Tuesday 31 December 2019

2019 BANGKOK & BEYOND BHG. 18 (Wat Pho)

Disember 2019

CENTRAL THAILAND
Bangkok (2nd Visit), Khao Yai, Ayutthaya & Kanchanaburi

Bahagian 18: Bangkok 5
YODPIMAN FLOWER MARKET, MENAM CHAO PHRAYA & WAT PHO

HARI KELIMA (2)

Part 48: Memorial Bridge

Dari Temple of Golden Buddha, Paksorn membawa kami ke Yodpiman Flower Market. Dalam perjalanan ke sana, dia menunjukkan kepada kami Memorial Bridge.

Memorial Bridge
Memorial Bridge adalah jambatan besar yang pertama dibina menyeberang Sungai Chao Phraya. Ia dibuka pada 6 April 1932 oleh King Prajadhipok (King Rama VII) sempena ulangtahun pemerintahan Dinasti Chakri yang ke-150 dan penemuan kota Bangkok.

Jalan di bawah Memorial Bridge
Pemandangan di bawah Memorial Bridge
Jeti berhampiran Memorial Bridge
Jambatan ini yang menghubungkan daerah Phra Nakhon dan Thonburi adalah sebuah bascule bridge yang boleh dibuka untuk membolehkan kapal-kapal besar lalu di bawahnya.

Jambatan ini menghubungkan daerah Phra Nakhon dan Thonburi di Bangkok
Pemandangan Wat Prayoon di penghujung Memorial Bridge

Part 49: Yodpiman Flower Market

Yodpiman Flower Market adalah salah sebuah pasar bunga utama di Bangkok. Ia adalah pasar yang menjual bunga-bunga segar yang banyak digunakan dalam upacara keagamaan Buddha.

Kedai-kedai berhampiran Yodpiman Flower Market
Lagi kedai-kedai berhampiran Yodpiman Market
Pintu masuk ke Yodpiman Flower Market
Pasar ini menjual bunga-bunga segar yang berwarna-warni yang dibawa dari seluruh Thailand, terutama dari utara yang beriklim lebih sejuk. Ada juga sebahagian bunga yang dijual diimport dari luar negara.

Di samping melihat jualan bunga-bunga segar, kita juga boleh melihat kesenian gubahan bunga untuk kegunaan upacara keagamaan. Ada 2 jenis gubahan utama yang dinamakan Phuang Malai dan Baisri. Phuang Malai adalah kesenian cantuman bunga-bunga kecil menjadi kalungan-kalungan bunga. Baisri pula adalah gubahan yang melambangkan Mount Meru yang dianggap sebagai centre of the universe dalam agama Hindu/Buddha.

Membuat Phuang Malai dan Baisri
Ketulan-ketulan ais yang diletakkan di tengah kalungan bunga untuk mengekalkan kesegarannya.
Bunga Kekwa (Chrysanthemum)
Buah-buahan untuk persembahan
Jualan bunga dan buah-buahan untuk persembahan

Part 50: Menam Chao Phraya

Paksorn seterusnya membawa kami ke sebuah jeti untuk menikmati keindahan Sungai Chao Phraya (disebut: Menam Chao Phraya dalam Bahasa Thai).

Paksorn membawa kami ke Sungai Chao Phraya
Dia menawar untuk menunggu kami membuat Boat Cruise di Sungai Chao Phraya, tapi kami tak sempatlah nak berbuat begitu. Lagipun kelihatan macam Sungai Chao Phraya sedang ditutup dari kegunaan awam sebagai persediaan untuk Royal Barge Procession. Tak nampak walau sebuah pun bot cruise yang berlayar di Sungai Chao Phraya pada hari itu.

Jeti di pinggir Sungai Chao Phraya
Satu lagi pemandangan dari jeti di Sungai Chao Phraya
Kami dapat melihat Wat Arun yang pernah kami lawati pada tahun 2012 dulu dengan jelas dari jeti ini. Wat Arun juga dikenali sebagai Temple of Dawn kerana kedudukannya yang terletak di tebing barat sungai membolehkan pemandangan matahari terbit dilihat dari sana. Selain itu, Wat Arun juga terkenal dengan menara besarnya yang dinamakan Prang yang dihias dengan kepingan-kepingan porselin.

Pemandangan Wat Arun dari seberang Sungai Chao Phraya
Pemandangan Wat Arun dengan lebih jelas
Prang di Wat Arun yang dibina dari porselin
Bangunan-bangunan di Wat Arun
Dari sini juga kami dapat melihat Wichai Prasit Fort. Kota yang dibina pada tahun 1688 ini adalah sebahagian dari jajaran kota pertahanan Ayutthaya yang merupakan ibukota Thailand pada masa itu. Kota ini kini digunakan sebagai sebahagian ibu pejabat Tentera Laut Diraja Thailand.

Pemandangan Wichai Prasit Fort di seberang Sungai Chao Phraya
Wichai Prasit Fort
Kota ini kini dgunakan sebagai ibu pejabat Tentera Laut Diraja Thailand
Perarakan Royal Barge Procession dijadualkan berlangsung pada pukul 3 petang itu. Malangnya kami tak dapat nak menyaksikan perarakan yang gilang gemilang ini kerana kami berada di Suvarnabhumi Airport ketika itu, menunggu pesawat untuk pulang ke Malaysia. Namun kami dapat menyaksikan kesibukan persiapan akhir bagi perarakan ini yang berlangsung di Sungai Chao Phraya ketika itu.

Royal Barge Procession adalah sebahagian dari upacara akhir pertabalan King Vajiralongkorn yang telah berlangsung sekian lama. Perarakan ini diadakan untuk membolehkan rakyat jelata melihat sendiri Raja dan Permaisuri yang berlayar dengan Royal Barge di Sungai Chao Phraya. Oleh kerana kita tak melihat perarakan yang sebenar, kita gunakan gambar yang diambil dari internet untuk menunjukkan perarakan ini.

Royal Barge Procession (Sumber: Internet)
The Royal Barge (Sumber: Internet)
Bendera Thailand dan Bendera Diraja Thai
Husband bergambar dengan pemandu Tuk Tuk kami, Paksorn

Part 51: Wat Pho

Persinggahan terakhir kami dalam Tuk Tuk Tour adalah ke Wat Pho yang juga dikenali sebagai Temple of the Reclining Buddha. Nama rasmi kuil ini adalah Wat Phra Wimonmangkhalaram. Lagi tergeliat lidah nak menyebutnya berbanding nama rasmi Temple of the Golden Buddha tadi.

Wat Pho
Pintu keluar dari Wat Pho. Pintu masuknya terletak lebih jauh ke kiri dari sini
Berjalan menuju ke pintu masuk
Pintu masuk ke Wat Pho
Pemandangan sebaik masuk ke Wat Pho
Ada tiket THB 200 (RM 28) dikenakan kepada pelawat ke Wat Pho. Tiket ini termasuk sebotol air minuman percuma.

Tiket masuk ke Wat Pho
Patung di pintu masuk besar ke Wat Pho
Patung-patung ini menggambarkan pengaruh Cina
Wat Pho adalah kuil yang tertua dan terbesar di Bangkok. Ia mempunyai lebih dari 1000 buah patung Buddha di dalamnya. Sebahagian besar patung ini dibawa dari kuil-kuil yang telah ditinggalkan di Ayutthaya dan Sukhothai atas arahan King Rama I. Kuil ini dibina di atas tapak sebuah kuil lama yang telah wujud sejak dari zaman Ayutthaya yang dinamakan Wat Photaram. Nama 'Wat Pho' yang digunakan sekarang adalah singkatan dari Wat Photaram ini. Kedudukan Wat Pho kini adalah bersebelahan dengan Grand Palace.

Pemandangan di perkarangan Wat Pho
Di perkarangan Wat Pho terdapat binaan-binaan yang dinamakan sebagai Chedi. Chedi yang dibina setinggi 42 meter ini dihias dengan kepingan-kepingan porselin. Ia dibina untuk memperingati pemerintahan Dinasti Chakri yang masih memerintah Thailand sehingga sekarang.

Chedi di Wat Pho yang dinamakan Phra Maha Chedi Si Rajakarn
Pohon Bodhi di Wat Pho
Di sekeliling bangunan utamanya, ada beberapa tempat ibadat kecil yang juga dikunjungi oleh penganut-penganut Buddha.

Bangunan utama Wat Pho terkenal dengan patung Buddha yang sedang berbaring yang dikatakan sebagai patung Reclining Buddha yang terbesar di dunia. Seperti juga di kuil-kuil Buddha yang lain, kita diminta untuk membuka kasut sebelum masuk ke kuil ini. Ada plastik yang disediakan untuk pengunjung membawa kasut masuk bersama mereka ke dalam kuil.

Pintu masuk ke dalam kuil
Pemandangan ke dalam bangunan kuil dari pintu masuk
Patung Reclining Buddha ini dinamakan Phra Phuttha Saiyat dan ia dibina di zaman pemerintahan King Rama III dalam tahun 1832. Patung ini mempunyai kepanjangan 46 meter dan ketinggian 15 meter. Patung Reclining Buddha ini menggambarkan saat akhir kehidupan Gautama Buddha di dunia sebelum dia meninggal dunia pada usia 80 tahun.

Dari pembacaan yang Myself buat, bila melihat patung Reclining Buddha, ada 2 perkara yang perlu diperhatikan. Jika mata Buddha masih terbuka, ia menggambarkan Buddha masih mengajar manusia dan jika mata Buddha tertutup, ia menggambarkan Buddha telah menyelesaikan segala urusan dan telah mencapai Nirwana.

Patung Buddha ini memang sangat besar. Susah nak mengambil gambar keseluruhan patung ini dari dalam bangunan kuil.

Tapak kaki Buddha dibina setinggi 3 meter dan sepanjang 5 meter. Di belakang tapak kaki Buddha tertera 108 buah ukiran sifat-sifat Buddha yang diperbuat dari mother of pearl.

Pada siling dan dinding kuil pula, ada lukisan yang menggambarkan kisah kehidupan Buddha.

Agama Buddha memang menggalakkan penganutnya bersedekah. Jadi di mana-mana kuil Buddha juga, ada berbagai bentuk sedekah yang disediakan.

Di sekeliling patung Buddha ini juga ada diletakkan 180 buah mangkuk gangsa. Penganut-penganut Buddha akan menderma duit syiling ke dalam setiap bekas untuk mendapatkan tuah.

Mangkuk-mangkuk gangsa diletakkan di tepi dinding mengelilingi patung Buddha
Ada 180 buah mangkuk gangsa semuanya
Wat Pho juga istimewa kerana di sinilah tempat asal yang rasmi bagi Thai Traditional Massage. Urutan Tradisional Thai ini telah diamalkan di Thailand sejak beratus-ratus tahun dulu. Ia dikatakan dimulakan oleh seorang rakan Buddha yang bernama Shivago Kompara yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan tentang ilmu perubatan. Malangnya, ilmu tentang urutan ini hilang sewaktu serangan Burma ke atas Ayutthaya pada tahun 1767. Beberapa rekod mengenai urutan ini kemudiannya telah ditemui semula di Wat Pho sehingga menjadikan kuil ini kini dianggap sebagai tempat asal rasmi Thai Traditional Massage.

Wat Pho juga dikenali sebagai tempat asal Thai Traditional Massage
Meninggalkan Wat Pho


 Bersambung ke Bahagian 19...