Wednesday 10 February 2016

2016 PHILIPPINES BHG. 01 (KL - Manila)

Februari 2016

PHILIPPINES
Manila, Villa Escudero & Tagaytay 

Bahagian 1: MABUHAY, PHILIPPINES!

HARI PERTAMA (1)

Part 1 : Merancang Percutian Ke Philippines

Perancangan percutian ke Philippines bermula bila kami menebus mata ganjaran Enrich Malaysia Airlines yang akan luput pada bulan November 2015. Dengan mata ganjaran yang tidaklah sebanyak mana, kami hanya mendapat pilihan tiket percuma ke destinasi-destinasi penerbangan Malaysia Airlines hanya di sekitar Asia Tenggara. Manila menjadi pilihan kami kerana kami belum pernah tiba ke sana.

Tiket percuma Enrich ni bukanlah percuma sangat sebenarnya. Hanya tiket penerbangan saja yang percuma dan kami masih perlu membayar Airport Tax yang datang bersama tiket ini. Jumlah Airport Tax yang dikenakan ialah RM300 seorang. Ia lebih murah dari harga tiket promosi MAS yang ketika itu berjumlah RM600 seorang. Kalau tiada promosi, harga tiket sebenar dari Kuala Lumpur ke Manila berada dalam lingkungan RM1,200 seorang. Jadi, kira okeylah tu kan?!

Bila dah dapat tiket percuma ni, mulalah kami mencari-cari pakej yang sesuai di Manila. Tak mudah sebenarnya mencari pakej percutian ke Manila ini kerana kebanyakan travel agent di Malaysia hanya menawarkan pakej ke Boracay saja di Philippines. Kami juga risau nak berurusan terus dengan agen di Filipina ketika itu kerana pelancongan ke Filipina ni tak mempunyai reputasi yang baik di Malaysia. Maklum sajalah, di Malaysia ini kita sentiasa mendengar cerita tentang pengganas-pengganas dari selatan Filipina yang menyusup masuk ke Sabah dan menculik pelancong-pelancong di sana untuk mendapatkan wang tebusan.

Beberapa rakan yang pernah berkunjung ke Manila kerana urusan kerja juga tidak memberikan reputasi yang baik tentang kota Manila. Cerita yang sering didengar ialah susah nak mencari makanan yang Halal di Manila dan Manila bukanlah kota yang selamat untuk dikunjungi.

Kalau termakan cerita yang didengar tentang Manila memanglah tak sampai kami ke sana. Namun Myself percaya, kota-kota besar seperti Manila ini sebenarnya selamat untuk dikunjungi kalau kita pandai menjaga diri. Lebih-lebih lagi kalau kita berkunjung ke sana dengan menggunakan Tourist Guide tempatan. Yang penting, kena cari travel agent yang bagus di sana.

Bila Myself mencari-cari kat Internet tentang travel agent di Manila, antara yang selalu muncul ialah WOW Philippines. Iklan di internet kata travel agent ini dimiliki oleh seorang wanita Pinoy dengan suaminya yang berbangsa Amerika. Kita pun cubalah hantar-hantar e-mail ke travel agent ni. E-mail kita dibalas dengan begitu prompt sekali. Akhirnya Myself dan Husband sepakat menggunakan khidmat travel agent ini. 

Website WOW Philippines
Memandangkan kami cuma ada 2 hari penuh saja di Philippines, kami memilih untuk mengikut tour yang mereka tawarkan ke Villa Escudero dan Tagaytay Ridge. Kami juga meminta mereka menyediakan khidmat transfer dari Airport ke Hotel sewaktu kami tiba dan dari Hotel ke Airport masa balik nanti.

Kami juga sebenarnya meminta WOW Philippines ini mencarikan hotel 3 atau 4 bintang yang dekat dengan restoran makanan Halal. Tapi mereka sebaliknya menawarkan kepada kami penginapan di Manila Hotel, sebuah hotel 5 bintang yang sangat berprestij di Manila.

Bila kami check kat internet, Manila Hotel ni rupanya mempunyai Halal Kitchen di salah sebuah restorannya. Harga keseluruhan Ground Arrangement yang ditawarkan kepada kami juga masih dalam bajet yang dianggarkan walaupun Manila Hotel ini adalah sebuah hotel mewah seperti Empire Hotel yang pernah menjadi penginapan kami sewaktu melawat ke Brunei pada tahun 2007 dulu. Nampaknya memang rezeki kami dapat menginap di hotel-hotel mewah begini dengan harga yang sukar dipercayai. Makanya, kami menerima tawaran Ground Arrangement yang ditawarkan oleh syarikat WOW Philippines ini.

Walau bagaimanapun, WOW Philippines meminta supaya bayaran penuh dibuat sewaktu tour confirmation dibuat dan bayaran ini perlu dibuat secara bank-in ataupun menerusi Western Union. Waktu itu bulan Julai 2015 dan kami membuat perancangan untuk berkunjung ke Manila pada musim cuti perayaan Tahun Baru Cina pada bulan Februari 2016, kira-kira 7 bulan akan datang pada ketika itu. Memang rasa tak selesa nak membuat pembayaran penuh bagi Tour yang hanya akan berlaku dalam jangka masa yang masih panjang lagi. Tapi kita buat sajalah pembayaran ini dengan doa semoga semuanya berjalan lancar...

Part 2: Terbang Ke Manila

Akhirnya pada hari kejadian, kami terbang juga ke Manila. Penerbangan kami dijadualkan berlepas pada pukul 10.20 pagi. Macam biasa, dengan mengambilkira kemudahan untuk bersolat subuh dan breakfast di KLIA serta perjalanan dari rumah ke Airport yang memakan masa kira-kira sejam, terpaksalah kami bertolak seawal jam 5 pagi dari rumah.

Sewaktu kami tiba di KLIA, terperanjat melihat barisan pengunjung yang sangat panjang nak check-in ke kaunter Malaysia Airlines. Bila kami bertanya kepada petugas di Information Counter, mereka memberitahu ini pemandangan biasa kalau ada long weekend seperti Cuti Tahun Baru Cina ini. Lagipun hanya beberapa kaunter Malaysia Airlines saja yang beroperasi ketika itu. Kaunter Malaysia Airlines hanya beroperasi secara full-swing selepas pukul 6.00 pagi.

Penghujung barisan untuk check-in ke kaunter Malaysia Airlines.
Waktu Subuh pulak pada bulan Februari seperti ini masuk sekitar pukul 6.10 pagi. Memandangkan ketika itu belum masuk waktu Solat Subuh dan barisan untuk check-in sangat panjang, kami membuat keputusan untuk bersarapan pagi di Restoran Burger King dulu. Kemudian kami bergilir-gilir menunaikan Solat Subuh di surau berhampiran.

Sarapan pagi dulu di Restoran Burger King
Selepas sarapan dan solat subuh, kami kembali ke kaunter Check-in. Barisan masih panjang lagi, tapi pergerakannya sangat cepat sebab semua kaunter check-in Malaysia Airlines telah pun dibuka.

Sedang kami beratur, ada la gap sikit dalam barisan di depan kami. Dengan begitu selamba, dua orang wanita rakyat China terus mencelah. Apa lagi, marahlah Uncle Cina rakyat Malaysia yang beratur betul-betul di depan kami. Terus dihalaunya kedua-dua wanita tadi keluar dari barisan. "Buat malu orang Cina saja. Walaupun nak celebrate Chinese New Year, mana boleh potong-potong barisan macam itu," kata Uncle itu mengomel pada kami dalam Bahasa Malaysia yang sangat fasih. Uncle ini dan keluarganya hendak ke Bangkok untuk berkumpul bersama keluarganya meraikan Tahun Baru Cina beramai-ramai di sana.

Barisan masih panjang bila kami kembali ke kaunter Check-in.
Kaunter Bag Drop Malaysia Airlines
Sampai juga akhirnya ke kaunter Bag Drop
Boarding Pass untuk ke Filipina
Pesawat Malaysia Airlines ke Manila adalah Boeing 737-800, model pesawat yang sama digunakan oleh MAS dalam penerbangan domestik dari KLIA. Oleh kerana pesawat ini tidak besar, ia berlepas dari Gate H2 yang tidak memerlukan kita naik Aerotrain ke sana.

Pemandangan di kawasan Pintu Perlepasan H di KLIA.
Peramugari MAS yang berkejar-kejar mendapatkan pesawat. Terlewat sampai agaknya.
Sebahagian besar penumpang pesawat Malaysia Airlines MH704 dari Kuala Lumpur ke Manila adalah rakyat Filipina yang hendak pulang ke negara mereka. Macam biasa, penumpang rakyat Malaysia khususnya yang berketurunan Melayu macam kami memang boleh dibilang dengan jari.

Orang-orang Pinoy ni memang peramah. Ini dapat kami rasakan sejak dari Pintu Perlepasan di KLIA lagi. Disebabkan rupa orang Melayu ni sama macam Pinoy juga, ramailah yang menegur kami dalam Bahasa Tagalog.

Pintu Perlepasan kami ke Manila
Panggilan untuk pesawat kami, MH 704.
Pesawat yang akan membawa kami ke Manila telah bersedia di Pintu H2.
Beratur masuk ke dalam pesawat.
Penerbangan kami berlepas ke Manila dari KLIA tepat pada pukul 10.20 pagi. Penerbangan ini memakan masa 3 jam 30 minit.

Pemandangan di dalam pesawat Malaysia Airlines MH 704 dari Kuala Lumpur ke Manila.
Pemandangan sewaktu pesawat bergerak ke Runway di KLIA.
Menunggu giliran untuk terbang bersama sebuah pesawat MASkargo.
Selamat berlepas dari KLIA.
Peta penerbangan dari Kuala Lumpur ke Manila. Sebahagian besar laluan penerbangan adalah merentasi Laut China Selatan.
Pemandangan sewaktu pesawat meninggalkan Semenanjung Malaysia untuk merentasi Laut China Selatan.
Sajian Penerbangan
Pilihan Nasi Lemak
Pilihan Sausage & Omelette.
Alhamdulillah, cuaca sepanjang penerbangan sangat baik sekali. Hanya sedikit gegaran dirasai sepanjang penerbangan.

Sedang terbang merentasi Laut China Selatan
Pemandangan sewaktu pesawat terbang merentasi Laut China Selatan.
Dah hampir tiba di Filipina
Cuaca berawan sewaktu mendekati Filipina
Taal Lake yang termasuk dalam program lawatan kami terletak 166 km dari sini.
Awan semakin tebal sewaktu kami menghampiri Manila.
Dah hampir sampai ke Manila
Selepas terbang hampir 3 jam 30 minit, pulau Luzon di mana letaknya kota Manila mula muncul dalam pandangan.

Pemandangan pertama Pulau Luzon di Philippines.
Pemandangan sebahagian kota Manila dari udara.
Wah!! Sesaknya bandar Manila dilihat dari udara.
Ada dua lapangan terbang utama yang menghubungkan Manila dengan bandar-bandar lain di dunia: Ninoy Aquino International Airport dan Clark International Airport. Malaysia Airlines menggunakan Ninoy Aquino International Airport manakala Air Asia pula menggunakan Clark International Airport. Ninoy Aquino Airport terletak lebih hampir dengan bandaraya Manila di mana perjalanan ke Airport ini dari Manila hanya mengambil masa kira-kira 30 minit. Clark International Airport pula terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Manila.

Pesawat kami mendarat di Ninoy Aquino International Airport mengikut jadual pada pukul 2.10  petang. Lapangan terbang ini dinamakan sempena Senator Benigno "Ninoy" Aquino yang ditembak mati di lapangan terbang ini sewaktu pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos pada tahun 1983. Pembunuhan Ninoy Aquino inilah yang telah mencetuskan kebangkitan rakyat Filipina menentang pemerintahan Presiden Marcos sehingga akhirnya beliau digulingkan dan melarikan diri ke Hawaii di Amerika Syarikat.

Mabuhay! Selamat Datang ke Filipina.
Selamat mendarat di Ninoy Aquino International Airport di Manila. Terperanjat juga melihat rumah-rumah setinggan yang kelihatan begitu daif di tepi runway lapangan terbang ini.
Bergerak menuju ke Bangunan Terminal
Pesawat-pesawat Philippines Airlines di Ninoy Aquino International Airport.
Terminal 1, Ninoy Aquino International Airport.
Bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.
Bagasi penumpang sedang dikeluarkan dari pesawat.
Pemandangan di luar Pintu Ketibaan.
Berjalan menuju ke pemeriksaan imigresen.
Mabuhay!


Bersambung ke Bhg. 2...


CATATAN PERJALANAN PHILIPPINES 2016: