Saturday 13 July 2019

2019 CEBU BHG. 01 (KL - Cebu)

Julai 2019

CEBU, PHILIPPINES
Cebu City, Oslob & Bohol

Bahagian 1: Perjalanan Ke Cebu
KUALA LUMPUR - CEBU CITY

Part 1: Cuti-Cuti Cebu

It's More Fun In The Philippines! Bercuti lagi kita ke Philippines. Destinasi pada kali ini adalah Cebu City yang terkenal dengan gelaran Queen City of the South.

Cebu City terletak di pulau Cebu (disebut: Sibu, macam Sibu di Sarawak) di tengah-tengah Kepulauan Visayas di Filipina. Ia adalah kota bersejarah kerana di sinilah tentera Spanish mula bertapak di negara ini. Dari sinilah agama Kristian mula tersebar ke seluruh Philippines dan di sini jugalah pengembara terkenal dari Sepanyol Ferdinand Magellan mati dibunuh oleh seorang pemimpin tempatan yang bernama Lapu-Lapu.

Bagi rakyat Malaysia, bercuti ke Philippines bukanlah sesuatu yang murah seperti bercuti ke Indonesia. Ini adalah kerana negara ini adalah bekas jajahan Amerika Syarikat dan masih menjadi destinasi percutian terkenal di kalangan orang Amerika. Bila dah ramai orang Amerika datang ke sini, kos segala benda juga macam mengikut harga USD. Tiket penerbangan ke Cebu juga tidak murah walaupun menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia kerana jaraknya yang jauh dari Kuala Lumpur.

Pada mulanya Myself dan Husband bercadang berkunjung ke Cebu berdua saja. Tapi disebabkan kosnya yang mahal untuk percutian berdua, kita ajaklah beberapa orang kawan yang juga kaki jalan untuk turut bersama bagi mengurangkan kos. Ajakan kita disambut baik oleh Nik dan Kanesh. Maklumlah, Cebu (dan juga Philippines umumnya) bukanlah destinasi percutian popular di kalangan rakyat Malaysia. Kalau ada pun, mungkin hanya ke Boracay. Jadi kita racun mereka... kalau tak join kami, mungkin susah dah mereka nak sampai ke Cebu. Hasil dari keracunan, maka menjadilah percutian kami kumpulan berempat terdiri dari Myself, Husband, Nik dan Kanesh.

Disebabkan sukar nak mendapatkan makanan Halal di Cebu, kita gunakanlah khidmat dari agensi pelancongan untuk mengatur percutian ini. Agensi pilihan kami adalah Wan Vacations (Selamatbercuti.com). Ini kali ketiga kami menggunakan khidmat mereka untuk mengatur percutian kami. Kali pertama dulu adalah mengikut Group Tour anjuran mereka ke Eastern Europe pada tahun 2017. Kemudian kita gunakan khidmat mereka sekali lagi ini untuk mengatur Private Tour ke Manado, Indonesia pada tahun 2018. Dalam tahun 2019 ini pula, kita gunakan khidmat mereka sekali lagi mengatur percutian Small Group Tour ke Cebu, Philippines. Memang puas hati menggunakan khidmat mereka ini. Worthy A Mention, kata Orang Putih.

HARI PERTAMA

Part 2: Perjalanan Bermula

Penerbangan kami ke Cebu adalah menggunakan penerbangan Philippines Air Asia yang dijadualkan berlepas dari KLIA2 pada pukul 5.55 petang. Mengambil kira kemudahan untuk makan tengahari dan solat Zohor dengan selesa di KLIA2, kami bergerak dari rumah dengan menggunakan teksi pada pukul 12.30 tengahari.


Perjalanan dengan teksi ke KLIA2
KLIA2
Menuju ke Perlepasan KLIA2
Alhamdulillah. Selamat tiba di KLIA2
Sampai di KLIA2, perkara pertama yang kami lakukan adalah menyemak Display Board dulu. Manalah tahu, kot-kot flight delay ke apa. Alhamdulillah, penerbangan kami hari ini, Philippines Air Asia Z2 7113 tidak mengalami sebarang kelewatan.

Check dulu maklumat kat Display Board
Maklumat penerbangan kami, Philippines Air Asia Z2 7113 ke Cebu
Lepas itu kita lunch pulak di restoran yang bernama Mamak yang terletak betul-betul di atas Pintu Masuk untuk Perlepasan Antarabangsa. Sambil makan dan menunggu ketibaan Nik dan Kanesh, kami bergilir-gilir menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar di surau berhampiran.

Restoran Mamak di KLIA2
Nasi Campur untuk Myself
Mee Sup untuk Husband
Menunaikan kewajiban kepada Allah SWT sebelum memulakan perjalanan.
Selepas dah makan di Restoran Mamak, kami bergerak untuk Check-In. Inilah kali pertama bagi Myself, Husband dan Nik menggunakan Self-Service Check-In Air Asia ni. Mujurlah ada si Kanesh yang masih muda belia dan pernah menggunakan khidmat ini masa dia pergi ke Hokkaido dulu. Taklah nampak macam kami bertiga ni generasi zaman dinosaur yang ketinggalan dengan penggunaan teknologi terkini.

First Time guna mesin Mesin Self-Service Check-In Air Asia
Masukkan semua maklumat yang diminta
Lekatkan sendiri Baggage Tag yang keluar dari mesin pada beg
Dah alang-alang tu, Boarding Pass pun kita reprint la jugak dari mesin ni.
Lepas dah lekat Tag pada beg, barulah kita beratur kat Kaunter Check-In. Kaunter kami adalah Kaunter V. Kena scan sendiri beg macam yang selalu dibuat oleh petugas Airline tu. Bila dah selesai, beg kita akan disedut masuk sendiri ke dalam Conveyor System tu. Uihhh, canggih! Terasa pulak macam kita ni dah level-level Makcik dan Pakcik Pencen yang nak pergi berjalan oversea. Hahaha!

Beratur di Kaunter Check-In
Scan sendiri beg masuk ke dalam
Wahhh!!! Beg jalan sendiri la masuk ke dalam! Hahaha!
Lepas dah masukkan beg, barulah tuan-tuan beg bergerak masuk ke Pintu Perlepasan. Walaupun ketika ini bukan musim cuti sekolah, ada ramai penumpang di KLIA2 ketika itu. Sebahagian besarnya adalah pelancong asing yang terpaksa beratur panjang nak melepasi Pemeriksaan Imigresen. Syukurlah yang rakyat Malaysia macam kita boleh menggunakan Autogate. Smooth je pemeriksaan passport kita.

Masuk ke Perlepasan Antarabangsa
Pemeriksaan Passport
Rakan kami Nik adalah seorang penghidap Arthritis yang mempunyai kesukaran untuk bergerak. Jadi selepas melalui pemeriksaan imigresen, kami menunggu di Stesen Buggy. Konon-kononnya nak menumpang Nik sama-sama naik Buggy ke Pintu Perlepasan. Tapi tunggu punya tunggu, Buggy tak muncul-muncul. Lastnya, Nik pun give-up dan mengajak kami berjalan saja pelan-pelan ke Pintu Perlepasan. Kat tengah jalan masa dah nak sampai ke hujung, barulah kami berselisih dengan Buggy. Tension Nik dibuatnya!

Bergambar sambil konon-kononnya menunggu Buggy.
Mengambil gambar kapalterbang yang tengah parking di KLIA2.
Pesawat-pesawat Air Asia
Kedai-kedai Duty Free
Air Asia X
Disebabkan masih awal lagi, kami singgah dulu minum petang di Kaya Kopitiam dekat Pintu Perlepasan. Bila dah kawan-kawan ofis travel bersama, sambil-sambil minum tu dah pastilah secara automatik akan membawang tentang hal-hal ofis. Ternganga je Husband dengar cerita kami sebab tak boleh nak join bersama.

Kaya Kopitiam
Sesi bawang-bawang di Kaya Kopitiam sambil tunggu flight
Hidangan minum petang
Menunggu di Pintu Perlepasan

Part 3: Dari KL Ke Cebu City

Pesawat kami Philippines Air Asia Z2 7113 sepatutnya berlepas dari Kuala Lumpur ke Cebu pada pukul 5.55 petang. Tapi disebabkan ia terlewat sikit tiba dari Cebu ke KLIA2, penumpang hanya dibenarkan boarding pada pukul 5.40 petang.


