Vietnam. Kemudian bermulalah penjajahan Perancis di Vietnam selama 100 tahun bermula dari pertengahan kurun ke-19.
 |
Yuni bercerita tentang sejarah Vietnam |
Perang Dunia Kedua menyaksikan Vietnam ditawan pula oleh Jepun. Kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua membuatkan negara Vietnam terbahagi kepada dua negara berasingan: Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Kerajaan Ho Chi Minh di Vietnam Utara yang memegang fahaman komunis berpusat di Hanoi manakala Kerajaan Vietnam Selatan yang disokong oleh Amerika Syarikat pula berpusat di Ho Chi Minh (ketika itu dikenali sebagai Saigon).
Maharaja Vietnam yang berkuasa di Central Vietnam menyokong aspirasi Ho Chi Minh bagi penyatuan Vietnam. Baginda secara sukarela turun dari takhta dan menyerahkan kerajaannya untuk dipimpin oleh Ho Chi Minh. Selepas berjuang selama 21 tahun, Kerajaan Vietnam Selatan yang disokong oleh Amerika Syarikat akhirnya menyerah kalah kepada Ho Chi Minh yang semakin mendapat sokongan dari seluruh rakyat Vietnam. Kedua-dua Vietnam Utara dan Vietnam Selatan akhirnya bersatu sebagai sebuah negara pada tahun 1975. Hanoi dipilih sebagai ibu negara Vietnam yang bersatu ini.
 |
Menyusuri Danang Beach dalam perjalanan menuju ke Hue |
 |
Pinggiran Danang Beach yang dilalui |
Sepanjang jalan di tepi pantai, kita dapat melihat gerai-gerai kecil yang di belakangnya ada banyak hammock yang tergantung. Rupa-rupanya ini adalah persinggahan rehat untuk penunggang motorsikal. Mereka boleh menggunakan hammock yang dipasang ini bila dah penat menunggang motor. Tak ada bayaran dikenakan untuk menggunakan hammock ini, cuma sebagai courtesy penunggang akan membeli minuman dari gerai-gerai tersebut.
 |
Tempat rehat bagi penunggang-penunggang motorsikal |
 |
Hammock yang disediakan boleh digunakan tanpa bayaran |
 |
Hotel Namo Heritage |
 |
Bendera Vietnam yang dipasang di pekan-pekan kecil dalam perjalanan ke Hue |
 |
Bendera Parti Komunis turut dipasang di celah-celah bendera Vietnam |
Sebahagian jalan ke Hue turut dibina selari dengan laluan keretapi. Mengikut penerangan yang diberi oleh Yuni, landasan keretapi ini dibina oleh penjajah Perancis pada masa dahulu dan masih digunakan sehingga sekarang. Sistem keretapi ini juga masih dikekalkan dan tidak banyak usaha modenisasi yang dibuat. Kerana itulah keretapi tidak menjadi mode pengangkutan yang popular di kalangan penduduk Vietnam. Jika ingin menggunakan kenderaan awam bagi perjalanan jauh, rakyat Vietnam lebih selesa menggunakan Sleeper Bus.
 |
Landasan keretapi |
 |
Landasan keretapi yang dilihat dalam perjalanan ke Hue dibangunkan oleh penjajah Perancis pada masa dahulu. |
 |
Gerabak keretapi barang |
 |
Kilang yang mempunyai landasan keretapi sendiri |
 |
Jambatan keretapi |
 |
Fishing net di Lang Co Bay |
Satu pengalaman menarik sewaktu dalam perjalanan menuju ke Hue ialah kita akan melalui Hai Van Pass Tunnel yang merupakan terowong terpanjang di Asia Tenggara. Terowong sepanjang 12 km ini dibina oleh Kerajaan Vietnam dengan bantuan dari Kerajaan Jepun.
Pada mulanya terowong ini dibina dengan jalan 2 lorong di dalamnya. Disebabkan penggunaannya yang tinggi, Kerajaan Vietnam telah membina sebuah lagi terowong tambahan bersebelahan bagi membolehkan setiap terowong mempunyai 2 lorong jalan sehala. Motorsikal tidak dibenarkan melalui terowong ini atas sebab keselamatan. Oleh itu, ada khidmat lori yang disediakan untuk mengangkut motorsikal melepasi terowong tersebut.
 |
Hai Van Pass Tunnel yang merupakan terowong yang terpanjang di Asia Tenggara |
 |
Terowong sepanjang 12 km ini tidak boleh digunakan oleh motorsikal atas sebab keselamatan |
Pemandangan indah Lang Co Bay terbentang indah selepas kita melalui Terowong Hai Van Pass. Pemandangan perkampungan nelayan di tepi teluk ini memang mengasyikkan. Kami diberitahu punca pendapatan utama penduduk di kawasan ini adalah penternakan hasil laut.
 |
Plaza Tol di lebuhraya |
 |
Pemandangan Plaza Tol |
Part 34: Minyak Kayu Putih Di HueSetibanya di kawasan Hue, kita dapat melihat banyak kedai di tepi jalan yang menjual minyak di dalam botol. Kalau di Indonesia dan juga pedalaman Thailand, minyak yang dijual begini adalah petrol untuk kegunaan motorsikal. Namun di Hue, minyak yang dijual ini adalah Minyak Kayu Putih yang digunakan sebagai minyak angin bagi tujuan perubatan.
 |
Kedai di tepi jalan yang menjual Minyak Kayu Putih |
 |
Minyak Kayu Putih yang dijual dalam botol-botol besar |
Hue adalah kawasan yang banyak menghasilkan Minyak Kayu Putih (Cajeput Oil) di Vietnam. Walau bagaimanapun, terdapat larangan untuk membawa Minyak Kayu Putih dalam kuantiti yang banyak di dalam kapal terbang disebabkan sifatnya yang mudah terbakar. Malah di Vietnam sendiri kata Yuni kepada kami, Minyak Kayu Putih ini sering dibawa untuk perjalanan jauh menggunakan Sleeper Bus.
 |
Signboard hospital di Vietnam |
Banyak gambar yang kita nak tunjuk sebab kawasan pertanian ini memang cantik.
No comments:
New comments are not allowed.