Sunday, 20 July 2025

2025 CENTRAL VIETNAM BHG. 08 (Hoi An 1)

Jun 2025

CENTRAL VIETNAM
Danang, Bana Hills, Hoi An & Hue

Bahagian 8: Hoi An
HOI AN ANCIENT CITY (1)

HARI KETIGA (2)

Part 23: Hoi An Ancient City

Kami seterusnya dibawa melawat ke Hoi An Ancient City, sebuah kawasan bersejarah yang mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1999.
 
Pemandangan dalam perjalanan ke Hoi An
Thu Bon River
Pemandangan di pinggir bandar Hoi An
Sekolah Menengah di Hoi An
Hoi An City Inspector
Pejabat Kerajaan
Papan tanda kempen Kerajaan Vietnam di Hoi An
Kedai-kedai di pinggir bandar
Penjaja minuman sedang dalam perjalanan ke tempat kerja
Banyak iklan kerajaan begini yang dilihat di seluruh Hoi An
Tumpuan lawatan kami di Hoi An adalah kota lamanya yang dinamakan Ancient City. Kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut. Jadi bas menurunkan kami di pinggir jalan besar dan kami terpaksa berjalan kaki menuju ke sana.
 
Bas berhenti di pinggir jalan besar kerana kenderaan awam tidak dibenarkan masuk ke Hoi An Ancient City
Pemandangan di tempat bas menurunkan kami
Perkhidmatan buggy yang disediakan untuk membawa pelancong ke pintu masuk Hoi An Ancient City
Peta Hoi An Ancient City
Pemandangan sewaktu berjalan menuju ke Hoi An Ancient City
Berbagai bentuk buggy yang memberi perkhidmatan kepada pengunjung. Perkhidmatan buggy ini walau bagaimanapun tidak percuma
Berjalan menuju ke Ancient City dalam suasana yang panas terik
Thu Bon River di bandar Hoi An
Sampan berlabuh di Thu Bon River
Disebabkan Hoi An Ancient City adalah Tapak Warisan UNESCO, ada tiket yang dikenakan kepada pengunjung bagi penyelenggaraannya. Bayaran tiket ini dah termasuk dalam pakej lawatan kami dan diuruskan oleh Yuni.

Pejabat tiket untuk masuk ke Hoi An Ancient City
Notis di tepi pejabat tiket
Yuni menguruskan pembelian tiket untuk kami
Husband berposing dengan petugas-petugas di kaunter tiket
Tiket masuk ke Hoi An Ancient City
Selepas dah mendapat tiket, barulah kami masuk ke Hoi An Ancient City. Mengikut sejarahnya, Vietnam pernah menjadi jajahan China selama 1,000 tahun pada masa dahulu dan bandar ini didirikan oleh pendatang dari China pada masa itu. Sehingga kini terdapat banyak Chinatown yang didirikan oleh pendatang China di seluruh dunia dan Hoi An Ancient City dikatakan sebagai Chinatown yang ketiga tertua di dunia di luar dari negara China.

Hoi An Ancient City ~ Chinatown yang ketiga tertua di dunia
Kedai menjual pakaian tradisional Vietnam
Kafe di Hoi An Ancient City
Pintu masuk ke kafe
Kedai souvenir
Banyak penjual minuman begini yang kami temui di Hoi An
Pelancong-pelancong yang datang ke Hoi An
Ada banyak kafe yang menjual Vietnamese Coffee di Hoi An. Kami diberitahu salah satu minuman specialty yang terkenal di Hoi An adalah Coconut Coffee dan kami disaran untuk mencubanya. Namun begitu disebabkan Myself dan Husband bukan peminat kopi, maka tidaklah kami mencubanya.


Salah sebuah kafe yang menyajikan Coconut Coffee di Hoi An
Bandar Hoi An didirikan di kedua-dua belah Sungai Thu Bon yang membelah bandar ini. Tetapi disebabkan cuaca yang sangat panas ketika itu, Myself dan Husband cuma melawat ke bandar yang di sebelah sini sahaja. 

Pemandangan di seberang Sungai Thu Bon
Hoi An di seberang Sungai Thu Bon
Berjalan lagi di Hoi An
Pelawat-pelawat di Hoi An yang datang dari seluruh dunia
Yuni membawa kami berjalan sehingga ke sebuah mercu tanda terkenal di Hoi An Ancient City yang dinamakan Japanese Bridge. Selepas menunjukkan tempat untuk berkumpul semula berhampiran jambatan ini, kami diberi free time selama sejam setengah untuk bersiar-siar di seluruh bandar.

Japanese Bridge
Kedai minuman tradisional berhampiran Japanese Bridge
Bangku begini sentiasa disediakan oleh penjual-penjual minuman
Minuman Cold Coconut yang memang sangat menggoda dalam suasana cuaca panas begini
Hoi An Ancient City sebenarnya terdiri dari 2 bahagian utama: China Town dan Japanese Town. China Town yang lebih besar dibina oleh pendatang dari negara China manakala Japanese Town pula dibina oleh pendatang Jepun yang datang kemudian. Kedua-duanya dipisahkan oleh Japanese Bridge yang dibina merentang salah sebuah anak sungai Thu Bon River. Tempat kami berjalan masuk ke Hoi Town Ancient City ini adalah dari arah Japanese Town.

Sebuah jambatan lain yang juga dibina untuk menghubungkan China Town dan Japanese Town di Hoi An Ancient City

Part 24: Naik Beca Di Hoi An (China Town)
  
Atas saranan dari Yuni, Myself dan Husband memulakan lawatan kami di bahagian China Town. Hoi An bermaksud "Peaceful Meeting Place". Kedudukannya di muara Sungai Thu Bon dan berdekatan dengan Laut China Selatan menjadikannya bandar pelabuhan yang sibuk pada kurun ke-15 dahulu.

Suasana di China Town di Hoi An
Banyak bangunan dengan senibina klasik China dapat dilihat di sini
Quang Trieu (Cantonese) Assembly Hall yang dibina oleh pendatang dari wilayah Guangdong di China
Wayar elektrik yang berselirat begini memang banyak dilihat di serata tempat di Vietnam
Cuaca yang panas terik menyebabkan Myself dan Husband tidak terdaya nak berjalan-jalan di sekitar China Town. Bila terpandang ada beca yang boleh disewa untuk bersiar-siar, kami terus membuat keputusan untuk menggunakan khidmat beca sahaja.

Beca untuk disewa
Berposing sebelum menggunakan khidmat beca untuk bersiar-siar
Bayaran VND 300,000 (RM 50) dikenakan bagi membawa pelancong bersiar-siar di sekitar China Town selama 30 minit. Setiap beca walau bagaimanapun hanya boleh membawa seorang penumpang dewasa sahaja. Baguslah juga begitu sebab kesian kat pembawa beca kalau terpaksa mengayuh beca membawa 2 pelancong yang berat macam kami di sekitar bandar. 
 
Memulakan perjalanan dengan beca mengelilingi China Town
China Town memang sebenarnya besar kalau nak berkeliling dengan berjalan kaki. Memang kami membuat keputusan yang bijak bersiar-siar di sekeliling China Town dengan beca ini. 
 
Bagi mengekalkan Chinese Character di sini, seluruh China Town dihias dengan tanglung (lantern). Malah tanglung-tanglung ini yang berbagai bentuk dan saiz menjadi salah satu item souvenir popular yang sering dicari oleh pengunjung yang datang Hoi An untuk dibawa pulang.

Tanglung yang menghias China Town di Hoi An
Beca yang kami naiki tidak dilengkapi dengan hon, mungkin untuk mengekalkan suasana damai di kawasan ini. Kelakar juga kerana setiap kali beca melalui kawasan yang penuh dengan pejalan kaki, pemandu beca akan mengeluarkan bunyi "bip-bip-bip" dengan mulutnya bagi meminta laluan untuk menggantikan hon.
 
Ada ketikanya suasana jalan yang kami lalui sangat mirip dengan pemandangan di Jonker Street di Melaka.
Bersiar-siar di tepi sungai
Bot-bot cruise yang berlabuh di tepi Sungai Thu Bon
Jalan di pinggir Sungai Thu Bon
Tak ada angin yang menderu bertiup walaupun kita sedang lalu di tepi sungai
Memancing di tepi sungai
Bot-bot cruise
Bangunan-bangunan di China Town juga dicat dengan warna kuning terang sehingga Hoi An diberi gelaran sebagai The Yellow City of Vietnam. Warna kuning dipilih kerana dianggap sebagai warna yang membawa tuah. 

Bangunan-bangunan di Hoi An dicat dengan warna kuning terang kerana ia dipercayai membawa tuah.
Kraftangan dari sabut kelapa
Pelbagai cenderamata untuk jualan
Kedai menjual T-Shirt
Sebuah bangunan klasik yang ditukar menjadi kafe
Walking and Cycling Town
Pemandangan menaiki beca di Hoi An
Pemandu beca akan mengeluarkan bunyi "bip-bip-bip" dengan mulut setiap kali nak meminta laluan dari pejalan kaki.
Kembali ke tempat asal kami memulakan perjalanan tadi
Disebabkan kami mengikut package tour yang segala-galanya telah dibayar, kami tidaklah menukar banyak matawang Dong sewaktu datang ke sini. Selepas membayar tambang beca, macam nak habis pulak duit Dong kami. Terpaksalah mencari Money Changer untuk menukar wang. Nasib baik juga kami mempunyai wang USD kerana tidak banyak Money Changer yang menerima duit Ringgit Malaysia untuk dibuat pertukaran.

Travel Agent yang juga berfungsi sebagai Money Changer
Jalan-jalan di Hoi An
Banyak bangunan yang telah diubahsuai menjadi kafe dan hotel-hotel butik
Bangunan-bangunan di Hoi An banyak yang telah ditukar menjadi kafe dan hotel-hotel butik. Sebahagiannya juga ditukar menjadi muzium yang menceritakan sejarah dan budaya tempatan.

Antara bangunan yang telah ditukar menjadi muzium
Kedai kraftangan
Pemandangan menarik kedai-kedai di Hoi An

Part 25: Japanese Bridge @ Hoi An

Selepas dah puas bersiar-siar di China Town, kami bercadang nak melawat ke Japanese Town pulak. Untuk ke sana, kita perlu berjalan melintas Japanese Bridge.

Berjalan menuju ke Japanese Bridge
Penjaja minuman di tepi Japanese Bridge
Sewaktu di zaman kegemilangan Hoi An sebagai pusat perdagangan di kurun ke-16 dan 17 Masehi dulu, ramai pedagang berketurunan Jepun turut tinggal di sini. Mereka telah membina jambatan ini untuk kemudahan perhubungan. Jambatan ini dibina dengan menggunakan gabungan senibina Jepun, China dan Vietnam.

Japanese Bridge
Bergambar di tepi jambatan
Pakaian tradisional Vietnam yang dinamakan Ao Dai
Bergambar kenangan dengan Japanese Bridge
Japanese Bridge turut diabadikan pada wang kertas VND 20,000
[Gambar dari internet]
Dah puas melihat jambatan dari luar, jom kita naik ke atasnya pulak...

Pintu masuk ke Japanese Bridge
Suasana di atas jambatan
Selain berfungsi untuk menghubungkan kedua-dua kawasan di seberang sungai, ada sebuah kuil turut dibina di atas jambatan ini untuk keselamatan dan kesejahteraan. Kuil ini dibina pada tahun 1653 sebagai penghormatan kepada Bac De Tran Vu yang dianggap sebagai Dewa Pelindung Hoi An dari banjir dan bencana alam.

Kuil yang dibina di atas jambatan
Pintu masuk ke kuil di atas jambatan
Altar di dalam kuil
Patung anjing yang dibina sebagai lambang ketaatan dan perlindungan
Sejarah Japanese Bridge
Gambar bersejarah Japanese Bridge
Pemandangan dari Japanese Bridge
Menikmati pemandangan dari Japanese Bridge
Japanese Town di penghujung Japanese Bridge ini tidak berapa menarik untuk explore bagi kami. Lalu kami memutuskan untuk kembali ke China Town dan membuat River Cruise di sana.

Japanese Town di Hoi An
Suasana di Japanese Town
Bangunan-bangunan di Japanese Town kurang menarik jika dibanding dengan bangunan yang ada di sebelah China Town
Disebabkan suasana yang kurang menarik di Japanese Town, kami berjalan balik menuju ke China Town


Bersambung ke Bahagian 9...


CATATAN PERJALANAN CENTRAL VIETNAM (2025):

No comments: