Monday 22 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 09 (Lake Taal)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay

Bahagian 9: Tagaytay Ridge Tour (2)
LAKE TAAL & PALACE IN THE SKY 

HARI KETIGA (2)

Part 27 : Tasik Taal


Pemandangan utama yang disajikan kepada pengunjung ke Tagaytay adalah Tasik Taal (disebut: Ta-al) yang merupakan sebuah tasik air tawar. Tasik ini terhasil dari letupan gunung berapi pada masa dahulu. Ia adalah tasik yang ketiga terbesar di Filipina selepas Laguna de Bay dan Lake Lanao.

Tasik Taal.
Tasik Taal istimewa kerana di samping ia sendiri adalah sebenarnya bekas sebuah kawah gunung berapi, ia mempunyai sebuah pulau yang mempunyai gunung berapi lain di atasnya. Pulau ini dinamakan Volcano Island dan gunung berapi di atasnya dinamakan Taal Volcano.

Volcano Island di dalam Tasik Taal yang mempunyai gunung berapinya sendiri yang dinamakan Taal Volcano.
Pemandangan lebih dekat Taal Volcano.
Taal Volcano yang masih aktif adalah gunung berapi terkecil di dunia hari ini. Kecil-kecil cili padi, ia juga adalah gunung berapi kedua aktif di Philippines selepas Mayon Volcano. Ia pernah meletus sebanyak 33 kali dengan letusan terakhir berlaku pada tahun 1977. 

Umumnya, ada dua jenis Tour yang selalunya ditawarkan oleh agensi-agensi pelancongan ke Tasik Taal. Bagi mereka yang adventurous, mereka akan dibawa menaiki bot ke Volcano Island dan kemudiannya berjalan kaki atau menaiki kuda ke puncak Taal Volcano.

Bagi yang kurang adventurous seperti kami, hanya akan dibawa melihat Taal Volcano dari kejauhan saja.

Bagi pengunjung yang adventurous, mereka akan menaiki bot merentas Tasik Taal ke perkampungan di atas Volcano Island di seberang sana.
Kemudian mereka akan hiking berjalan kaki ataupun menunggang kuda ke puncak Taal Volcano.
Bagi yang kurang adventurous, kita tengok sajalah Tasik Taal dari jauh.

Part 28: Palace In The Sky

Destinasi kami di Tagaytay adalah sebuah tempat yang dinamakan Palace In The Sky. Ia adalah sebuah bangunan yang separa siap dibina menghadap ke Tasik Taal.

Palace In The Sky sebenarnya dibina oleh bekas Wanita Pertama Filipina, Imelda Marcos untuk dijadikan rumah persinggahan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Ronald Reagan yang merancang untuk melawat Filipina. Malangnya, suami Imelda, Presiden Ferdinand Marcos telah digulingkan oleh rakyat Filipina sewaktu pembinaan Palace In The Sky masih belum disiapkan. Imelda dan keluarganya melarikan diri ke Hawaii di Amerika Syarikat dan projek Palace In The Sky ini terbengkalai begitu sahaja.

Menuju ke Palace In The Sky
Disebabkan hari itu cuti umum, memang ramai rakyat tempatan berkunjung ke Palace In The Sky sehingga kenderaan banyak yang terpaksa parking sangat jauh dari pintu masuk. Mujurlah kenderaan kami mendapat tempat parking betul-betul di luar pintu masuk ke Palace In The Sky. Kalau tidak, jauh terpaksa berjalan menongkah bukit ke pintu masuk.

Disebabkan ramai orang berkunjung ke sini sempena cuti umum Chinese New Year, banyak kenderaan terpaksa parking jauh dari pintu masuk.
Mujurlah kami mendapat tempat parking dekat dengan pintu masuk.
Pemandangan pintu masuk dari tempat parking.
Disebabkan kedudukannya yang tinggi di atas gunung, cuacanya agak sejuk. Tapi taklah sejuk sangat, nyaman-nyaman je bagi orang yang tak membawa jaket ke sini macam kami. Tapi sesekali bila angin kencang bertiup, mulalah menyesal kenapalah tak bawa jaket ke sini sedangkan kita tahu kita nak naik ke atas gunung!

