Wednesday, 28 October 2020

2020 KUALA TERENGGANU BHG. 20

September 2020

TERENGGANU, MALAYSIA
Kuala Terengganu

Bahagian 20: Terengganu Instagram Tour 5
JETI MARANG, PULAU DUYONG & KT WALK

 HARI KETIGA (5)

Part 40: Jeti Marang

Kami masih berada di Pantai Pulau Kekabu. Kalau ditengok dalam peta, Pantai Pulau Kekabu ini sebenarnya berbentuk seperti sebuah tanjung yang terletak di hujung Sungai Marang. Tengok peta ini...

Peta Pantai Pulau Kekabu
Selepas melihat pantai untuk berenang, Shafik membawa kami pula melawat ke sebuah pelabuhan kecil tempat bot berlabuh yang berhampiran. Sebelum sampai ke sana kita akan melalui dulu Taman Rekreasi Pulau Kekabu.

Kawasan bot berlabuh ini terletak di sebuah kawasan yang terlindung dengan pemecah ombak. Ada banyak bot kecil sedang berlabuh di sana ketika itu.

Kami juga melihat banyak speed boat yang berlayar keluar-masuk melintasi pelabuhan ketika itu. Kami diberitahu bot-bot ini sebenarnya berulang-alik membawa penumpang menuju ke Pulau Kapas. Selain dari Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Pulau Kapas juga adalah satu destinasi percutian pulau yang popular di Terengganu kerana lokasinya yang hampir dengan tanah besar. Perjalanan dari Jeti Marang menuju ke Pulau Kapas cuma 10-15 minit. Tak sempat kot kalau nak terkena mabuk laut. Disebabkan lokasinya yang berhampiran, Pulau Kapas juga dapat dilihat dengan mata kasar dari sini.

Lepas dah tengok pemandangan Pulau Kapas dari darat, kita alihkan pula pemandangan menghala ke Jeti Marang yang sebenar, tempat di mana penumpang-penumpang menaiki bot menuju ke Pulau Kapas.

Selepas itu kami beredar meninggalkan Pantai Pulau Kekabu juga melalui jambatan sempit yang hanya boleh dilalui oleh sebuah kenderaan ringan pada satu-satu masa itu.


Part 41: Ke Jambu Bongkok... Dan Berpatah Kembali Ke Kuala Terengganu

Dari Pantai Pulau Kekabu, kami bergerak lagi ke arah selatan menuju ke Pantai Jambu Bongkok. Pantai Jambu Bongkok adalah salah sebuah pantai yang dikatakan terindah di Terengganu dan sering menjadi pilihan untuk lokasi penggambaran filem dan drama. Walaupun kita bukan artis, naklah juga melihat pantai yang famous ini, kan?

Bandar Marang
Masjid Sultanah Nur Zahirah
Jambatan merentasi Sungai Marang
Perjalanan menuju ke Jambu Bongkok
Cuaca macam dah hujan kat depan sana...
Perjalanan menuju ke Jambu Bongkok menyusuri pantai Laut China Selatan. Di sepanjang perjalanan juga kami dapat melihat banyak gerai yang menjual Air Nira. Myself tak pernah minum Air Nira. Macam mana rasanya agaknya?

Perkara yang kami bimbangkan berlaku juga dalam perjalanan kami menuju ke Jambu Bongkok... Hujan turun dengan sangat lebat disertai sedikit ribut. Aduh, macam mana kita nak melawat Pantai Jambu Bongkok dalam hujan lebat begini? 

Disebabkan macam tak ada tanda hujan akan reda, Shafik mencadangkan supaya kami pulang saja ke Kuala Terengganu. Kami terus bersetuju. Redha sajalah dengan ketentuan takdir yang kami tak ada rezeki nak melawat ke Pantai Jambu Bongkok. Namun tetap bersyukur kerana Allah berikan keizinan untuk melawat Pantai Pulau Kekabu tadi. Kalau tidak, langsunglah kita tak tengok keindahan pantai pun dalam lawatan kami ke Terengganu ini, sedih kan?

Hujan turun dalam perjalanan ke Pantai Jambu Bongkok
Di tengah hujan lebat dalam perjalanan berpatah balik ke Kuala Terengganu, Shafik bercerita tentang Musim Tengkujuh yang dialami setiap tahun. Kata Shafik, ombak memang tinggi dalam musim ini. Angin pun bertiup kencang sampai susah nak keluar dari rumah. Tapi semua rakyat Terengganu dah biasa menghadapi suasana ini. Bak kata pepatah Melayu: Kalau takut dihempas ombak, jangan berumah di tepi pantai. Teringat pulak sewaktu kami melawat ke Cebu di Philippines dulu, mereka memanggil Musim Tengkujuh begini sebagai Typhoon.

Bila berpatah balik menuju ke Kuala Terengganu ~ yang bermaksud kami menuju ke arah utara ~ cuaca Alhamdulillah agak baik. Tak adalah cahaya matahari yang memancar terang, tapi tidaklah hujan macam perjalanan menghala ke selatan tadi.

Bulatan Seafood di Marang
Dalam perjalanan kembali ke Kuala Terengganu kami terlihat iklan Masjid Ulul Albab yang terletak di Besut. Masjid ini adalah sebuah masjid kayu yang dibina tanpa menggunakan paku. Tapi tak bolehlah nak pergi melawat ke sana pulak ketika itu sebab lokasinya yang agak jauh.

Iklan Masjid Ulul Albab di Besut
Shafik kemudian bercerita kepada kami tentang pengalaman beliau membawa pelancong-pelancong Mat Salleh. Kata Shafik, salah sebuah perkara yang sering mereka utarakan adalah kekaguman melihat pelbagai senibina masjid di Terengganu. Lihat sajalah masjid-masjid yang famous di sekitar KT seperti Masjid Kristal, Masjid Putih dan Masjid Terapung ~ semuanya ada rekabentuk yang tersendiri. Ini sangat berbeza dengan negara macam Turki kata mereka, kerana di negara itu walau di mana ceruk lokasi masjid berada, senibinanya tetap sama.

Bila bercerita tentang senibina masjid yang unik, Myself ada terbaca yang wilayah Pattani di Selatan Thailand juga ada banyak masjid yang unik begini. Kalau diizinkan Allah, mungkin satu hari nanti kami boleh berkunjung ke Pattani untuk melihat sendiri masjid-masjid itu.

Tiba di Kuala Terengganu

Part 42: Pulau Duyong

Shafik menawarkan untuk membawa kami ke Pulau Duyong bagi menggantikan lawatan ke Pantai Jambu Bongkok. Kami okey saja dengan cadangan Shafik sebab kami pun tak pernah pergi ke sana.

Kuala Terengganu
Pintu Gerbang
Pulau Duyong adalah pulau sungai di muara Sungai Terengganu. Sebelum ini, ia terdiri dari Pulau Duyong Besar dan Pulau Duyong Kecil. Pemendapan dan penambakan telah menyebabkan kedua-dua pulau ini bercantum menjadi Pulau Duyong yang lebih besar. Kami menyeberang Sungai Terengganu menuju ke Pulau Duyong dengan menggunakan Jambatan Sultan Mahmud.

Menyeberang Sungai Terengganu dengan menggunakan Jambatan Sultan Mahmud
Pemandangan Masjid Kristal dari Jambatan Sultan Mahmud
Susur keluar ke Pulau Duyong
Menurut ceritanya, nama asal Pulau Duyong adalah Pulau Peria. Ia telah ditukar nama kepada Pulau Duyong selepas peristiwa dua ekor ikan duyong iaitu ibu dan anak mendarat di pulau berkenaan. Bila peristiwa ini berlaku tak tahulah pulak. Sebaik keluar dari jambatan kita tiba di Kg Pulau Ketam. Ehh, Pulau Ketamlah pulak, bukan Pulau Duyong?! Rupa-rupanya Pulau Ketam ini adalah sebuah kampung di atas Pulau Duyong.

Kg Pulau Ketam
Pasar Malam di Kg Pulau Ketam
Pulau Duyong pada satu masa dahulu menjadi tempat tinggal seorang ulama terkenal yang bernama Tok Syeikh Duyong (1802-1889). Beliau disegani istana dan juga rakyat, dan keturunannya, dan merupakan tempat untuk mendalami pengajian agama. Oleh kerana bentuk geografi dan lokasinya dalam keilmuan agama, Pulau Duyong pernah dirujuk sebagai 'Lidah Terengganu'. Pada masa sekarang, Pulau Duyong terkenal dengan perusahaan pembinaan bot kayu tradisional tetapi kami tak berkesempatan nak melawat.

Selamat Datang ke Pulau Duyong
Kampung Duyong Kecil
Sebuah binaan bersejarah yang terdapat di Pulau Duyong adalah Kota Duyong yang dibina pada asalnya pada tahun 1920 oleh pemilik dan pemimpin tempatan bernama Dato’ Biji Sura. Bangunan ini menggabungkan seni bina kayu tradisional Melayu dengan gaya Eropah. Dinding tebal di sekeliling bangunan ini dipercayai telah dibina daripada bata dan disimen dengan ramuan pasir halus, kapur, madu dan putih telur. Yang ini pun kami tak melawat sewaktu berada di Pulau Duyong.

Arah ke Kota Duyong
Kota Duyong (Gambar dari Internet)
Duyong Marina & Resort
Shafik sebaliknya membawa kami melawat ke Jeti Nelayan Pulau Duyong. Ada banyak bot nelayan sedang berlabuh di sana ketika itu.

Kedai makan di hadapan Jeti Nelayan Pulau Duyong
Pemandangan Jeti Nelayan Pulau Duyong
Satu lagi pemandangan Jeti Nelayan Pulau Duyong
Pemandangan hotel penginapan kami, Hotel Paya Bunga dari Pulau Duyong
Bot-bot nelayan yang sedang berlabuh di Jeti Nelayan
Sempena Hari Malaysia, banyak bendera Malaysia dan Terengganu dipasang di Jeti ini
Negaraku Malaysia
Since dah sampai ke sini, mari kita turun ke jeti untuk melihat dengan lebih dekat bot-bot nelayan yang sedang berlabuh. Sepanjang waktu kami di Terengganu tak nampak pulak pemandangan kesibukan bot-bot nelayan berlayar keluar-masuk ke lautan. Mungkin disebabkan faktor cuaca yang kurang baik ketika itu.

Pemandangan bot-bot yang berlabuh mengingatkan kami kepada perkampungan nelayan Aberdeen Harbour di Hong Kong. Bentuk dan rupa bot-bot yang digunakan pun seakan sama dengan bot-bot di sana.

Ada juga kami melihat beberapa orang nelayan sedang tekun membaiki pukat. Mudah-mudahan biarlah keadaan cuaca yang suram seperti yang dialami ketika ini hanya bersifat sementara supaya mereka dapat kembali keluar mencari rezeki di laut. Dari maklumat yang kami terima, selalunya Musim Tengkujuh bermula pada bulan Oktober. Pada bulan September seperti ini, sepatutnya ia belum lagi bermula. Kalau ditakdirkan memang Musim Tengkujuh dah bermula awal sekarang, janganlah ditakdirkan pula ia berlarutan lebih panjang dari kebiasaannya.

Bila melawat ke jeti perikanan di sini, Myself tak dapat mengelak dari membuat perbandingan dengan jeti nelayan yang kami lihat di Kuala Selangor baru-baru ini. Memang ketara perbezaan aktiviti perikanan di sini dengan aktiviti perikanan yang dibuat di sana. Kalau di Kuala Selangor dulu, bot-bot perikanan dimiliki oleh syarikat-syarikat besar yang melaksanakan kegiatan perikanan secara komersil. Di sini pula kebanyakan bot nelayan masih dimiliki oleh nelayan-nelayan persendirian yang menggaji beberapa orang pekerja. Myself cukup berharap semoga satu hari nanti di waktu yang terdekat, nelayan-nelayan di Terengganu ini juga boleh menjadi seperti nelayan di Kuala Selangor sana.

Dari maklumat yang Myself baca, nelayan tidak akan turun ke laut sepanjang Musim Tengkujuh atas faktor keselamatan. Paling jauh pun mungkin sekitar 15 batu nautika dari persisiran pantai.

Walau betapa sukar keadaan yang dihadapi, Allah SWT tak pernah menyempitkan rezeki hamba-hamba-Nya. Bagi sesetengah nelayan, cuaca buruk ini juga adalah rahmat buat mereka memandangkan lumpur di persisiran pantai menjadi tempat berlindung ikan-ikan kecil. Pada musim tengkujuh, pelbagai jenis ikan boleh dijumpai di pinggir laut dan di kawasan berlumpur ini yang di antaranya terdiri dari ikan gelama, tamban, bawal, jemedi dan edek. Gelama terbaik akan dijadikan ikan kering dan dijual kepada pembeli dengan harga yang mahal.

Selepas dah puas bersiar di jeti, kami naik kembali ke darat. Di sini kami bertemu pula dengan sekumpulan Kakak-Kakak yang tengah bersantai sambil makan Keropok Lekor. Husband yang mula menegur sebab nak mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bermurah hati berkongsi makanan dengan seekor kucing jalanan kat situ. Bermula dari situ banyaklah kami bercerita sambil mereka mempelawa kami join makan Keropok Lekor yang mereka bawa. Kakak-Kakak ini berasal dari Kampung Losong dan Keropok Lekor yang sedap ini pun mereka bawa dari sana.

Bergambar dengan Kakak-Kakak yang mempelawa kami makan Keropok Lekor bersama mereka
Shafik pun join bersembang sama

Part 43: KT Walk

Selepas melawat Pulau Duyong, tamatlah program Terengganu Instagram Tour kami bersama Shafik dan dia menghantar kami pulang ke hotel. Banyak juga pengalaman baru yang kami perolehi bersama Shafik di dalam Tour ini. Sewaktu berpisah dan memandangkan kami nak balik ke KL esok, dia mencadangkan supaya kami melawat ke KT Walk yang terletak tidak jauh dari hotel kami pada malam nanti. 

Meninggalkan Pulau Duyong
Bukit Besar
Disebabkan dah penat berjalan seharian hari ini, kami membuat keputusan untuk dinner awal di kedai makan di belakang hotel yang kami kunjungi pada hari pertama kami tiba di Kuala Terengganu hari itu.

Dinner di kedai yang sama sewaktu kami mula tiba di KT dulu
Suasana di dalam restoran
Pilihan dinner kami
Selepas dinner, kami terus berjalan menuju ke KT Walk. Pada setiap hari Jumaat malam Sabtu seperti ketika itu, ada pasar malam diadakan di sana. KT Walk ini terletak di depan bangunan Menara PMINT, dekat dengan Hotel Paya Bunga. 

Berjalan menuju ke KT Walk
Bangunan Menara PMINT
Beautiful Terengganu di depan Menara PMINT
Di Musim Covid-19 ini, ada kawalan kemasukan ke KT Walk. Semua pengunjung perlu membuat saringan suhu dan mendaftar MySejahtera sebelum masuk ke kawasan jualan.

Kawalan kemasukan ke KT Walk
Kebanyakan gerai pasar malam di KT Walk menjual makanan. Kerana itulah meja dan kerusi tempat makan ala-ala Food Court turut disediakan di sini. Pemandangan ini agak unik bagi Myself kerana tak pernah melihatnya di pasar malam yang lain.

Pemandangan Pasar Malam KT Walk
Meja dan kerusi tempat makan yang disediakan ala-ala Food Court
Mari kita tinjau kedai-kedai jualan yang ada di KT Walk ini...

Soheh nop sokmo lepas makan makanan kat sini.
Tea Glemer
Awas makan tak henti lepas mencuba maruku ini
Gerai Bam Zol
Husband meninjau gerai jualan
Pelbagai gerai jualan di KT Walk
Aiskrim Malaysia
Dorayaki
Ikan Laga
Gerai Pakaian
Welcome
KT Walk
Pintu Gerbang di penghujung KT Walk
Gerai Minuman
Pau Kak Mah
Donut Siya
Murtabak
Makanan-makanan Western
Kambing Grill
Meninggalkan KT Walk


 Bersambung ke Bahagian 21...