Peta perjalanan dari KL ke Cebu
Maklumat penerbangan kami
Suasana di Pintu Perlepasan
Pesawat kami yang terlewat sedikit tiba di KLIA2
Berjalan masuk ke dalam pesawat
Philippines Air Asia
Pemandangan di dalam pesawat
Philippines Air Asia kami berlepas dari KLIA2 menuju ke Cebu pada pukul 6.15 petang. Penerbangan ini memakan masa 3 jam 40 minit.

Menunggu giliran berlepas sambil melihat sebuah Air Asia lain mendarat.
Up, Up & Away!
Terbang menuju ke Selat Melaka
Berpusing balik menghala ke Timur
Melintas semula KLIA
Terbang menghala ke Timur
Menuju ke ke Laut China Selatan
Waktu untuk tidur
Selepas pesawat dah selamat berada di udara, anak-anak kapal mula mengedarkan Arrival Card kepada semua pengunjung asing ke Filipina. Teragak-agak peramugari tu nak bagi Arrival Card kepada kami sebab muka kita pun saling tak tumpah macam Pinoy nak balik ke kampung.

Mengisi Arrival Card untuk masuk ke Philippines
Arrival Card
Lepas itu, sajian penerbangan diberi kepada penumpang. Sewaktu kami membeli tiket pesawat dulu, ada terbaca dalam website Air Asia yang makanan dalam Philippines Air Asia dan Japan Air Asia tidak semua dijamin Halal. Jadi masa beli tiket tu, prebook la meal awal-awal supaya makanan Halal dapat dibekalkan kepada kita dalam pesawat.

Sajian penerbangan
Roasted Chicken With Black Pepper Sauce
Spaghetti Chicken
Masa booking meal dalam website, Husband terpandang menu Red Burger. Disebabkan teringin nak cuba, dia pesanlah makanan ini melalui prebook meal. Bila disajikan dalam flight, terperanjat menengok burger yang merah begitu!

Inspi(Red) Burger
Bungkusan burger di dalam kotak
Huk Ala, merahnya! Tapi kata Husband rasa burger ini tidaklah segah namanya.
Pesanan untuk orang yang kebuluran dalam kapalterbang
Lepas semua penumpang dah makan, lampu pesawat dimalapkan untuk membolehkan penumpang berehat dan tidur dengan selesa. Pemandangan di luar pesawat pun cuma pekat malam. Namun sewaktu kami melintas Pulau Palawan di Filipina, ternampak kilat memancar dengan sangat kuat dan terang di sana. Suspen tengok kilat begitu. Hati mula berasa cemas, adakah sekarang Musim Typhoon di Philippines? Janganlah hendaknya kami berdepan dengan Typhoon di Cebu.

Pemandangan di dalam pesawat selepas lampu pesawat dimalapkan
Iklan Minyak Angin Philippine agaknya
Pesawat kami selamat mendarat di Mactan Cebu International Airport pada pukul 9.50 malam. Malaysia dan Philippines tidak mempunyai perbezaan waktu kerana terletak dalam zon waktu yang sama.

Mactan Cebu International Airport
Ala... padam-padam pulak lampu pada tulisan Mactan Cebu International Airport ni.
Pesawat kami parking di sebelah sebuah pesawat Air Asia yang lain

Part 4: Mactan Cebu International Airport

Tiba di Mactan Cebu International Airport kami terus menuju ke Pemeriksaan Imigresen. Sebelum bertolak tadi sewaktu membawang di KLIA2, Kanesh ada bercerita yang dia sering kena soal-siasat di hampir setiap airport yang disinggahi. Begitu juga di Mactan Cebu International Airport ini, banyak persoalan yang diberi kepada Kanesh oleh Imigresen Philippines kepadanya. Nasib baiklah Myself dan Nik beratur di belakang Kanesh ketika itu. Selepas Kanesh memberitahu yang dia travel bersama kami, terus dia dilepaskan oleh imigresen. 

Ingatkan orang Islam yang travel ke negara Orang Putih saja yang selalu kena soal siasat begitu, rupa-rupanya orang yang berkulit gelap macam Kanesh yang tak beragama Islam pun selalu juga kena profile begitu. Kami bertiga pulak yang berwajah macam Pinoy cukup senang melepasi pemeriksaan imigresen di Mactan Cebu Airport ini.

Berjalan keluar dari pesawat
Arah ke Arrivals
Suasana di dalam Mactan Cebu International Airport
Suasana di tempat mengambil bagasi
Welcome To Cebu!
Macam semua airport yang lain juga, kita kena melalui kedai-kedai Duty Free untuk keluar dari airport.
Lagi kedai-kedai Duty Free
Perjalanan percutian kami di Cebu memang cukup lancar. Bagus betul aturan perjalanan yang dibuat oleh Wan Vacations dengan partner mereka di Philippines, Javalava. Myself jarang nak puji travel agent perjalanan kami dalam blog, tapi kali ini memang nak puji sebab segala-segalanya cukup smooth, lebih-lebih lagi di destinasi yang kurang popular dengan pengunjung Malaysia macam Cebu ini. Sehari sebelum kami tiba di Cebu, pihak Javalava di Philippines dah menghubungi melalui Whatsapp memberitahu tentang aturcara perjalanan sebaik kami tiba. Setiap hari sebelum perjalanan yang seterusnya juga, mereka akan memberi pemakluman dengan jelas melalui Whatsapp tentang aturan perjalanan yang akan dilalui.

Pemandu di Cebu, Anthony dah sedia menanti ketibaan kami di Airport.
Pemandangan bangunan International Terminal, Mactan Cebu International Airport
Pemandangan bulan yang menyambut ketibaan kami di Cebu
Mactan Cebu International Airport sebenarnya terletak di sebuah pulau kecil yang bernama Mactan, betul-betul di seberang Cebu City yang terletak di atas Pulau Cebu. Pulau Mactan dan Pulau Cebu ketika ini dihubungkan dengan 2 buah jambatan dan jambatan ketiga pula sedang dalam pembinaan. Perjalanan dari Airport ke hotel kami yang terletak di Cebu City mengambil masa kira-kira 45 minit.

Walaupun Cebu City adalah kota kedua terbesar di Philippines selepas Manila, tak banyak lampu jalan ada di sini. Suasana sepanjang perjalanan agak gelap sehingga sukar nak mengambil gambar yang cantik untuk menunjukkan suasana di sekitar.


Suasana malam di Cebu City agak gelap kerana tak banyak lampu jalan di sini.
Jollibee adalah restoran makanan segera tempatan yang sangat popular di Philippines.

Part 5: Harolds Hotel, Cebu City

Hotel penginapan kami di Cebu City adalah Harolds Hotel yang terletak di sebuah kawasan yang bernama Lahug.


Van yang membawa kami dari Airport ke Hotel
Harolds Hotel
Lobi Harolds Hotel
Check-In ke Harolds Hotel
Ruang Menunggu di Lobi Hotel
Bilik Penginapan di Harolds Hotel
Makan Malam pertama kami di Cebu City disediakan di Highlights Lounge yang terletak di rooftop Harolds Hotel. Sambil makan, kita boleh menikmati pemandangan indah Cebu City dari sini.

Highlights Lounge di Harolds Hotel
Kata Manager di Harolds Lounge, menu yang disediakan untuk kami adalah Seafood dan Hawaiian Chicken Pizza. Bila kami beritahu yang kami tak boleh makan Hawaiian Chicken Pizza sebab Tak Halal, dia terus mencadangkan supaya kami menggantikan menu Pizza ini kepada Norwegian Salmon. Ada sedikit bayaran tambahan dikenakan tapi okay sebab jumlahnya tak banyak. Sambil menunggu makanan dihidangkan, kita nikmati dulu pemandangan indah suasana malam di Cebu City.

Makanan yang dihidangkan di Highlights Lounge ini memang menyelerakan. Semua Seafood yang dihidangkan memang fresh. Norwegian Salmonnya pun sedap.

Seafood
Norwegian Salmon
Sebelum kami meninggalkan Highlights Lounge, Manager Restoran yang baik ini mencadangkan supaya kami request makanan Vegetarian untuk breakfast pagi esok. Harolds Hotel memang sedia untuk accommodate permintaan special meals begini katanya.


Bersambung ke Bahagian 2...


CATATAN PERJALANAN CEBU (2019):