Pintu masuk ke Palace In The Sky
Palace In The Sky yang sebenarnya terletak lebih jauh ke atas bukit dari pintu masuk ini. Untuk kemudahan pengunjung, ada khidmat Jeepney disediakan untuk membawa mereka naik ke atas sana. Yay, dapat juga kita merasa naik Jeepney!

Jeepney yang disediakan untuk membawa pengunjung ke Palace In The Sky. Tak tahulah sama ada perkhidmatan ini percuma atau kena bayar sebab semuanya diuruskan oleh Janine.
Husband bergambar dalam Jeepney.
Pemandu Jeepney.
Janine
Kalau tengok sekadar pada struktur, Palace In The Sky ini memang tak menarik langsung. Betul-betul nampak macam bangunan tak siap yang terbiar. Tempat ini sangat ramai pengunjung dan merupakan salah sebuah tarikan pelancong utama di Wilayah Cavite ini. Hairan juga kenapa Kerajaan Filipina tak mahu memperelokkan tempat ini untuk kemudahan pelancong.

Mungkin Kerajaan Filipina perlu belajar dari Malaysia bagaimana yang mengelokkan bangunan terbiar begini untuk lebih menarik kepada pelancong. Di hometown Myself di Batu Gajah, Perak pun ada Kellie's Castle yang juga pada asalnya adalah bangunan terbiar begini. Bangunan ini telah dibaikpulih dan sehingga kini sangat menarik untuk dilawati.

Inilah Palace In The Sky yang jauh panggang dari api kalau nak dipanggil "Palace" sebenarnya.
Suasana di dalam Palace In The Sky. Scary sungguh rupanya!
Walaupun rupa bangunannya scary, pemandangan di sekitarnya memang cantik. Memang patut Imelda Marcos memilih tempat ini untuk membangunkan istana idamannya ini. Cuaca yang sejuk juga menyebabkan kita seronok berada di sini.

Pengunjung menikmati keindahan pemandangan di Palace In The Sky.
Kalau nak tahu betapa kuatnya angin yang sekali-sekala bertiup itu, tengok sajalah rambut mereka ini yang mengerbang ditiup angin. Tapi angin di sini tidaklah sekuat angin yang pernah kami alami sewaktu melawat Hakone di Jepun dulu.
Pemandangan Tasik Taal dari Palace In The Sky
Satu lagi pemandangan Tasik Taal.
Yang ini pemandangan menghala jauh dari Tasik Taal.
Ada perumahan mewah yang dibangunkan di bawah sana.
Kebun nanas di bawah Palace In The Sky
Padang golf.
Bangunan yang itu pun nampak macam tak siap juga.
Sekarang kita tengok pulak apa yang ada di perkarangan Palace In The Sky...

Tugu Nanas ini mungkin didirikan di sini kerana kawasan Tagaytay banyak ditanami dengan nanas.
Boleh juga bersiar-siar di bawah sana kalau ingin berbuat begitu.
Kawasan rehat dan piknik di Palace In The Sky.
Gereja ini dibangunkan kemudian oleh Kerajaan Tempatan Cavite.
Memang tak ada aktiviti lain yang boleh dibuat di Palace In The Sky ini selain menikmati pemandangan yang indah di sini. Satu-satunya hiburan lain (kalau itu boleh dipanggil hiburanlah...) ialah bergambar dengan seekor ular sawa kuning yang dibawa ke sini oleh penjaganya.

Berkerumun nak melihat ular sawa kuning.
Ular sawa kuning
Teropong untuk disewa.
Selepas dah puas menikmati pemandangan indah di Palace In The Sky, kami berjalan kaki turun ke bawah.

Inilah gereja yang dilihat dari bangunan Palace In The Sky tadi.
Pemandangan Tasik Taal sewaktu berjalan turun ke bawah.
Pemandangan gereja dari bawah.
Remaja-remaja Pinoy bergambar dengan kuda.
Jeepney yang berulang-alik membawa penumpang naik ke Palace In The Sky.
Perkataan yang sepatutnya tertera di sini ialah PEOPLE'S PARK IN THE SKY. Teruk betul maintenance tempat ini!
Minuman ini cukup popular di sini. Ramai yang membelinya.
Nampak macam kombinasi Sirap Bandung dengan Ais Kacang.
Pengunjung-pengunjung yang sedang naik dan turun ke bawah.
Menikmati angin kencang yang bertiup.
Sebuah Jeepney yang mencemarkan alam sekitar.
Gigih mengangkut "Ais Kacang" naik ke atas.
Satu lagi papan tanda yang tak diselenggara dengan sebaiknya.
Penjual makanan ringan berdekatan tempat parking kereta.

Part 29: Pulang Ke Manila

Perjalanan pulang ke Manila sangat meresahkan kerana kami terpaksa berdepan dengan traffic jam yang melampau teruknya. Kami diberitahu yang traffic jam ini mungkin berpunca dari orang-orang tempatan yang mengambil kesempatan berkunjung ke Tagaytay sempena cuti umum hari ini.

Traffic jam yang sangat teruk dalam perjalanan pulang ke Manila.
Pemandu kereta merah ini dah kelaparan agaknya terperangkap dalam traffic jam sampai terpaksa membeli kacang dari penjual jalanan.
Pekerja-pekerja dari sebuah restoran Thai berhampiran ini juga mengambil kesempatan memberi food sampling percuma kepada pemandu dan penumpang kenderaan-kenderaan yang terperangkap dalam traffic jam.
Seorang lagi penjual jalanan yang mendapat rezeki lebih dari kesesakan jalan raya hari ini.
Oleh kerana jalan sesak teruk, Janine membawa kami singgah di sebuah restoran berhampiran yang bernama Leslie's. Kata Janine restoran ini menjual daging, seafood dan sayur. Jadi semua orang boleh makan sesuatu di sini. 

Mengikut Janine ke Restoran Leslie's.
Restoran mewah nampaknya ni.
Pemandangan di dalam Restoran Leslie's.
Janine bertanya kepada receptionist tentang menu yang dihidangkan di sini.
Bila Norlene melihat harga makanan yang dihidangkan, dia tak setuju nak makan di sini. Mahal sangat, katanya. Terus dia berlalu pergi sehingga Janine terpinga-pinga dibuatnya.

Janine kemudian menawarkan kepada kami untuk makan tengahari di sini sementara dia akan membawa Steve dan Norlene makan di restoran lain yang lebih sesuai dengan mereka. Dia menawarkan untuk kembali mengambil kami semula di sini selepas sejam.

Memandangkan ketika itu telahpun pukul 3 petang dan kami taklah begitu lapar selepas makan Vegetable Sandwich yang dibekalkan oleh Janine dalam perjalanan tadi, kami juga membuat keputusan untuk mengikut saja cadangan Norlene supaya kami terus pulang ke Manila. Tapi sebelum pulang, tetap nak ambil gambar pemandangan Tasik Taal di belakang restoran ini.

Norlene enggan makan di sini kerana terlalu mahal katanya. Walhal, kalau ditukar harga Peso tu kepada Australian Dollar, berapa sangatlah harganya.
Tidak seperti pakej ke Villa Escudero semalam yang turut meliputi makan tengahari, lunch tidak disediakan dalam pakej ke Tagaytay Ridge ini. Cuma sandwich dan air mineral sahaja yang dibekalkan. Itulah yang kami makan sewaktu terperangkap dalam traffic jam tadi. Jadi dapatlah bertahan sehingga sampai balik ke Manila.

Lagipun pada malam ini, iaitu beberapa jam saja dari sekarang, kami telah membuat tempahan untuk Fine Dining makan malam di Cafe Ilang-Ilang di Manila Hotel. Fine Dining sangatlah tu...!

Pemandangan Tasik Taal di belakang Leslie's Restaurant.
Kawah Taal Volcano kelihatan lebih jelas dari sini.
Ini perusahaan ternakan ikan di Tasik Taal agaknya...
Sewaktu nak kembali ke van, kami terpandang sebuah kedai cookies di tepi Restoran Leslie's ini. Bimbang kalau-kalau kelaparan melampau sebelum tiba di Manila, kami pun membeli Chocolate Chip Cookies di sini. Tapi takkan kami nak makan berdua saja, kan?! Kami yang baik hati ini belilah juga sebungkus lagi untuk diberi kepada Norlene dan Steve walaupun mereka agak kejam menyebabkan kami tak makan lunch hari ini. Baik hati betul kami ni, kan?

Kedai cookies Filbeans di kawasan Restoran Leslie's.
Kek dan biskut yang dijual nampak menarik tapi kena berhati-hati juga takut ada dicampur dengan benda yang tak halal.
Chocolate Chip Cookies yang kami beli... Sebungkus untuk kami dan sebungkus lagi untuk Steve dan Norlene.
Pemandangan dalam kedai cookies Filbeans.
Untuk mengelak dari berdepan dengan traffic jam yang teruk lagi, pemandu kami Purdy berpatah balik ke Tagaytay untuk membawa kami pulang ke Manila mengikut jalan alternatif. Kami masih berdepan dengan traffic jam di jalan ini, tapi tidaklah seteruk tadi.

Berpatah balik ke Tagaytay untuk pulang menggunakan jalan alternatif.
Ada banyak ladang nanas yang dilalui sewaktu melalui jalan alternatif ini.
Kedai menjual penyapu dan buah-buahan.
Buah-buahan yang dijual di Filipina ini sama seperti buah-buahan yang dijual di Malaysia.
Ladang nanas seluas mata memandang.
Ada Korean Temple di sini tapi tak nampak temple sebenarnya di mana.
Kambing juga dipanggil "kambing" dalam Bahasa Tagalog.
Lechon adalah makanan tradisional Philippines seperti Babi Guling di Bali. Ia bagaimanapun dimasak seperti cara "Luau" di Hawaii.
Lega bila tak lagi berdepan dengan traffic jam.
Lebih lega bila nak masuk ke Lebuhraya.
Lebuhraya SLEX menuju ke Manila.
Pemandangan dari Lebuhraya SLEX.
Akhirnya selamat tiba di Manila.
Sekarang kita terpaksa berdepan dengan traffic jam di Manila pulak...
Sebaik tiba di Manila, Janine membawa kami ke Makati terlebih dahulu untuk menghantar Steve dan Norlene ke hotel mereka di sana. Secara tak langsung, dapat jugalah kami melawat ke Makati yang sebenarnya tak ada dalam itinerari lawatan kami ke Manila.

Makati adalah kawasan komersil yang paling moden dan mahal di Manila.
Pemandangan matahari terbenam di Manila

Part 30: Dinner di Cafe Ilang-Ilang

Selepas melalui perjalanan yang panjang dari Tagaytay, kami akhirnya tiba di Manila Hotel setelah matahari terbenam. Ada persembahan muzik live di lobi sewaktu kami tiba.

Persembahan live music di lobi Manila Hotel.
Memandangkan kami akan pulang ke Malaysia dengan penerbangan pada tengahari esok, kami singgah dulu di Business Centre untuk membuat Web Check-in. Kalau dah buat Web Check-in nanti mudahlah sikit kalau terlambat sampai kat Airport sekalipun.

Business Centre di Manila Hotel
Internet di Business Centre ini cukup laju. Yang paling best, penggunaan internet untuk 30 minit pertama juga adalah percuma.

Memandangkan kami telah membuat tempahan untuk makan malam di Cafe Ilang-Ilang, kami terus pergi ke sana selepas itu.

Dinner di Cafe Ilang-Ilang
Ada buffet Halal yang disediakan setiap tengahari dan malam di Cafe Ilang-Ilang. Tetapi kami memilih untuk memesan makanan secara Ala Carte kerana harga makanan buffetnya sangat mahal. 

Halal Buffet di Cafe Ilang-Ilang
Malam itu, kami memilih untuk dinner dengan makanan India, Prawns Pishwari dan Chicken Lesuni. Memang Myself puji makanan di Cafe Ilang-Ilang ini. Masakannya memang consistent sangat sedap. Kami menikmati dinner kami bersungguh-sungguh malam itu kerana yakin takkan bertemu makanan sesedap ini bila balik ke Malaysia nanti.

Halal Menu di Cafe Ilang-Ilang
Prawns Pishwari
Chicken Lesuni
Pemandangan keseluruhan hidangan makan malam kami.
Ada kejutan menanti kami selepas selesai makan di sini. Harga makan di restoran ini lebih murah berbanding menggunakan Room Service. Memandangkan kami adalah penginap di Manila Hotel, ada tambahan diskaun 40% juga diberi kepada kami. Aduh, kalau kami tahu semua ini memang dah booking makan malam di cafe ini sejak dari tiba di Manila lagi!


Bersambung ke Bhg. 10...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: